#sombong
[ Mar 29 , 2020 ]
Apa yang kau mahu?
Tuhan beri kau akal
Tapi kau fikir ikut sedap pangkal
Tuhan beri kau nikmat
Tapi kau kata rezeki salah alamat
Tuhan hantar kau ujian
Tapi kau tak pernah ada kesabaran
Apa yang kau mahu?
Kau harapkan semua ada
Tapi nikmat tuhan kau dusta
Kau harapkan pelindungan daripadaNya
Tapi musibah hari ini kau yang pinta
Kau harapkan impian
Tapi hari ini solat kau tinggalkan
Apa yang kau mahu?
Tuhan dah beri semua
Cuma kita yang butakan mata
Tak mahu lihat nikmat yang tuhan beri
Tapi selalu harapkan lagi dan lagi
Tuhan dah tunjukkan satu demi satu musibah
Tapi kita tetap tak mahu menyerah kalah
Betapa sombongnya kita dengan tuhan
Hidup berajakan dunia
Akhirat kau lupa
Nanti mati masuk kubur juga
Itukah yang dinamakan beragama?
Hidup jangan bertopengkan syaitan.
********
izz nak cakap...
Dah baca jangan lupa vote.
Hahahahha okbye.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro