Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4

DOKUMEN pengenalan diri diletakkan keatas meja setelah selasai dia membaca semuanya. Dato Shah mengangguk beberapa kali sebelum mendongak memandang Dani. Apa yang dia mahukan pada lelaki ini memang serba cukup, sesuai untuk dijadikan sebagai pengawal pribadi untuk anaknya. Dato Shah menghulurkan tangan kanannya, lambat-lambat Dani menyambut huluran itu. Senyuman lebar diukir Dato Shah. "selamat menjadi bodyguard untuk anak saya." ucap D'ato Shah.

Dani tersenyum gembira menampakkan giginya. Aisya pula sudah menjuling anak mata keatas. Menyampah pula aku dengan mamat ni. "terima kasih, Dato."

"sama-sama. Kalau awak ada nak tahu apa-apa fasal anak saya awak boleh sahaja hubungi saya. Tidak pun awak tanya sahaja dia terus. Manalah tahu mula-mula jadi bodyguard selepas itu jadi menantukan?"

"pa!" keras Aisya, memandang D'ato Shah yang tertawa kecil dibelahnya. Ada pula dia berkata begitu pada Dani. Hello? I am diva okay, kalau lelaki kaya seperti Randy I dah tolak, inikan pula mamat bodyguard ni? Alamatnya aku akan tolak dua kali ganda kau tahu!

Aisya menjeling.

"papa gurau ajelah... by the way, jangan ingat kamu dah ada bodyguard kamu boleh buli dia pula selepas ini. Ingat ya, dia perkerja bukan hamba. And lagi satu, mulai esok Aisya kena bangun awal. Jangan biarkan Dani tunggu Aisya lama sangat." pesan D'ato Shah.

"you mean Aisya kena pergi kerja dengan mamat ni?" soal Aisya menunding jari kearah Dani.. Dato Shah mengangguk kepala. Terlopong luas mulut Aisya dibuatnya, dia terus memandang Dani yang duduk berhadapan dengannya. Dani tersenyum nakal. Dia mengenyitkan sebelah matanya kearah Aisya. Aisya tergamam. Cepat-cepat dia berpaling memandang Dato Shah. Lain macam pula aku rasa sekarang.

"No, pa! You can't! papa tak kenal pun siapa mamat ni seratus peratus. Macam mana kalau nanti dia buat sesuatu yang tak elok pada anak papa ni? Papa tak risaukan Aisya ke?"

"Ehem! Ehem!"Dani Berdehem. Serentak pandangan Aisya dan D;ato Shah beralih kearahnya. Dia tersenyum nipis. "untuk pengetahuan awak Aisya..."

"Don't call me, Aisya! Panggil I Cik Aisya, atau pun Mrs,Aisya." cantas Aisya terlebih dahulu. Seperti biasa dia pantang dengan panggilan Aisya sahaja. Dani menghela nafas kecil, cuba untuk bersabar. Nasib baik ada Dato Shah sahaja, kalau tidak dah lama aku cepuk minah ini!

"I mean Cik Aisya yang cantik molek bagaikan ratu model hollywood. Saya bukan jenis lelaki yang Cik Aisya sangkakan. Saya seorang yang berpendirian tetap dengan seorang bos dan majikan. Jadi Cik Aisya tak perlu risau, saya takkan melakukan benda yang tidak senonoh pada Cik Aisya. Saya seorang yang bertanggung jawab." ujar Dani, penuh dengan gaya percakapan seperti seorang yang jujur dan amanah.

Dato Shah tersenyum. "see? Dia pilihan yang terbaik. Jadi Aisya tak perlu risau. Tak payah nak fikir bukan-bukan. Kalau dia ambil kesempatan sekalipun bukan salah dia, tapi kamu."

"pa! Sampai hati papakan?"

"heh, dah kalau pakaian kamu macam ni kamu ingat apa? Lainlah kalau kamu pakai macam anak dara melayu yang sebenarnya. Tak adalah orang nak ganggu sangat. Ini pakai pun macam baju orang asli." sindir Dato Shah.

Aisya merengus geram. Dia terus berpaling ke lain, dengan gaya memeluk tubuh. Gelak tawa Dani jelas kedengaran dihujung cuping telinganya. Terus dia memandang Dani dengan pandangan tidak puas hati. Pantas Dani mendiamkan diri, buat-buat seperti sedang serius. Tahu pula senyap mamat ni! Aku tumbuk karang apa pun tak dapat!

"jangan berani you tertawakan I ek. You kalau nak kerja, buat cara kerja!"

"baik, Cik Aisya." Dani hanya menurut. Aisya menjeling anak matanya keatas. Mentang-mentang ada papa aku, bukan main baik ya mamat ni. Dato Shah menggeleng kepala memandang mereka berdua. Sesekali dia menunduk memandang jam tangan mahalnya yang sydah menandakan pukul 1 petang. Baru dia teringat tentang perjanjiannya bersama Tan Sri Jaafar untuk bertemu dipadang golf.

"Ermm...papa rasa papa kena pergi sekarang ni. Kamu pun ada meetingkan Aisya? Alang-alang Dani ada disini boleh tolong hantarkan Aisyakan?" cadang Dato Shah. Dani terkedu sejenak. Alamak! Aku bukan ke naik motor? Macam mana pula nak hantar minah skirt pendek ni? Aduh...

"errr...sa...saya,"

"saya tahu kamu boleh. Terima kasih ya. Papa minta diri dulu," belum apa-apa lagi Dato Shah sudah memotong. Bahu lelaki itu ditepuk beberapa kali sebelum dia bangun melangkah pergi daripada situ bersama dua orang pengawalnya. Kelu lidah Dani dibuatya. Kepala yang tidak gatal digarunya seketika. Apa aku nak buat ni? Soal Dani didalam hati.

"cepatlah pergi ambil kereta, duduk dekat sini lagi buat apa? I dah lambat ni!" herdik Aisya, mencapai beg sandang gucci yang berada diatas meja. Dani tersengih menayang gigi putihnya. "err... macam ni Cik Aisya, saya datang sini naik motor bukan naik kereta." ujar Dai, berterus terang. Terbeliak biji mata Aisya mendengarnya.

"what?" Aisya terjerit kecil. Mujur orang yang berada disekeliling mereka tidak perasan. Mamat ni memang sengaja nak kenakan aku. Itulah, papa ni... orang dah cakap mamat bodyguard ni tak boleh diharap dia masih juga nak ambil si Dani ini berkerja. Kalau I jadi papa, dah lama I tolak dia mentah-mentah!

"Habis tu macam mana? you nak hantar I dengan naik motor, huh? You ni memang sengajakan? Mentang-mentanglah I pakai baju skirt pendek macam ni, you nak ajak I naik motor. You memang sengaja nak sabotaj I kan?" tuduh Aisya secara melulu. Pantas Dani menggeleng kepala menafikannya.

"bu...bukan macam tu, Cik Aisya. Saya pun tak ingin sebenarnya..."

"Ap...apa? You... you tak ingin?" Aisya mengetap bibir, geram. Kedua belah tangannya dikap-kepal membentuk penumbuk. Kurang ajar punya pengawal!

"tak. Mak...maksud saya bukan tak ingin nak hantar Cik Aisya pulang tapi..."

"Ah, sudahlah! Baik I naik grab sahaja. Ada bodyguard pun tak guna, heh!" cantas Aisya, dia mengeluarkan beberapa keping duit kertas bernilai 5 ringgit lalu diletakkan keatas meja sebelum bangun melangkah pergi daripada cafe itu. Dani mula tidak keruan. Pantas dia bangun mengejar langkah Aisya yang sudah jauh kehadapan. Ini kalau dapat tahu dekat Dato Shah mampus aku!

"kejap, Cik Aisya!" halang Dani. Dia berdiri di tengah-tengah jalan Aisya dengan mendepakan kedua belah tangannya. Langkah Aisya spontan terhenti disitu. Dia menjuling anak mata ke atas, membuat mimik wajah menyampah. Apa lagilah yang mamat ini mahukan daripada aku...

"tolong jangan pergi Cik Aisya...kalau Dato tahu yang saya biarkan Cik Aisya pergi seorang diri pasti dia akan marah saya." adu Dani.

Aisya menjeling. Sesekali dia membetulkan beg tangan gucci yang tergantung dibahunya. Nak kesian ke tak nak kesian ek? Lagipun dia baru nak aje mula kerja, tak salah kut jika aku beri dia peluang? Aisya mengeluh kecil. "then? You nak hantar I naik motor dengan you?"

"tidak juga."

"habis tu?" Aisya menyoal.

"saya balik rumah sekejap ambil kereta, Cik Aisya tunggu sini." cadang Dani. Aisya tertawa sinis. Sudahlah cuaca sekarang sedang panas terik, silap-silap cair make up aku semata-mata tunggu mamat ni ambil kereta dia. Kerja pun lembab mengalahkan siput!

"hei, you ingat I ni suka tunggu orang ke? I ada meeting lagi 20 minit, nak tunggu you yang kerja macam siput memang lambatlah jawabnya. Baik I naik grab!" sinis Aisya.

"tapi Cik Aisya, saya boleh pastikan Cik Aisya sampai sana secepat yang mungkin. Trust me." ujar Dani, cuba untuk meyakinkan Aisya. Kecil sahaja mata Aisya memandangnya. Tidak tahu sama ada patut percayakan dia atau pun tidak. Meeting aku pun lagi 20 minit, kalau naik grab kemungkinan akan sampai lambat. Selepas itu kena bayar duit pula. Kalau aku naik kereta dengan mamat ni sekurang-kurangnya aku tak perlu bazir duit bayar duit tambang. Aisya mengangguk kepala, dia bermonolog.

"okay fine. I tunggu you but...if you lambat, automatik I akan report pada Dato Shah cakap yang you sengaja lambatkan I. Deal?"

Dani mengangguk setuju. "deal! Saya tak kisah, saya akan pastikan Cik Aisya sampai sana tepat pada masanya. Silap besar Cik Aisya kerana cabar orang macam saya."

Kening Aisya bertaut pelik memandang senyuman bermakna dibibir lelaki itu yang penuh dengan maksud yang tersembunyi. Air liur ditelannya sejenak. Tiba-tiba sahaja bulu romanya mencanak naik dengan sendirinya. Degupan jantungnya juga semakin berdegup kencang.

"you nak buat apa?"

"MAMAAA!" jerit Aisya sekuat hatinya, mengenggam erat tali seat-belt yang terpakai kemas ditubuhnya saat kereta sport lotus evora memecut laju dijalan raya sehingga ada yang hampir berlanggar punggung di belakang. Lampu isyarat yang menunjukkan warna kuning tanda bersedia untuk berhenti langsung tidak dipedulikan Dani. Malah dia semakin menekan pedal minyak itu dengan kuat, melepasi lampu isyarat itu sebelum bertukar kepada lampu merah. Pening kepala Aisya dibuatnya saat kereta itu berpusing-pusing tidak tentu arah. Dia pantas menekup mulutnya apabila terasa mual.

Sekilas Dani menoleh kearah Aisya yang dalam keadaan mabuk kepeningan. Dia tersenyum sinis. Rasakan! Nak sangat cepatkan? Baru kau tahu siapa Dani Iskandar yang sebenarnya. Omel Dani didalam hati, berlagak. Sebelah tangannya lincah menukar gear kereta, manakala sebelah lagi sedang mengawal stereng. "sabar sikit ya, Cik Aisya. Lagi 4 minit kita akan sampai." ucap Dani, tenang.

"kepala otak you 4 minit! I rasa lagi 4 minit I akan masuk kubur you tahu tak? Bawa elok-elok tak boleh ke?" herdik Aisya mula meninggikan suara. Geram betul aku dengan mamat ni!

"laaa...tadi Cik Aisya juga yang nak cepatkan? Jadi saya bawalah laju-laju supaya Cik Aisya tak ketinggalan meeting." ujar Dani dengan nada menyindir. Aisya merengus geram. "you sengaja perli I? hei, bawalah kereta perlahan-lahan karang kalau terlanggar orang macam mana? You nak bayar saman, huh? Dah banyak duit sangat ke duit dalam poket you tu?"

"tak adalah banyak mana, cuma Cik Aisya jangan risaulah... saya seorang yang profesional. Sebelum saya dilantik untuk jadi bodyguard, saya dah diajar untuk pandu kereta dengan cermat."ujar Dani.

"profesional pun profesionallah! Kalau you nak mati, you pergi mati seorang! Jangan bawa I!" bentak Aisya, geram. Dia ketawa. Lantas kereta itu diberhentikan secara mengejut sehingga tubuh Aisya sedikit tergenjak ke hadapan. Mujur kepalanya tidak terhantuk pada cermin kereta. Rambutnya yang dahulu kemas dan rapi kini menjadi serabai. Tercungap-cungap nafas Aisya dibuatnya. Seat-belt yang masih terlekat pada tubuhnya, dibuka perlahan-lahan. Dia memandang ke arah bangunan berkembar kaca yang berada sebelah kanannya, sebelum beralih memandang jam yang terpapar didalam kereta.

Tepat pada masanya, tapi...

Nafas Aisya mula turun naik. Dia menoleh memandang Dani yang duduk disampingnya. Kening lelaki itu bertaut pelik. Apa lagi yang tidak kena? "you tengok apa yang you dah buat pada I!"

"saya buat apa?"

"this, my hair! You dah buat I jadi buruk you tahu tak? How can I pergi meeting dalam keadaan macam ni? You ini memang tak gunalah! Ish!" lengan sasa lelaki itu ditumbuknya berkali-kali. Namun Dani langsung tidak membuat apa-apa. Apalah sangat tangan kecil si Aisya ni. Tumbuk semut pun belum tentu mati. Dani tersenyum sinis.

"I hate you!" bentak Aisya, memukul sekali lengan lelaki itu menggunakan beg tangan gucci sebelum dia melangkah keluar daripada kereta. Rambutnya yang serabai dibetulkan sedikit. Sekilas anak matanya mengerling kearah pekerja-pekerjanya yang sedang melihat dia berjalan terhuyung-hayang masuk ke dalam bangunan. Ini semua salah Dani! Kalau boleh mahu sahaja aku pecat dia sekarang juga! Dasar jantan tak guna! Eeiii...geramnya aku!

Cermin kereta diturunkan secara automatik. Dani tersenyum menyenget. "Cik Aisya!" panggilnya. Langkah Aisya terhenti dihadapan pintu kaca. Terus dia memusing ke belakang memandang Dani yang masih lagi berada didalam kereta. Nak minta maaflah tu! Jangan haraplah aku akan maafkan dia!

"I hate you too." ucapnya, selamba. Cermin mata hitam yang tergantung dikolar bajunya dicapai, lalu dipakai. Terlopong mulut Aisya mendengarnya. Makin berderau darah Aisya kali ini, rasa seperti akan meletus gunung berapi tak lama lagi.

"hei, you...you satu-satunya bodyguard paling tak guna dalam dunia ni! Dasar..." tak sempat Aisya menghabiskan bebelannya, kereta sport itu sudah dipandu pergi oleh Dani. Aisya mengetap kuat bibirnya, cuba untuk menahan diri daripada mengeluarkan kata-kata kesat. Nafas juga ditahan dalam beberapa minit sebelum dihembus keluar dengan perlahan.

"sabar Aisya...sabar. Arwah mama tak pernah ajar you untuk mencarut. So please...calm down. You kena rilex sebab sekarang ni you ada meeting, okay? Fuhh..." ujar Aisya, bermonolog seorang diri. Sesekali dia mengurut dadanya yang kini berombak untuk tenang. Nasib baik aku seorang yang penyabar, kalau tidak...

"I akan saman you sekali lagi! Arghh!" jerit Aisya sekuat hatinya. Baru puas hati aku kali ini. Aisya merengus geram. Dia menghentak kakinya berkali-kali sebelum meluru masuk ke dalam bangunan itu.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro