Pesakit
Aini meneguk air kencing syaitan berkali-kali. Dia melepaskan kemarahan dengan menikam gambar keluarga Adam menggunakan pisau. Dia merenung gambar itu tajam.
" Aku akan pastikan kau akan hidup sengsara Nadia. Kau tunggu je lah. Aku dan seseorang akan hapuskan kau. Kami akan buat kau merana dan menyesal kenal dengan kami" kata Aini sambil meneguk air arak yang disimpannya. Seorang lelaki datang kepada Aini.
" Puan, kami dapat laporan yang Encik Adam dan Puan Kamilia akan pergi bercuti di Sabah" kata lelaki itu.
" Hahahaha ... diorang nak pergi honeymoon ? Bagus! Aku akan buat rancangan untuk hapuskan Nadia waktu ni" kata Aini sambil ketawa.
*********
" Abang pergi baik-baik. Kamilia jaga Adam elok-elok" kata Nadia tersenyum.
" InsyaAllah. Sayang duduk baik-baik kat rumah. Kalau ada apa-apa terus telefon abang okay?" kata Adam sambil mencium dahi dan pipi Nadia.
" Kami gerak dulu ye, jaga rumah baik-baik" pesan Kamilia pula. Nadia sekadar mengangguk dan tersenyum. Anak-anak mereka Adam bawa ke rumah mama dan papa Nadia kerana mereka kata rindukan mereka. Lagipon Adam dan Kamilia pergi 3 hari 2 malam ja sebab Adam ada banyak kerja. Pada awalnya Adam dan Kamilia enggan pergi namun terpaksa pergi kerana Nadia sudah membeli tiket penerbangan dan menempah hotel. Nak taknak kenalah pergi. Mereka bergerak selepas bersalaman. Nadia pergi ke dapur untuk meminum air. Tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi.
Ting Tong Ting Tong
Nadia segera pergi ke arah pintu dan membukanya. Namun tiada sesiapa di sana kecuali sebuah kotak. Nadia mengambil kotak itu dan melihat pengirimnya malangnya tiada nama tertulis di situ. Nadia membawa kotak itu ke dalam rumah dan duduk di atas meja makan. Dia membuka kotak itu lalu satu bau busuk dihidu oleh Nadia. Nadia menutup mulut dan hidung dan terus membuka kotak itu.
" AHHH" Nadia menjerit. Alangkah terkejutnya dia apabila di dalam kotak itu ada seekor kucing yang telah mati dengan kepala kucing itu terpotong. Darah masih memercik di dalam kotak itu. Tangan Nadia terketar-ketar dan terus memuntahkan segala isi dalam perutnya di sinki. Nadia membuang kotak itu dan mengorek tanah untuk menanam kucing itu. Siapalah yang tergamak membunuh kucing itu? Langsung tiada sifat berperikemanusiaan! Dia melihat telefonnya. Patutkah dia menelefon Adam? Tak ... dia tak nak ganggu. Nasib baik anak-anaknya tiada di sekolah. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada notifikasi mesej masuk. Dia membuka aplikasi WhatsApp dan melihat siapakah yang memesejnya.
0123476438
Assalamualaikum Nadia
Waalaikumusalam, siapa ni?
Ni senior awaklah, Syed Hazim
Oh, senior. Maaf ... hehe ada apa ni?
Erm macam ni. Saya baru dipindahkan ke hospital swasta utama dekat Selangor tu. Jadi saya ingat jom la borak-borak.
Oh ye ke! Tahniah senior. Borak-borak eh? Kejap saya tanya suami saya dulu ye.
Orite!
Nadia terus membuka whatsApp suaminya dan ingin meminta izin. Namun bila difikirkan balik, adakah dia menganggu Adam? Tapi dia perlu minta izin! Nadia menelefon Adam berkali-kali namun tidak diangkat. Mungkin ada dalam kapal terbang. Dia menghantar mesej memberitahu hal ini.
Okay bagi location. Nanti saya gerak.
Beres
Selepas Hazim memberi lokasi, Nadia bersiap-siap dan bergerak ke lokasi yang diberikan. Perjalanan hanya mengambil masa 10 minit kerana kedudukan kedai itu sangatlah dekat.
" Awak sihat?" tanya Hazim memulakan bicara.
" Macam nilah saya hm." kata Nadia sambil meminum air.
" Bila awak nak kerja sebagai doktor balik?" tanya Hazim sambil menggaru tangannya.
" Hm entahlah. Lagipon dah lama saya tak membedah. Pegang pisau bedah pon entah-entah terkial-kial. " kata Nadia merendah diri.
" Ish payah lah awak tu nak terkial-kial" sangkal Hazim. Selepas itu mereka berborak mengenai kisah hidup masing-masing. Hazim agak terkejut apabila mengetahui yang Adam bernikah untuk kali kedua. Lebih terkejut lagi, Nadia memberitahu yang dia hanya ada 5% keberangkalian untuk mengandung. Sebenarnya Nadia tidak mahu untuk memberitahunya tapi tadi terlepas cakap yang Adam pergi bercuti di Sabah. Nak tak nak terpaksa lah jujur. Namun baginya itu tidak perlu dirahsiakan kerana itu perkara yang baik dan tidak mendatangkan zina. Hazim mengajak Nadia pergi ke hospital untuk lawatan memandangkan hospital itu dibawah seliaan Hazim. Nadia bersetuju lalu mereka bersama-sama bergerak ke hospital Elizabeth II.
Sampai sahaja di hospital, semua juru rawat dan doktor lelaki terpegun dengan kecantikan Nadia ditambah lagi dengan senyuman yang diberikan olehnya. Ramai yang mula berbisik-bisik mengatakan itu adalah kekasih Dr Hazim. Biasalah makcik bawang di mana-mana. Mereka pergi ke bilik peribadi Hazim. Jangan risau, biliknya adalah berkaca dan di dalam itu terdapat pembantu peribadi Dr Hazim. Dr Hazim menunjukkan banyak risalah atau artikel mengenai perubatan kepada Nadia dan kajiannya terhadap pesakit. Kemudian Dr Hazim meminta diri untuk berjumpa dengan pesakit VIP nya. Nadia mengangguk lalu duduk di sofa dan membaca buku mengenai perubatan.
Tiba-tiba pintu bilik Dr Hazim terbuka. Dilihat seorang juru rawat nampak gelisah.
" Dr Hazim?" panggil juru rawat itu cemas.
" Dr Hazim jumpa pesakit" kata Nadia sambil tersenyum. Namun senyuman itu dibalas dengan jelingan.
" Ish mana pula doktor ni haih" kata juru rawat itu kemudian mula tergesa-gesa ke luar. Nadia pelik lalu mengikuti langkah juru rawat itu. Juru rawat itu masuk ke satu bilik dan dilihat banyak juru rawat lain di dalam itu berdiri tanpa berbuat apa-apa. Terlihat seorang pesakit pengsan di atas katil. Nadia yang berasa tidak sedap hati terus memasuki bilik itu namun dihalang oleh juru rawat tadi.
" Siapa ni? Kau ada hak ke masuk bilik VVVIP ni? Keluar sekarang!" kata juru rawat itu kasar.
" Saya nak lihat keadaan pesakit" kata Nadia.
" Kau ni doktor ke? Macam pengemis ja. Keluar sekarang! Kau takdak hak kat sini!" marah juru rawat itu. Eh biadab!
" Sekarang ni kalau saya kata saya doktor, awak percaya tak? Kalau saya ni tukang masak, tak kan saya nak pergi tengok keadaan dia? Takkan nak pergi masak dalam ni? Mestilah saya ni doktor" kata Nadia menghembus nafas lalu segera bergerak. Namun juru rawat itu tetap menghalang.
" Sekalipun awak doktor, tapi awak bukan doktor dekat sini. Kami mementingkan peraturan! Tolong keluar" kata juru rawat itu sambil menolak-nolak bahu Nadia. Nadia mula naik angin.
" Peraturan atau nyawa lagi penting? Kalau ada apa-apa berlaku, saya akan bertanggungjawab. Dah pergi. Jangan ganggu kerja saya" arah Nadia lalu pergi ke arah pesakit itu. Nadia mula memeriksa nadi pesakit itu.
" Siapa dia? Dah berapa lama tak sedarkan diri?" tanya Nadia.
" Pesakit lelaki berumur 50 tahun. Dia tidak sedarkan diri 2 minggu lepas lalu dikejarkan ke Jabatan Kecemasa. Dr Hazim merawatnya.
" Terdapat darah beku yang menghalang laluan salur darah otaknya. Nampaknya dia ada gejala serangan jantung. Arteri koronari pesakit ini perlu dirawat, begitu juga dengan injap jantung dan ventrikel kirinya yang kian membesar." kata Nadia selepas melihat imbasan CT pesakit ini.
" Perlu ke saya panggil Dr Hazim?" tanya salah seorang juru rawat.
" Tak perlu. Dia perlukan pembedahan segera. Saya akan bedahnya. Sediakan bilik bedah" kata Nadia.
" TAK BOLEH" jerit juru rawat yang kurang ajar tadi.
" Kenapa pula?" tanya Nadia.
" Kau bukan doktor di sini. Biar doktor sini buat kerja. Kau boleh keluar" kata juru rawat itu.
" Saya tak kisah. Tugas saya sebagai doktor adalah untuk merawat pesakit dan awak sebagai juru rawat mesti ikut arahan saya. Sediakan dewan bedah atau saya bedah di sini! Pesakit ini tanggungjawab saya!" kata Nadia tegas.
" Tap-"
PAP PAP PAP PAP
Dr Hazim menepuk tangan. Semua orang beralih arah ke arahnya.
" Tahniah Nadia ... atau Dr Nadia. Saya benarkan awak jalankan pembedahan" kata Hazim.
*********
Double update! Hadiah untuk @djahzzzzz, @DeFrustdan @Author_Amirul dan semua yang menyokong saya hehe. Thanks untuk undian! Jangan lupa vote!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro