Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Mengaji

" Kau kerja kat mana ni? Biar aku hantarkan" tanya Adam kepada Kamilia di dalam kereta.

" Erm sebenarnya harini saya baru nak cari kerja. Jadi erm awak hantar dekat bandar ja la. Saya cari dekat shopping mall kat situ." jawab Kamilia gugup. Ye la berdua dalam kereta ni buatkan dia kurang selesa.

" Lah belum ada kerja? Kenapa tak bagitau ... kejap eh saya telefon Nadia" kata Adam sebelum menelefon Nadia.

" Assalamualaikum ye kenapa abang?"

" Waalaiakumusalam, macam ni ... Kamilia ni baru nak cari kerja. Faham-faham la sekarang ni susah nak cari kerja. Jadi abang ingat nak dia kerja dengan abang ja la ... jadi personal assistance abang yang baru. PA lama dia dah berhenti kerja sebab nak bernikah. Jadi abang ada kekosongan" kata Adam sambil fokus memandu.

Kamilia terkejut dengan tawaran itu. Dia menggigit bibir tanda resah.

" Jadi? Kenapa telefon?" tanya aku pelik.

" Nak minta izin sayang la. Mana tahu sayang tak benarkan. " kata Adam jujur. Dia tidak mahu menipu atau menyakiti hati isterinya.

" Hahaha ... abang ni. Kalau Kamilia sayang amat izinkan sebab dia banyak bantu sayang. Tapi ... "

" Tapi?" tanya Adam semula.

" Tapi kalau si biawak tu sayang tak akan benarkan sama sekali" kata aku tersenyum.

" Biawak? sapa tu?" tanya Adam pelik.

" Hehehe abang jangan marah eh. Biawak tu Aini lah" jawab Nadia sedikit gugup. Takut Adam memarahinya.

" HAHAHA biawak? Si Aini? hahaha kelakar la sayang. Kenapa panggil dia biawak. Aduh... takde binatang lain ka?" tanya Adam sambil mengesat air matanya.

" Sebab dia gelabah sangat. Lepastu dia tak habis-habis menggedik dengan abang. Kalau lelaki playboy tu panggil buaya ni perempuan memang layak terima sepupu sepapat buaya yakni biawak. Biawak tu orang sergah sikit mulalah gelabah lari" jawab aku sambil membayangkan mukanya. Bayang pon buat orang geram apatah lagi berdepan. Baik depan suami aku je, aku? Layan aku macam sampah.

" Hahaha, ada-ada je la sayang ni. Okay la abang tengah drive ni. Nanti kemalangan, siapa akan menangis?" tanya Adam dalam nada seloroh.

" Abang mati, sayang jadi janda meletup kababom haha just joking . Mestilah sayang sedih sangat. Lain la abang, mesti happy bila sayang mati" kata aku pula.

" Ish, apa kata macam tu sayang. Dah ingat dalam kepala. Abang sentiasa sayang dan cinta kepada Nadia Emelda seorang sahaja. Faham? " kata Adam bersungguh-sungguh.

" Hehehe baik abang. Okay pandu elok-elok. Ucapkan goodluck dekat Kamilia dalam menghadapi perangai abang singa ni. Bye" kata aku sebelum memutuskan talian.

Adam tersenyum dengan gelagat Nadia. Singa ye? Tunggu balik satgi.

" Erm kita nak pergi mana?" tanya Kamilia di belakang. Ya, dia duduk di belakang kerana berasa tidak selesa jika duduk di hadapan bersama-sama Adam.

" Kau jadi PA aku okay. Tadi Nadia izinkan kau kerja situ. Kalau kau tak faham apa-apa just tanya orang sekeliling kalau segan tanya aku. Okay? Dan Nadia kirim ucapan goodluck" kata Adam tersenyum.

" Goodluck? Untuk?" tanya Kamilia pelik.

Adam hanya menggelengkan kepala dan tersengih. Nadia ... Nadia ... macam manalah orang tak sayang atau cinta kepadanya.

Di Pejabat ...

Adam duduk di kerusi pejabatnya. Semasa menaip kerja-kerjanya di laptopnya, perutnya berbunyi. Dia lantas mengeluarkan bekal makanannya dan menelefon Kamilia untuk menyediakan air panas untuknya. Dia menghidu aroma nasi goreng itu.

" Hm sedapnya" kata Adam sambil mengeluarkan sudu lalu menyuap nasi itu ke dalam mulut.

" Not bad " kata Adam memuji makanan yang dimasak oleh Kamilia. Selesai makan, dia meneruskan kerjanya sehinggalah selesai.

Skip

Malam itu Nadia dan Adam hanya sekadar berborak-borak dalam bilik.

" Abang dah tutup lampu bilik Haris?" tanya aku yang baru teringat anaknya itu.

" Allah, abang lupa. Kejap abang tutupkan" kata Adam sambil bangun dan berjalan ke bilik anaknya. Selepas 5 minit, Adam pulang ke bilik dan memanggil aku.

" Kenapa?" tanya aku kehairanan. Baru nak layan Cikidot Channel!

" Tadi abang tengok bilik Haris , dia takde. Abang pergi la bilik Safia dan Arisa ... mana la tahu Haris ada dalam bilik mereka tapi ketiga-tiga mereka tiada. Last abang masuk bilik Ariff ... tengok dia juga takde. Jadi abang turun la ke bawah dan dengar suara anak-anak dalam bilik Kamilia. Abang pon pergi la jeling. Abang dengar Kamilia ajar anak-anak mengaji. " terang Adam satu persatu.

Aku sekadar meng'oh'kan sahaja. Aku berjalan ke bilik Kamilia bersama-sama Adam. Aku mendengar di sebalik pintu, memang benar Kamilia ajar anak-anaknya mengaji. Alhamdulillah dan terbit rasa terkilan kerana dia tidak pernah bersama-sama dengan anak-anak untuk mengaji bersama-sama. Alhamdulillah kedatangan Kamilia banyak hikmahnya. Aku mengetuk pintu perlahan.

" Masuklah, aku pakai telekung" kata Kamilia. Aku dan Adam masuk ke bilik Kamilia.

" Papa ... mama ... tadikan akak ajar kami baca surah" kata Haris sambil berjalan ke arah Adam. Adam mendukungnya lalu mencium pipinya.

" Pandainya anak papa. Nanti akak Kamilia ajar sayang lagi okay? Sekarang pergi tidur. Esok sekolah" kata Adam. Aku tersenyum.

" Arisa, Safia, Ariff ... pergi tidur. Esok tak cutikan sekolah. Pergi tidur awal, bangun awal." pesan aku kepada anak-anak. Mereka mengangguk lalu menyalami Kamilia, aku dan Adam.

" Maaf la we. Aku biarkan mereka tidur lewat pula." Kamilia memohon maaf.

" Eh apa pula salahnya, tak salah la. Jadi tak perlu minta maaf. Aku yang perlu minta maaf sebab mereka ni mesti kacau kau. Dan terima kasih we sebab ajar mereka. Aku ni terasa kerdil pula"

" Ish apa kata macam tu. Aku ikhlas ajar mereka. Mereka yang nak belajar jadi aku pon ajarlah. Apa pula kerdil. Setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Jangan kata macam tu. " kata Kamilia tersenyum.

Aku memeluk Kamilia kerana berasa sebak.

" Sayang, jom mengaji bersama-sama. Kau tak kisah kan?" tanya Adam. Sebenarnya dia bukanlah jahil sangat bab-bab agama ni cuma kesibukkan dunia merencatkan masanya. Tetapi dia bukanlah pakar seperti ustaz-ustaz lain. Begitu juga Nadia, bukan tidak tahu tentang agama langsung tetapi masa yang ada membuatkan dia tidak sempat. Kamilia mengangguk lalu mereka membaca ayat-ayat Al-Quran bersama-sama diiringi oleh Adam sebagai ketua. Hati aku berasa amat lapang dan bertekad untuk bersama-sama dengan Kamilia setiap malam untuk mengaji bersama-sama suaminya dan anak-anaknya.

********

Done .... jangan lupa vote ye! Thanks support saya!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro