
13
TIGA gelas air milo diletakkan diatas meja. Tidak sempat Nek Tipah ingin pelawa, tangan Aisya sudah laju mencapainya. Dia meneguk air itu dengan rakus sekali sehingga tertumpah-tumpah. Hilang rasa dahaganya setelah sejam berjalan tadi. Tak kisahlah hilang perangai diva ke apa? Yang I tahu I memang dah haus sangat!
Nek Tipah menggeleng kepala. Agaknya anak dara zaman sekarang ini memang tiada rasa hormat. Minum air pun gelogoh. Haih...
"Dani... Dani... kamu ni memang suka buat Nek Tipah terperanjat. Mati-mati Nek Tipah ingat penyamun mana datang bagi salam tadi. Kamu pun satu! Dah dua tahu tak jenguk kampung, dah sesat baru cari nenek ya..." sindir Nek Tipah, dia melabuh punggung diatas sofa berhadapan dengan lelaki itu.
Dani tersengih menampakkan giginya. Bukan sengaja dia tidak mahu pulang ke kampung, tetapi kerja dibandar selalu mengetatkan jadualnya. Kadang-kadang cuti pun tidak terasa seperti cuti.
"Maaflah, Nek... Dani sibuk dekat bandar. Bukannya sengaja..." rungut Dani.
"Yalah tu... ha, yang perempuan seksi sebelah kamu tu siapa? Islam ke?"
PURGHHH!
Tersembur air minuman Aisya apabila mendengar soalan daripada mulut orang tua itu. Pantas dia mengelap bibirnya yang comot sebelum berpaling memandang Nek Tipah. Ada ke patut dia tanya soalan begitu pada Dani?
"Excuse me? You ada nampak muka I macam cina ke sekarang ni? For your information... I orang Islam okay? You jangan ingat I pakai macam ni, I orangyang tak beragama!" herdik Aisya, tidak puas hati.
"Amboi... Amboi... sedapnya bahasa? Dengan aku yang dah tua ini pun boleh pula kau ber I you? Kamu ni memang tak ada adab! Pakai baju pun dah macam tarzan! Ish, macam manalah kamu boleh berkenalan dengan perempuan macam ni, Dani?"
"Errr... sebenarnya,"
"Tarzan? Hei, keluarga you ni memang jenis mulut berapi ke apa huh? Lagi sekali you cakap I macam tu, I will do something!"
"Eh, eh main peras ugut pula ya? Apa kau ingat ini rumah kau? Kalau tak kerana cucu aku, jangan harap aku nak bagi kau menumpang!"
"Ish, you ni memang..."
"Cik Aisya saya rasa lebih elok kalau saya tunjukkan bilik untuk Cik Aisya tidur malam ni. Mari," sampuk Dani, laju. Daripada dia membiarkan sahaja wanita itu bertikam lidah dengan Nek Tipah lebih baik dia membawa Aisya pergi. Lantas tangan wanita itu digenggamnya lalu ditarik memaksa Aisya untuk mengekori langkahnya masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup rapat.
Nek Tipah merengus geram. Dia mengalihkan pandangannya kearah budak kecil yang sedang meneguk air disebelahnya. "Hei, Aisyah. Abang kamu tu dah kenapa huh? Tak ada ke perempuan yang lebih elok sedikit untuk bawa jumpa nenek? Ini tidak! Minah tarzan itu juga yang dipilihnya!"
Aisyah menggeleng kepala tidak setuju. Dia meletakkan semula gelas itu keatas meja setelah kosong. "Nenek, tak semestinya Kak Aisya perangai macam tu dia jahat. Dah nenek kata dia orang bukan Islam mestilah dia marah. Lagipun Aisyah tengok kakak tu baik sahaja... bukan macam yang nenek sangkakan."
"Ceh, baik apanya macam tu? Kalau macam jiran kamu tu tak apalah juga sedap mata memandang. Bertutup, sopan-santun, cantik... kan itu lebih baik?"
"Nenek ni tak eloklah cakap macam itu. Hanya Aisyah sahaja yang tahu betapa baiknya kakak Aisya tu. Kalau nak dibandingkan dengan kak Puteri, berlakon sahaja pandai!" protes Aisyah.
Nek Tipah mengerut kening tidak faham. "Maksud kamu, apa?"
"Maksud Aisyah... don't judge a book by it's cover." balas Aisyah, mengukir senyuman lebar dibibirnya sambil matanya dikedip beberapa kali. Buat-buat seperti comel.
"Eh, eh... speaking pula budak ni. Tak padan dengan bisu ada hati nak speaking macam orang putih. Siapa yang ajar kamu cakap macam tu?"
"Siapa lagi kalau bukan kak Aisyah?"
"Hmmm... eloklah tu. Nanti dengan kamu-kamu sekali ikut perangai perempuan tu. Seorang diva, seorang lagi gedik. Nama pun dah nak dekat sama." sindir Nek Tipah. Aisyah pula hanya ketawa.
"AKU tak suka kau buat perangai macam tu depan Nek Tipah." herdik Dani, menegur tentang cara layanan wanita itu pada orang tuanya. Bukankah dia tidak tahu bahawa orang tua ini seorang yang sensitif? Buatnya kena halau, dimana lagi tempat nak bermalam?
Aisya menjeling. Kedua belah tangannya memeluk tubuh memandang Dani. "Habis? You nak I respect dia huh? Dia pun tak respect I!" protes Aisya, tidak mahu mengalah.
"Benda tu normallah, kau sahaja yang buat benda tu jadi susah. Biasalah orang tua, mereka cuma nak kau hormat dia orang itu aje. Kalau kau teruskan perangai macam ni siapa yang akan suka?"
"Oh, maksud you sekarang nenek you tu tak suka I lah?"
"Rasanya kau sendiri boleh lihat tadi. Nek Tipah tak pernah marah orang macam tu tau? Itu maknanya kau dah kurang ajar dengan orang tua. Jadi tolonglah... dekat kampung ni kau gunakan bahasa sopan dengan sesiapa sekalipun. Berhenti guna ayat diva kau itu."
Aisya berdecik kecil. "Stop guna ayat diva? Habis you nak I cakap macam mana? Hang nak pi mana, macam tu?"
"Aku tak suruh pun kau berloghat dekat sini. Sekurang-kurangnya saya awak pun dah cukup..." ujar Dani. Aisya hanya mendiamkan diri. Kenapalah aku harus ikut arahan mamat ni? Sepatutnya aku yang bagi bukan dia! Sekilas wajah Dani ditatapnya. Jelas sekali lelaki itu benar-benar merayu padanya supaya bersikap sopan-santun dengan neneknya.
Aisya mengeluh kecil. Dia kalah!
"Fine." Aisya hanya bersetuju. Dani tersenyum gembira. Dia tahu bahawa Aisya akan menerima permintaannya kali ini. Tanpa menunggu masa lagi, dia terus melangkah kearah katil. Batntal ditepuk-tepuknya sehingga mengeluarkan habuk. Ada kalanya dia terasa seperti hendak bersin tetapi ditahan dengan jari-jemarinya.
Sesekali Aisya mendongak memandang siling bilikya. Tiada kipas. Arhh... pasti bilik ni panas gila!
"You tak ada bilik lain ke nak bagi dekat I? Bilik ni dah macam stor sahaja I tengok." rungut Aisya. Dia berpaling semua memandang Dani.
"Start from now, Cik Aisya kena belajar erti Redha. Dekat sini semuanya sederhana jadi kau kena terima seadanya." ujar Dani, dia tersenyum sinis memandang Aisya yang mula resah.
"Te... Terima seadanya? Ya pun bagilah I kipas, tak adalah I panas macam nak mati dalam bilik ni. And lagi satu, boleh tak kalau you tukar cadar katil ni? I takut ada kuman, karang tak fasal-fasal I kena penyakit macam mana? Selepas itu, bantal ni. Bantal ni macam keraslah, tolong carikan yang lembut sikit boleh tak? Then katil ini masih kuat ke? Kenapa I rasa macam nak patah? Boleh tak kalau..."
GEDEGANG!
Pintu bilik dihempas tutup dengan kuat. Malas dia hendak menuruti permintaan wanita itu. Tak reti nak bersyukur langsung! Nak itulah, inilah... macamlah dia itu anak raja! Anak raja pun tidak sesongeh macam ini.
Aisya tersentak. Kurang ajar punya bodyguard, dia boleh sahaja pergi macam itu? Bibir diketapnya, geram.
"Ish, mamat ni... benci betullah! How can I sleep like this? Dengan berhabuklah, kipas tak ada, bilik pun macam reban ayam? Argh! Kenapalah papa suruh I datang sini? Tak boleh ke lain kali bagi GPS yang tepat? Tengok! Tak fasal-fasal terkandas dekat rumah nenek mamat ni." bebel Aisya, tidak puas hati. Bila teringat balik wajah lelaki itu rasa seperti hendak tumbuk sahaja tapi kalau dah depan mata tak berani pula. Sejak kali pertama berjumpa dengan Dani memang asyik timbul masalah sahaja. Seolah-olah semua yang jadi sekarang ini telah dirancang. Yalah, mula-mula terkandas dekat jalan raya yang tiada orang, selepas itu jumpa pak cik tauke warung yang tak boleh bantu baiki tayar pancit dan akhirnya aku dirumah Dani. Aku rasa seperti ada sesuatu yang menyuruh aku untuk mengenali lelaki tersebut. Tetapi kalau diikutkan kata hati aku Dani memang seorang yang tampan. Tak pernah seumur hidup aku jumpa lelaki sekacak dia yang berkerja sebagai seorang pengawal. Perangai dia pun kadang-kadang baik, kadang-kadang nakal. I feel like...
No! No! No!
Aisya menggeleng kepala laju. Sebelah tangannya menyentuh dadanya yang merasakan seperti ada sesuatu yang membuatkan jantungnya berdegup pantas.
"Tidak Aisya! Dia itu dah ada calon, jangan jadi perampas!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro