Terima
Nadia memandang empat tanah kubur di hadapannya. Kenapa empat? Haris juga meninggal ketika dibawa ke hospital. Tak putus-putus Nadia menyuruh anaknya itu bertahan namun kuasa Allah, anaknya itu meninggal dalam keadaan tersenyum kepada Nadia. Nadia tidak berjaya menahan perasaannya lalu menghamburkan tangisan. Dia tidak mampu bertahan lagi. Semua orang yang dia sayang, pergi meninggalkannya.
Setelah selesai membaca surah Yassin dan membaca doa, tetamu mula beransur pulang. Adam sudah kembali pulih apabila berubat dengan Ustaz Rizqi dan Ustazah Aminah. Adam juga sama-sama membaca surah Yassin kepada anak-anaknya. Selepas semua tetamu pulang, Adam duduk di sebelah Nadia dan menjirus tanah-tanah itu dengan air mawar. Hazim pula tetap di sebelah Nadia menyalurkan kekuatan dengan sentiasa menitipkan nasihat dan senyuman.
" Nadia ... aku ... minta maaf. Aku tak dapat berfikir dengan baik. Aku minta maaf." Adam berkata dengan menundukkan mukanya. Nadia hanya mendengar kata-kata daripada Adam. Entahlah baginya patut atau tak maafkan dia. Walaupun terselit kebencian namun itu bukan diri Adam sepenuhnya kerana dikawal oleh Kamilia.
" Saya faham. Saya maafkan," kata Nadia sambil tersenyum tawar. Dia rasa tidak baik untuk bermusuh-musuhan sekarang dan baginya memaafkan orang adalah lebih baik.
" Terima kasih. Saya nak cakap sesuatu sendirian boleh?" tanya Adam. Nadia melihat Hazim sebelum mengangguk. Hazim yang faham terus berdiri dan berjalan ke kereta.
" Ada apa?" tanya Nadia perlahan. Dia sebenarnya agak letih namun dibiarkan sahaja.
" Saya masih cintakan awak, maafkan saya. Saya menyesal. Patutlah badan saya selalu ditindih dan saya sering nampak sesuatu. Saya tak sangka dengan sikap Kamilia begitu. Betullah kata orang. Yang berpakaian seperti ustazah tak semestinya baik. Saya betul-betul menyesal dan saya amat rindukan awak. Maafkan saya dan mari kembali bersama? Saya sudah tiada apa-apa. Saya perlukan awak dalam hidup saya," kata Adam sambil menangis. Dia betul-betul rasa kehilangan sekarang. Dia tidak mampu untuk meneruskan hidup.
Nadia terkelu. Dia tidak dapat bercakap apa-apa tentang itu. Dia teringat kejadian sewaktu dia memberitahu Hazim yang dia ada kanser otak.
Flashback
Selepas Nadia memberitahu Hazim mengenai kesihatannya, Hazim membuat pelbagai research dan mencari maklumat mengenai kanser otak. Dia juga mencari penderma yang sesuai sekiranya Nadia setuju untuk melakukan pembedahan.
Keesokannya Nadia dan Hazim berjalan di ruang legar hospital mereka. Namun kaki Nadia berhenti berjalan dengan tiba-tiba apabila bunyi dari pembesar suara mendendangkan irama.
" Nadia," panggil Hazim berani di khalayak ramai. Orang ramai mula berbisik sesama sendiri.
Nadia segera memusingkan badannya dan melihat Hazim tersenyum ke arahnya. Hazim berjalan ke arah Nadia dan duduk melutut.
" Nadia Emelda, sudikah awak menjadi isteri saya? Menjadi penyeri kehidupan saya? Saya akan terima segala kekurangan awak. Saya sayang dan cintakan awak. Saya sanggup buat apa sahaja demi dapatkan cinta awak. Kalau awak terganggu dengan kanser awak, saya akan menemani awak. Walaupun berada di tahap 3, namun masih ada harapan untuk sembuh jika temui penderma yang sesuai. Saya janji akan menjaga awak sehingga ke hari tua," tutur Hazim dengan senyuman yang manis.
Nadia serba salah apabila dia bercakap begitu. Sejujurnya dia sudah mulai selesa dengan layanan Hazim kepadanya. Dan boleh dikatakan dia juga sudah jatuh cinta dengan Hazim. Ya, dia sudah jatuh cinta dengan lelaki di hadapannya ini kerana sikap dan ketelusan cinta lelaki ini kepadanya buatnya berubah hati.
Orang ramai mula bersorak supaya Nadia menerimanya.
" Terima,"
" Katalah setuju!"
" Sweetnya ... terimalah,"
Nadia akhirnya tersenyum lalu mengangguk.
" Saya terima," kata Nadia. Hazim tersenyum lebar lalu melompat kegembiraan.
" Yeay! Aku dah nak kawin, yeay!" jerit Hazim keriangan. Nadia menggelengkan kepala dengan sikap Hazim seperti itu.
End Flashback
Dan sekarang lelaki di sebelahnya ini meluahkan perasaan pula. Nadia cuba bertanya di dalam hati adakah dia masih mencintai lelaki disebelahnya ini. Jujur dia cakap, dia mencintai kedua-dua lelaki ini. Seorang bernama Adam yang dahulunya menjadi cinta pertamanya dan menjaganya sudah berpuluh tahun. Dan seorang bernama Hazim yang selalu disampingnya ketika dia sedih.
" Maaf tapi saya dan Hazim bakal melangsungkan pernikahan. Jemputlah hadir nanti. Sekarang saya fokus untuk majlis arwah anak-anak saya," kata Nadia tersenyum pahit. Hati Adam bagai disiat-siat. Namun dia tidak boleh memaksa Nadia untuk menerimanya. Lagipun sudah cukup 3 talak dilafazkan dan kalau mereka ingin bernikah semula, Nadia perlu nikahi orang lain terlebih dahulu.
" Saya doakan yang awak dan Hazim akan bahagia," kata Adam ringkas sambil menahan air matanya daripada jatuh mengalir.
" Saya pergi dulu. Harap awak dapat jaga diri dengan baik." Nadia berkata lalu berdiri dan bergerak ke kereta Hazim. Adam hanya memerhatikan Nadia dari jauh sambil tersenyum tawar. Nak menyesal pun sudah tak boleh. Nasi sudah menjadi bubur.
.
.
.
Kamilia duduk berseorangan di dalam penjara. Dia sudah membuang tudung labuhnya. Baginya itu amat merimaskan dia. Dia duduk menghadap ke dinding. Tiba-tiba telinganya menangkap satu suara yang dia amat kenal.
" Kamilia," panggil Nadia. Kamilia menoleh ke arah suara itu. Nadia sedang memerhatikannya dengan senyuman yang manis.
" Nadia ... selamatkan aku. Aku takut," kata Kamilia sambil memeluk Nadia. Nadia membalas pelukan Kamilia sambil tersenyum.
" Aku lapar," kata Nadia tiba-tiba. Kamilia pelik dengan apa yang dikatakan oleh Nadia.
" Kalau lapar, makanlah!" tutur Kamilia.
" Kalau begitu, terima kasih." Nadia berkata begitu sebelum badannya bertukar menjadi hitam. Rambut Nadia mengurai sampai ke bawah. Matanya juga merah dan kukunya memanjang sepanjang 15 cm. Kini Kamilia sedar yang Nadia di depannya bukanlah Nadia sebenar namun makhluk jagaannya. Makhluk itu menikam Kamilia dengan menggunakan kuku tajamnya dan memakan segala isi perut Kamilia. Sebelum Kamilia menghembuskan nafas, dia sempat berkata sesuatu.
" Maafkan aku ... Nadia," kata Kamilia sebelum menghembuskan nafas. Benarlah kata orang, perbuatan syirik dan sihir ini memudaratkan diri. Umat Islam mestilah sentiasa menghindari perbuatan sihir kerana perbuatan ini memakan diri. Kini makhluknya lapar dan memakan tuannya sendiri.
***********
Tinggal sedikit lagi bab guys! Dah ready ke nak tinggalkan APG! Jangan lupa vote!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro