29
Keesokan harinya
<< Rumah Joshua >>
Bunyi penggera kedengaran di pagi hari tapi hanya seorang sahaja yang bangun.
Mingyu menutup bunyi penggera itu di telifonnya. Dia tengok jam baru sahaja pukul 8 pagi.
Dia bangun dan berjalan ke dapur untuk masak memamg kebiasaannya pagi-pagi sudah masak untuk sarapan.
Mingyu membuka peti sejuk tapi takde satu pun benda yang boleh masak maklum la Joshua sorang je yang duduk rumah ni Joshua mana reti masak.
"Haish kena makan kat luar la jawabnya" keluh Mingyu dia mengambil air tiba-tiba terasa haus.
Kringg!!!
"Jam loceng siapa la tu bagus la takde bazirkan suara lunak aku ni nak kejutkan diorang" kata Mingyu dengan tenang tapi bukannya di ruang tamu.
Lepas sahaja bunyi loceng yang nyaring itu kedengaran semua bangun dengan secara mengejut. Ada yang kalut dan ada yang maki-maki jam loceng tak bertauliah seseorang itu.
"ADUHH AKU MENGANTUK LAGI LA BAGI LA PELUANG SIKIT AKU NAK TIDUR!" Jihoon mencampak bantalnya kena tepat di kepala Soonyoung yang dari tadi tersenguk-senguk.
"WEH KITA DAH LAMBAT KE SEKOLAH!!" jerit Seungkwan sambil berlari di sekeliling ruang tamu.
Joshua hanya mampu memerhati Seungkwan yang berlari sekeliling diikuti Seokmin dan Chan. Dia berdoa sangat-sangat yang hari ni Seungcheol akan keluar hospital.
"JAM SIAPA NI WOI HALAMAK BISING LA!!" marah Jeonghan dia dah la tak cukup tidur lepastu awal-awal pagi dah kena hadap bunyi loceng yang nyaring ni.
"Yah hansol!! Jam kau bising la!!" Seokmin menarik selimut Hansol yang masih tak bangun sedap betul dia tidur.
"Ish hyung ni jangan la kacau aku!!" Hansol menarik selimutnya balik sesekali dia merengus.
"Yah hansol macam mana nak tutup jam kau ni?!" tanya Soonyoung dia dari tadi main tekan-tekan.
"Buka jelah fonnya" balas Hansol
"MASALAHNYA TELIFON KAU NI PAKAI PASSWORD!!" herdik Soonyoung pagi-pagi dah buat dia naik angin belum lagi buang angin.
Mingyu dari tadi hanya memandang mereka dari dapur malas nak masuk campur hal jam ni nanti dia pula yang jadi mangsa.
Sesekali dia meneguk airnya.
"Korang kita dah lambat pergi sekolah!! Ponteng nak?" tanya Seungkwan sesekali dia menggoncang badan Chan.
"Tak nak la ponteng nanti mesti pengetua Choi repot pasal kita kat omma dengan appa" balas Jeonghan.
Jihoon yang tadi bangun kini sedang cuba untuk tidur balik tapi tak boleh dia terus bangun dari perbaringannya.
"Kita balik rumah nak?" semua memandang Jihoon serentak.
"Tak kena marah ke? Dah la kita ponteng sekolah" kata Minghao.
"Hari ni hari sabtu la pandai kita cuti la" celah Mingyu.
Serentak itu mereka semua menggaru kepala tak tau la garu sebab malu atau gatal.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro