Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15

                  "Ehem! Kau... buat apa dekat atas pokok rambutan tu? Kalau nak rambutan kenapa tak cakap?"

"Si... Siapa cakap I nak rambutan? I selamatkan anak kucing itulah! Dia tersekat dekat atas pokok tadi. I dah tiada cara lain lagi selain panjat. Kalau I nak rambtutan sekalipun I boleh kutip tepi jalan." protes Aisya.

Dani mengangguk faham. Dia mengukir senyuman lebar saat memandang Aisya yang mengenakan baju kurung bercorak batik. Ini kali pertama dia melihat wanita itu berpakaian ayu seperti ini. Dia rasa seperti Aisya lebih cantik apabila memakai baju kurung. Nampak manis dan menggoda seperti wanita melayu terakhir. Ada baiknya juga mereka terkandas dikampung ini.

Kening Aisya bertaut pelik. Aneh pula cara mamat ni pandang aku dah kenapa? Terus Aisya menyilang kedua belah tangannya menutup dada.

"You kenapa huh pandang I macam tu?" soal Aisya, dingin.

Pantas Dani menggeleng kepala. "Tak pandang apa-apa."

"Heh, yalah tu! Habis you pandang I macam nak terkam tadi tu kenapa? You jangan berani ek, I report dekat Nek Tipah baru padan dengan muka you kena sunat lagi sekali! Gatal! Miang!"

"Eh? Sejak bila pula aku cuba nak terkam kau ni? Aku tak hamaklah nak buat kerja-kerja macam tu. Kau aje yang berangan!"

"I berangan? Untuk apa I nak berangan dengan orang macam you, huh? Macamlah I tak tahu yang you dah lama simpan niat untuk goda I, kan? Betul tak?"

Dani mencekak pinggang. Sejak bila pula aku nak goda minah ni? Perasan betul! Daripada aku ngorat dia, lebih baik aku mgorat mak cik jual petai dekat hujung kampung sana itu!

"Kau ni memang tak habis-habis nak berangankan? Entah bila masa pula aku nak dekat kau pun aku tidak tahu? Aku ini pun ada cita rasa tersendirilah. Aku ni suka yang bertudung, tutup aurat. Bukan baju singkat zaman batu macam kau!" sindir Dani, selamba.

Jatuh rahang Aisya mendengarnya. Zaman batu dia gelarkan aku?

"How dare you? This is style okay, bukan zaman batu!"

"Tak kisahlah style ke, fesyen ke... bagi aku kau tetap pakai baju zaman batu. Kalau aku tahu kau macam ni, aku biarkan sahaja kau jatuh patah riuk tadi. Biar sedar diri sikit!"

"You ni memang daripada mula suka cari fasal dengan I kan? Mentang-mentanglah I dekat kampung you sekarang ni, sesuka hati you sahaja nak kutuk I!"

"Heh, kalau dekat bandar pun aku beranilah. Sudahlah gemuk!"

"Gemuk?!"

Haih, ini sudah melebih! Bukan aku sahaja pantang dengan perkataan itu tetapi hampir semua perempuan benci apabila diejek 'gemuk'. Excuse me? Aku tiap-tiap hari amalkan diet seimbang tahu tak? Sesuka hati mulut dia sahaja cakap aku gemuk! Aku sumbat lemak dalam mulut dia baru tahu!

"Ish, you ni memang suka buat I panas tau! Kalau I tahu you perangai macam ini, dah lama I akan pecat you."

"heh, kau takkan boleh buat semua tu sebab kuasa pecat cuma ada pada tangan Dato Shah, bukan kau. So, selagi Dato Shah masih menggelarkan aku bodyguard selagi itulah kau harus terima aku."

"Papa pun satu! I pun tak tahu apa yang special sangat dekat lelaki macam you ni sampai papa I asyik bela you. Kalau setakat muka..."

Tak sempat Aisya ingin menghabiskan bebelannya, telefon canggih milik Dani sudah berdering menandakan panggilan daripada seseorang. Dia menyeluk tangan ke dalam kocek seluar, mengeluarkan telefon canggihnya yang masih bergertar. Tertera nama 'Puteri' disitu. Dani tersenyum sinis memandang Aisya. Tanpa menunggu masa lagi dia terus mengangkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, Puteri. Puteri apa khabar? Sihat? Alhamdulillah kalau sihat. Puteri kenapa tiba-tiba call abang ni? Puteri rindu abang? Serius? Rasanya kita ini jodohlah sebab abang pun rindukan Puteri. Duduk dekat sini rasa sunyi sahaja apabila Puteri tiada." ujar Dani, sengaja dia ingin menyakitkan hati wanita itu.

Turun naik nafas Aisya mendengarnya. Kalaulah hati aku ini bagaikan gunung aisberg dah lama runtuh disebabkan tekanan darah aku pada waktu ini. Rasa seperti ingin pijak-pijak sahaja telefon mamat tu guna kasut tinggi aku biar berlubang!

Bahagian kolar baju kurung itu dikibas-kibas Aisya, buat-buat seperti sedang menahan panas. Entah mengapa aku berasa tidak puas hati padahal aku dan Dani hanyalah pekerja dan bos sahaja. Haih, kau ni Aisya... kalau dia nak bermanja dengan Puteri sekalipun biarlah! Bukannya ada kena mengena dengan kau pun!

"Apa-apa pun Puteri, Puteri jaga diri baik-baik ya. Nanti kalau Puteri rindu abang Puteri hubungi sahaja abang. Puteri jangan risau, waktu abang sepenuhnya untuk Puteri seorang."

Uwekk!

Aisya buat-buat seperti hendak muntah. Kalau boleh aku memang nak muntah betul-betul depan Dani! Biar dia tahu tahap romantik dia seperti muntah hijau! Geli aku mendengarnya.

Dani terus mematikan talian. Dia kembali menyimpan telefon canggihnya ke dalam kocek seluar sebelum mengangkat wajah memandang Aisya kembali.

"Baru sehari berjauhan, takkan dah rindu? Orang kalau bercinta memang macam tu ek? Menggeletis tak tentu fasal macam tak jumpa setahun?"

"Of courselah. Bila hati dah sayang, mana boleh berjauhan lama-lama nanti rindu. Kenapa? Cik Aisya cemburu ke?"

Aisya berdecik kecil. Anak mata dijelingkan keatas. "Siapa cemburu? I? tentulah tidak. Buat apa I nak cemburu dengan you? Dalam dunia ini banyak lagi lelaki handsome yang mahukan I. Setakat lelaki macam you, celah tahi gigi I sajalah, heh!" sindir Aisya. Dia menghentak kakinya sekali, sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Sengaja Aisya mengibas rambutnya ke belakang mengena wajah Dani. Dani tertawa kecil. Kepala digelengnya perlahan memandang wanita itu yang berlalu pergi meninggalkannya. Suka betul dia menyakat Aisya. Kalau sehari dia tidak membuat Aisya marah pasti hidupnya bakal berasa sunyi.

"Abang... betul-betul rindukan Kak Puteri ke?" soal Aisya, mencelah.

Dani hanya membalasnya dengan senyuman sebagai jawapan. Tetapi tidak pasti membawa maksud kepada apa? Kepala Aisyah digosoknya sebelum dia mengatur langkah pergi daripada situ. Aisyah mengeluh kecil. Kalau betullah Dani menrindui Puteri, maknanya calon pilihan hati yang berada didalam hati abangnya sudah tentu Puteri.


"ARGH!" Puteri menjerit sekuat hati. Berbunga-bunga hatinya pada waktu ini saat Dani meluahkan perasaan rindu pada dirinya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan gembira yang sedang melanda sekarang. Dia melekapkan telefon itu ke dada, lalu merebahkan tubuhnya keatas katil

"Aku dah agak yang abang Dani suka aku. Tak lama lagi pasti dia akan masuk meminang aku. Argh, tak sabarnya!" jerit Puteri. Dia sudah boleh membayangkan bagaimana reaksinya sewaktu Dani melamarnya nanti. Pasti romantik! Dan yang paling penting adalah Aisya. Wanita berlagak sombong yang aku jumpa semalam! Aku akan pastikan yang dia cemburu dengan aku!

"Kalau aku kawin dengan abang Dani nanti, aku akan jemput perempuan tu datang dalam majlis aku. Biar ternganga mulut dia melihat aku dan Dani diatas pelamin yang megah! Selepas itu dia mesti akan terkejut saat Dani mencium dahi aku sewaktu upacara pembatalan air sembahyang. Baru puas hati aku!" sinisnya, berlagak. Belum apa-apa lagi dia sudah merancang. Lihatlah nanti... pasti Aisya bakal meroyan melihat Dani bersama aku dan Aisyah pula aku akan tendang dia jauh sama seperti perempuan itu!




BEKAL makanan berisi nasi lemak dimasukkan ke dalam beg plastik. Nek Tipah membetulkan sedikit awning tudungnya yang senget sebelum melangkah kearah ruang tamu. Aisya yang sedang menonton rancangan di televisyen menjadi sasaran Nek Tipah.

"Aisya," panggil Nek Tipah. Aisya mengalihkan pandangannya kearah Nek Tipah. Reaksinya sedikit terkejut apabila melihat Nek Tipah yang sudah bersolek cantik seperti ingin menuju ke suatu tempat.

"Wah, Nek Tipah... cantiknya. Nek Tipah nak ke mana lawa-lawa begini?" soal Aisya, sekadar ingin tahu.

"Nek Tipah nak ke surau sebentar melawat suami Nek Tipah disana. Saja untuk bertanya khabar. Rindu pula Nek Tipah pada dia. Aisya dengan Dani tolong jagakan rumah ini sekejap ya." ujar Nek Tipah.

Kening Aisya bertaut pelik. "Suami Nek Tipah buat apa di surau?"

"Biasalah Aisya... dah tua-tua ini suami Nek Tipah memang selalu buat kerja amal. Dia ada program disana. Insyaallah kalau ada kesempatan kamu bolehlah jumpa dia esok. Walaupun program itu cuma tiga hari, Nek Tipah tak boleh berjauhan dengan suami lama-lama. Almaklumlah, Nek Tipah ini seorang yang manja dengan suami." balas Nek Tipah.

Aisya mengangguk faham. Dia tersenyum mendengarnya. Bahagia betul Nek Tipah dengan suaminya. Memang betul kata Dani pagi tadi, kalau dah hadirnya perasaan sayang dalam hati pastu sukar untuk berjauhan lama-lama.

"Kamu tolong jagakan rumah ya, Aisya. Jangan risau... Nek Tipah pergi sekejap sahaja."

"Baik, Nek Tipah." Aisya hanya menurut.

Nek Tipah pun beredar pergi daripada situ. Hilang sahaja kelibat orang tua itu, Aisya kembali menonton rancangan dramanya. Kedua belah kaki dilunjurkan keatas sofa dalam posisi baring. Alang-alang Nek Tipah tiada dirumah, bolehlah aku buat macam rumah sendiri. Dia menarik sedikit kainnya lalu dikepit dicelah paha.

"Kau ni memang tak boleh nak duduk elok-elok ke?" suara garau itu menegurnya. Aisya mendengus geram. Dia menjuling anak matanya keatas dengan membuat mimik wajah menyampah. Sekilas dia memandang kearah Dani yang berdiri mencekak pinggang melihatnya.

"I lenguhlah. Apa salahnya kalau I baring sekejap? Lagipun Nek Tipah bukannya ada pun. Dia keluar pergi surau. Nanti kalau dia balik, I duduklah elok-elok." rungut Aisya.

Dani mengetap bibirnya geram. Agak-agaknya minah ini memang tak takut kalau ada harimau terkam dia! Dia memejam mata buat seketika, cuba untuk mengawal nafsunya yang kini tercabar. Setelah beberapa minit, dia kembali membuka mata memandang Aisya yang masih lagi tidak endah dengan tegurannya tadi.

"Cik Aisya... aku tegur kau baik-baik ni."

"You ni kenapa huh? Biarlah I nak duduk macam mana sekalipun? Nek Tipah pun tak pernah halang I duduk macam ini! You sahaja yang melebih yang nak arahkan I macam budak-budak." herdik Aisya, tidak puas hati.

"Nek Tipah tu Nek Tipahlah... ini Dani Iskandar! Duduk elok-elok!" tegas Dani, lagi.

"Ish, I kata tak nak, tak naklah!" degusnya, kasar.

Haih, minah ni memang tak faham bahasa sungguh! Nak aku cakap bahasa cina baru dia faham ke? Dani berjalan menghampiri Aisya yang masih lagi terbaring diatas sofa. Aisya merengus geram saat tubuh lelaki itu menghalang dia untuk menonton drama. Dia mendongak sedikit memandang Dani dengan wajah tidak puas hati.

"Kau nak duduk elok-elok ke tak sekarang? Atau kau nak aku buat something?" soal Dani, menangkat kening sebelahnya.

Aisya berdecik kecil. "Heh, you nak buat apa? Macamlah I takut."

"Kau cabar aku?"

"Then, what?" ajuk Aisya.

Dani tersenyum sinis.

"Alright..." balas Dani selamba, mukanya sangat bersahaja. Dia membuka satu persatu butang kemeja yang tersarung di badan lantas dia menanggalkan bajunya kemudian mencampakkan bajunya kearah Aisya sehingga menutup kepala dan muka wanita itu. Aisya spontan mengalihkan baju itu ke lantai. Lantas memandang tajam kearah Dani yang sudah menampakkan dada bidangnya. Cepat-cepat dia duduk memeluk lututnya. Salah satu bantal dicapainya menutup muka. Gelak tawa nakal Dani jelas kedengaran dihujung cuping telinganya.

"Ya Allah, You ni dah kenapa?"

"Ooo... baru ingat Tuhan? Tadi waktu kau baring sampai nampak betis tak ada pula kau nak kisah?"

"Ya pun tak nak I baring tak payahlah sampai buka baju! Kalau orang kampung nampak macam mana? Tak fasal-fasal kena kawin free!"

"Haa... bagus juga dapat kawin free, tak perlu susah payah aku tahan iman apabila tengok kau." sindir Dani.

"Hello? I baring aje kut? Takkan itu pun boleh membuatkan you tergoda? Ish, you ni memang lelaki gatallah!"

"Baring aje kau kata? Hei, kau sedar tak aku ni lelaki? Bukannya pondan yang kau boleh tayang sana sini! Engkau ingat pandangan aku dengan pandangan kau sama ke? Mungkin kalau orang lain tengok kau baring itu biasa... tapi aku ini lelaki. Ada nafsu! Karang tubuh kau juga jadi mangsa..." ujar Dani berterus-terang dalam nada meleret.

Aisya terdiam sekelip mata. Betul juga apa yang Dani katakan itu. Dato Shah pun pernah berpesan benda yang sama. Perlahan-lahan Aisya menjatuh bantal itu ke bawah. Dia membetulkan posisi kedudukannya dengan lebih elok dan sopan. Kain baju kurungnya ditarik sehingga menutup buku lalinya.

"Ya... Yalah, I duduk elok-elok." Aisya akhirnya menurut. Dani tersenyum menang.

"Thank you kerana memahami. Aku bukannya apa, iman aku bukan sekuat lelaki alim. Kadang-kala lelaki alim pun boleh kalah. Iman aku akan jatuh apabila syaitan menguasainya. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan Cik Aisya dia akan jadi lagi lemah." ujar Dani.

Aisya mengetap bibirnya geram. "Diamlah you! Ini, ambil balik baju you ni. Boleh buta mata I tengok!" bentak Aisya. Dia mencapai baju kemeja lelaki itu yang berada dilantai lalu dibaling ke arah Dani. Laju Dani menyambutnya dengan gelak tawa nakalnya. Suka dia apabila melihat wajah Aisya yang mula kemerah-merahan menahan geram. Comel.

"Yalah tu... padahal suka. Kalau tak, tak adalah muka kau merah sampai macam tu sekalikan?" sengaja Dani mengajuk wanita itu.

"Ish, rimaslah duduk sini! Dasar miang! Mentang-mentang Nek Tipah tak ada bukan main berani you buat I macam ni ek? Heh!" Aisya mendengus kasar. Dia terus bangun menolak dada lelaki itu lantas melangkah masuk ke dalam bilik dengan wajah tegang. Gelak tawa Dani masih kedengaran jelas. Aisya menghempas pintu biliknya dengan kuat. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro