Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

#hai,mawar agama

[ Mar 22 , 2020 ]

"Siapa?"

Kamu lah..
Seorang bidadari dunia
Anggun terpesona
Bila terlihat dengan sikapnya

"Hm aku? Tak layak.."

Siapa kata?
Kamu layak tau
Kamu layak jika buka mata dan hati
Melihat sinar hidayah yang Allah beri

Ya kita manusia,
Lakukan silap dan dosa
Memang perbuatan kita
Itu memang lumrah manusia

Manusia ini sifatnya pelupa
Senang dikawal nafsu dan mudah alpa
Tapi tak bermakna kelayakan itu tiada
Kita hamba, pintu taubat sentiasa terbuka

Buat yang sudah berjaya
Menggapai hidayah dariNya
Doalah kepada Tuhan
Agar kau diberi kekuatan

"Tapi .. saya selalu tersasar.."

Itulah namanya ujian
Memang akan ada waktu penghijrahan
Itu tanda Allah sayang
Allah mahu gugurkan dosa dosa semalam

Sabarlah,
Perubahan memang ada kepahitan
Jika kamu teruskan sabar, sabar dan sabar
Segala kepahitan akan bertukar jadi kemanisan

Percayalah!

Dunia memang tempat untuk rasa
Kepenatan,
Keletihan,
Kelelahan
Kerna dunia bukan selamanya..
Dunia hanyalah sesuatu cabaran untuk kita

Tanya sikit....

Nak masuk Syurga tak?

"Mestilah.."

Kalau nak,
Perlulah usaha..
Sebab syurga bukan percuma

Mujahadah itu pahit
Kerna syurga itu manis..

Ingat tau! :)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro