Ditipu?❤
"Kau dapat tak kad jemputan majlis pertunangan Nadia dengan Ilyas bro?" Tanya Awie. Waktu itu mereka bertiga berada di cafe
"Dapat. Pehal" Tanya Adam balik
"Kau pergi tak..jom lah..naik dengan kami" Ajak Aiman
"Tak nak aku. Perempuan sundal tu majlis memang tak lah" Kata Adam
"Ler..benda lepas jangan dikenang bro. Dia tu bekas isteri kau ja. Sekarang bakal jadi isteri orang lain pula. Chill lah..ke kau masih sukakan dia" Provok Awie
"Memang tak lah. Aku cintakan Aina sorang ja" Kata Adam
"Aku bukan la nak doakan. Tapi pelik lah..dia tu sah-sah ada laki lain tapi kau still bela dia. Dan tengok lah kau..tak terurus. Dengan jambang..misai tak cukur..serupa orang tak siuman!" Kata Awie
"Tu kawan dia ja lah. Tak payah tuduh sangat" Kata Adam cuba membela Aina
"Bro. Kawan apa sampai masuk hotel?" Sindir Aiman pula
"Kau jangan biadap! Dulu bukan main korang tak kata apa pon waktu aku nikah dengan Aina..korang ni berpihak dengan perempuan tak guna tu pula? Apa perempuan tu jual tubuh kat korang free?" Amuk Adam
"Bro. Jatuh fitnah bro. Nadia tu aku rasa baik lah. Anak-anak kau pon cute ja..iras dengan kau." Kata Awie
"TU BUKAN ANAK AKU! TU ANAK JANTAN MANA TAH YANG DIA TIDURI" amuk Adam
"Sudah lah Adam. Kau buka luas-luas mata kau..mana satu kaca mana satu intan. Fikir balik..siapa jaga kau waktu kau sakit..siapa jaga makan minum kau..siapa yang tak banyak permintaan..siapa yang tak habiskan duit kau!" Kata Aiman
"Ahh apa korang mengarut!" Kata Adam
" Kau tak sedar ka yang Aina gunakan duit syarikat untuk kepentingan diri sendiri!" Kata Awie
"Tak..dia guna duit tu untuk butik dia" Kata Adam still membela Aina
"Haih..kau pergi ka tak butik dia..butik tu dah dijual kot..lama mana dah..dia tu tipu kau hidup-hidup. Eh aku rasa kau ni nak kata bodoh..SPM straight A+. Haih entah lah" Kata Aiman
"Dah la aku nak blah. Tak caya aku korang ni. Menipu" Kata Adam
Skip
Adam berada di depan butik Aina. Heh buka ja butik ni. Sah-sah menipu ja kerja mereka. Mesti perempuan tu suruh
"Hello. Saya nak jumpa isteri saya" Kata Adam kepada salah seorang pekerja di situ.
"Encik ni siapa?" Tanya pekerja itu yang namanya Ain
"Tengku Adam..suami kepada pemilik butik ni..Engku Aina" Kata Adam
"Ma..maaf..pemilik ni bukan Engku Aina..pemilik butik ni Puan Emelda" Kata Ain sopan
"Apa? Panggil boss kau" Arah Adam
Ain terus memanggil Nadia.
"Puan..ada orang nak jumpa. Katanya suami pemilik butik ni" Kata Ain sopan
"Suruh dia masuk bilik saya Ain" Arah Nadia. Ye dia membeli butik ni..actually semua butik Aina. Dia berminat untuk bidang ini juga.
"Kau? Mana isteri aku..buat apa kau duduk di kerusi Boss? Tu tempat isteri aku lah bodoh" Marah Adam
"Encik Adam..ini butik saya..kalau tak percaya..nah" Nadia memberi kan dokumen sah yang mengatakan dia ialah pemilik sah butik itu
"Ha malu? Isteri Encik dah jual butik ni. Saya beli ja lah. Nampak tak berkembang elok ja..sebab tahu handle..bukan macam orang sebelum ni..tahu habiskan duit ja..mana la nak laku..baju pon old fashion..dah la mahal..sapa nak?" Sindir Nadia
Adam bagaikan api di curah air. Arghhhh. Adam terus blah dari situ dengan amarah yang membuak-buak. Kenapa Aina masih gunakan duit nya dan syarikat padahal butik sudah pon dijual lama sudah! Dia perlu mendapatkan penjelasan Aina sekarang! Nadia tersenyum kemenangan. Baru tahu ni siapa!
Skip
Majlis pertunangan Nadia dan Ilyas berlangsung dengan meriah. Ramai yang datang ketika itu.
"Assalamualaikum Nadia" Seseorang memberi salam
"Waalaikumusalam" Jawab Nadia sambil menoleh ke arah suara itu
"Kamu sihat?" Tanya Tengku Airil
"Ayah..erk sihat..ayah sihat?" Tanya Nadia sopan. Dia menyalami ayah mertuanya..eh bekas ayah mertuanya.
"Macam ni la..sakit tu biasalah..dah tua haha" Seloroh Tengku Airil
"Uish..tua-tua pon hensem lagi haha" Kata Nadia pula. Kemudian anak-anak nya datang.
"Oh ayah..ni cucu-cucu ayah..yang ni Mohd Ariff Hakimi dan ni Nur Neldia Arisa" Nadia memperkenalkan anak-anak nya
"Wah alhamdulillah..cucu-cucu datuk sihat..besar dah..hensem dan cantik..tapi bukan anak kamu erm?" Tanya Tengku Airil
"Saya lahirkan kembar tiga. Yang sulung tu lah cacat..tapi meninggal dunia. Kuasa Allah..yang dua lagi still hidup dan normal" Kata Nadia
"Syukur...innalillah..wah Ariff dan Arisa..sedap nama" Puji Tengku Airil
"Siapa ni mama?" Tanya Ariff
"Ini datuk kamu. Grandpa" Kata Nadia
"Hai grandpa" Sapa Arisa
"Hai Arisa..ha kamu berdua nak mainan tak? Grandpa belikan?" Kata Tengku Airil. Seronoknya dia rasa! Dapat cucu! Dicium pipi Arisa dan Ariff bertalu-talu. Keluar air mata kegembiraan
"Grandpa..janganlah menangis..nanti tak encem" Kata Ariff cuba memujuk
"Hahaha..ye la..grandpa tak nangis dah.." Kata Tengku Airil ketawa. Alahai cute ja cucu-cucu nya
"Nadia..ayah nak ambil diorang untuk sehari boleh? Ayah rasa bahagia sangat" Minta Tengku Airil
"Haha ambil lah.. Dua hari pon boleh..jangan tak hantar sudah lah hehe" Seloroh Nadia
"Baiklah..oh ya. Congratulations untuk pertunangan ni..thanks sebab jemput..ingatkan dah lupa" Kata Tengku Airil
"Thanks ayah..mana ada lupa..cuma lately ni busy sikit sebab Nadia beli butik pula..tamak sungguh haha..syarikat handle..butik pon handle" Kata Nadia
"Baguslah tu..nanti dah berjaya jangan lupa ayah ya" Kata Tengku Airil
"Ish mana ada lupa..saya dah anggap ayah ni sebagai ayah kandung sendiri dah tau" Kata Nadia
Mereka bersembang sehingga majlis tamat. Arisa dan Ariff ikut Tengku Airil. Mujurlah mereka berdua jenis yang senang
Skip
"Sayanggg..erm nak duit..macam biasalahh tambah stok kat butik" Pinta Aina malam itu
"Butik mana?" Tanya Adam
"Lah..butik dekat Kota Damansara tu lah.. Boleh tak..10K ja" Kata Aina sambil melentokkan kepala di bahu Adam
"Bukan U dah jual?" Tanya Adam serius
"A..apa..ma..mana ada" Kata Aina gagap
"Tadi saya pergi butik tu dan itu bukan lagi milik U! Kenapa U tipu! Habis duit syarikat sebab U! Sebab U! Bankrup I" Kata Adam marah
"E. Erm..sudahlah..I nak kelua-" Tiba-tiba Aina jatuh pengsan. Adam terkejut lalu segara mendukung Aina ke dalam kereta dan bergerak ke hospital terdekat
🌸🌸🌸
Done⭐ jangan lupa vote⭐⭐ oh ya..author rasa tak sempat habis 24 Jun ni..so lama lagi lah⭐
Keputusan
Sad Ending vs Happy Ending
0-3
Next:
Sad Ending = 0-46
Happy Ending= 47- infinity
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro