Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Cemburu

Keesokannya harinya ...

“ Dah sampai pon, ARRRR” jerit aku di atas bukit ini. Rumah yang disewa Adam terletak tinggi di atas bukit. Kalau nak jerit sekalipon takde sapa yang akan marah.

“ Seronok ye,” kata Adam sambil memelukku dari belakang.

“ Mestila seronok. Terima kasih abang.” kata aku sambil menikmati pemandangan dari atas bukit ini.

“ Amboi mama papa ... nak bersemut pon, angkat la barang dulu. Ariff mengantuk ni, nak rehat dulu.” kata anakku. Ish ganggu betul.

“ Itulah” sokong Arisa sambil menggelengkan kepala. Safia dan Haris sudah terlelap di dalam kereta. Aku dan Adam ketawa dengan gelagat anak-anakku. Aku memegang perut, sabar ye sayang. Nanti sayang jumpa abang-abang dan kakak-kakak.

“ Jom masuk rumah. Kat luar sejuk ni. Tak baik untuk baby kita.” kata Adam tersenyum.

Aku turut tersenyum. Aku nak rehatkan minda selama satu minggu ni daripada gangguan makhluk biawak tu. Tak tahan aku.

Petang itu, aku yang memang dah lama mengidam mengajak Adam dan anak-anak ke kebun strawberi. Aku dah terbayang-bayang kemanisan buah strawberi yang dicelup dengan coklat cair. Adam tanpa membantah menyetujui sahaja permintaan aku. Bak kata Adam, sapa tak sayang bini?

Sampai sahaja di kebun strawberi yang luas, mataku sudah nampak kedai menjual strawberi coklat. Aku terus meluru ke arah kedai itu. Aku nampak ramai orang sedang beratur. Tiba giliran aku, aku lihat terdapat dua bekas sahaja lagi tinggal. Terus aku menelan air liur. Aku pandang Adam dan anak-anak sedang mengutip buah strawberi sendiri. Malas ingin melayan aku hanya memfokuskan kepada orang yang membelinya. Aku lihat kepekatan coklat membanjiri buah strawberi.

“ Ye puan, selamat datang. Puan mahu apa ye?” kata penjual dengan sopan.

“ Hehe, erm saya nak strawberi coklat tu dua bekas” kata aku sambil menunjukkan dua bekas strawberi coklat itu.

“ Em maaf puan, sudah habis. Tu yang orang punya. Dia dah siap order tadi, kemudian rasanya pergi petik buah kot. Maaf ye puan.” kata penjual itu sambil menundukkan kepala.

“Ala, dah takde stok lain ke? Strawberikan banyak lagi?” aku kecewa. Uhuks nak menangis.

“ Assalamualaikum cik, mana order saya tadi?” tanya seorang lelaki disebelahku. Aku mencebik. Dia rupanya yang order bekas terakhir akuu.

“ Waalaikumusalam ha tuan. Kejap” kata penjual itu lalu memberikan dua bekas itu kepadanya.

“ Tadi, cik ni datang nak belikan strawberi coklat ni tapi tuan dah ambil. Kesian puan ... dah la mengandung” kata penjual sambil menunjukkan jari ke arahku. Aku tersenyum kelat. Hua nak nangis.

“ Ye ke?” tanya lelaki itu sambil
memandangku. Aku pon memandangnya. Dahiku berkerut. Macam kenal.

“ Nadia Emelda?” tanya lelaki itu.

“ Ye saya, erm awak siapa eh. Kenapa muka nampak macam kenal?” tanya aku cuba mengingat kembali.

“ Saya Syed Hazim Muzafar, senior awak waktu belajar di kolej perubatan dulu” kata Hazim.

Aku menepuk dahi. Ya Allah, macam mana boleh lupa.

“ Ya Allah, Dr Hazim. Maaf saya lupa. Dr kerja kat sini atau cuti?” tanya aku.

Hazim ni pelajar cemerlang waktu batch dia dan dia ditawarkan bekerja di Hospital London. Gajinya kat sana kalau sebulan bersamaan gaji 3 bulan kalau kerja di Malaysia.

“ Saya kerja kat sini. Btw bila awak nak kerja ni? Kira bisnes ja” tanya Hazim.

“ Oh hehe, erm saya rasa tak kerja dah kot sebagai doktor. Saya jadi suri rumah ja. Pasal bisnes semua suami saya uruskan.”

“ Oh ye, tadi awak mengidam kan nak strawberi ni? erm ambil la satu bekas.” kata Hazim. Aku bagai berada di khalayan.

“ Serius la Dr? Thanks Dr” kata aku gembira. Akhirnya aku dapat juga merasa.

“ Ahem, hm” seseorang berdehem. Aku memandang sebelah. Oh suamiku. Matila nak.

“ Eh abang, erm abang perkenalkan ni Dr Hazim, senior waktu kolej perubatan dulu. Dr Hazim ni la yang banyak ajar sayang dulu ... Dr Hazim, perkenalkan ni suami saya ... Tengku Adam Firash.”

“ Nadia, tak perlulah panggil saya Dr kat sini. Panggil Hazim ja. Kat hospital baru panggil Dr.” kata Hazim lalu mengangkat tangan ingin berjabat dengan Adam.

Adam tersenyum lalu membalas salam daripada Hazim. Tadi sewaktu kutip buah, dia ternampak seorang lelaki sedang berbual mesra dengan isterinya. Timbul satu perasaan iaitu C.E.M.B.U.R.U.

*******

Done! Jangan lupa vote! Wah Adam cemburu ek? Btw bab ni takde biawak tu jadi tak perlu marah-marah okay! Bab ni bagi cool ja dulu sebelum KEBABOM datang nanti. Maaf 2-3 hari ni tak update sebab ada masalah internet🤧

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro