Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Khianat❤

Musim cuti sudah berakhir. Nadia sudah bersiap sedia untuk ke sekolahnya. Yang peliknya, Adam lansung tidak menghantarnya mesej atau whatsApp. Bila Nadia hantar whatsApp, hanya bluetick yang diberi. Begitu juga dengan Alya,Sofea dan Atiffa. Mereka juga hanya mem bluetick nya. Fikirnya mungkin mereka sibuk sehingga lupa membalasnya.

Nadia tiba di sekolah petang itu. Yang menghairan kan lagi, dormnya kosong. Hanya biliknya sahaja yang ada barang. Bilik Alya dan lain-lain kosong seperti mereka berpindah. Takkan la mereka dah tinggal di rumah mereka dan berulang alik? Hm nanti esok aku tanya ja la.

Keesokannya,Nadia tiba awal di pintu pagar sekolah. Dia bertugas harini bersama Adam namun tidak nampak langsung kelibatnya. Hampir setengah jam menunggu akhirnya Adam tiba. Pelik lagi kerana selalunya Adam akan ucap morning dekat dia namun hm entah lah

"Morning biy..dah settle masalah?" Tanya Nadia prihatin

"Morning" Jawab Adam dalam nada yang agak keras

"Kenapa ni? Macam badmood ja? Ada problem? Mind to share?" Tanya Nadia

"Nothing. Just jaga pagar." Kata Adam tanpa melihat Nadia. Nadia pelik kenapa ramai pelajar yang memandang nya seperti dia membuat kesalahan.

"Hai sayang" Ucap Aina kepada Adam

"Hai baby..morning" Balas Adam

Waktu itu, hati Nadia bagai disiat-siat. Sakitnya dia rasa waktu itu. Adam cu..curang? Ta..tapi eh. Hanya air mata yang mampu mengalirkan waktu ini

"Erm sayanggg dah cakap ka dekat dia tentang hal tu?" Tanya Aina sambil mengerling Nadia. Dilihatnya Nadia sedang menahan perasaan

"Oh belum. Nantilahh" Kata Adam

"Okay sayang. Nanti rehat sekali ok" Kata Aina dalam nada gediknya

"Okay baby" Ucap Adam sambil tersenyum lebar.

Nadia tidak mampu menahan rasa lagi. Dia sudah menangis teresak-esak. Sampai hati Adam buat begini dan paling teruk di depannya! Apa salahnya!

Masuk sahaja di dalam kelas,semua pelajar mula berbisikan. Ya Allah apa yang berlaku ni? Dilihat Aina sudah berada di tempat duduknya iaitu bersebelahan Adam. Dia duduk di sebelah meja Alya memandangkan kawannya, Siti tidak hadir

"Hai korang. Korang Adam curang..hm" Kata Nadia dalam nada sedih

"Baguslah" Kata Sofea

"Apa kau kata?" Tanya Nadia kembali. Tadi dia dengar..baguslah?

"Baguslah" Sofea mengulanginya

"Ke...kenapa bagus?" Tanya Nadia kembali

"Dah kau yang buang dia. Kau sendiri kata kau bukan cintakan dia..buat apa kau terhegeh lagi" Kata Alya sedikit kuat menyebabkan semua orang terdiam

"A..apa yang korang kata ni?" Tanya Nadia. Dia sudah merasakan sesuatu bakal terjadi

"Eh kau tahu tak..aku anggap kau macam seorang kakak. Tapi kau sanggup tikam belakang kami! Kau kawan dengan kami secara tidak ikhlas! Eh perempuan aku cukup pantang orang yang tikam belakang kawan!" Jerit Alya

"Apa ni..aku ikhlas lah kawan dengan korang. Apa yang korang cakap ni hah" Kata Nadia bingung

"Nadia..kau tak perlu buat tak tahu lah. Kami dah tahu perangai setan tau. Patutlah kau masuk sekolah ni dengan senang-lenang ja kan. Kau ni tak ubah macam pelacur" Sindir Atiffa

"Apa?" Kata Nadia.

"Kami dah dapat video kau! Kau sendiri dah bagitau yang kau ni pura-pura ja kawan dengan kami! And kau dah lukakan hati seorang lelaki! Kau ni dasar kaki kikis! Kau dekat dengan lelaki sebab duit ja kan?  Kau ni memang pelacur lah!" Jerit Sofea

"Vi..video?" Kata Nadia tergagap

"Ye..termasuklah gambar kau berasmara dengan lelaki mana tah. Mesti laki tu kaya kan? Sampai sanggup jual badan!" Kata Alya

"T..tak Adam please dengar apa saya nak cakap" Kata Nadia terus meluru ke Adam. Namun Adam sempat menepis tangan Nadia

"Jangan sentuh aku lah pelacur" Kata Adam

Waktu ini Nadia sudah berasa seperti dicincang dan dilumat. Sungguh sakit apabila Adam sendiri yang mengatakannya. Waktu itu dia terpandang Aina. Ya Aina! Dia boleh explain!

"Saya boleh explain. Waktu tu saya dan Aina dalam perjalanan pergi ke cafe tapi kami disekat oleh seorang lelaki. Lelaki tu bunuh pemandu Aina then dia ikat kami. Dia bawak kami entah ke mana kemudian dia paksa saya untuk cakap begitu. Percaya lahh saya cintakan awak Adam. Kalau tak percaya tanya Aina. Aina pun ada waktu tu dan dia berjaya lari" Terang Nadia

Semua mata terarah ke Aina. Aina menelan air liur sebelum berkata

"Ma..mana ada. I tak pernah pun pergi Cafe dengan U. U jangan babitkan I okay. Lagipun I memang nampak U keluar dengan jantan tu hari tu dekat mall. Siap berpelukan lagi. U ni kan tak sangkakan..nampak ja baik macam ustazah tapi dalam hm..patut ka gelar pelacur? Haihh..kalau U nak tau..semua students dekat sini dah tahu tentang gambar tu dan video tu. U sendiri cakap U tidak ikhlas kawan dengan diorang dan U tak cintakan Adam. And now...kami secara sahnya kekasih. So U jangan ganggu hubungan I dengan Adam" Kata Aina

Hati Nadia bagai dipijak-pijak. Allah. Aina mereka cerita ataupun dia...dia yang...ra...rancang semua ni!

"Adam..no itu fitnah. Aina fitnah saya. Please lah. Percayakan saya. Ainaa..aina yang rancang semua ni!" Kata Nadia

Adam yang berang terus menampar Nadia dengan kuat. Terteleng muka Nadia. Bibirnya pecah dan dia rasa pening

"Dengar sini perempuan. Sepatutnya aku tak jatuh cinta dengan kau! Kau tu tak layak hidup dengan aku! Kau tu miskin...hina! Murahan! Kau tak layak bersekolah di sini..kau tu bukan anak bangsawan! Dasar perempuan murahan. Eh mesti kau letak sihir dekat aku kan sebab aku terlalu taksub dengan kau! Hey perempuan lorong macam kau ni memang selalu guna ilmu hitam kan? Nasib baik aku belum moveon sepenuhnya dekat Aina. Sejahat-jahat Aina..lagi hina kau! Aku taknak nampak muka kau dekat sekolah ni lagi. Aku nak minggu depan kau berambus! Jawatan kau as penolong ketua pengawas dilucutkan dan diberikan kepada Aina! Kau nak duit aku ja kan? Ha ambil lah! Ambilll! Aku bagi kau rm100K untuk kau berambus dari aku! Faham!" Kata Adam sebelum memegang rahang Nadia dengan kuat.

Nadia menangis. Sakitnya ya Allah. Bukan sahaja sakit di rahangnya namun lagi sakit di hatinya

"Sa..sa..sakit A..Ada.m" Kata Nadia tersekat-sekat

"Sakit lagi hati aku bodoh!" Kata Adam lalu menendang perut Nadia. Nadia jatuh terkulai di atas lantai. Tiada sesiapa yang ingin menolongnya. Namun di saat Nadia menangis kesakitan, Ilyas datang membantu. Dia tidak sanggup melihat Nadia dalam kesakitan. Dia agak pelik dengan semua ini. Tidak mungkin Nadia akan berbuat begitu

"Hey Yas..tak perlu la kotorkan tangan kau dekat perempuan jalang ni. Aku pegang dia pun aku rasa geli. Kotor!" Biar ja dia mampus dekat sini" Kata Adam sebelum meraup rambutnya ke belakang

Ilyas hanya mengendahkan kata-kata Adam. Malas hendak layannya. Nadia sudah pengsan akibat perutnya yang sakit. Ilyas terus mengendong Nadia ke bilik rawatan.

🌸🌸🌸

😶😶😶 jangan lupa vote⭐⭐
Author ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN❤ oh Adam dengan Nadia pun ucapkan SELAMAT HARI RAYA🌸 esok dan lusa tiada update ya🤗 cutii😆

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro