Masalah lain?❤
"Waktu tu mak ayah awak cakap something yang saya sendiri tak boleh percaya..saya kusut juga tapi argh.. Mak awak bagitau yang awak bukan anak kandung mereka. Dan anak kandung mereka ialah saya." Kata Aina
"Apa? Ma..macam mana pula tu..tak faham" Kata Nadia
Aina menceritakan peristiwa itu semula
Flashback
" Sebenarnya awak tu anak kami! Anak kandung kami. Dan Nadia cumalah anak angkat kami..ka..kami terpaksa berbuat begitu kerana ada sebab tertentu" Kata Puan Sofiah
"Hah? Hahahaha lawakkk..ingat aku bodoh nak percaya? Memang tak lah" Kata Aina
"Anakku..Aina ada tahi lalat di bahagian dada dan belakang. Parut di dahi juga ada kerana waktu tu Aina jatuh basikal. Tu dekat dahi tu. Betul?" Kata Puan Sofiah
Aina tergamam. Betul! Dia ada tahi lalat di dada dan belakang..
"T..tipu..korang skodeng aku!" Kata Aina
"Hm..mak cakap benda betul. Okay..kamu ada tanda lahir yang agak besar di punggung..betul?" Kata Puan Sofiah
Sekali lagi Aina tergamam. Kali ini betul. Takdak sapa yang tahu kecuali dia dan Haziq semestinya.
"Huh..apa semua ni..so aku bukan anak Tan Sri Engku Haqiem dan Puan Sri Engku Raisha?" Tanya Aina
"Ye" Jawab Encik Hisham
"Damn. Ke..kenapa? Dah sekarang korang blah. Ak..aku tak nak dengar lagi" Kata Aina sebelum menutup pintu
End Flashback
"Takkan lah..saya nak bunuh parents saya? Saya pon terkejut bila dapat tahu parents saya meninggal dibunuh. Saya pon ada waktu majlis tu cuma duk belakang..di kubur pon saya ada.." Kata Aina
Nadia kaku ibarat ais. Apa semua ni lepas satu-satu masalah yang kena hadap..benarkah?
"Nadia..ni surat untuk kau..mungkin kata-kata akhir daripada mak ayah kita" Kata Aina sebak. Dia memberikan surat itu kepada Nadia
Nadia mengambil surat itu dengan tangan terketar-ketar dan membaca
Ke hadapan Nadia ku sayang
Ini emak..emak nak bagitau yang emak sayangkan kamu..mak nak kamu terima ni dengan hati terbuka. Mak tulis surat ni sebab entah kenapa mak rasa macam mak akan tinggalkan kamu. Sebenarnya kamu anak angkat kami. Anak kandung kami Aina. Mak minta maaf sangat-sangat sebab terpaksa menipu korang. Kalau kamu nak tahu perkara sebenar..Tengku Airil tahu. Tanyalah diorang. Mak ayah kamu yang sebenar ialah mak ayah Aina yakni Engku Haqiem dan Engku Raisha. Sebenarnya mak pun tak tahu sangat perkara ni tapi apa yang mak tahu kamu dalam bahaya. Ingat eh. Jaga suami kamu baik-baik dan maafkan kesalahan mak dan ayah. Mak ayah sayang kamu. Kamu anak yang baik dan taat. Maaf sebab rampas kesenangan kamu. Maaf ya. Mak sayang kamu. Andai kami tiada nanti..tolong tengokkan Aina ya. Sayang kamu Nadia.
Daripada Puan Sofiah, ibumu
Nadia menangis. Ya Allah kenapa dia tidak tahu perkara ni. Mak..Nadia rindukan mak dan ayah. Terima kasih mak..ayah sebab jaga Nadia. Setitis demi setitis air mata Nadia keluar.
"Dah jangan menangis. Tak cantiklah nanti" Adam mengelap air mata Nadia.
"Saya nak jumpa ayah. Saya nak jumpa Engku Raisha dan Engku Haqiem" Kata Nadia
"Okay..sekejap saya call" Kata Adam sebelum menelefon ayahnya dan Engku Haqiem dan Engku Raisha
30 minit kemudian mereka tiba. Mereka berkumpul beramai-ramai di situ
"Aina..anak mama..wah abang..tengok cucu kita comel ja" Kata Engku Raisha
"Betul tu" Kata Engku Haqiem
"Nadia..ada apa yang kamu nak bincangkan" Tanya Tengku Airil
"Nadia nak tahu perkara sebenar. Siapa mak ayah sebenar Nadia" Tanya Nadia tegas!
"A..apa maksud Nadia?" Tanya Tengku Airil
"Nadia dah tahu perkara sebenar. Mak Sofiah dah bagitau dekat Nadia yang sebenarnya mereka bukan mak ayah kandung Nadia. Dan diorang kata ayah tahu" Kata Nadia
Tengku Airil mengeluh. Kebenaran sudah terbongkar. Maka perlu jujur lah dalam keadaan sekarang
"Ye..memang betul. Allahyarham bukan mak ayah kandung Nadia. Engku Haqiem dan Engku Raisha mak ayah kandung Nadia. Kami buat begini bersebab dan ayah rasa kamu memang dalam bahaya" Kata Tengku Airil
"Betul Nadia. Kami ada sebab. Maafkan papa dan mama. Papa buat semua ni bersebab" Kata Engku Haqiem
"Apa sebabnya..tahu tak Nadia terseksa selama ni!" Kata Nadia
"Sebenarnya..wasiat datuk kamu jatuh ke atas nama kamu sahaja. Kamu memegang banyak syarikat terbesar di seluruh dunia. Kekayaan melimpah ruah. Dan kamu ada musuh yang ingin rampas kekayaan kamu. Sebab tu mama papa hantar kamu ke kampung..maafkan mama ya" Kata Engku Raisha
"Musuh? Siapa?" Tanya Nadia
"Tak tahu. Kami masih lagi tak dapat tahu..sebab tu bahaya. Aina..kami minta maaf ya sebab tak beritahu perkara sebenar" Kata Engku Raisha
"Takpa. Aina dah taknak tahu apa-apa. Sekarang Aina nak fokus kat anak Aina ja..nak mulakan hidup baru dan buka buku baru." Kata Aina insaf.
"Hm tapi tinggal dengan mama eh" Kata Engku Raisha
"Tak payahlah..Aina nak start berdikari sendiri" Kata Aina
"Aina..sebabkan kau dah berbaik..maka aku serahkan 1 butik aku dekat kau. Hadiah untuk baby" Kata Nadia
"Be..betul ka? Thanks Nadia..aku sayang kau. Thanks banyak-banyak sebab bantu aku" Kata Aina menangis
"Dah lah" Kata Nadia
"Nak..mama minta maaf" Kata Engku Raisha sambil memeluk Nadia. Nadia membalas pelukan itu. Lama mereka memeluk barulah mereka lepaskan.
"Tinggal dengan mama eh. Mama nak tengok cucu-cucu mama" Kata Engku Raisha
"Arisa..Ariff. Come here..ni datuk dan nenek nak jumpa" Kata Nadia memangil anak-anak nya
"Wah dah besar cucu-cucu nenek ya. Malam ni nenek masak..nak makan apa?" Tanya Engku Raisha bahagia
" Arisa lapar spageti carbonara la.." Kata Arisa manja
"Okay boleh" Kata Engku Raisha
"Tapi Ariff nanak spageti bolognese" Kata Ariff pula
"Carbonara laaa" Jerit Arisa
"Taknak...bolognese!!!" Jerit Ariff pula
"Ha neneknya..masak la dua-dua" Kata Engku Haqiem. Bukan main sayang dekat cucunya
"Ayah..syarikat saya dah berkembang maju jadi saya ingat nak expand lagi..apa pendapat ayah?" Tanya Nadia kepada ayah dan ayah mertuanya
"Bagus juga. Nanti kita tiga setup sama-sama" Kata mereka berdua
Seketika kemudian Nadia mendapat panggilan telefon dari Ilyas. Nadia meminta diri untuk menjawab
"Sayang..biy nak jumpa. Ada hal emergency nak bincang" Kata Ilyas
"Okay. Jumpa dekat Cafe macam biasa okay" Kata Nadia
"Okay. Biy tunggu" Kata Ilyas lalu menamatkan talian. Saat Nadia ingin bergerak, Adam menahannya
"Nadia..saya minta maaf eh" Kata Adam
"Hm..ye la saya dah maafkan korang berdua Walaupun berat hati saya" Kata Nadia
"S..saya masih sayangkan awak" Kata Adam tiba-tiba
"Stop it. Minggu depan saya bakal jadi isteri orang. Saya maafkan awak bukan bermakna saya terima awak kembali dalam hidup saya!" Kata Nadia sebelum bergerak berjumpa Ilyas
🌸🌸🌸
Done💕 jangan lupa vote⭐⭐ road to 12K viewers and 2K vote⭐🙈❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro