Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Balas Dendam

" Sayang, biar abang jelaskan" pujuk Adam sambil mengetuk pintu. Sengaja aku kunci dari dalam. Geram!

" Takdak apa perlu dijelaskan. Abang pergi la turun layan tetamu kesayangan abang tu" sindir aku sengaja mencurahkan minyak ke atas api.

" Dengar ni, abang tunggu panggilan daripada sayang, waktu tu abang tak silent ...entah bagaimana telefon abang silent . Abang memang taknak minum sebab nak tunggu sayang tapi Aini ajak abang minum. Katanya haus sebab letih berjalan. Tak ke masalah kalau dia pengsan pula" terang Adam.

" Habis tak pandai nak mesej ke?" Aku masih belum mahu mengalah. Biarkan.

" Sumpah abang terlupa, maafkan abang" kata Adam kesal.

" Ye la lupa sebab seronok gelak ketawa dengan sepupu kesayangan abangkan" Aku tak akan mengalah. Tak akan.

" Takpelah, kalau sayang taknak keluar,abang pergi la layan tetamu dulu. Tetamukan pembawa rezeki. Sayang yang ajarkan." kata Adam tiba-tiba.

Kejap? Dia taknak pujuk aku ke. Ish. Aku membuka kunci perlahan-lahan dan membuka pintu sikit demi sedikit. Tiba-tiba Adam meluru masuk dan mengangkatku ke katil. Dia meletakkan aku di atas katil perlahan-lahan dan duduk melutut seperti melutut di depan raja.

" Sayang...eh tuanku , dengan rendah hati patik yang tak berapa hensem ni duduk melutut di depan tuanku. Patik yang kerdil ini memohon maaf dan tak akan buat lagi. Patik berjanji" kata Adam sambil mengangkat tangan seperti bersumpah.

Oh dia nak main-main eh? Baik.

" Beta boleh maafkan..." Adam terus mengangkat muka dan tersenyum.

" Aik, dengar beta bertitah dahulu! Beta boleh maafkan tapi dengan syarat" kata aku sambil menahan senyum.

" Silakan tuanku, patik yang kacak ni sedia mendengar" kata Adam, terselit sedikit rasa gembiranya.

" Beta mahu tuan hamba dukung beta sehingga ke bawah dan bantu beta untuk masak" kata aku tersengih.

" Menurut perintah tuanku." Selepas berkata-kata, Adam terus mendukung Nadia menggunakan bridal style . Aku ketawa dalam pelukan Adam. Adam melayanku ibarat kanak-kanak.

Aini yang berada di bawah dikejutkan dengan suara jeritan Nadia yang bercampur baur dengan gelak ketawa. Dia melihat Adam sedang turun dari tingkat dua dengan mendukung Nadia. Mereka ketawa sambil turun dari tangga.

" Ta...tapi bukan diorang gaduh ke tadi?" kata Aini perlahan. Tadi dia mendengar dan pergaduhan mereka betul-betul berlaku di depan dia.

" Abang...hahaha....sudah lah, turunkan sayang" pinta aku. Penat dah ketawa, macam nak terkeluar jantung.

" Menurut perintah tuanku yang cantik lagikan menawan" kata Adam sebelum menurunkan aku. Aku segera pergi ke arah dapur untuk mengambil apron.

Adam tersenyum sebelum memandang Aini yang nampak terkejut. Adam mengerutkan dahi.

" Aini? okey ke? Kenapa macam terkejut?" tanya Adam.

" Er tadi Aini dengar abang Adam dengan isteri abang gaduh dan tak sampai 20 minit, abang Adam dah berbaik?" tanya Aini.

" Oh haha, maafkan kami tadi. Hm sebenarnya kami selepas nikah, jarang gaduh besar. Kalau gaduh pun abang cepat-cepat minta maaf. Kak Nadia kamu tu mudah maafkan orang. Jadi bila ada usaha maka tak gaduh la lama-lama hehe" terang Adam.

" Ahem" Aku berdehem. Aku memegang telinga suamiku dan menariknya ke arah dapur. Bukan main berseronok ye. Orang dah kata tolong masak!

" Aduhh, aduhh, Aini pergi duduk dulu eh, abang dengan kak Nadia...eh singa ni nak masak dulu" kata Adam sambil melambai-lambai tangan.

" Singa ye? hm...singa...rasakan" kata aku sambil menguatkan lagi tarikan di telinga.

" Nah pakai apron ni" kata aku sambil menghulurkan apron berbentuk bunga-bunga.

" Sayang pakaikan lahh" kata Adam mengada.

Aku tanpa membuang masa terus memakaikan apron. Saat aku ingin mengikat tali apron dia menarik ku ke dalam pelukan.

" Ingat guna cara ni" kata Adam sambil mencium kepalaku.

" Gatal! " kata aku sambil mempercepatkan ikatan. Seusainya aku terus menolak Adam. Namun apakan daya kudrat aku sebagai seorang perempuan.

" Shuh, kejap la. Abang nak peluk kejap" kata Adam perlahan.

" Erm" suara Aini menyebabkan aku menolak Adam dengan kuat. Ish malu aku!

" Maaf ganggu masa bersama abang erm, boleh Aini bantu masak? Aini suka masak" kata Aini tiba-tiba. Aku mencebik...ganggu je. Aku menghantar isyarat mata kepada Adam.

" Aini kan tetamu, duduk la kat depan" kata Adam. Hatiku lega.

" Alah takpe, bukannya Aini ganggu abang Adam nak bersemut dengan isteri abang pon hehe...bolehlah...boleh eh?" kata Aini cuba memujuk.

Baru aku nak marah sebab degil, tiba-tiba aku mendapat idea.

" Hm kalau Aini kata macam tu, jomlah masak" kata aku sambil menghulurkan kain apron kepadanya.

Aini mengambil dengan senyuman yang tidak lekang dari mulut dan saat untuk mengikat tali apron, Aini berjalan pergi ke arah Adam. Aku yang melihatnya terus memegang tangan Aini.

" Nak pergi mana?" tanya aku walaupun sebenarnya dah tahu.

" Nak suruh abang Adam tolong ikatkan. Abang Adam tolong eh" minta Aini kepada Adam.

Belum sempat Adam membalasnya, aku terlebih dahulu memotong percakapan Adam.

" Takpe abang, biar sayang tolong ikatkan. Abang basuh ayam dalam plastik tu ye" kata aku sebelum mengarahnya membasuh ayam. Aku lihat muka Aini mencebik. Ada aku kisah HAHAHA.

Aku mengikat tali apron itu dengan perasaan geram. Aku mengenang semula kejadian di shopping mall tadi. Perasaanku sekarang geram dan aku menghempaskan geram aku dengan menguatkan tali ikatan tu. Biar sampai perut kau putus!

" Auch, ketat sangatlah" kata Aini kesakitan.

" Oh, maaf. Akak tak sedar" kata aku sambil rasa nak termuntah panggil akak dengan dia ni.

Aku kemudian menyuruh Aini memotong bawang dan bahan-bahan lain. Sengaja aku biarkan dia jauh dari Adam. Aku kemudian memanaskan minyak untuk menumis. Adam sedang memotong ayam kepada beberapa bahagian yang kecil. Aku lihat riak wajah Aini yang tak puas hati sedang memotong bahan-bahan lain. Aku terketawa kecil. Tiba-tiba Aini menjerit kecil.

" Abang Adam, tolong sakit" adu Aini. Adam segera bergegas ke arah Aini dan melihat tangan Aini yang kemerahan barangkali kerana terkena pisau. Aku mencebik. Sikit-sikit nak mengadu...kononnya nak raih perhatian Adam. Kau tunggu. Aku segera ke dapur lalu menyentuh periuk panas. Tanganku bertukar kemerahan.

" Abang, tolong...auch panas...abang" jeritku kuat. Adam yang terkejut terus datang ke arahku dan riak wajahnya tampak risau. Aini juga datang ke arahku untuk melihat. Aku tersenyum.

" Abang, sakit...tadi sayang nak potong bawang tu kemudian tangan sayang terkena periuk panas, sakit abang...sakit" Aku sengaja buat macam sakit nak beranak padahal tak sakit mana pon. Kuali tu pon tak panas sangat.

" Jom abang letak ubat. Sayang boleh bangun?" tanya Adam.

Aku menggelengkan kepala. Sengaja! Adam terus mendukungku.

" Hm macam mana dengan masakan ni abang?" tanya aku selepas mendapat idea.

Adam nampak buntu. Aku tersenyum.

" Hm Aini tolong masakkan boleh? Tangan akak ni macam melecur pula...Aini masakkan eh? Aini mesti pandaikan sebab dulu selalu masak dengan abang Adam, kan abang?" tanya aku kepada Adam.

" HA ah, Aini tolong masak eh, maaf ganggu Aini. Abang kena letak ubat dekat isteri kesayangan abang ni, thank you" kata Adam sebelum bergerak ke atas bersamaku. Aku tersenyum puas. Ambik kau, nak masak sangat kan. Berjaya balas dendam!

Aini berang. WHAT? Dia yang cedera? Tunggu kau! Ahhhhhh


*******************

Hehe done! Jangan lupa tekan vote. Tunggu next bab dan minta maaf sebab tak update huhu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro