Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Berita Baik?❤

Nadia membuka mata perlahan-lahan. Silauan cahaya dari lampu membuatkan dia terganggu. Dilihat sekeliling dan ini bukannya biliknya mahupun rumah Adam.

"Aku kat mana?" Kata Nadia perlahan

"Kau kau hospital" Jawab Alya

Nadia menoleh ke arah suara itu. Alya duduk di kerusi bersebelahannya

"Waktu aku datang..kau pengsan..aku cuba buka pintu dan pintu tak berkunci. Aku tengok kau jatuh pengsan so aku bawa la datang sini." Terang Alya

"Oh thanks. Dah la jom balik? Aku nak kena kemas rumah ni" Kata Nadia

"Bukan kau ada pembantu rumah ka? Kau sekarang tak boleh lakukan kerja berat!" Arah Alya

"Kenapa pula?" Tanya Nadia pelik

"Kau tu bakal jadi mama!" Kata Alya gembira

"W..what? Mama? Apa kau merepek ni?" Tanya Nadia

"Lah..serius lah..kau mengandung lah.. Sebulan setengah dah! Alhamdulillah..yeay aku akan ada anak buah! Kerap-kerap datang check up okay?" Kata Alya

"Be..betulka? Alhamdulillah" Kata Nadia gembira. Hasil benih dari suaminya sendiri.

"Yelah..untuk apa aku tipu..ni kau..bila nak bagi tau dekat suami kesayangan kau tu? Tadi aku baru bagi tahu dekat emak ayah kau. Sekejap lagi diorang sampai" Kata Alya

"Thanks weyh..hm nantilah aku bagitu..biarlah mereka berhoneymoon" Kata Nadia

"Kau ni..memang baik kan? Cubalah jadi tegas sikit..haih..kau nak biar Aina buli kau sampai mati?" Tanya Alya

"Dah la..aku malas fikir" Kata Nadia

"Nadiaaaaaaa arrr aku bakal ada anak buah kaaaa" Jerit Sofea dan Atiffa

"Woo..sabar la minah! Orang lain mengandung..orang lain yang excited lebih" Perli Alya

"Elehh..kau pun excited kan! Sembang hindustan mari!" Kata Atiffa

"Hahahaha..well" Kata Alya

"Dah la korang ni..baby belum keluar lagi lahh..lek ah" Kata Nadia

"Assalamualaikum" Ayah dan emak Nadia memberi salam

"Waalaikumusalam" Jawab mereka semua. Yang lain terus menyalami Puan Sofiah dan Encik Hisham.

"Kamu sihat?" Tanya Puan Sofeah

"Sihat mak. Mak ayah sihat?" Tanya Nadia kembali

"Alhamdulillah sihat" Jawab mereka berdua

"Mana suami kamu?" Tanya Encik Hisham

"Dia..pergi honeymoon dengan isterinya..takpala Nad taknak ganggu diorang" Kata Nadia

"Besan ayah mana?" Tanya Encik Hisham lagi

"Assalamualaikum" Kata Tengku Airil

"Ha panjang umur..baru ja sebut" Kata Nadia

"Kamu okay Nadia? Baby macam mana?" Tanya Tengku Airil

"Dua-dua okay..jangan risau lah" Kata Nadia

"Alhamdulillah..terkejut tadi bila si Alya call ayah kata kamu pengsan dan rupa-rupanya disahkan mengandung..where's Adam?" Tanya Tengku Airil lagi

"Dia pergi honeymoon dengan Aina ayah..dengar kata dekat Paris. Biar ja la..tak perlu call bagitau..nanti Nadia cerita..nak buat suprise" Kata Nadia happy. Mesti Adam akan gembira dengan suprise ini

Skip

Pulang sahaja Adam dan Aina ke rumah disambut oleh Nadia. Nadia mengangkat barang-barang mereka ke bilik mereka. Tidak sempat Nadia ingin memberitahu Adam, mereka berdua terus masuk ke bilik mereka untuk lepas kan lelah. Nadia beranggapan mereka letih dan dibiarkan mereka rehat terlebih dahulu.

Malam itu Nadia masak gulai ayam dan ikan siakap masak tiga rasa. Sudah cukup kerana dia sudah letih kerana berbadan dua. Nadia gembira kerana tidak sabar dia ingin memberi tahu dekat Adam!

Adam bangun dari lenanya. Letih menaiki flight tadi sudah hilang. Terus dibersihkan diri dan memakai baju. Dia mencari telefonnya dan apabila dia membuka laci almari dia terkejut apabila mendapati ada botol ubat di situ. Apabila ditilik, Adam naik angin. Terus dibangunkan Aina.

"Baby! Bangun sekarang" Kata Adam sedikit kuat

"Apa ni..dah bangun lah" Kata Aina

"Ni apa? Awak tahu tak yang saya selama ni nakkan anak! Bukan main kita berusaha lagi tapi apa yang awak buat! Patutlah saya tunggu bukan main lama.saya ingat tiada rezeki lagi tapi awak sudah melampau! " Marah Adam

"Apa ni..sayang dengar sini..mesti la baby nak anak dengan sayang..dah belum ada rezeki..jangan cakap macam tu" Kata Aina perlahan

"INI APA?" Amuk Adam sambil menunjukkan botol berisi ubat perancang

Aina menggelabah. Habis..dia dah tahu

"E..er..erm actually..baby belum readylah..sorrylah..baby nak ada kerjaya dulu baru kita ada anak okay? Lagipun terlalu awal lah nak ada anak. Baby pon belum tahu pantang larangnya kan? Okok..baby minta maaf dan tak akan makan lagi ubat ni..ubat ni boleh buang" Kata Aina sambil membuang ubat-ubat perancang itu. Alah payah apa..nanti belilah!

"Hm ye lah..nasib saya sayang baby..kalau tak nahas saya kerjakan" Kata Adam

"Beres...hehe..lepas ni okay?" Kata Aina

"Hm yelah..jom la turun..sayang lapar ni..pergi masak" Arah Adam

"Tadi rasa terdengar perempuan tak guna tu masak..jom la makan..baby tak larat" Kata Aina

"Sure nak makan? Tak takut dia letak racun?" Kata Adam inginkan kepastian

"Sure..jangan risau..baby yang ajar perempuan tu masak lah..baby yang selalu tengokkan dia..so jangan risau" Kata Aina

"Okay good..jom" Kata Adam

Nadia menyiapkan meja makan. Selesai itu dia ingin memanggil Adam dan Aina turun makan namun dia sudah nampak kelibat mereka

"Makan..saya masak ni je..letih" Kata Nadia

"Letih...letih..kemas rumah pun letih..lembik" Kata Aina

"Makan.." Kata Nadia cuba mengabaikan kata-kata Aina

Nadia mencedok nasi dan lauk kepada Adam dan Aina. Kemudian dituang air dan berdiri di hadapan mereka

Adam menyuap satu suapan ke mulutnya. Hm sedap. Kena dengan selera tekaknya. Pandai Aina masak. Sedap

"Sedapnya baby masak..baby bagi resepi dekat perempuan ni ka? Tak takut dia guna resepi tu untuk mak ayah dia kat kampung tu pula? " Tanya Adam

"Biar je la..lagipun sayang..bolehkan mak ayah perempuan ni beli ikan mahal ni..entah berapa kali jual badan baru boleh makan" Kata Aina sambil tersenyum sinis

"Betul juga" Kata Adam sambil mengangguk

Nadia di hadapan dibuat mereka ibarat dinding. Hey..dia pon ada perasaan lah. Takpa Nadia..sabar! Lepas kau cerita hal ni..mesti Adam akan gembira

"Ermm..Adam..saya ada benda nak bagitau" Kata Nadia

"Apa" Kata Adam acuh tak acuh

"Sa..saya mengandung..sebulan lebih" Kata Nadia

"APA?" jerit Aina. W..what? Nadia mengandung anak Adam? Alamak! Dia pasti itu anak Adam kerana Haziq tidak menyentuhnya! Nadia suci dan Adam yang meragut mahkota suci Nadia

"Se..serius lah? Alhamdulillah..so baby sihat?" Kata Adam gembira. Alhamdulillah dia bakal jadi ayah

"Sihat alhamdulillah.." Kata Nadia gembira. Alhamdulillah suaminya gembira

"Duduklah makan. Biar anak saya sihat..makan banyak-banyak" Kata Adam gembira..dia perlu pastikan babynya sihat

Aina merasakan terpinggir. Tak guna! Dia mesti merancanakan satu rancangan supaya Adam membenci Nadia semula. Dengan kelahiran anak itu akan menyebabkan dia terpinggir!

Sejak malam itu, Nadia sudah bertukar bilik di bilik tetamu. Nadia sekarang dilayan seperti permaisuri. Alhamdulillah dengan ada anaknya ini..bolehlah dia hidup baru. Lupakan yang lama..dan mulakan hidup baru! Bak kata orang tutup buku lama..buka buku baru..Adam pun telah melayannya dengan baik sekarang. Nadia hidup bahagia

TAMAT🙈




















































🌸🌸🌸

Just kidding🙈😂 belum tamat lagi hehe!❤ jangan lupa vote ⭐⭐⭐ keep support me!💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro