11
"AKU tak faham betullah dengan si Aisya tu! Aku yang kaya raya ni dia tak pandang tapi mamat sengkek itu juga yang dia pilih! Kalau aku tahu dia lebih suka lelaki macam tu, tak adalah aku usaha dapatkan syarikat ayah aku!" bentak Randy, tidak puas hati. Kedua belah tangannya ditongkat keatas meja. Dia melepaskan keluhan kecil disitu. Tak sangka wanita itu sanggup menolaknya mentah-mentah disebabkan lelaki yang bergelar pengawal sendiri.
Harraz hanya menggeleng kepala mendengarnya. Dua cawan nescafe yang dibancuhnya tadi diletakkan ke atas meja satu, sebelum dia melabuh punggung diatas sofa. Air nescafe yang masih panas itu ditiup terlebih dahulu sebelum dihirupnya perlahan-lahan.
"Dah kau tahu Aisya tu tak suka kau sejak zaman sekolah lagi kenapa kau masih mengorat dia? Salah kaulah sebab terhegeh-hegehkan sangat perempuan cantik tu. Lagipun Aisya tu nampak aje sombong, tapi hati dia baik babe. Lelaki mana aje yang tak cair dengan dia?" ujar Harraz, setelah habis menghirup air nescafenya. dia meletakkan cawan kosong itu keatas meja bulat yang berada ditengah-tengah ruang tamu.
Randy menggeleng kepala tidak setuju. Dia menolah memandang Harraz yang duduk disofa. "Tapi kenapa perlu bodyguard? Aku ingatkan lelaki pilihan dia tu seorang yang lebih kaya daripada aku tapi tidak! Aku takkan terima benda ni selagi semuanya tak terjawab." degus Randy.
"Apa lagi yang tak terjawab? Sudah terang lagi bersuluh dah Allah yang aturkan itu jodoh Aisya. Kau nak jawapan apa lagi? Tak semua perempuan pandang lelaki macam kau. Dah kalau taste Aisya macam tu kau terima ajelah. Pergi cari perempuan lain. Kau hulur duit, confirm beratur panjang punya."
"Tapi masalahnya aku tak nak perempuan lain. Aisya tu satu-satunya perempuan yang paling aku kenal. Lagipun aku tak rasa yang lelaki itu betul-betul bakal suami dia. Entah-entah mereka cuma berpakat untuk kenakan aku. Aisya tu sombong kut , tak mungkin dia akan terima mamat tu!"
"Ha, itu aku tak setuju." Harraz bangun daripada sofanya berjalan menuju ke arah Randy. Dia tak rasa yang wanita seperti Aisya adalah seorang yang sombong. Kalau sombong pun pasti ada sebabnya.
"Apa yang kau tak setuju?"
"Tentang sombong yang kau cakapkan tadi. Hei, bro... Aisya tu tak sombong okay? Dia jadi macam tu bersebab. Kau tak ingat ke fasal arwah mama dia mati sebab apa? Sebab kena rogol. Kau ingat selepas insiden tu terjadi Aisya berani ke nak dekat dengan lelaki? Of courselah, tak."
"kalau macam tu... kenapa mamat selekeh tu boleh rapat dengan dia? Siap boleh sentuh bahu bagai?"
Harraz mengeluh kecil. Penat dia ingin menerangkan satu persatu pada lelaki ini. Nasib baik kawan baik sahaja aku tolong.
"Dah nama pun pengawal pribadi mestilah kena rapat. Nak nak lagi ada orang macam kau ganggu dia memang kena lagi rapatlah jawabnya. Kau tu pun satu! Tiap-tiap hari pergi melawat perempuan tu. Kalau aku jadi Aisya pun, aku rimas." sindir Harraz.
Randy menjeling. Aku buat semua itu pun demi Aisya. Tapi bila difikirkan balik ada betulnya juga kata Harraz. Mungkin mamat tu rapat dengan Aisya atas tugas dia menjadi pengawal. Kalau begitu, aku masih ada peluang lagi untuk menambat hati Aisya. Omel Randy didalam hati. Dia mengangguk kepala. Senyuman lebar dicariknya.
"Thank you, bro."ucap Randy. Dia menepuk bahu lelaki itu sebelum berlari anak keluar daripada rumah itu. Harraz pula hanya menggeleng kepala. Air nescafe diatas meja dipandangnya sejenak. Buat penat sahaja aku hidangkan air untuk dia tetapi tak minum. Randy...Randy...
HARI semakin menyusur gelap. Matahari juga sudah ditelan bumi. Kini hanya lampu jalan sahaja yang menyinari disepanjang jalan raya itu. Aisya dan Aisyah pula sudah terlena dibelakang, hanya Dani sahaja yang masih fokus memandu. Dahinya sudah berkerut memandang GPS yang menunjukkan arah jalan. Dia toleh ke sebelah kanan hutan, dia toleh ke sebelah kiri juga hutan. Satu biji kereta pun tidak kelihatan disitu, kalau tidak bolehlah bertanya.
"Biar betul GPS ni? Lain macam aje jalan yang Dato Shah hantarkan ni." gumam Dani seorang diri. Dia mula terasa curiga. Kalau sesat dengan siapa dia hendak meminta tolong? Nak harapkan wanita diva dibelakangnya itu hanya tahu membebel sahaja.
Ralit dia memerhatikan GPS, tanpa dia sedar ada beberapa biji paku yang bertaburan diatas jalan raya. Dia terus memandu dan memandu mengikut arah yang ditunjukkan pada skirn itu.
POM!
"Oi, mak kau meletop!" serentak Aisya terjaga daripada lenanya saat terdengar bunyi letupan kuat itu. Segera Dani memberhentikan kereta itu dibahu jalan, risau jika bunyi itu datang daripada arah keretanya. Aisya mula tidak keruan apabila sekeliling kawasan jalan raya itu penuh dengan semak samun. Jantungnya kini mula berdegup pantas.
"You, ada apa tadi? Ke... kenapa kita berhenti dekat tengah-tengah hutan gelap macam ni?" soal Aisya, curiga.
"Ya pun Cik Aisya, laplah air liur tu dulu." tegur Dani, selamba. Dia perasan ada air liur basi terlekat dipipi wanita itu saat dia mendongak memandang cermin belakang. Aisya terpenpan sejenak. Pantas dia mencapai bedak compact yang berada didalam beg tangannya, sebelum matanya terbeliak melihat air liur yang melekat keras dipipinya. Cepat-cepat dia mencapai tisu basah yang berada berdekatan disitu, lalu mengelap pipinya yang melekat air liur itu.
Ya Tuhan, malunya!
"So? Why you berhentikan kereta kita dekat sini? You nak ambil kesempatan dekat I ek?" tuduh Aisya secara melulu setelap siap dia mengelap pipinya.
"Astaghfirullah hal azim, Cik Aisya ni dah kenapa? Agak-agaklah saya nak buat kerja-kerja macam tu. Lagipun ada Aisyah kut? Saya pun ada akal juga. Takkan nak ambil kesempatan kalau ada budak dalam kereta ni. Lainlah kalau Cik Aisya dengan saya sahaja dalam kereta ni..." gertak Dani, sengaja ingin menakut-nakutkan wanita itu.
Jatuh rahang Aisya mendengarnya. Bulu romanya juga sudah mencanak naik. Pantas dia menyilangkan kedua belah tangannya ke dada saat melihat seyuman nakal lelaki itu disebalik cermin belakang yang tergantung di kereta.
"You jangan macam-macam ek! Dasar lelaki miang. Inilah sebab I tak suka jadikan you bodyguard I! I dah agak daripada mula I kenal you, you memang jenis lelaki yang tak boleh dipercayai!" bentak Aisya, geram.
Dani tersenyum sinis.
"Pernah ke saya sentuh Cik Aisya sebelum ni? Tidakkan?"
"Siapa kata? You pernah sentuh I masa dekat depan syarikat tu apa dia? Siap peluk bahu I lagi. Itu bukan dinamakan ambil kesempatan ke huh?"
"Hei, itu bukan ambil kesempatan okay?"
"Then? Apa dia?"
"Rezeki saya."balasnya, selamba. Berderau darah Aisya kali ini. Kedua belah tangannya dikepal-kepal, kuat. Terasa seperti ingin menumbuk sahaja bibir lelaki itu, biar leper!
"You ni memang... Erghh!" Aisya merengus geram. Kusyen dihadapannya ditumbuk berkali-kali melepaskan geramnya terhadap Dani. Tanpa menunggu masa lagi dia terus melangkah keluar daripada perut kereta. Dani membongkokkan sedikit tubuhnya, melihat tayar hadapannya yang kempis gara-gara terkena paku. Keluhan kecil kedengaran perlahan dibibir lelaki itu. Dani meraut wajah untuk seketika.
"Ya Allah... siapa pulalah yang letakkan paku diatas jalan raya ni? Tak fasal-fasal tayar kereta ni pancit," keluh Dani.
Terbeliak biji mata Aisya mendengarnya. "Pancit?" Aisya sedikit terkejut. Pantas dia melangkah keluar daripada kereta berlari anak mendapatkan Dani. Terlopong mulutnya melihat kedua belah tayar hadapan yang kini pancit.
PAP!
Aisya menepuk dahi.
"Macam mana boleh pancit? You ni memang tak pandai bawa kereta ke? Lain kali tengoklah jalan betul-betul!"
"Hei, Cik Aisya. Kalau saya dah nampak paku ni dekat tengah jalan, tak adalah saya nak langgar. Harap muka aje cantik, tapi bengap!" sinis Dani.
"You kata I bengap?"
"Jadi? Cik Aisya nak buat apa? Nak saman saya atau nak pecat saya? Dekat sini tiada orang pun Cik Aisya. Jadi saya yang sedang berkuasa sekarang!" degus Dani, berlagak.
"Apa pula macam tu? I yang bayar gaji you..."
"Ah, tak kira! Kali ini Cik Aisya kena ikut cakap saya. Kalau tidak, Cik Aisya repair tayar ni sendiri." ugut Dani. Terngaga mulut Aisya mendengarnya. Dia terus melangkah menuju kearah pintu belakang. Tubuh Aisyah digoncangnya perlahan, menggerakkan budak kecil itu daripada terjaga daripada lena. Perlahan-lahan Aisyah membuka kelopak matanya. Sesekali dia menggosok mata yang terasa pedih sebelum berpaling memandang Dani.
"Kenapa, bang? Kita dah sampai ke?" soal Aisyah, serak.
"Belum sayang. Kereta abang rosak. Kita pergi cari mana-mana rumah terdekat dekat sini untuk minta tolong ek."
"What? Cari orang?" Aisya sedikit terkejut. Mana mungkin mereka boleh dapatkan bantuan ditengah-tengah jalan raya yang kiri dan kanannya adalah hutan. Kalau dapat pun, belum tentu orang! Faham-faham sajalah...
"Habis? Nak tercegat dekat sini sampai esok pagi?"
"No! Takkan you langsung tak ada nombor telefon makenik untuk datang sini? Lagipun papa I suruh I sampai sana sebelum dia tiba. Kalau kita stay sahaja disini sudah tentu papa I akan buang semua barang make up I!" protes Aisya.
Dani mengeluh kecil. Karang kalau aku cakap dia kurang cerdik, marah. Susah betullah nak terangkan dekat orang yang tak faham bahasa ni.
"Sebab itulah aku kata nak cari orang untuk minta tolong... jangan banyak bebel boleh tak? Kalau tak nak ikut, duduk sahaja dekat sini. Biar aku dengan Aisyah sahaja yang pergi cari orang yang tinggal dekat kawasan ni. Tapi kalau ada apa-apa yang jadi pada kau...kau jangan salahkan aku pula. Manalah tahu kalau tiba-tiba ada hantu datang nak cekik kau ke, pandai-pandailah kau selamatkan diri sendiri." sindir Dani. Dia mula bahasakan dirinya 'kau,aku' dengan wanita itu. Geram punya fasal!
Aisya menelan air liurnya sejenak. Anak matanya mula melilau memandang sekeliling kawasan yang suram dan gelap. Sesekali dia menggosok lengan kanannya yang terasa seram sejuk. Haih, mamat ni... tengah-tengah malam begini jugalah dia nak sebut fasal hantu! Karang kalau aku yang jadi hantu baru tahu, biar aku cekik-cekik sahaja leher dia sehingga patah!
Ralit Aisya memerhatikan kawasan sekelilingnya, tanpa dia sedar Dani dan Aisyah sudah melangkah pergi meninggalkan dia dibelakang. Aisya mula gelisah. Terkocoh-kocoh dia berlari mendapatkan mereka yang semakin lama, semakin jauh ke hadapan. Terjerit-jerit wanita itu memanggil nama Dani untuk berhenti menunggunya, malah Dani hanya tersenyum sinis dan meneruskan perjalanan. Aisya merengus geram. Kurang ajar punya bodyguard!
"Hei, tunggulah I!" jerit Aisya lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro