Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Perampas✔

Petang itu tepat jam 5 petang, mereka berkumpul di cafe Adam. Mereka semestinya ialah Alya, Atiffa, Sofea, Adam, Aiman dan Awie.

Mereka memesan makanan dan minuman ringan sahaja.

"So cepat la kita mulakan" kata Alya tidak mahu menangguhkan masa.

"Okay. So korang nak tanya apa?" tanya Adam straight to the point.

"Kenapa kau benci sangat dekat Ilyas?" tanya Sofea tanpa berlengah.

"Ha ah. Aku rasa dia baik ja. Muka macam baby face ja." Atiffa menyuarakan pendapatnya.

"Haih. Disebalik muka tu la terserlah kejahatan. Okay aku cerita tentang kejahatan dia. Actually...Aina bukan first love aku." kata Adam perlahan.

"What...macam mana kami tak tahu sedangkan kami kawan dengan kau seen sekolah menengah lagi" kata Aiman sambil menggaru dahinya.

"Diam boleh tak? Biarlah Adam explain" marah Alya. Ish suka ganggu betullah.

"K fine! Perempuan semua nak menang. Ha ambikk laaa" kata Aiman mengalah.

"Ye Aina bukan first love aku. Sebelum kau kenal dengan aku...aku rapat dengan Ilyas. Kira kami ni sejak kecil lagi kenal. Rumah pun berjiran ja. Alaa kira teman sepermainan aku la. Kami memang rapat sejak kecil. Pergi ja mana-mana...akan ada kami berdua. Then disebabkan satu peristiwa ni kami putus kawan dan ambil haluan masing-masing." terang Adam sambil menghirupkan minumannya.

"Peristiwa? Peristiwa apa?" tanya Sofea menhentak meja tanda tidak sabar.

Adam mengeluh sebelum menceritakan satu persatu peristiwa silamnya

Flashback

Adam dan Ilyas menaiki basikal bersama-sama ke sekolah. Seperti pelajar biasa, mereka datang awal kerana mereka berdua ialah pengawas sekolah. Mereka menjaga pintu masuk sekolah. Tepat jam 7.30 a.m mereka menutup pagar sekolah dan bergerak ke tapak perhimpunan. Selesai sahaja perhimpunan pagi mereka berdua bergerak ke kelas mereka yang terletak di tingkat 2 iaitu kelas tahun 6. Waktu pembelajaran pertama ialah kelas Bahasa Inggeris. 10 minit belajar, kelas mereka didatangi oleh pengetua sekolah. Pengetua sekolah itu kemudian memberitahu bahawa terdapat pelajar baru yang memasuki sekolah ini dan ditempatkan di kelas ini. Pengetua kemudian menjemput pelajar itu dan ramai pelajar lelaki terpesona dengan kecantikan pelajar perempuan itu. Namanya Neldia Atikah. Seorang pelajar kacukan inggeris dan melayu. Adam turut terpukau dengan kecantikan Atikah. Ini merupakan kali pertama dia rasa begini. Perasaan yang berdebar-debar.

"We yas (Ilyas) , aku rasa aku macam tersuka dekat Atikah." kata Adam perlahan.

"Serius ah? Kau pergi la tanya dia single ka taken" Kata Ilyas memberi pendapat. Waktu itu Ilyas tidak berminat dengan Atikah kerana dia sudah mempunyai kekasih hati.

"Aku segan lah. Kau tanya la...boleh?" pinta Adam.

"Untuk kau...everything boleh. Jap" kata Ilyas sebelum bangun pergi ke arah Atikah.

"Hai...nama saya Ilyas...saya penolong ketua pengawas dan tu kawan saya...Adam...dia ketua pengawas...boleh saya tanya something?" tegur Ilyas ramah.

"Hai. Oh nice to meet you. Nama saya Neldia Atikah. Boleh panggil Nel atau Atik. Ye tanya lah" kata Atikah turut ramah.

"Hm awak dah berpunya?" tanya Ilyas straight to the point.

"Oh hahaha. Belum kenapa?" tanya Atikah sambil ketawa. Haih lelaki ni nak tackle aku ke.

"Oh okay. Takdak apa-apa. Thanks" kata Ilyas sebelum bergerak ke tempatnya.

"Okay..." jawab Atikah malas ingin mengambil tahu.

"So? " tanya Adam tidak sabar.

"Dia belum berpunya. Kau ada la chance! Go la tackle dia!" nasihat Ilyas.

"Erm segan lah. Lagipun nak dekat UPSR dah. Better kami kawan dulu." kata Adam membuat keputusan muktamad.

Semenjak hari itu mereka bertiga berkawan baik. Lahir perasaan cinta Adam kepada Atikah. Adam memutuskan untuk menulis surat cinta kepada Atikah. Boleh dikatakan setiap minggu, Adam akan memberikan surat dan Atikah juga sudah jatuh cinta dengan penulis surat itu namun dia belum mengetahui siapa pemilik surat itu. Atikah sudah menanyakan siapa dia namun jawapan yang diberikan hanyalah selepas keputusan UPSR. Adam sengaja tidak mahu memberitahu Atikah yang dia lah yang memberikan surat itu kerana takut dia tidak boleh fokus dengan peperiksaan.

Sehari sebelum tamatnya peperiksaan UPSR, Adam membuat keputusan untuk memberitahu identiti penulis surat itu kepada Atikah. Ditulis surat dan mengatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Atikah selepas habis peperiksaan. Namun dia tidak sempat untuk menghantar surat itu kerana waktu itu cikgunya memanggilnya. Maka disuruh Ilyas yang menghantar surat itu.

Habis sahaja kertas terakhir peperiksaan UPSR, Adam sudah bersiap sedia untuk berjumpa dengan Atikah. Di dalam surat itu sudah ditulis tempat untuk mereka berjumpa. Di belakang makmal sains yang terletak berhampiran dengan taman bunga. Adam sudah gementar ingin berjumpa namun digagah juga olehnya untuk berjumpa kerana sudah berjanji dengan Atikah.

Sebaik sahaja Adam tiba, dia dikejutkan dengan sesuatu perkara. Lebih tepat! Waktu itu Atikah bersama dengan seseorang. Lebih tepat dengan Ilyas! Mereka berpelukan dan berpegangan tangan. Hati Adam bagai dirobek-robek. Kawan baiknya menikam belakangnya? Sungguh Adam kecewa dengan Ilyas! Ilyas pasti sudah merancang semua ini kerana Ilyas merupakan orang pertama yang diberitahunya mengenai pertemuan nya dengan Atikah di belakang makmal sains sehabis sahaja kertas peperiksaan. Adam kecewa dengan sikap Ilyas yang tikam belakang! Adam terus berlari ke tandas dan menangis sepuas hati. Cukup seminggu juga Adam tidak keluar rumah.

Seminggu sebelum keputusan UPSR keluar, Adam sudah berjaya moveon. Dia keluar bersama-sama dengan keluarganya ke Shopping Mall. Tiba-tiba dia terserempak dengan Ilyas.

"Hai Adam. Lama betul tak jumpa! Aku pergi rumah kau tengok kau pergi bercuti!" ucap Ilyas sambil menghulurkan tangan.

"Hai." ucap Adam kemudian cuba untuk melarikan diri dari Ilyas.

"Hey...jom la borak dulu...lama tak berjumpa. Aku dengar dari Atikah yang dia su-" Kata-kata Ilyas dipotong oleh Adam.

"Sudah lah. Tak payah ganggu aku lagi. Aku bukan sesiapa. Aku menyesal kenal dengan kau. Sekarang jangan sebut nama betina tu lagi. Aku tak suka! Kau dengan dia boleh blahhh" amuk Adam tiba-tiba. Sudahlah dia sudah moveon.

Ilyas terkaku. Kenapa dengan Adam ni?

Adam terus berjalan ke arah kedai baju. Sekali lagi dia terserempak dengan Ilyas.

"Adam listen... Atikah suka dekat kau." terang Ilyas.

"Eh jantan . Stop lah! Kau tu dengan Atikah . Kau bersama dengan dia . Stop kata suka dekat aku. Eh blah lah!" marah Adam .

"What? Dia tu kawan ja la" Ilyas membela diri. Gila!

Adam terus menumbuk muka Ilyas.

"Kau ni jenis kawan makan kawan. Menyesal aku jumpa dengan kau! Puihh" kata Adam lalu meludah di badan Ilyas. Ilyas berang dengan tindakan Adam.

"Kau ni kenapa?" kata Ilyas lalu menumbuk pipi Adam .

Belum sempat Adam ingin membalas, ayah Adam tiba dan membawa Adam pulang.

Sehari sebelum pelajar tahun 6 mengambil keputusan peperiksaan, mereka dikehendaki datang ke sekolah bagi menghadiri jamuan akhir. Adam berjalan-jalan di taman bunga dan dia terlihat pasangan yang sedih sedang menangis. Rupa-rupanya itu ialah Atikah dan Ilyas. Adam melihat Atikah menangis teresak-esak sebelum Ilyas meninggalkan Atikah. Adam yang malas ingin mengambil tahu terus pergi dari situ.

Keesokan harinya, Adam datang awal. Dia bertembung dengan Ilyas dan Aisyah, kekasih lama Ilyas. Namun peliknya mereka agak rapat. Adam membuat spekulasi sendiri bahawa Ilyas sebenarnya playboy dan kejadian semalam yang dilihatnya kemungkinan Ilyas minta putus dengan Atikah. Maknanya...Atikah tidak bersalah.

Hari itu, Atikah tidak hadir. Barangkali sedih kerana Ilyas telah curang dengannya. Adam terus pergi ke rumah Atikah sejurus selesai majlis itu. Dia rasa bersalah kerana sebelum ini, Atikah ada menghantar mesej yang mengatakan dia sukakan nya. Namun apabila difikirkan Atikah hanya menipunya dia hanya mengabaikan mesej itu

Setibanya dia di hadapan rumah Atikah, dia terkejut dengan...

🌸🌸🌸
Hahaha jeng jeng... Adam terkejut dengan apa tu? At tak sangka Ilyas ni jahat! Dasar buaya darat! Jahattt..so nak tahu next chapter? Vote!!!! Tekan lahhh
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐ pleaseee!!! Viewers bukan main 50+ tapi yang vote 10-13 ja😶 k bye

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro