Perasaan✔
Pertandingan bermula sehari selepas mereka tiba. Hari pertama adalah pendaftaran dan sesi kenal mengenal. Pengacara yang terlibat hanya membentangkan peraturan dan menerangkan jadual sepanjang pertandingan itu.
Malam itu ada pemilihan pertama untuk kelayakan pusingan seterusnya bagi bahagian pengetahuan am. Soalan yang ditanya sudah dibaca oleh Nadia dan Adam maka secara automatik Nadia dan Adam layak ke pusingan seterusnya.
Keesokan harinya bermula pertandingan untuk sukan. Acara pertama ialah 100 meter. Pusingan pertama ialah untuk peserta perempuan. Sebanyak 20 peserta dari pelbagai negara menyertai maka terdapat 5 pusingan. Setiap pemenang setiap pusingan akan layak ke pusingan akhir. Nadia berlawan dengan peserta dari China, Australia dan India. Setiap mereka sangat tangkas dan nasib Nadia baik apabila dia memenangi pusingan itu. Dia layak ke pertandingan akhir! Begitu juga dengan Adam, mudah sahaja dia memintas pesaingnya.
Selepas sahaja habis pertandingan, Adam dan Nadia terus pulang ke bilik masing-masing akibat keletihan. Mereka tidak bercakap antara satu sama lain kerana jadual mereka yang agak padat. Habis sahaja pertandingan...akan ada latihan...habis sahaja latihan...ulang kaji untuk pengetahuan am. Maka tak sempat berjumpa mahupon bercakap. Kadang-kadang bertembung di jamuan makan sahaja itupun meja bukan sekali. Diasingkan bahagian lelaki dan perempuan.
Hari berlalu dengan pantas...hari ke 5 tamat dengan acara larian baton. Nadia dan Adam telah berusaha dalam acara itu dan tiada rezeki...mereka dikalahkan oleh pasukan Thailand. Hanya dapat naib johan. Tapi rezeki alhamdulillah. Malam itu mereka kembali ke bilik masing-masing.
Nadia membersihkan diri lalu berbaring di atas katil. Dibuka radio untuk mengalunkan muzik yang tenang. Nadia memejamkan mata dan ingin tidur namun dia dikejutkan dengan suara seseorang yang sedang menyanyi di luar balkoni. Suara itu sangat la merdu. Alunan itu adalah sayu mungkin sedang bersedih? Tapi jap... Tu lagu melayu la! Siapa nyanyi? Takkan Adam? Serius ah!
Nadia keluar untuk menjenguk ke luar siapa suara sesedap itu. And wahhh memang Adam. Dilihat Adam memaling badannya ke arah lain maka Adam tidak melihat atau menyedari kehadiran Nadia. Dilihat Nadia, terdapat sebuah gitar. Adam mula bernyanyi selepas dilaraskan tali gitar itu. Bila diamati oleh Nadia rupa-rupanya itu lagu semakin nyanyian Siti Sarah. Walaupon lagu itu perempuan yang menyanyikan namun suaranya elok dalam nyanyian itu.
Aku tak peduli
Walau kau sakiti aku
Hati ini takkan rapuh
Mencintakanmu
Aku tak peduli
Walaupun berulang kali
Hati ini takkan mungkin
Membencimu
Sampai saat ini aku tak pernah mengerti
Resah ini selalu saja melekat di hati
Semakin jauh
Semakin aku rasakan
Betapa dekatnya dirimu
Di hatiku
Semakin benci
Semakin aku tak mampu
Hatiku tetap berkata
Mencintaimu
Kucuba fahami
Mengapa harus begini
Cinta ini takkan mungkin
Dipaksakan
Sampai saat ini aku
Tak pernah mengerti
Resah ini selalu saja
Melekat di hati
Semakin jauh
Semakin aku rasakan
Betapa dekatnya dirimu
Di hatiku
Semakin benci
Semakin aku tak mampu
Hatiku tetap berkata
Mencintaimu
Sampai saat ini aku tak pernah mengerti
Resah ini selalu saja melekat di hati
Semakin jauh
Semakin aku rasakan
Betapa dekatnya dirimu
Di hatiku
Semakin benci
Semakin aku tak mampu
Hatiku tetap berkata
Mencintaimu
Aku tak peduli
Alunan dia ya Allah...boleh cair kalau dengar! Tapi jap? Dia cinta siapa? Aina la kan! Lirik itu kata walaupun dia membenci tapi dia tetap mencintai...wah jelesnya hm. Ada lelaki yang masih sayangkan ex walaupun cuba membencinya. Sungguh Adam seorang yang setia. Mesti dia merindui Aina tapi kenapa tak getback ja? Hmm pelik la.
Habis sahaja Adam menyanyikan lagu, Nadia terus bertanya kepadanya.
"Kalau rindu seseorang pun...call ja la" kata Nadia.
Adam terkejut apabila disergah oleh suara seseorang. Terkejut dia tadi. Rupa-rupanya Nadia.
"Hah? Kau cakap apa ni?" tanya Adam
tidak mengerti.
"Awak nyanyi lagu Semakin kan...lagu tu adalah lagu perasaan seseorang yang walaupun kita cuba membencinya, kita cuba melupakannya tapi hati kita tetap mencintainya...awak rindu Aina kan? Pergi la call minta getback. Kuat juga eh cinta awak dekat Aina. Saya nasihatkan la awak as saya ni perempuan...tak baik mainkan perasaan seseorang tambahan perempuan...kalau awak suka...just luahkan...awak kena berani mengakui awak cinta kan dia. Apa kata awak call Aina dan berterus terang yang awak masih mencintainya. Be gentleman bro! Goodluck!" ucap Nadia.
Adam terkesima dan terdiam sebentar. Er Nadia ni dah...hm takpa la
"Okay...terima kasih sebab nasihatkan aku. Esok jom keluar...aku bawa kau jalan-jalan dekat bandar London ni. Esok kita breakfast sama-sama. Dah aku nak masuk bilik dulu. Goodnight" ucap Adam lalu masuk ke biliknya. Tidak lupa dia menutup pintu di balkoninya.
"Okay goodnight" kata Nadia. Dia masih berada di balkoni itu. Entah mengapa, hatinya sakit selepas dia memberi nasihat itu. Nadia hanya mengabaikan perasaan itu namun perasaan itu semakin kuat ketika hari ke empat pertandingan itu.
Flashback
Hari ke 4 bermula dengan acara lompat jauh. Nadia yang sedang bersedia masuk ke tempat pertandingan. Dia menjadi peserta pertama pada hari itu manakala peserta lelaki tiada acara pada pagi itu maka Adam mengambil keputusan untuk melihat Nadia. Aip! Bukan lihat wajah Nadia tetapi menyaksikan pertandingan itu. Nadia bersedia lalu berlari ke arah tanah pasir itu. Nampak sahaja garisan, dia terus melompat seperti arnab! Wah bagus lompatan itu. Adam berasa kagum dengan Nadia namun berasa pelik kenapa Nadia tidak bangun lagi selepas lompatan itu. Tiba-tiba dia terdengar jeritan pengadil yang mengatakan ada kecelakaan. Adam terus berlari ke arah Nadia dan didapati terdapat darah di kaki Nadia. Adam buntu dan dia terlihat kepingan kaca dan paku di atas tanah.
"What is these! Why there are nails and these!" kata Adam agak marah sambil menunjukkan serpihan kaca.
"Sorry sir, we didn't notice it. Sorry again" ucap pengadil itu serba salah.
"Kau okay?" tanya Adam risau.
"Saya oka...okay cuma takut...da...darah" kata Nadia terketar-ketar.
Adam terus mengangkat Nadia.
Dan membawa ke bilik rawatan. Dibasuh lukanya dan disapu ubat. Kemudian dia membalut luka itu.
"Dah...tiada darah dah" kata Adam.
"Thanks Adam" ucap Nadia.
Nadia agak tersentuh dengan kelakuan Adam yang mengambil berat. Sejak itu, lahir perasaan cinta dan sayang kepada Adam namun dipendam kerana Adam masih mempunyai Aina walaupun mereka berpisah. Difikirnya Adam akan kembali kepada Aina kerana itulah dia tidak mahu meluahkan perasaan itu.
End Flashback
Nadia mengeluh dengan kuat. Sudah la Nadia...cinta Adam layak untuk Aina sahaja. Mungkin ada lelaki lain yang berhak ke atas kau. Nadia hanya memerhatikan bulan dan bintang di atas langit. Kan seronok kalau jadi bintang. Sentiasa bersinar dalam kegelapan! Cantik sungguh malam ini!
Nadia melihat bintang tanpa disedarinya Adam sedang melihatnya di dalam biliknya. Pantulan cahaya bulan menampakkan muka Nadia yang cantik namun Adam menghela nafas yang berat.
"Sorry Nadia...aku tak boleh..." kata Adam lalu memejamkan matanya.
Okay guys...wahh jangan marah eh😂 okay gambar adalah rekaan sahaja dan diambil dalam Google! So selamat menikmati! Jangan lupa tekan ⭐⭐⭐ tunggu next chapter!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro