Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Cemburu✔

"Woi mengelamun apa? Ingat rumah buruk kau ke?" tanya Aina sambil menyilang tangan. Angkuh dan berlagak!

Nadia terkejut dengan suara yang nyaring itu.

"Erm takdak apa-apa" jawab Nadia sambil tersenyum.

"Sedihnya kau ni. Memang layak la as anak nelayan. Ada hati nak masuk sekolah kaya. Mesti kau jual tubuh badan kau kemudian guna duit tu masuk sekolah ni kan? Dah la miskin...keji pula tu. Perempuan murahan!" sinis Aina tidak sedar telah melukai hati seorang gadis.

Nadia tergamam dengan kata-kata Aina. Sungguh biadab percakapannya. Kata-kata itu mengguris hatinya. Nadia cuba bersikap tenang.

"Hey kau dengar tak perempuan murahan? Ke kau pekak sangat? Oh betullah orang kata diam tanda setuju. Jadi kau setuju la. Oh perempuan murahan!" kata Aina lagi.

Sofea dan yang lain tidak dapat menahan kemarahan mereka. Melampau betul si Aina! Tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana Adam telah mengarahkan seseorang untuk memerhatikan mereka. Pasti lebih teruk jika mereka melanggar denda yang diberikan. Namun rakannya sedang dicaci! Ah serabut! Maaf Nadia!

"Untuk pengetahuan Engku Aina yang MULIA dan SUCI, bukankah dalam islam kata ' memfitnah itu lebih teruk dari membunuh'. Walaupun saya ni tak berhijab saya jaga mulut saya. Pepatah Melayu pon kata  'Kerana mulut badan binasa'. Awak tak belajar agama ka? Jatuh fitnah tu," bidas Nadia cuba melawan.

Aina terdiam. Sentap! Makan dalam!
Namun egonya tinggi. Belum sempat Aina ingin membalas, percakapannya dipintas.

"Kenapa diam? Orang kata diam tanda setuju?" ujar Nadia kembali mengajuk ayat yang diberikan oleh Aina.

"Kurang ajar! Kau memang nak kena eh." Aina terus mengambil botol yang berisi air sirapnya lalu mencurahkan ke baju Nadia. Habis baju Nadia lencun dan berwarna merah.

Nadia terkaku. Erm dah la aku ada dua helai je! Mesti tak sempat nak basuh!

Rakan kelas yang lain hanya melihat. Tiada siapa berani melawan Aina. Dia merupakan orang kedua yang digeruni di sekolah itu kerana sikapnya yang suka membuli. Pernah dia membuli seorang pelajar junior sehingga pelajar junior itu mengalami depresi namun Aina tidak didenda kerana dengan bantuan ayah dan emaknya yang berpengaruh.

"Apa yang kecoh ni?" tanya Adam. Dia terkejut apabila kelas yang ditinggalkan sebentar tadi huru hara. Dia keluar sebentar untuk ke tandas namun apa yang berlaku di dalam kelas hanya sekelip mata!

"You tengok ni! Perempuan tak guna ni dia hampir nak tuang air sirap I dekat I tapi I sempat elak kemudian kena baju dia sendiri. Kemudian dia kata I ni perempuan murahan. I hampir menangis tahu tak! I ada hati dan perasaan. I ada maruah! " Aina mengeluarkan air mata palsu untuk menutup kesalahannya.

"Tak dia tip-" Kata-kata Nadia dipintas sekali lagi.

"Kau ni kan...memang bodoh tahu tak? Kau sebelum nak kata dekat orang please la cermin diri kau dulu. Kau ni memang PEREMPUAN MURAHAN...kau tak perlu fitnah orang sangat! Memang padan muka kau baju kau basah. Aku pon pelik sebab kau ni bukan anak bangsawan tapi bagaimana kau boleh masuk? Aku rasa kau goda pihak atasan kan? Sah bodoh! Dah la bodoh! Murah pula tu! We aku nak 'rasa' sikit boleh? Ala kau pon bukan ada dara kan?" sinis Adam. Pelajar lain hanya tergamam dengan apa yang dituturkan oleh Adam. Sememangnya Adam seorang yang mulut lancang.

Nadia sudah tidak tahan! Dia menangis. Kata-kata Adam ibarat menghiris hatinya. Hatinya di siat-siat! Sakit sungguh.

Sofea, Alya dan Atiffa terkejut dengan apa yang Adam tuturkan. Begitu juga dengan Aiman dan Awie. Itu Adam ke? Takkan dia bodoh sangat dengan lakonan Aina.

Aina tersenyum di sebalik tangisannya. Bagus! Kau boleh berambus bodoh!

"Se...hina sa...saya tak...per...pernah bu...at begi...tu..saya dapat surat tawaran dari sekolah ni, awak...sudah melampau!" ujar Nadia tersekat-sekat.

"Tak perlu tipu aku la! Kau tu memang bodoh! Mana ada surat tawarannya. Bodoh kau ni! Sudah kau ni memang murahan! Entah-entah mak ayah sama je" kata Adam dalam nada sarkastik.

Tiba-tiba terasa panas di pipi Adam. Rupa-rupanya Nadia telah menampar Adam. Sungguh sekarang hatinya sakit! Nak hina maki dia, Nadia boleh bertahan! Namun menghina mak ayahnya tidak dapat buat Nadia bertahan! Tiada siapa boleh menghina mak ayah nya!

Adam ingin membalas kembali namun tangannya ditahan oleh Awie.

"Sudah Adam! Kau buat keputusan melulu! At least bagi la Nadia cakap dulu. Ini tak! Kau percaya sorang je. Bukan kau tak tahu kan? Si Aina ni pandai berlakon! Kau percaya ke lakonan perempuan bodoh ni? Kalau kau nak tahu! Si Aina ni yang kata dekat Nadia. Dia yang maki dekat Nadia. Dia yang kata dekat Nadia, Nadia ialah perempuan murahan! Dan si Aina ni la! Yang curah air dekat Nadia! Kalau kau tak percaya! Kami SAKSI! Kami boleh bagitau! And kalau kau tak percaya dekat kami! Kau check la CCTV! kau ni kan harap je dapat top student tapi bodoh! Tak dak akal! Check la cctv! Ha tengok kebodohan kau!" marah Awie.

"Aku kecewa dengan kau Adam!" kata Aiman pula.

Sofea dan Atiffa segera menenangkan Nadia.

"Mulai sekarang kau jangan sentuh rakan-rakan aku! Aku taknak kau bercakap dengan Nadia! Kau la punca selama ni! Bodoh!" kata Alya menghamburkan kemarahan.

Adam tergamam. Ya Allah...salah aku ke terburu-buru? Adam terus berlari ke bilik CCTV dan memeriksa.

Di dalam kelas

Nadia yang menangis tadi tiba-tiba terasa kepalanya berat. Sakit kepala ya Allah! Nadia tidak sempat berkata apa-apa lalu dia pengsan.

Sofea dan Atiffa terkejut, mereka segera memapah Nadia untuk ke bilik rawatan. Aina yang melihat itu tersenyum. Haha aku menang! Tiba-tiba terasa pipinya panas. Aina memegang pipinya. Auch sakit. Terasa berpijar... Sh*t! Alya menamparnya! Tiada sesiapa yang pernah mengangkat tangan kepada dia.

"Ni balasan kau! Kau dengan air mata kau boleh berambus ke kelas lain! Kau ingat ni! Sekali lagi kau sentuh kawan-kawan aku...aku tak akan teragak-agak untuk BUNUH kau. Sepatutnya kau boleh blah la kelas belakang! Kau pergi la dekat rakan-rakan kau yang lain!" kata Alya.

Aina mempunyai pengikutnya di kelas 5D. Tengku Alia Darwisha Binti Tengku Malik dan Engku Puteri Maya Binti Engku Ibrahim. Mereka adalah pengikut setia. Mereka dikenali sebagai Diva AAM. Bukan Diva AA! Kang nanti dia muncul pula! Diva AAM diambil sempena huruf pertama nama mereka Aina, Alia dan Maya.

"KAU AKAN TERIMA NASIBNYA BODOH! AKU AKAN GANGGU KAWAN KAU TU SAMPAI AKU PUAS! AKU AKAN SEKSA DIA!" jerit Aina lalu beredar dari kelas

DI BILIK CCTV

Adam melihat satu persatu rakaman tersebut...sh*t! Aina yang bersalah! Adam meraup rambutnya ke belakang! Ahh stres! Kenapa dia buat begitu? Ah salah aku sebab terlalu cemburu dekat dia!

Flashback

Adam melepaskan kemarahan di tandas. Gara-gara perempuan itu menghalangnya daripada memukul budak tu dia tidak dapat melepaskan kemarahannya! Adam membasuh mukanya sekilas lalu bergerak ke kelas. Dalam perjalanan...dia terdengar bualan daripada guru-guru yang sedang bergosip.

"Dengar kata ada pelajar baru... budak perempuan...nama dia Nadia," kata Cikgu Husna

"Ha ah! Kak Ros dengar juga! Tadi pengetua kata budak tu bijak dan aktif bersukan! Dia akan dihantar ke pertandingan di luar negara...alah pertandingan yang si Adam tu masuk tahun lepas...tapi tak menang...so pengetua nak hantar Nadia tu. Kemudian saya rasa saya nak lucutkan jawatan si Adam tu. Memang la disiplin di sekolah ni terjamin! Tetapi si Adam tu sering kali buat hal! Mungkin Nadia boleh kawal Adam. Kita letak Adam jadi penolong ketua pengawas...Kak Ros akan usulkan kepada Tuan Airil. Mesti dia setuju memandangkan Tuan Airil sendiri yang pening kepala untuk melucutkan jawatan itu kerana tiada sesiapa calon yang berani tampil" kata Cikgu Rosilah sebagai ketua guru pengawas.

"Hm Husna rasa betul juga apa yang kak kata," sokong Cikgu Husna sebagai penolong guru ketua pengawas.

Adam panas! No! Tiada sesiapa yang akan ke pertandingan itu! Aku dah berlatih bersungguh-sungguh untuk ke pertandingan itu! Dan aku takkan lepaskan jawatan itu! Ahh aku akan pastikan budak perempuan itu berambus! Adam terus berjalan ke kelas.

End flashback

Ah aku dah salah...aku...akan betulkan kesalahan aku. Aku akan turunkan ego aku, esok aku akan minta maaf. Kemudian tamat kan? Erm.

Okay guys..jangan marah! Jangan maki! Hahahaha! Okay btw memang dah capai target vote dan author janji nak update double tapi❗ author rasa tak sihat..so esok kalau author sihat author akan update double chapter! Btw jangan lupa tekan ⭐⭐⭐ thanks guys❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro