Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

7

                           PINTU belakang kereta dibuka oleh Dani, dia menghulurkan tangan kanannya yang memakai sarung tangan ingin membantu wanita itu keluar daripada perut kereta namun Aisya tidak menyambut. Dia terus melangkah turun daripada kereta berjalan menuju kearah pintu masuk hadapan. Sempat Dani menangkap wajah tegang wanita itu yang jelas menunjukkan tidak puas hati tentang apa yang berlaku dirumah tadi. Dani mengeluh kecil. Tiba-tiba sahaja dia terasa serba salah dengan wanita itu. Kalau dia betul-betul mengadu pada Dato Shah pasti aku akan dipecat.

" Cik Aisya..."

"Aisya!" kedengaran suara lelaki garau terlebih dahulu memotong Dani. Dia terus berpaling kearah seorang lelaki yang memakai kot biru gelap berlari terkocoh-kocoh mendapatkan Aisya yang berjalan kearah pintu masuk. Aisya mengeluh kecil. Langkahnya terhenti apabila jalannya dihalang oleh Randy. Dia terus berpaling kearah lain, bosan apabila melihat wajah yang sama menganggunya. Sudahlah mood aku hilang disebabkan Dani, ini datang pula lagi seorang malaun yang menhancurkan mood pagi aku. Aisya merengus geram.

"You nak apa lagi Randy? I tak ada mood nak layan karenah you hari ni..." keluh Aisya.

Randy menggeleng kepala. Bukan niatnya kali ini menganggu Aisya, dia tahu jika wanita itu masih lagi tidak sudi dengan pelawaannya. Luka yang sudah kering didahi Aisya dipandangnya. Randy mula gelisah, dia cuba untuk menyentuh luka itu namun Aisya terlebih dahulu menepis. "Kenapa dengan dahi you tu? Are you okay, Aisya?"

"You ni kenapa, huh? Berapa kali I nak kena cakap dengan you yang I tak suka orang panggil I Aisya! You tak faham bahasa ke apa? And lagi satu I tak nak jumpa you. Sampai bila-bila pun I takkan suka dekat you. so please... jangan ganggu I lagi sebab I dah lambat."

"Kejap Aisya!" halang Randy, pantas dia menggapai tangan Aisya yang hampir meninggalkannya disitu. Aisya mengeluh kecil. Dia kembali memusig memandang Randy.

"Kenapa Cik Aisya? Kenapa you tak boleh terima I? apa salah I pada you? I tak pernah cintakan perempuan lain selain you, Cik Aisya. I kaya, I ada rupa, ada rumah sendiri tetapi kenapa you tak boleh nak terima I?"

"Randy please...lepaskan tangan I." pinta Aisya bernada serius. Soalan Randy tadi langsung tidak dibalasnya. Sudah muak dia menjawab soalan yang sama berkali-kali. Namun Randy menggeleng kepala, enggan untuk melepaskannya. Dia tahu jika dia melepaskan tangan wanita itu, pasti Aisya akan berlalu pergi begitu sahaja tanpa menjawab soalannya tadi. Aisya mengeluh kecil.

"I takkan lepaskan you selagi I tak dapat jawapan."

" Jawapan apa lagi yang you nak? I dah cakap pada you yang I tak cintakkan you!" bentak Aisya, geram.

"But why Aisya? Pasti ada sebabnya kan? You takkan tolak cinta I tanpa sebab."

"The reason is I tak suka you. Sudahlah Randy I nak masuk kerjalah, lepas!"Aisya merentap kasar tangannya cuba untuk dilepaskan, namun gagal. Semakin lama semakin kuat cengkamannya pada pergelangan tangan wanita itu. Terkulat-kulat Aisya memandang orang sekelilingnya yang hanya melihat tanpa membantunya.

"Apa ni Randy lepaslah! You tak malu ke?" herdik Aisya, mula meninggikan suara. Malah Randy hanya menggeleng kepala. "I takkan lepaskan you Aisya." degusnya.

"Lepaskan tangan dia!" suara Dani mula mencelah. Serentak pandangan Aisya dan Randy beralih kearah Dani yang mengatur langkah kearah mereka. Spontan tangan Aisya dilepaskan dengan perlahan-lahan saat bahu wanita itu dipeluk erat oleh lelaki itu. Mata Aisya membulat terkejut dengan tindakan Dani. Terkebil-terkebil matanya memandang senyuman nakal yang terbit dibibir Dani. Apa pula yang mamat ni cuba buat?

"Kau siapa nak masuk campur?" soal Randy, dingin.

"Aku... boyfriend dia. Tak lama lagi bakal jadi suami." jawab Dani, selamba. Terkedu Aisya mendengarnya. Biar betul dia ni?

"Bakal suami?" soal Randy seolah-olah tidak percaya. Pandangannya terus beralih kearah Aisya inginkan penjelasan.

"kenapa Aisya? Why you tak pernah bagitahu I fasal hal ni?" soal Randy, dingin. Nafasnya mula turun naik. Aisya meneguk air liur.

"I... I..."

"Aku yang suruh dia rahsiakan hubungan aku dan dia. Aku tak nak perkara ni heboh satu Malaysia. Bila tiba waktu yang sesuai, aku sendiri akan bagitahu." cantas Dani, terlebih dahulu. Randy menggeleng kepala tidak percaya. Tak mungkin wanita seperti Aisya dapat menerima lelaki berpakian biasa seperti Dani.

"Tak mungkin. Kau sengaja tipu aku, bukan?"

"Buat apa aku nak tipu? Tak eloklah kalau main soal hubungan ni, betul tak sayang?"

Aisya hanya mengangguk bersahaja. Entah mengapa hatinya kini terasa berbunga-berbunga saat lelaki itu menggelarkan dirinya 'sayang'. Aduhai, kau jangan buat hal! Takkan dengan bodyguard sendiri pun nak cair? So please wake up, wake up!

"Jadi tercegat dekat sini buat apa lagi? Pergilah." halau Dani. Randy mengetap bibirnya, geram. Dia memandang Aisya dengan kecewa. Tak sangka wanita itu sanggup mempermainkan hatinya selama ini. Namun itu belum cukup untuk membuatkan dia berhenti mencintai Aisya. " I takkan pernah cintakan perempuan lain selain you Aisya. Ingat tu." pesannya sebelum dia melangkah pergi daripada situ. Aisya hanya mendiamkan diri tanpa membalas apa-apa. Setelah kelibat Randy menghilang terus tubuh lelaki itu ku tolak ke tepi. Mujur Dani sempat mengimbangkan diri daripada jatuh ke lantai. Baju Aisya yang sedikit menggelebeh dibetulkan .

"Berani you ambil kesempatan dekat I, kan?" bentak Aisya, kembali dengan mood singanya yang dahulu. Dani berdecik kecil. Sedikit pun dia tidak rasa perbuatannya tadi seperti sedang mengambil kesempatan.

"Hello? Siapa kata saya nak ambil kesempatan dekat Cik Aisya? Tak inginlah aku... muka pun dah macam zombi." sinisnya, selamba. Dia terus berlalu kearah kereta alphard yang masih lagi terpakir ditempat tadi. Terlopong mulut Aisya mendengarnya. Nafasnya kembali turun naik, dada juga mula berombak kencang panas dengan sindiran lelaki itu. Muka aku ni punyalah cantik macam ratu model fesyen boleh pula dia samakan dengan zombi?

"Eeii! I ingatkan dia dah baik, rupa-rupanya syaitan juga. Ergh, geramnya rasa!" anak mata Aisya mula melilau mencari sesuatu. Kasut tumit tinggi yang dipakainya dicabut sebelah, lalu dibaling tepat mengena pada tubuh belakang Dani. Aisya tersenyum puas. Padan muka!

"Aduh!" Dani mengaduh sakit. Dia menggosok bahu belakangnya yang terasa sakit, sebelum menunduk memandang kasut tumit tinggi hitam diatas lantai. Dia tersenyum aneh, lantas dia membongkokkan tubuhnya mencapai kasut tumit itu sebelum kembali mengangkat wajah memandang Aisya yang sedang berpeluk tubuh.

"Bagi balik kasut I." pinta Aisya, menghulurkan tapak tangannya meminta Dani untuk memulangkan semula kasut itu. Malah Dani menggeleng. Kau dah baling pada aku jangan harap aku akan pulangkan. Aisya mula tidak keruan saat melihat Dani mula berpaling kearah jalan raya. Oh tidak, jangan kata dia nak baling kasut I!

Kepala Aisya sudah tegeleng-tergeleng melihatnya. Dani tersenyum sinis. "Watch this."

"No!" jerit Aisya, tidak sempat dia hendak menghalang perbuatan Dani, kasut itu sudah dibaling keatas jalan raya. Ternganga mulut Aisya melihat kasut mahalnya yang digilis dengan kereta sehingga berkecai dua. Gelak tawa Dani jelas kedengaran dihujung cuping telinganya. Puas hatinya dapat melihat reaksi terkejut wanita itu. Baru dia tahu langit itu tinggi ke rendah.

Aisya mengenpal-ngepal tangannya, geram. Kecil besar, kecil besar sahaja dia memandang Dani yang berlalu pergi begitu sahaja tanpa meminta maaf. Ergh, kenapalah dalam banyak-banyak manusia dalam dunia ni aku harus berjumpa dengan bodyguard seperti dia?

"I hate you stupid bodyguard! I will make sure, you are fired!" bentak Aisya, geram. Entahlah sama ada lelaki itu dengar atau pun tidak. Ah, kalau dia dengar pun sama sahaja perangainya. Aku benci dia! Agak-agaknya macam manalah dia boleh dapat teman wanita ek? mungkin teman wanita dia itu buta kut? Ish, kenapa aku sibuk tentang teman wanita dia pula ni? suka hati dialah! Herdik Aisya pada dirinya sendiri. Tanpa menunggu masa lagi dia terus melangkah masuk ke dalam bangunan itu dengan kakinya yang terjengket-jengket kerana sebelah kasutnya yang digilis kereta. Orang yang berada disekeliling kawasan itu hanya mampu menahan tawa. Malah Aisya langsung tidak mengendahkannya. Cukup masa nanti, tahulah aku nak balas macam mana?


                                                    PERIUK nasi dibuka separuh. Aisyah mencebik bibir saat dia melihat isi dalamnya yang kosong. Sesekali tangannya menyentuh perut yang mula berkeroncong kelaparan meminta untuk diisi. Dia terus mengalihkan pandangan kearah Puteri yang sedang leka bermain game diruang tamu.

"Akak... Aisyah lapar." rungut Aisyah, cuba untuk membuka suaranya tanpa membuat gerakan isyarat bisu. Dia tahu wanita itu tidak akan faham denga isyaratnya, jadi dia lebih mencuba untuk bercakap seperti orang biasa walaupun bunyinya tidak seratus peratus sama. Puteri menjulingkan anak matanya keatas dengan membuat mimik muka menyampah. Sudahlah bisu, selepas itu cuba bercakap seperti orang normal pula tu! Naik rimas telinga aku mendengarnya.

"Kau masaklah sendiri. Umur dah tujuh tahun pandai-pandailah buat kerja. Takkan itu pun aku nak kena ajar?" soal Puteri, dingin. Anak matanya masih tertumpu pada skrin telefonnya yang bercahaya. Aisyah hanya mendiamkan diri tanpa sebarang alasan. Dia mendongak memandang kearah sebungkus mee segera yang berada diatas kabinet dapur yang lebih tinggi daripada ketinggiannya. Kerusi yang berada tidak jauh daripada situ diheretnya sehingga kearah kabinet, tanpa menunggu masa lagi dia terus memanjatnya mencapai sebungkus mee segera yang berada disitu.

"macam mana nak masak maggi ni, kak?" soal Aisyah, dia memusing memandang Puteri yang masih lagi berada diruang tamu. Namun Puteri tidak menjawab. Dia hanya terus menumpukan perhatiannya pada game ular yang hampir mencapai kemenangan. Aisyah hanya mencebik bibir dan menjongketkan kedua belah bahunya. Tanpa memikirkan apa lagi, dia terus mencapai jag air panas yang masih lagi berasap, bersama mangkuk kaca yang tersusun diatas rak. Dia menuang air itu dengan berhati-hati ke dalam mangkuk kaca, tanpa dia menyedari air yang dituang itu terlampau banyak sehingga melimpah keluar menimpa ibu jari kakinya. Spontan tindakan refleks daripada Aisyah melepaskan jag air panas itu jatuh ke lantai.

"Arghh!" Aisyah terjerit kecil. Terhinjut bahu Puteri mendengarnya, terus dia mengalihkan pandangannya kearah Aisya. Terbeliak biji matanya melihat air yang melimpah ke lantai. Spontan telefon itu dicampakkan ke tepi, lantas dia bangun meluru ke arah budak kecil itu. Telingan kanan Aisyah dicubitnya sehingga budak kecil itu mengaduh kesakitan.

"Kau buat apa ni, huh? Takkan masak maggi pun tak boleh nak hati-hati? Kau ni memang sengaja nak menyusahkan aku, kan?"

"Tak kak...Aisyah tak sengaja." rengek Aisya.

"Tak sengaja, tak sengaja... air ini aku juga yang akan kena lap, bukan kau! Kau itu cuma tahu menyusahkan hidup aku sahaja! Nasib baik kau ni adik Dani aje, kalau tidak... dah lama aku campak kau dekat tepi jalan! Heh!" bentak Puteri. Kepala Aisyah ditolaknya kasar sehingga dia sedikit tergenjak ke belakang. Kain buruk yang berada diatas meja dicapainya, lalu dia duduk mencangkung ke atas lantai, mengelap air yang tertumpah tadi. Aisyah hanya mendiamkan diri memandang lantai. Dia terus berlari masuk ke dalam bilik. Niatnya yang pada mulanya ingin mengisi perut juga terbatal. Malah Puteri langsung tidak kisah, dia hanya membiarkan sahaja budak kecil itu berlalu pergi.

"Sikit-sikit lari masuk bilik. Kalau muka tu comel tak apalah juga aku nak kesian, ini muka pun buruk macam hantu!" sinisnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro