20
AISYA menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembus keluar dengan perlahan. Hatinya kini terasa berdebar-debar sahaja saat berdiri di hadapan pintu bilik Aisyah. Harap-harap sangat budak kecil itu masih belum tidur. Aku betul-betul ingin meminta maaf padanyatentang hal yang berlaku tadi. Teragak-agak tangan Aisya ingin mengetuk pintu itu. Telinga kiri dan kananya saat ini seolah-olah ada yang berbisik untuk masuk atau pun tidak. Takut jika Dani perasan aku kacau Aisyah tidur tak fasal-fasal kena marah. Mukanya tadi pun seperti seperti seekor harimau yang ingin menelan aku.
Argh! Pedulikan semua tu!
Tanpa memikirkan apa-apa lagi dia terus mengetuk dedaun pintu lantas tombol pintu itu dipulasnya lalu ditolak kearah dalam. Langkah Aisya diberhentikan ditengah-tengah bilik. Air liur dipaksa telan buat seketika. Aisya mengukir senyuman nipis memandang Aisyah yang sedang mengurut-ngurut dadanya yang terasa sakit.
“Ehem! Akak ganggu aisyah ke?” soal Aisya. Dia bimbang jika kehadiran dirinya waktu ini tidak kena pada masa. Malah Aisyah menggeleng kepala. Tangannya menepuk-nepuk ruang kosong disebelah kirinya, mempelawa Aisya untuk duduk disitu menaminya. Aisya tersenyum lebar. Dia terus melangkah kearah katil lalu melabuh punggung disebelah Aisyah.
“Aisyah masih rasa sakit ke?” soal Aisya, risau.
Dia mencebik bibir.
“tak adalah sakit mana… dah kurang. Kak Aisya jangalah risau. Aisya okay aje…” ujar Aisyah dan tersenyum.
Lega hati Aisya mendengarnya. Baguslah kalau dia sudah berkata begitu. Mujur tiada berlaku cedera parah. Kalau tidak masak aku kena bayar saman si Dani!
“Akak betul-betul nak minta maaf fasal abang Randy tadi. Akak tak patut biarkan dia masuk rumah ini. Tak fasal-fasal Aisyah pula yang kena jadi mangsa.” rayu Aisya.
Aisyah menggeleng kepala.
“Tak apalah, kak. Aisyah dah biasa…” Balas aisyah perlahan. Dia menunduk kepala ke bawah sambil jari-jemarinya mengurut dada. Dahi Aisya berkerut pelik mendengarnya. Apa maksud dia dah biasa? Dani pernah pukul dia macam ni ke?
“Biasa? Maksud Aisyah… abang Dani pernah pukul Aisyah macam itu ke sebelum ni?” soal Aisyah, dia cuba untuk meneka. Pantas Aisyah menggeleng kepala menafikannya. Sudah beberapa tahun aku dibesarkan oleh abang Dani. Dia tidak pernag sedikit pun naik tangan pada aku, walaupun mencubit. Ya, abang Dani memang seorang abang yang sangat penyayang. Walaupun kadang-kala dia seorang yang tegas, dia tetap tidak akan menggunakan kekasaran pada wanita terutama sekali pada budak kecil.
“Eh, bukan! Bukan abang maksud Aisyah. Abang Dani tak pernah pun pukul Aisyah sebelum ni tapi…”Aisyah memberhentikan ayatnya disitu. Dia rasa was-was untuk menceritakan hal yang sebenar pada Aisya.
Aisya mengerut kening pelik. Dia masih menantikan sambungan daripada budak kecil itu.
“Tapi apa?”
“Alah, kalau Aisyah cerita pun bukannya kak Aisya akan percaya. Sedangkan abang Dani pun tak percayakan Aisyah, inikan pula kak Aisya.” rungutnya.
“What? Im not like Dani, okay? Just tell me what? I want to know.”ujar Aisya. Dia membetulkan posisi duduknya menghadap Aisyah. Menantikan luahan daripada budak kecil itu. Manalah tahu, dia perlukan seseorang untuk mendengar luahannya sekarang?
Kalau bukan Dani, mungkin aku boleh jadi penemannyakan?Aisyah berhenti mengurut. Dia menunduk memandang tangannya, riak wajahnya juga bertukar masam.
“Aisyah are you okay?” soal Aisya, risau. Tangannya menyentuh bahu Aisyah. Pasti ada sesuatu yang buruk pernah terjadi padanya sebelum ini.
“It's okay, Aisyah. I would never tell this secret to anyone. Just tell me.” pujuk Aisya. Dia tahu, tidak semua cerita boleh diceritakan pada orang lain. Mulut orang disekeliling kita bukannya boleh diberi kepercayaan seratus peratus. Aisyah akhirnya mengangguk kepala, dia berdehem seketika membetulkan anak tekaknya yang kehilangan suara tadi. Dia mendongak memandang wajah Aisya.
“Akak janji jangan bagitahu sesiapa ek?”
Aisya menganggukkepala. Bab simpan rahsia ini serahkan sahaja pada ku! Aku memang suka simpan rahsia orang.
“Macam ni… sebenarnya, abang selalu tak percayakan apa yang Aisyah nak ceritakan pada dia. Aisyah tak suka kak Puteri. Dia jahat. Dia tak sama seperti apa yang abang pandang pada dia. Orang lain mungkin anggap kak Puteri seorang yang baik tapi tidak pada Aisyah, kak. Dia langsung tak pernah jaga Aisyah seperti mana kak Aisya jaga Aisyah.”
“Dia selalu pukul Aisyah, suruh Aisyah basuh baju dia. Kadang-kadang ada satu ketika dia akan sumbat nasi penuh ke dalam mulut Aisyah. Dia akan layan Aisyah baik apabila abang Dani ada sahaja. Itupun sebab… dia cuba untuk dapatkan abang Dani.” ujar Aisyah, meluahkan segalanya yang terpendam dihati selama ini. Aisya juga turut terkejut mendengarnya. Tidak sangka wanita yang aku sangkakan lebih baik daripada aku rupa-rupanya lebih buruk daripada apa yang aku jangkakan. Sebab itulah orang kata… jangan menilai pakaian sahaja daripada perwatakan.
“Then? You never tell this to Dani?”
“Heh, kalau Aisyah cerita sekalipun bukannya abang akan percaya. Abang selalu lebih menangkan kak Puteri daripada Aisyah! Aisyah nak tunjukkan bukti pun tak boleh. Aisyah cuma budak kecil yang bisu sahaja…”
“Don't said like that, Aisyah. Kalau akak jadi abang dani pun, akak susah nak percaya sebab… Puteri tu bertudung, tutup aurat then gaya dia pun macam ustazah. So? Agak susah untuk percayakan orang macam dia adalah jahat. But, zaman sekarang ramai manusia yang bertopengkan syaitan. pakaian langsung tak menjaminkan hati seseorang."
Aisya mengangguk setuju.
“Betul itu. Tapikan kak Aisya, abang pernah cakap yang abang ada calon isteri baru-baru ni. Dia kata… calon dia tu ada huruf i. Daripada segi layanan dia dengan kak Puteri pun mesra. Aisyah takut kalau calon isteri yang abang cakapkan itu adalah kak Puteri. Aisyah tak nak…” adunya.
Aisya menggeleng kepala sambil tangannya mengusap lembut rambut Aisyah. Senyuman kecil terbit dibibirnya.
“Tak semestinya Puteri pilihan abang Dani. Ramai lagi perempuan yang ada huruf i. Like, Syafiqah? Ilya? Dinda? See?”
“Kak Aisya?”
Aisya terdiam. Ehem! Aku termasuk ke dalam calon pilihan mamat itu?
“Errr…”
“Kak Aisya tak tercalon ke dalam wanita yang memiliki huruf i?” soalnya. Aisya terpenpan buat beberapa minit. Terkebil-kebil matanya memandang Aisyah. Tidak tahu sama ada ingin menjawab ya ataupun tidak. Kalau aku jawab ya nanti syok sendiri pula!
Aisya buat-buat ketawa.
“Errr… Tak kut?”
“Kenapa tak?” soal Aisyah lagi.
Aisya menggigit bibirnya. Alahai si Aisyah ini pun… tanyalah soalan yang senang sedikit untuk aku jawab!
“Se… Sebab akak bukan calon pilihan abang Danilah.” jawab Aisya, ringkas.
“Tapi akak ada huruf i?”
“Memanglah akak ada huruf i. Like you, Aisyah pun ada huruf i, kan? And, lagipun akak ini tiada ciri-ciri yang abang dani mahukan. Dia nak yang tutup aurat, baik and sopan santun. I ni pula gedik, sombong, seksi plus seksa. So? Tak mungkin akan tercalon dalam benda tu.” ujar Aisya.
Aisyah mencebik bibirnya.
“Tapi… Aisyah suka dekat kak Aisya.” rungutnya. Dia terus memeluk pinggang Aisya. Aisya tersentak. Kedua belah tangannya spontan terangkat keatas. Mataku membulat seperti burung hantu. Biar betul si Aisyah ni? Aku nak jawab apa sekarang ni? Takkan nak jawab yang aku akan pikat Dani? Memang tidaklah jawabnya!
“Errr... Ak… Akak tak boleh nak buat apa-apa. Pilihan abang Dani cuma terletak pada Dani seorang. Akak tak boleh nak paksa dia." ujar ku.
“Tapi akak boleh berubah untuk abangkan?” soalnya. Dia mendongak memandang Aisya.
Aisya tergamam.
“Akak berubahlah pakai tudung supaya abang sukakan kak Aisya. Aisyah nak sangat kak Aisya jadi isteri abang Dani. Aisyah tahu… sebenarnya kak Aisya pun sukakan abang Danikan? Aisyah boleh nampak semua tu sejak Aisyah jumpa akak lagi. Abang Dani pun mungkin ada perasaan yang sama pada kak Aisya.”
“Tapi Aisyah…”
“Aisyah tahu akak baik. Akak tak sombong pun sebenarnya tapi akak buat semua tu kerana akak tak mahukan lelaki yang tak ikhlas cintakan akak. Tapi akak percayalah cakap Aisyah… abang Dani bukan seperti lelaki lain. Dia boleh terima akak seadanya.” sambung Aisyah lagi. Nampaknya seperti dia menaruh harapan yang tinggi padaku untuk memikat Dani. Bukannya aku tidak mahu tetapi Dani adalah seorang lelaki yang baik. Tak mungkin lelaki seperti dia boleh menerima aku yang berpenampilan barat seperti ini. Tapi… kalau aku tak tunaikan permintaan Aisyah rasa serba salahlah pula. Takkan aku mahu biarkan Dani berkahwin dengan Puteri yang berperangai talam dua muka?
“Errr… Akak tak berani untuk janji semua tu. Akak tak sempurna macam yang abang Dani mahukan. Tapi…"
“Aisyah pasti abang sukakan kak Aisya.”
“Kalau setakat meneka akak pun boleh Aisyah. Aisyah kena terima semua ni. Mungkin ada hikmah dibalik semuanya.”
Aisyah menggeleng kepala tidak setuju.
Alahai budak ini pun…
“Sampai bila-bila pun Aisyah tetap nak kak Aisya jadi isteri abang Dani. Kalau abang sukakan kesempurnaan, akak berubahlah seperti mana yang abang nak. Abang pernah pesan… dia kata cinta juga perlukan pengorbanan. Bukan daripada lelaki sahaja, malah wanita seperti akak pun harus berkorban untuk sama-sama mencapai cinta sejati. Kalau betullah akak pun sukakan abang Dani, apa salahnya kalau akak berubah? Semua orang akan suka termasuk Aisyah.” ujarnya. Dalam betul kata-kata yang Aisyah sampaikan. Sehingga aku terdiam tidak tahu ingin membalas apa. Budak kecil seperti dia pun tahu apa itu cinta. Aku pula? Satu kecil habuk pun tidak tahu!
Aisya mengangguk perlahan.
“Baiklah… akak akan cuba.”
KERETA alphard di parkir dihalaman rumah Nek Tipah. Kedua belah tayar yang pancit semalam sudah pun ditukar kepada yang baharu. Dani terus berlari anak masuk ke dalam rumah tanpa menutup enjin kereta. Mereka sudah kesuntukan masa untuk tiba dirumah anak yatim.
Bilik yang mempunyai langsir dipintunya menjadi sasaran Dani. Dia mengetuk terlebih dahulu dedaun pintu itu sebanyak tiga kali.
“Cik Aisya, aku dah ambil kereta. Cepat sikit bersiap! Kita dah lambat nak ke rumah anak yatim.” pesan Dani dengan nada sedikit menjerit.
“Okay!” sahut Aisya daripada dalam bilik. Dani tersenyum nipis. Dia melangkah pula ke bilik hujung, ingin melihat sama ada budak kecil itu sudah bersiap ataupun belum. Dahi dani berkerut, kepalanya memusing mencari kelibat Aisyah yang tiada di dalam bilik.
“Kamu cari apa Dani?” tegur Nek Tipah. Dani terus menoleh ke belakang memandang Nek Tipah yang berjalan kearahnya dengan membawa secawan teh panas.
“Aisyah mana nek? Tadi sebelum Dani keluar bukan ke dia ada dalam bilik ni?”
“Dia ada aje dalam bilik Cik Aisya kamu itu. Entah apa dia orang buat dalam bilik tu daripada tadi lagi. Nah, minum air ni!” ujar Nek Tipah, menyerahkan cawan berisi air teh itu kepada cucunya. Dani lantas mencapainya. Keningnya berkerut memandang kearah bilik Aisya yang masih lagi tertutup. Apa pula si Aisyah buat dalam bilik perempuan itu? Sebelum ini tidak pernah pula budak itu masuk ke dalam biliknya. Ada-ada sahaja mereka berdua ini.
“Nanti pergi sana, bawa kereta itu elok-elok. Jangan sampai terlanggar paku lagi. Karang, nak bermalam rumah jiran mana pula? Selepas itu, jaga Aisya dengan Aisyah baik-baik. Terutamanya si Cik Aisya tu. Anak dara orang! Jangan buat benda bukan-bukan." pesan Nek Tipah sebagai peringatan.
Dani hanya membalasnya dengan anggukan.
“Dan lagi satu… atok kamu kirim salam semalam. Dia kata dia rindu kamu, Dani. Selepas ni, kalau nak balik kampung. Balik sajalah. Lagipun, arwah Fateh dah lama tiada. Dah lama dia pergi daripada sini, kamu tak perlu nak berdendam dengan dia sampai tak nak balik kampung. Memanglah kubur dia disini, tapi itu tidak bermakna kamu boleh tinggalkan Nek Tipah dengan atok macam itu aje…” ujar nek tipah.
Terus riak wajah Dani bertukar masam. Nama lelaki itu membuatkan dia terkelu. Ya, memang itu puncanya dia tidak jejakkan kaki ke kampung ini selama dua tahun. Biarpun orang yang dimaksudkan Nek Tipah tadi telah pun meninggal dunia, tetapi Dani tetap tidak boleh menerimanya. Lelaki itu telah membuat satu kesilapan yang besar sehingga Dani sendiri tidak dapat memaafkan orang itu. Nek tipah menggeleng kepala, dia terus mengatur langkah meninggalkan Dani seorang diri disitu.
“Sengaja betul Nek Tipah ni ingatkan aku fasal orang tua tu…” gumam Dani. Air teh tadi ditiupnya terlebih dahulu sebelum dihirupnya perlahan-lahan.
“Dani I dah siap. Jom kita pergi.” ajak Aisya yang baru sahaja keluar daripada biliknya. Dani mengangguk kepala. Dia menoleh ke belakang memandang Aisya.
PURGHHH!
Terkeluar anak tekak Dani melihat penampilan wanita itu sehingga menyembur air itu ke dinding rumah Nek Tipah. Tak henti-henti dia terbatuk sambil sebelah tangannya menumbuk dada yang terasa pedih. Cawan tadi diletakkan keatas meja yaang berada tidak jauh daripada situ.
Kening Aisya bertaut pelik. Sekilas dia menunduk memandang pakaiannya sebelum kembali mendongak memandang Dani. Teruk sangat ke apa yang aku pakai ni?
Ehem!
Dani berdehem buat seketika. Dia memalingkan semula pandangannya kearah Aisya. Daripada atas sehinggalah ke bawah dia perhatikan. Berbaju kurung kedah dan bertudung bawal hitam dikenakan Aisya. Wau! Ia sangat-sangat berbeza dengan Cik Aisya yang dahulu. Malah wajah Aisya juga kelihatan lebih ayu dan jelita.
Dani menyentuh dadanya merasakan debaran yang luar biasa.
“Ke… Kenapa kau pakai macam ni?” soal Dani, tergagap-gagap. Entah kenapa dia pula yang cacat sekarang ini.
“Saja. Kenapa? Buruk sangat ke?”
Pantas Dani menggeleng kepala menafikannya.
“Eh, tak! Cantik. Cantik sangat-sangat.” puji Dani.
Aisya tersenyum lebar mendengarnya. Mujarab juga ya cara ni. Tak sia-sia aku ikut idea budak kecil itu.
“Thanks. Cepat sikit minum air itu. I nak cepat,”
“Ba... Baik Cik Aisya.” Dani menurut. Lantas cawan teh tadi dicapainyasemula, lalu diteguknya hingga habis. Rasa panas tadi terus hilang apabila melihat Aisya berpakaian ayu seperti itu. Pantas sahaja Dani menghabiskannya.
“Aisyah, jom kita pergi!” ajak Aisya sedikit menjerit. Aisyah mengangguk kepala, dia lantas melompat turun daripada katil dan berjalan keluar daripada bilik itu dengan berpakaian baju kurung merah jambu. Terlopong luas mulut Dani melihat Aisyah yang kini kelihatan comel apabila mengenakan alat solek. Rasa seperti mereka berdua ini sudah bertukar roh semalam! Mana satu Aisya dan Aisyah?
Aku sudah tak dapat beza mana satu mereka?
“Aisyah?” Dani meneka.
“Haip! Siapa Aisyah huh? Mulai sekarang Aisyah bukanlah Aisyah. Aisyah ialah Cik Aisyah. Betulkan kak Aisya?”
Aisya mengangguk mengiayakannya.
“Betul itu dan I pula you boleh panggil Aisya sahaja.” ujarku.
Dani semakin kebingungan. Dia menggaru kepalanya yang tidal gatal. Apa yang sudah berlaku sebenarnya ini? Seorang suruh panggil Cik, seorang lagi suruh panggil nama sahaja. Aduh… aku mimpi ke ni?
“Errr… ap… apa sebenarnya dah jadi ni?” soal Dani.
Aisya mencebik bibir dan menjongket bahunya.
“Entah. Apa yang dah jadi? Biasa sahaja I rasa. Mungkin you tak cukup tidur kut semalam? Ish, sudahlah. Kita dah lambat ni, jom!”
“Yeay, jom!” jerit Aisyah, gembira. Mereka sama-sama berjalan berpimpin tangan menuju kearah ruang tamu. Manakala Dani pula masih tercegat ditempat yang sama. Masih lagi blur dengan apa yang berlaku sebentar tadi.
Aisya menunduk menyalam tangan Nek Tipah. Mungkin ini kali terakhir aku melawat ke kampung Dani. Aku pasti akan rindukan Nek Tipah semasa tiba dibandar Kuala Lumpur nanti. Nek Tipah mengukir senyuman lebar. Dia menarik Aisya ke dalam dakapannya. Bahu wanita itu ditepuknya lembut berkali-kali.
“Jaga cucu aku baik-baik. kalau beginilah penampilan kau yang sekarang, aku terima kau menjadi calon menantu aku.” bisik Nek Tipah. Terbatuk-batuk Aisya mendengarnya. Lantas tubuh Nek Tipah ditolaknya perlahan, meleraikan pelukan.
Aisya tersengih menahan malu. Sekilas dia menoleh memandang Dani. Mujur mamat itu tidak mendengarnya.
“Baik, Nek Tipah.” balas Aisya, perlahan. Sekali lagi dia menyalam tangan Nek Tipah sebelum melangkah keluar daripada rumah itu. Aisyah dibelakang hanya membuntuti langkah wanita itu. Manakala Dani masih lagi tidak bergenjak. Mulutnya ternganga luas.
Nek Tipah yang melihatnya menggeleng kepala.
“Hoi!”
Dani tersentak. Pantas dia menggeleng kepalanya laju sebelum beralih memandang Nek Tipah. Terkebil-kebil matanya mencari kelibat Aisya yang tidak kelihatan. Dia mengelamun sehingga tidak sedar Aisya dan Aisyah sudah berlalu masuk ke dalam kereta.
“Aisya mana, Nek?”
“Aisya mana… Aisya mana… tu ha! Dah masuk kereta sudah pun. Itulah jadi kalau dah angau. Orang dah pergi ke lain pun dia masih lagi berangan. Kalau dah suka itu masuk meminang sajalah apa susah?”
“Ish, Nek Tipah ni… ke situ pula dia,”
“Tak adanya ke situ ke, ke sana ke kalau dah suka itu cakap sajalah suka. Sudah, pergi! Karang bos kau marah pula sebab lambat. Ingat pesan Nek Tipah, anak dara orang itu jaga elok-elok. Jangan buat benda bukan-bukan pada dia!” pesan Nek Tipah, sekali lagi.
Dani mengangguk.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro