Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MAAF✔

"Hello?" jawab seseorang di dalam talian.

Adam terus memutuskan talian lalu mengambil keputusan untuk berbaring di atas katil. Adam mengeluh. Patut tak aku minta maaf? Memang senang tapi bagi aku macam calar la maruah aku. Haih. Dah la baik aku tidur. Esok aku fikir lain. Adam menutup suis lampu lalu memejam mata.

Di Dorm Aspuri

"Siapa call? Amboii baru dapat telefon dah ada peminat!" tanya Sofea ingin tahu

"Entah... Dia call kemudian letak. Pelik," jawab Nadia.

"Hm entah-entah!" kata Alya tergantung.

"Siapa?" tanya mereka yang lain serentak

"Jangan kata...'lelaki tu'" tebak Sofea.

"Sapa ni?" tanya Nadia dan Atiffa masih 'blur'

"Haih korang ni! Si Adam la!" kata Alya.

"Weyyhhh NO!" jerit Sofea bantah.

"Ape? Kenapa?" tanya Nadia hairan.

"Kalau kau nak tahu mesti Adam tu nak minta maaf pa!!" teka Alya sambil meletakkan jari di dagu umpama seorang detektif.

"Takkan kot!" kata Atiffa tidak percaya.

"Kenapa tak pula? Biar la dia nak minta maaf?" tanya Nadia pelik.

"Ish kau ni...meh aku cerita... Si Adam tu TAK PERNAH minta MAAF. Dia tu jenis jaga ego dan maruah dia. Mana la dia minta maaf. Dekat cikgu pon kadang-kadang je dia akan kata sorry Tapi tak ikhlas...Kalau kau nak tahu dia tu memang jenis payah nak sebut maaf walaupun salah dia, " jawab Sofea.

"Sorry dengan maaf tu kan sama je" tutur Nadia. Ye la makna sorry tu maaf.

"TAK! sorry tu tak ikhlas dan dianggap seperti malas nak layan so dia katalah sorry...maaf ni ikhlas!" terang Alya bersungguh-sungguh.

"Gitu pula, hahaha...macam-macam la korang ni...suka hati la haih." kata Nadia. Malas nak layan diorang ni.

"Sudah lam..jom tidur...esok PJ! Warghh malasnya mesti letihhh" kata Alya.

"PJ? Pendidikan Jasmani? Sukan?" tanya Nadia inginkan kepastian.

"Yup! Kenapa?" tanya Sofea hairan.

"Yeayyyyyy! Aku suka sukan!" kata Nadia teruja.

"Woo mesti kau tak tahu ni...kalau kau nak tahu, kita tiada cikgu jasmani so kita akan diajar oleh ketua pelajar kita, a.k.a MAMAT GILA TU, " jawab Alya.

"Kenapa? Biarlah dengan dia," jawab Nadia selamba. Bukannya lelaki tu nak makan dia pon.

"Hey ngok! Kau tahu tak tu bukan sukan tetapi seksaan. Dia seksa kita melalui sukan...pergh penat weyh!Esok kita akan sekali dengan kelas 5D. So faham-faham la. Selamat menjadi popular dan jauhi Diva AAM. Hahaha." kata Atiffa.

"Hahaha okay guys...goodnight baby...sweetdreamm" jerit Nadia.

"Goodnight to baby..sweetdream" ucap Atiffa.

"Goodnight" kata Sofea pula.

"Selamat lenaaaaa" jawab Alya sambil menutup suis lampu.

Mereka bergerak ke bilik tidur mereka bersama-sama. Nadia mengambil wuduk lalu berbaring di atas katil. Sungguh lembut katil ini. Nadia membaca doa sebelum tidur lalu mata ditutup. Lampu dibiarkan malap. Fikirannya terganggu dengan panggilan telefon tadi. Siapakah orangnya? Hm takkan Adam? Dia sudi memaafkan orang yang telah melukainya. Ya dia tak kisah. Janji minta maaf dengan ikhlas. Nadia akhirnya lena.

KEESOKANNYA

Muka pelajar kelas yang lain muram termasuklah Sofea,Alya dan Atiffa.

"Weyh relaks ah...jangan la muram begitu! Nanti dah tak cantik!" kata Aiman kepada Sofea.

"Banyak kau cantik" jawab Sofea lalu menumbuk bahu kanan Aiman.

"Hai awak" sapa Awie ramah.

"Hai" jawab Alya sepatah. Takdak mood!

"Kenapa muka macam tu?" tanya Awie.

"Takkan awak tak tahu... Si Adam tu akan start seksa kita!" kata Alya sambil membuat muka. Awie tercair kejap! Comel!

"Takpe saya jaga awak" tutur Awie dengan nada romantis!

"Ish awak ni! Hehe" kata Alya malu.

Nadia hanya menggelengkan kepala. Teruk sangat ka si Adam ni ajar?

"We Atiffa teruk sangat ka Adam ajar?" tanya Nadia ingin tahu.

"Wait and see je la" kata Atiffa.

Adam berjalan ke arah padang yang sedang dikerumuni oleh pelajar 5A dan 5D. Seperti biasa...dia akan menjadi guru sementara untuk mengajar sukan memandangkan dia selalu mendapat pingat emas dalam kejohanan balapan dan padang. Guru sukan mereka ada mesyuarat di luar negara selama 2 bulan. Sebaik sahaja kelihatan susuk Adam...pelajar yang lain diam membisu seolah-olah berada di perpustakaan. Diva AAM pon diam selepas bergosip sakan di belakang khalayak ramai.

"Kita mulakan dengan larian sekeliling padang. 10 rounds! Start now." arah Adam.

"What 10 rounds! Habis la kaki I nanti!" keluh Aina.

"Kan! Nanti I tak boleh jalan macam mana!" sokong seseorang dibelakang Aina.

"We kau dengar kan? 10 rounds...hua" teriak Alya.

"DIAM! PERGI LARI OR AKU TAMBAH LAGI 10!" tegas Adam memberi arahan.

Yang lain hanya membisu dan berlari dengan keluhan. Nadia pelik...Takkan 10 pusingan tak boleh buat? Dia dekat sekolah dulu 15 pusingan setiap hari. Nadia hanya berlari sambil menikmati pemandangan. Cantik sungguh! Dengan sawah padi di sebelah padang dan taman bunga yang berada di padang ini sungguh nyaman. Ditambah pula udara segar.hahahah fresh!! Tiba-tiba terasa seseorang melanggarnya. Lalu dia terjatuh kerana ketidakseimbangan badannya.

"HAHAHA lemah! Lembab! Bodoh betul...haih anak nelayan ni tak sangka lemah! Tolak sikit dah jatuh...mesti kau tak boleh habiskan larian kan! Mengaku je la kat Adam lagi senang! Hahaha" gelak Aina.

"Woi Aina! Kau buat apa tu?" jerit Adam. Adam terkejut bila Nadia terjatuh tadi selepas ditolak. Bukannya apa, ini tanggungjawabnya untuk menjaga semua pelajar.

"Tak buat apa pon U. Dia ni lemah sangat! Lari-lari terjatuh!" kata Aina cuba menegakkan benang yang basah.

"Sudah! Pergi lari. Siapa yang tak habiskan larian, cuci tandas dua hari!" jerit Adam.

Pelajar yang lain cuba menghabiskan larian dengan nafas yang tercungap-cungap

"Boleh bangun?" tanya Adam prihatin.

"Boleh...terima kasih" kata Nadia perlahan.

Sama-sama. Kata Adam dalam hati.

"Erm Nadia...aku...aku nak minta sesuatu" kata Adam perlahan.

"Apa? Beritahu la" kata Nadia tenang. Padahal dalam hati dah tak tentu hala. Bau minyak wangi yang dipakai oleh Adam sangat mengasyikkan.

"Aku, aku nak minta maaf" kata Adam perlahan.

Nadia tersenyum. Sofea, Alya dan Atiff ni mengarut je la... Tengok ni Adam minta maaf je.

"Saya maafkan awak" jawab Nadia sambil tersenyum.

"Be...betul ka? Thank you" kata Adam dengan nada agak lega.

"Ye takpe saya tak ambil hati." kata Nadia lembut.

"Okay now...cerita dekat saya kenapa awak benci saya." arah Nadia.

"Erm jumpa aku dekat bumbung sekolah waktu rehat. Jangan bawa sesiapa pon. Kita berdua je." kata Adam.

"Okay...dah la saya nak lari dulu" kata Nadia

Nadia meneruskan larian. Adam meneruskan melihat sesiapa yang cuba curi tulang. Pada pusingan ke 8 semua pelajar sudah letih terutamanya Diva AAM namun Nadia tetap berlari. Semua pelajar ternganga. What! Semua pelajar menepuk tangan apabila dia orang pertama yang menghabiskan larian! Yang lain sudah failed! Habis la kena marah!

"Yang lain buat tekan tubi sebanyak 20 kali memandangkan terlalu ramai kalau aku nak suruh mencuci tandas...Nadia kau boleh berehat kerana kau dah selesai pusingan kau" arah Adam.

"Okay terima kasih" kata Nadia.

Sama-sama. Jawab Adam di dalam hati!


Okay guys. Another chapter! Maaf kalau typo! Sorry late! Okay maaf sebab tak update! Author tak sihat! Demam😭 thanks for support!!❤ jangan lupa tekan ⭐⭐ ada silent readers❗ hehe thanks tapi vote la😭😚

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro