Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16

                         

DERINGAN telefon kedengaran lagi setelah beberapa kali ia tidak diangkat. Dato Shah menggigit jari. Tidak tahu sama ada ingin mengangkat panggilan tersebut atau pun tidak. Nama Randy masih tertera di skrin telefonnya. Kehulur-kehilir Dato Shah berjalan memikirkan idea.

Berkerut kening Aminah memandang Dato Shah. Sekilas dia menunduk memandang telefon canggih diatas meja yang masih lagi bergetar.

"Dato, kenapa Dato tak jawab sahaja panggilan daripada dia? Hampir tiga kali saya mendengar benda yang sama."

"Haih, kamu tak tahu Aminah... saya tak nak rancangan ini hancur disebabkan Randy. Kamu pun tahulah cucu arwah Puan Sri Katriana ni macam mana? Dia bukan ke tergila-gilakan Aisya?"

"Tapi Dato... kita tak tahu tujuan Randy hubungi Dato kerana apa? Mungkin dia mahu berbincang soal syarikat? Kalau tidak, tak adalah dia call Dato hampir tiga kali." ujar Aminah, cuba untuk berfikiran positif.

Dato Shah berhenti berjalan. Dia mengangguk. Ada betulnya juga kata Aminah tadi. Tapi kalau bukan soal syarikat yang dia ingin bincangkan bagaimana? Apa harus dia jawab? Dato Shah mengeluh kecil. Insya-Allah tiada apa-apa yang bakal berlaku. Lambat-lambat dia mencapai telefon itu. Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu dihembus keluar dengan perlahan cuba untuk menenangkan diri sebelum mengangkat panggilan itu.

"Hello, Randy?"

"Finally, Dato jawab juga panggilan saya. Puas saya cari Dato dekat syarikat sehingga ke rumah tetapi tiada orang. Dato dimana sekarang sebenarnya?"

"Errr..." kepala yang tidak gatal digarunya sebentar. Sekilas dia memandang kearah Aminah.

"Sa... Saya ada di Kedah. Kenapa Randy? Kamu ada benda penting ke yang nak dibincangkan?" soal Dato Shah.

"Eh, tak adalah. Saya cuma nak bertanya fasal Aisya."

PAP!

Dato Shah menepuk Dahi. Aku dah agak apa yang lelaki muda ini inginkan. Aduh... kenapalah aku jawab panggilan ini? Kalau aku biarkan sahaja ia berdering pun tidak mengapa! Ish, geram!

"Dato?"

"Ya, saya. Err... Aisya sekarang tiada dengan saya. Dia pergi dengan Dani."

"What? Dato biarkan dia pergi dengan mamat tu? Berdua? Ya Allah, Dato... Dato tak risaukan keselamatan Aisya ke? Buatnya kalau mamat tu ambil kesempatan dekat Aisya bagaimana?" soal Randy mula resah.

"Siapa kata dia pergi berdua? Dani bawa adiknya sekali. Lagipun Dani tu bodyguard pribadi Aisya. Takkanlah dia mahu ambil kesempatan pula. Kalau dia berani pun, tak lain tak bukan penjara tempatnya. Anak saya tu pandai jaga diri yang kamu melebih ni dah kenapa?"

Randy tersengih menampakkan giginya. Dia cuma risau jika keadaan Aisya tidak selamat apabila berada bersama lelaki itu. Lagipun Dani hanyalah sebagai seorang pengawal. Dia juga bisa mengambil kesempatan dalam diam. Kalau bawa adik sekalipun, tak mungkin keselamatan Aisya terjamin.

"Tak adalah, Dato. Saya cuma risaukan tentang Aisya. Saya mahu dia selamat. Errr... saya rasa tak salahkan kalau saya nak ikut Dato ke Kedah?"

Uhuk!

Dato Shah terbatuk-batuk mendengar permintaan lelaki itu. Aku dah agak! Dia pasti akan meminta alamat rumah anak yatim itu. Aduhai... kalau line betullah si Randy ni! Dato Shah merengus geram. Randy mengerut kening. Dia memandang skrin telefonnya sekejap. Masih lagi dalam talian tetapi kenapa senyap sahaja?

"Kenapa Dato , tak boleh ke?"

"Bukannya tak boleh Randy. Kamu bukan ke ada kerja? Kalau kamu ikut kami ke Kedah, bagaimana dengan kerja kamu? Dato tak mahu disebabkan Dato, syarikat kamu melingkup." ujar Dato Shah. Ceh, walhal itu cuma alasan. Setakat cuti dua hingga tiga hari apalah sangat...

"Alaa... saya tahulah nak buat macam mana nanti? Bolehlah Dato. Saya betul-betul sangat nak jumpa Aisya. Kalau saya tak jumpa dia sehari, saya boleh jadi gila tahu tak?"

"Haih, Randy. Dato bukannya tak nak bagi alamat tu tetapi..." Dato Shah mengeluh kecil. Terasa serba salah pula apabila dia tidak mengizinkan Randy berjumpa dengan Aisya. Sedangkan sewaktu dia ingin membangunkan syarikat ini, keluarga Randylah yang membantunya. Nak tak nak dia terpaksa memberikan alamat itu.

"Baiklah, Randy. Saya akan hantar lacation tempat tu nanti." Dato Shah mengalah.

Randy tersenyum gembira. "Betul ke Dato? Terima kasih sangat-sangat. Kalau macam tu , Dato share location tempat tu sekarang. Sekarang juga saya akan bertolak!"

"Tapi kamu jangan pula..." tidak sempat Dato Shah ingin memesan, talian sudah dimatikan oleh Randy. Dato Shah mengeluh kecil. Dia meletakkan telefon itu keatas meja semula sebelum berpaling memandang aminah.

"Macam mana Dato?" soal Aminah apabila dia melihat wajah orang tua itu berubah masam.

"Hmmm... malang." jawab Dato Shah sepatah. Dia mencebik bibir, melabuh punggung diatas kerusi yang berada dibelakangnya.







KAIN tuala dibiarkan tergantung dilehernya. Dia baru sahaja selesai menyucikan diri. Rambutnya juga masih lagi basah. Pintu bilik Aisya diketuknya beberapa kali sebelum dia menyandarkan tubuhnya pada dedaun pintu.

"Hai, sayang..." sapa Dani dengan nada menggoda dan meleret. Kedua belah tangannya memeluk tubuh memandang Aisya yang sedang ralit bermain game didalam telefonnya. Aisya menjeling. Malas dia hendak melayan lelaki itu. Buat panas hati aku sahaja!

"Sayang..." panggil Dani meleret lagi sekali. Sengaja dia mahu menganggu fokus Aisya yang hampi mencapai puncak kemenangan didalam permainan itu. Aisya tidak boleh menahan lagi. Dia mencampakkan telefonnya ke tepi, mendongak memandang Dani dengan panahan mata tajam.

"You nak apa, huh?" Soal Aisya, dingin.

Dani hanya tersenyum menyenget. Satu kenyitan mata dipanah tepat kearah Aisya dengan wajahnya yang menggoda. Aisya tersentak. Keningnya berkerut, pelik. Cepat-cepat dia mengalihkan anak matanya ke luar jendela. Dah kenapa pula dengan mamat ni? Sewel ke? Sejak aku berada dikampung halaman dia ni asyik kena ganggu sahaja! Apa yang dia tidak puas hati sangat? Ish, geram pula hati ini rasa seperti ingin carik-carik sahaja wajah lelaki itu!

Perasan handsome!

Dani tertawa kecil saat melihat wajah Aisya yang mula kemerahan menahan malu. Haih, nakal betul aku ini kacau anak dara orang!

"Kau nak ikut tak?" soal Dani.

Dahi Aisya berkerut tidak faham. Dia kembali memandang Dani.

"Pergi mana?" soalan dibalas soalan.

"Pergi beli makanan dekat pasar malam. Kitakan tak makan petang lagi? Aku tahu kau lapar. Jomlah..." ajak Dani.

Aisya mencebik bibir. "Ermm... tak mengapalah. I tak nak ikut. Lagipun dekat pasar malam tu ramai orang dan busuk. Entah bersih ke tidak makanan dia pun I tak tahu? Kalau you nak pergi, you ajaklah Aisyah teman. Tidak pun... you ajak Puteri? Waktu you kan sepenuhnya dengan perempuan tu? I tak naklah jadi pencuri waktu kesayangan you yang busyuk-busyuk tu." sindir Aisya, menjuling anak mata ke atas.

Dani tertawa kecil.

"Kau ni boleh tahan cemburu ek dengan aku?"

"Excuse me? Cemburu is nothing for me ya Mr.Dani." protes Aisya, laju.

"Aku tahulah. Tengok muka kau sahaja pun aku dah boleh meneka. Sengaja aku cakap begitu pada Puteri untuk lihat reaksi kau. Tak sangka pula cemburu sampai tahap macam ni sekali. Jangan risaulah, waktu aku akan sepenuhnya untuk kau. Setiap detik, Im always be your side Cik Aisya." ujar Dani, dia tersenyum.

Aisya mendiam. Cuba untuk menghadam kata-kata lelaki itu. Setiap waktu bersama aku? Apa maksud dia? Haih, susah betul aku nak teka!

"So? Tunggu apa lagi? Pergilah bersiap. Aku bagi kau 5 minit sahaja. Kalau tidak..."

"Kalau tidak apa?" Aisya terlebih dahulu memotong. Dia menjongketkan kedua belah keningnya keatas memandang Dani.

"Kalau kau lambat bersiap..." kain tuala dilehernya di campakkan ke lantai. Senyuman nakal kembali muncul dibibir lelaki itu. Mata Aisya membulat terkejut. Ah, sudah... apa dia nak buat tu?

Aisya mula tidak keruan saat Dani mula membuka butang pada kolar bajunya. Pantas Aisya menggeleng kepala. Cepat-cepat dia menurun daripada katil berlari masuk ke dalam bilik air.

"Okay, okay I bersiap sekarang! Tak payahlah sampai nak ugut macam tu. Bencilah, ish!" Aisya mendengus kasar. Pintu bilik air dihempas tutup dengan kuat. Kurang ajar punya mamat gatal! Bilalah Nek Tipah mahu pulang daripada surau? Kata sekejap sahaja tetapi aku rasa seperti setahun! Terseksa betul dengan bodyguard nakal ni!

"tahu takut... nak ajak pi pekan pun liat! Kalau macam ini jenoh cek nak melayan!" sindir Dani menggunakan loghat utara. Dia kembali mengutip kain tualanya, berlalu pergi daripada bilik Aisya. Aisya menjeling. Macamlah aku tak tahu maksud lelaki itu! Hello, this is Aisya okay?

"Eleh... dia pun sama sahaja. I hate that man!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro