Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Suasana Kampung❤

Selepas mereka solat berjemaah, kaum lelaki duduk di ruang tamu bersembang kosong dengan Encik Hisham. Yang perempuan pula sibuk menyediakan hidangan makan malam bersama Puan Sofiah. Alya dan lain-lain tadi sudah membeli pelbagai barangan keperluan seperti beras,minyak,gula,garam,ayam dan lain-lain lagi. Puan Sofiah agak segan dengan kebaikkan mereka. Tambahan lagi Nadia menceritakan yang Adam lah yang akan membayar hutang mereka. Selepas meja makan siap, mereka duduk bersama-sama dan makan dengan hati yang tenang.

Selepas makan, mereka duduk di pelantar rumah di luar. Puan Sofiah membuat air kopi dan teh. Mereka duduk bersembang-sembang. Sungguh waktu ini keluarga ini sangatlah meriah.

"Terima kasihlah anak-anak sebab beli banyak barang. Makcik segan nak terimalah" Kata Puan Sofiah

"Takpala cik. Ambillah.. kami ikhlas..lagipun Nadia ni kawan baik kami. Always tolong kami juga. So kami pun nak balas budi Nadia" Jawab Sofea sebagai wakil.

"Hm korang sembang la dulu. Pakcik nak pergi tengok jala ikan sekejap. Esok nak turun laut." Kata Encik Hisham

"Erm pakcikk..laut ada dekat belakang rumah ka? Er bersih tak?" Tanya Alya

"Bersih! Kalau nak pergi tengok atau jengjalan..pergi lah! Jom ikut pakcik..tapi malam-malam ni sejuk la sikit..bawak la sweater..nanti demam jenuh pakcik nak bagitau dekat mak ayah korang." Kata Encik Hisham

"Yeayy aku nak pergi!" Kata Alya

"Nak ikutt" Kata Sofea dan Atiffa

"Weyh nak ikut jugaaaa..tunggu kami" Awie dan Aiman terus meluru ke  beg mereka untuk mengambil sweater.

Tinggallah Nadia,Adam dan Puan Sofiah di pelantar itu. Agak kekok namun Nadia menceriakan suasana.

"Ibu..esok buat kuih tak? Nasi lemak? Kalau buat..esok Nadia bangun awal..tolong masakkan" Kata Nadia

"Buatlah. Ibu ni dah biasa lah. Yang kamu ni..sekejap panggil ibu..sekejap panggil mak. Pening ka?" Kata Puan Sofiah

Nadia tergelak! Adehh..dia memang begitu...kejap emak..kejap ibu..janji mak dia kan? Hahaha

"Hm Adam..makcik nak ucapkan terima kasih bebanyak la dekat kamu. Kamu dah bantu makcik. Makcik segan sangat nak terima. Maaf ye menyusahkan kamu" Kata Puan Sofiah

"Eh takpala cik..saya bantu ikhlas. Lagipon Nadia dah jadi sebahagian besar hidup saya." Kata Adam sambil tersengih

"Sebahagian besar hidup Adam? Maksudnya?" Tanya Puan Sofiah

"Erm..cik..saya cakap perkara benar. Saya dah jatuh cinta dengan Nadia. Kami pun dah bersama. Harap setuju la mak" Kata Adam namun ayat terakhir diperlahankan. Ahaks! Malu duhh

Nadia sudah mendengar apa yang diperkatakan oleh Adam hampir tergelak. Namun di covernya dengan menutup mulut.

"Mak setuju" Kata Puan Sofiah. Apa ingat dia tak dengar? Hahahaha..lagipun si Adam ini budak baik. Dia mampu menjaga Nadia dengan sebaiknya.

Adam terus terdiam. Matilah aku! Mak Nadia ni telinga lintah ka apa! Dengar juga hm. Tapi takpala..Sekurang-kurangnya mak Nadia setuju. Terus dia tersengih dan menggaru lehernya yang tidak terasa gatal.

"Eh hehe..segan pula saya" Kata Adam

"Tapi..Adam boleh ka terima orang macam kami? Ya la..Adam tu ada tengku..kami ni siapalah..Nadia ni mana ada tengku mahupon harta...mak ayah Adam okay ka" Tanya Puan Sofiah

"Mak..saya terima Nadia bukan sebab apa..bukan harta atau rupa..tapi kebaikan dan kemuliaan sifat Nadia yang buatkan saya jatuh cinta dengan Nadia" Kata Adam dengan beraninya. Amboii Adam...dah pandai panggil mak

Puan Sofiah gembira. Alhamdulillah.

"Baguslah kalau macam tu. Mak harap Adam boleh jaga Nadia dengan baik. Dia ni degil sikit..tapi hati tu lembut ya Rabbi" Kata Puan Sofiah dengan nada memerli

"Amboi mak..sekarang siapa anak mak ni? Nadia ka Adam" Tanya Nadia. Dia berasa tersisih pula..waghhhh Adammm jaga kau

"Alah..anak mak juga dua-dua..sorang anak sorang menantu haa.." Seloroh Puan Sofiah

"Mak bagi green light ka?" Kata Adam dengan penuh senyuman

"Mengada" Kata Nadia sambil menjeling Adam. Alah Nadia. Berani nampakkk bila ada mak depan kau. Bila takdakk hm nak pandang mata Adam pun tak berani!

"Esok bawa la kawan-kawan pergi mandi air laut atau air terjun. Pergi ambil suasana ha." Kata Puan Sofiah

"Beresss" Kata Nadia. Kemudian mereka berborak lagi sambil menikmati air kopi yang dibuat oleh Puan Sofiah.

Malam itu, Adam dan lain-lain tidur di ruang tamu. Bilik Nadia pula penuh dengan perempuan. Termasuk Nadia..semua 4 orang lah. Nasib korang lah!

"Esok nak mandi laut ka sungai ka air terjun?" Tanya Nadia

"Wahhh..semua!" Kata Alya semangat

"Bukan main semangat kau! Hahaha" Kata Sofea

"Aku baru tau yang kampung ni seronok! Bestlahh" Kata Alya

"Kan. Aku rasa tenang ja" Kata Atiffa menyokong Alya

"Haaa baru korang tahuuu" Kata Sofea sebelum mereka tertidur akibat kepenatan

Pagi itu, Nadia bangun awal menyediakan nasi lemak untuk dijual dan untuk sarapan. Alya,Sofea dan Atiffa turut terbangun kerana bunyi jam daripada telefon Nadia. Mereka berasa kasihan dengan Nadia lalu turut menolongnya

"Eh takpayah la korang..pergi la tidur..sorry la terbangunkan korang" Kata Nadia meminta maaf

"Sokay. Alang-alang dah bangun kan." Kata Sofea

"Hm macam ni rupanya hidup kau eh. Bangun awal pagi..lepastu nak kena bersiap untuk sekolah pula..hm aku nak berdikari macam kau la. Kau hebat la Nadia. Aku kagum ada kawan macam kau!" Kata Alya

"Betul! Mesti letih kan." Sokong Atiffa

"Benda dah buat selalu wey..mana la rasa penat..lagipun demi duit..sanggup buat apa saja..ni mak aku belum bangun..mungkin terlajak tidur sebab bukan main sembang sampai tengah malam...letih la kot" Kata Nadia

"Ya Allah. Apa yang korang buat ni! Menyusahkan kamu jaa" Kata Puan Sofiah

"Ha panjang umur makcik..baru ja borak.." Kata Atiffa

"Alah..kami teringin nak tolong makcik..dapat kurangkan beban makcik..sepanjang kami di sini..makcik jangan risauu..kami akan tolong makcik..makcik rehat ja" Kata Alya

"Betul tu!" Kata Sofea

"Allah. Terima kasihlah anak-anak. Hanya Allah dapat membalas budi kamu. Makcik doakan kamu berjaya ya..mesti sejuk hati mak ayah korang dapat anak dara yang rajin begini" Puji Puan Sofiah

"Amin..mana ada rajin la makcik hahahaha" Gelak Alya

"Dah start dari harini! Panggil makcik..mak ja..mulai harini..kamu semua anak mak." Kata Puan Sofiah

"Wahh dah jadi adik-beradik Nadia lahh! Yeayy! Ada family kedua" Sorak Alya

"Hahaha" Atiffa dan Sofea hanya ketawa. Haihh

🌸🌸🌸
Done❤ author rasa next part belum ada kejadian besar..mungkin satu lagi part. Panjang pula part ni😂 part seterusnya diorang mandi di air terjun yaa❤ jangan lupa vote..tekan ⭐⭐⭐ sorry late😴

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro