Makan Malam✔
Keesokan harinya, Nadia bangun awal untuk bersarapan dengan Adam seperti yang dijanjikan semalam. Adam sudah tercegat di depan pintu bilik Nadia. Mereka bergerak bersama-sama ke restoran yang terdekat. Adam mengambil order untuk kami berdua. Suasana agak kekok pada pagi itu.
"Dah beri peluang dekat Aina?" terkeluar soalan yang tidak berapa cerdik. Bodoh la kau Nadia! Ah apa yang kau kata ni!
Adam hanya mendiamkan diri. Mungkin malas hendak jawab soalan itu. 5 minit kemudian, makanan mereka tiba dan mereka menikmati makanan itu dengan sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi dari geseran sudu, garfu dengan pinggan. Ni kalau sudu jatuh boleh bising gamaknya.
Selepas makan mereka bersiar-siar di taman bunga. Sungguh cantik taman ini. Nadia mengeluarkan telefon dan membuka kamera lalu menangkap gambar taman bunga itu. Taman bunga itu dipenuhi dengan pelbagai pokok bunga dengan pelbagai warna. Dipetik bunga berwarna unggu dan diselitkan bunga itu di antara rambut dengan telinganya. Sejurus itu dia menangkap gambarnya. Wahh cantik! Hahaha angkut bakul sendiri nampak Nadia! Adam? Entah ke mana dia pergi namun tiba-tiba dia muncul dibelakangnya sambil membawa dua kon aiskrim perisa coklat. Wahh coklat! I Love it!
"Nah...aku tak tahu kau suka perasa apa so aku ambil coklat je la." kata Adam sambil memberi aiskrim itu.
"Thanks! Saya suka coklat" jawab Nadia. Dah orang bagi kan? Ambil je la!
Nadia makan aiskrim itu agak kasar dan comot. Habis pipi dan mulutnya terkena coklat. Belum sempat dia ingin lap, terdapat seseorang yang tolong lapkan pipinya. Siapa lagi! Adam la! Oh kemon la Adam! Jangan bagi aku cair lagi!
"Comot. Kau ni kenapa gelojoh sangat?" marah Adam sambil melap pipi Nadia.
"Sorry. Hehe..." kata Nadia agak segan.
"Dah la jom balik. Kita rest. Malam ni jumpa aku dekat taman bunga ni. Sharp pukul 8:30 p.m! Lambat kau kena! Tak perlu tunggu aku. Datang ja sini alone okay!" kata Adam.
"Nak buat apa?" soal Nadia ingin tahu.
"Makan malam la! Saja la aku takut kau bosan asyik makan dekat restoran ja. Aku tempah la dekat taman ni pula. Aku dengar waktu malam lagi cantik!" kata Adam menyembunyikan niatnya yang sebenar.
"Oh okay. Lagipon takpe la saya okay ja makan dekat mana tapi dah awak kata begitu...hm baik...pukul 8:30 malam saya turun. Okay la saya nak pergi rest dulu. Bye...jumpa malam ni" kata Nadia.
Nadia bergerak ke biliknya seorang diri. Ya laaaa takkan nak suruh Adam temankan aku! Ingat aku baby? Tak tahu jalan! Sebaik sahaja dia tiba di biliknya, kelihatan sebuah beg kertas di hadapan pintunya. Nadia mengambil beg itu lalu masuk ke dalam biliknya. Dilihat beg kertas itu dan dibelek olehnya. Terdapat sekeping kertas di dalam beg itu. Diambil Nadia dan membacanya.
To : Nadia
From: Adam
Malam ni kau pakai baju yang aku belikan ni. Make sure pakai! Aku tahu saiz kau. Aku dah tanya Alya tadi. Ingat...kul 8:30 turun taman.
Nadia agak terkesima. Kenapa dia beli baju dekat aku? Mesti mahal ni! Dah la sini baju semua mencecah ratusan ringgit. Jap? Alya bagi saiz aku? Haih budak ni! Sekarang pukul 4 pm di London...dekat Malaysia...kul 11pm! Cantik la! Puak-puak tu bukannya tidur lagi. Layan korea jaaa...alaa esok cuti sekolah.. Diambil telefonnya dan dia membuat video call dengan Alya.
Tidak sampai 2 minit, Alya menjawabnya. Terpampang la muka tiga beruk tu. Hahaha!
"Assalamualaikum" kata Nadia memulakan bicara.
"Waalaikumusalam" jawab mereka serentak.
"Aku nak tanya something dekat kau Alya!" kata Nadia straight to the point
"Apa?" jawab Alya.
"Kenapa kau bagi saiz baju aku dekat Adam? Aieee kau ni kan" marah Nadia.
"Oh hahaha. Kenapa?" tanya Alya selamba.
"Dia belikan aku baju. Dah la mahal! Haihh segan la aku!" kata Nadia menceritakan segala yang berlaku.
"WHAT! OMG! Adam belikan kau baju? For what? Kan baju untuk event esok kami dah beliii" tanya Sofea.
Budak ni kalau tak tanya...tak sah!
"Hm malam ni Adam ajak makan sama-sama dekat taman." jawab Nadia jujur.
"Wahhh makan malam ka dating!" soal Atiffa.
"Banyak la kau dating! Makan malam ja la!" kata Nadia sambil menjeling mereka.
"Haha sorryyy...tapi kenapa taman! Makan ja la kat restoran! Nak bersweet pula!" soal Atiffa lagi.
"Hm entah la. Mamat tu aku dah gitau dia yang kenapa tak makan ja kat restoran bawah ni. Dijawabnya takut aku jemu makan kat bawah ni. Siap kata taman ni cantik waktu malam. Aku pon ye kan je la. Dah orang belanjaaaa" jawab Nadia jujur.
"Elehhh aku rasa kan! Dia nak confess cinta dekat kau la! Sebab aku tengok kebelakangan ni dia selalu pandang kau! Takpun mesti dia akan tanya kau bila kau tak masuk kelas lagi. Aku syak dia ada perasaan dekat kau!" kata Alya lagak seperti detektif.
"Banyak la kau! Semalam aku ada dengar dia nyanyi lagu semakin, jiwang beb...kan lirik tu walaupun tetap membenci tapi still lagi sayang...so siapa last ex dia? Aina laaa...takkan aku pulaaa...haih korang ni" kata Nadia.
Dan sekali lagi hatinya sakit. Haih maaf hatii...aku tak boleh...Adam hak orang lain. Tetiba dia rindukan mak ayah dia. Hm nak call pon mak ayah mesti dah tidur. Letih bekerja seharian.
"Hm ye laaa...kita tunggu je la malam ni! Hahaha...goodluck wey! Bagi cantik sampai dia tergoda tau! Hahaha" sakat Sofea.
"Balik Malaysia aku sepak kau Sofea!" kata Nadia berbaur ugutan.
"Haha buu!" gelak mereka bersama.
"Wee rinduuu" kata Nadia memecahkan ketawa mereka.
"Kannn...esok ja lagi!! Then kau balik! Balik ja Malaysia kita pergi shopping! Hahaha" kata Sofea.
"Tak habis-habis shopping kau!" kata Nadia muak!
"Dah laa bye Nadia! Kau rest la...kami taknak ganggu kau! Byee!" kata Alya.
"Okay bye! Nanti balik Malaysia aku janji aku akan bawa balik kemenangan!" kata Nadia semangat!
"Byeee muahh" tutur mereka sebelum mematikan talian.
Sedar tidak sedar, sudah 1 jam lebih dia bercakap dengan mereka. Dah kul 5:30 petang dah. Rehat kejap then malam ni bersiap! Diambil baju yang dibeli oleh Adam dan Nadia tergamam. Ya Allah...cantiknya...Mesti mahal ni. Haih...Adam kenapa la kau beli! Dress hitam tanpa lengan dibelinya. Cantik dan elegan
Tepat 8:20 malam, Nadia bersiap. Dilihat di pantulan cermin dan dia dah bersedia. Diletak sedikit bedak dan disembur minyak wangi. Wah kau Nadia...macam nak pergi dating! Hakikatnya pergi makan malam ja. Jam menunjukkan pukul 8:26 malam. Nadia segera berjalan ke arah taman. Dari jauh kelihatan sungguh cantik. Dengan lampu yang berwarna warni
Nadia memasuki taman itu dan dilihatnya meja dengan lilin di atasnya dan terhidang makanan di atas meja itu. Dibelakang meja itu pula terdapat pancuran air...wau cantik! Tapi mana Adam? Tiba-tiba dia rasa matanya gelap! Ada sesuatu yang menutup matanya.
Okay guys! Sorry semalam tak update sebab takdak data. Hehe❤ keep support me by ⭐⭐ road to 1K!💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro