Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Musuh lama✔

"Weyh mana Adam?" bisik Sofea. Hairan...selalu berkepit ja dengan Nadia nih.

"Hm entah lah. Biar lah...maybe dia pergi bertugas" kata Nadia selamba.

"Oii kau ingat eh Adam tu siapa. Kau jangan buat hal" bisik Sofea.

"U allss nak makan ka nak membawang?" kata Alya acah diva kejap.

"Haha sorry lah!" kata Nadia.

"Nadia...kau dah baca surat aku?" tanya Ilyas penuh harapan.

"Erm nanti kita borak tentang tu okay? Now enjoy your food" kata Nadia.

"Okay. Btw kami dekat kelas rindu kau tahu tak. And congratulations atas kemenangan kau dekat London tu. Masuk TV bebb kawan aku! Femes ahahaha! Bangga aku" puji Ilyas.

"Haha thanks! Alah kau yang tolong aku actually. Tanpa kau siapalah aku" kata Nadia.

"Mana ada! Haha kau ni!" kata Ilyas sambil tersenyum. Malu lah!

"Apa yang korang borak ni?" tanya Atiffa pelik.

"Actually dulu aku ni jenis tak minat sukan. Lari sikit dah penat...Ilyas la yang beri aku sokongan dan latihan and last alhamdulillah aku jadi atlet sekolah! Ilyas good in training orang. Korang bertiga patut berlatih dengan Ilyas. Better korang berlatih awal tak la nanti semput sangat! Hahaha" gelak Nadia jahat.

"Hey ingat aku ni lemah sangat ka?" kata Alya tidak puas hati!

"Erm tak lemah pun. Lari 5 round dah penat!" ejek Nadia.

"Fine! Kau menang! Erghh" kata Alya mengalah! Nak nangis boleh? Hmm warghh.

Mereka ketawa dengan reaksi Alya. Haih!

Disebalik dinding, Adam melihat kemesraan mereka berlima.

"Kau okey? Usha sapa duh?" tanya Awie kepada Adam.

"Tah. Kau usya Nadia ke? Gi la makan sekali. Selalu berkepit ja dengan dia. Pergi bilik guru ikutt...pergi kantin ikutt...pergi tandas ja tak ikut...tu pun tunggu kat depan tandas juga. Caring sungguh!" perli Aiman.

"Shut up" kata Adam malas hendak melayan dua ekor beruk ni.

"Ke kau jeles dengan Ilyas? Sebab dia rapat dengan Nadia? Weyh kemon la! Tu kawan baik dia ja kot. Kau tu boyfriend dia lahai!" kata Awie.

"Korang tak kenal dia" kata Adam keras.

"Siapa? Ilyas? Aku rasa baik ja dia...takdak muka jahat pun. Lainlahh kau muka macam Pontianak hahaha...tegang ja!" seloroh Aiman.

Satu tumbukan dilepaskan kepada Aiman.

"Sakit bongok!" kata Aiman.

"Sian la dia. Meh bucuk-bucuk kita tuw" kata Awie dalam nada manja.

"Erm cakittt...abang Adam buat kitew...huaghh" kata Aiman seperti kebudak-budakan.

"Sebelum aku sepak korang berdua...baik diam" arah Adam. Melayan budak terencat akal pula.

"K fine...ha siapa budak tu?" tanya Awie.

"Ex bestfriend aku and musuh abadi aku" kata Adam.

"Wauu...sejak bila duh...kau tak cerita pun!" kata Awie.

"Nanti aku cerita. Petang ni kat cafe...now aku nak fikir macam mana nak jauhkan Nadia dengan Ilyas"  kata Adam sedang memikirkan idea sesuai.

"Kau gi la sweet macam biasa. Hek eleh!" cadang Awie.

Adam tersenyum. Ha ah!

"Hm bagus cadangan tu. Thanks bro. Nanti aku belanja makan!" kata Adam terus bergerak ke arah Nadia dan kawan-kawannya.

Nadia yang sedang berborak terkejut dengan sapaan Adam

"Hai sayang...Sorry biy lambat. Dah order makan ka belum?" kata Adam memulakan tugasnya

Dijeling sebelah untuk melihat Ilyas. Riak mukanya sudah berubah.

"Sayang? Biy?" tanya Ilyas sambil memandang Nadia inginkan penjelasan.

"Erm nanti aku cerita" kata Nadia.

"Now. Aku nak dengar" kata Ilyas dalam suara kendur. Mungkin agak terkilan.

"Erm actually Adam is my boyfriend. Kami baru ja couple." terang Nadia jujur. Dia tahu dia dah lukakan hati Ilyas.

"So jangan terlalu rapat sangat eh dengan girlfriend aku..." sambung Adam.

"Ish awak ni. Dia sahabat baik saya ja la" kata Nadia.

"Aipp apa ni. No saya-awak" kata Adam.

"Hm sorry biy. Erm dah la jom order makanan. Lapar nih. Tadi Ilyas ja dah beli makanan" kata Nadia.

"Jom sayang. Erm sayanggg...biy belikan nasi goreng ayam bahagian paha nak?" tanya Adam.

"Nadia tak makan paha. Dia suka bahagian sayap. Apa lah harap ja boyfriend tapi favourite girlfriend pun tak tau" kata Ilyas sambil mengangkat kening nya.

Alya, Sofea, Atiffa, Awie dan Aiman hanya melihat pertelingkahan itu. Pasti akan ada peperangan berlaku sekejap lagi.

"Suka hati la. Sibuk ja macam takdak life! Eleh jeles la tu takdak girlfriend yang cantik plus bijak macam Nadia ni. Dah la sopan...rajin pula tu. Calon isteri aku hm. Kau memang takdak life" kata Adam.

"Hergh tak heran la girlfriend. Nama ja boyfriend tapi tak pernah ambil tahu yang mana girlfriend suka dan tak suka. Couple atas dasar cinta ka cuba untuk mempergunakan orang untuk moveon!" sindir Ilyas.

Nadia hanya memerhatikan sahaja perdebatan itu. Aduh apa nak buat ni! Diorang ni kenal ka? Rapat kah?

"Sial la kau!" kata Adam lalu menumbuk muka Ilyas. Baru sahaja Ilyas ingin membalas dia berhenti kerana terlihat Nadia.

"Ilyas...kau okey? Weyh darah! Jom aku bawa kau pergi bilik rawatan." kata Nadia cemas!

"Sokay. Sikit ja. Takpa la tak perlu. Nanti your boyfriend marah pula!" perli Ilyas.

"Eh kau ni melampau eh! Lembik! Nak kena lagi ka!"

Baru sahaja Adam ingin menumbuk Ilyas, Nadia menahan tangan Adam

"Stop Adam! Walaupun awak cemburu dengan Ilyas...ini dah melebih! Jangan tumbuk muka kawan saya. Dia dah banyak tolong saya selama ni!" kata Nadia lalu terus memapah Ilyas ke bilik rawatan.

Alya yang perasan dengan reaksi Adam terus menegurnya

"Tak salah cemburu. Tapi jangan terlalu kasar. Kalau kau nak tahu...Ilyas tu selalu bantu Nadia waktu Nadia susah. Bantu dari segi emosi, fizikal dan wang. Dah banyak Ilyas beri duit dekat Nadia sebab Nadia susah. Aku tahu kau jeles tapi kenapa kau marah sangat? Cuba kau cerita?" kata Alya.

Adam meraup rambutnya ke belakang! Stress!

"Petang ni jumpa kat cafe aku. Nanti aku cerita." kata Adam sebelum blah dari situ. Takdak mood nak makan!

Adam mempunyai cafe sendiri yang dinamakan Adam's Cafe berhampiran dengan sekolah itu.

"Okay...lepas asar kami gerak" kata Alya lalu bergerak ke tempat bertugas masing-masing

Di bilik rawatan

"Kau okey? Meh aku sapu ubat..." kata Nadia prihatin.

"Thanks" kata Ilyas sambil tersenyum.

"Sekarang aku nak kau explain semua!" kata Nadia.

"Hm ye la. Kau nak tahu apa?" tanya Ilyas.

"Betul ka kau ada Tengku? Kenapa kau tak bagitau aku? Kenapa kau sekolah dekat situ dan bukan sini? Kau kenal Adam? Macam mana kenal?" tanya Nadia bertubi-tubi.

"Woo relax ah! Satu-satu!. Okay. Ye aku ada Tengku. Sorry lah tak bagitau. Aku nak rahsiakan gelaran Tengku ni bukan apa aku takut orang kawan dengan aku sebab harta ja...aku malas nak sekolah dekat sini sebab aku suka kehidupan biasa tambahan lagi lepas aku jumpa kau. Haha. Ye aku kenal Adam. Dia teman sepermainan aku dulu sebelum aku pindah dekat area sini" jawab Ilyas menjawab segala persoalan Nadia.

"Oh... okey" kata Nadia lalu meletakkan plaster di pipi Ilyas.

"Thanks we" ucap Ilyas.

"Welcome" kata Nadia.

"Kau cinta kan Adam?" tanya Ilyas.

"Ye. Sorry weyh. Aku anggap kau tak lebih dari sahabat baik aku dan aku dah anggap kau macam family aku!" ucap Nadia.

"Hm kalau kau tak bahagia dengan dia...aku ada okay? Aku sentiasa ada dengan kau." kata Ilyas.

"Okay. So friends?" kata Nadia tersenyum.

"Nope. Bestfriend!" kata Ilyas membalas senyuman Nadia.

Mereka berdua bergerak ke kelas kerana masa rehat sudah habis

🌸🌸🌸

Yah double chapter❤ ingat author tak tepati janji? Author update juga okay untuk korang! So korang kena la support author dengan tekan ⭐⭐⭐ yang baca bukan main 70+ tapi yang vote setiap chapter 10+ ja. Erghh..so next chapter! 15 vote untuk next chapter!😙 takdak 15 vote! Taknak update! Merajukkk!😴 ingat! 15 vote! So vote banyak-banyak. Bukan susah pun? Tekan ⭐⭐⭐⭐ ja🙈 okay! Love u❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro