01.Sebuah Ikatan Yang akan Selalu Dipegang Erat
Bandar Schneesmarchen, Negeri Weisendrich, Algharmaine, Eunostrassia,1 Mercia 2036
Selepas Peperangan Besar Venuseia Communea yang berlaku di antara Tentera Necros dan Perikatan Bersekutu Venuseia Communea,
Kini dunia Venusia Comunea berada dalam keamanan sejagat dengan Emperium Drakness Dan LIAR-M menyatukan balik Perikatan diplomasi mereka.Perang Dekad Ke-2 itu bermula 8 tahun yang lalu dan berakhir pada tahun 2032
Jam tangannya menunjukkan 9.30 malam.Erich dalam perjalanan memandu kereta BMW M3 Mk- 2 menghala pulang ke Rumah Semi-D dua tingkat di halaman rumahnya.
Sudah 3 tahun dia menyandang jawatan Chief Intelligence Officer buat negara Algharmaine.
Setelah beberapa minit berlalu, dia sampai ke rumahnya.
Dia kemudian melangkah kakinya keluar Dari kereta sedannya itu.
" Lama jugak aku tinggalkan diorang, setelah beberapa ketika ,kini ku telah menjejakkan langkahku ini dirumah yang dipenuhi oleh ahlinya yang Sangat tercinta seperti bunga ros merah di taman bunga lavender unggu di langit Azure hijau yang penuh keamanan. Dengan nama Satuste,aku membuka bilik pintu ini. " Erich bermonolog ke dalam hatinya.
Erich membuka perlahan-lahan pintu grill sliding yang melapisi sliding bertingkap rumahnya itu. Dia kemudian membuka pintu itu secara perlahan-lahan.
Erich membuka sliding pintu itu, dia kemudian menyapa penghuni rumah itu. Seorang wanita berusia pertengahan 20-an terdengar sapaan suara itu,
" Elysia sayang ! boleh kamu bukan pintu sebentar?"
" Kejap Ibu saya nak baca buku Kanun Keseksaan Sekejap, lagi 2 Kanun lagi saya turun . " Elysia khusyuk membaca buku yang tebal itu walaupun usianya masih lagi hijau untuk memahami buku
Undang-Undang Itu.
" Alahai kamu ni , hmm takpala Ibu pergi bukakan pintu tu kejap. " Perempuan itu memberhentikan sebentar menggaul pot periuk yang dipenuhi sup ayam untuk malam itu.
Dia juga memberhentikan sebentar memotong sayur salad yang penting untuk kekal sihat
"Kejap Saya akan bukakan pintu tunggu sekejap".
Perempuan itu pergi ke arah pintu itu bagi menyambut kedatangan Erich.
" Ya ni Silvannia ada apa kamu datang pada..... , "
Sebelum Silvania sempat menghabiskan kata-katanya itu.Dia terkaku melihat susuk tubuh yang tinggi separas dengannya berpakaian kot hitam dengan berambut Coklat Gelap bercap kelabu hitam.Dia Sangat mengenali Susuk tubuh itu dengan jelas sekali
" ...Saya dah balik... ",
Erich membalas dengan suara perlahan tapi sayu kegembiraan seperti seorang yang lama berpisah. Air mukanya menunjukkan riak muka yang jernih bahagia.
Silvania Masih kaku buat seketika lalu memeluk Erich dengan pelukan penuh kasih sayang.
-☺️-
" Ibu saya hampir siap, lagi 1 akta Kanun Keseksaan lagi Ibu. " , Elysia Masih khusyuk dengan membaca akta 359 iaitu akta penculikan.
" Buku ni menarik juga ya walaupun saya tak faham lagi benda-benda ni." bisik Elysia excited kepada dirinya sendiri sambil membaca buku law yang tebal itu
Walaupun begitu , Silvania Masih lagi
Memeluk erat tubuh badan Erich. Selepas memeluk Erich, dia kemudian mengikutinya dengan mencium mulut Erich seperti buah cherry yang manis. Kedua-dua mereka menikmati suasana itu.
._.
Selepas mereka berdua melepaskan rindu mereka, Silvania menuntun tangan Erich ke ruang tamu untuk makan malam bersamanya.
Silvania dengan lekas mencincang sayur salad yang diberhentinya seketika itu. Dia kemudian memanggil anak gadisnya yang masih kecil untuk turun ke bawah bagi menjamu makan malam.
" Elysia, cepat turun sayang, Ibu dah siapkan dah dinner untuk malam ni! Baik kamu turun sekarang sebab ada orang istimewa dah balik ke sini. " Silvania meminta Elysia untuk turun ke bawah bagi memakan malam.
" Akhirnya 3 akta undang-undang yang saya tak faham sudahpun habis dibaca.
" Baiklah !! masa untuk sambung esok pulak, walaupun saya tak masih tak mengerti apakah itu akta. "
" Takpa, yang pasti Ibu dah panggil saya. Baik saya turun sekarang !! " Elysia menutup buku panduan undang-undang itu lalu turun ke bawah.
~hm hm hm hm.... hm hm hm hm~
" Wah harumnya masakan ibu, nama masakan ini apa ibu?, bau dia membuatkan saya semakin terliur. "
Elysia terliur sehingga keluar titisan air liur dari mulutnya kerana mengidamkan masakan panas yang dibuat Silvania.
Di atas meja ruang dinner itu terdapat satu mangkuk penuh nasi bewarna kuning. Di sebelahnya juga ada satu pinggan yang dipenuhi sayur-sayuran seperti daun salad dan tomato. Sayur tersebut lengkap dicincang dengan cermat.
Berdekatan dengan mangkuk dan pinggan itu ada 2 mangkuk kecil yang dipenuhi kicap dan lada merah.
Terdapat juga satu ekor Black Pepper Fried Chicken Goreng yang perang menyelerakan.
" Masakan ni memang kena perfect sayang, kalau cincai tu bukan masakan namanya. Bila kita nak masak sesuatu, kita kena imagine ini makanan yang kita nak makan. Kalau kita bayangkan masakan kita tak sedap, tak sedap la jadinya.
Ingat Elysia, Imagination is Everything and Imagination is Our Real Magic. "
Kita kena sentiasa bayangkan sesuatu supaya kita boleh menjadi semakin kreatif." Silvania mengambil sepasang sudu dan garfu bagi menjamu hidangan tu dengan cermat.
"Imagination Iss Magisssss !!" Elysia mengucap dengan penuh ria suka
"Elysia teringat juga pada Annerine ibu. Dia juga cakap magic tu imaginasi. Kalau dia ada dekat sini, dia pasti melompat keriangan cakap
"Kan saya dah kata Elysia, Magic tu imaginasi ! awak kena bayangkan segala-galanya !, percaya minda awak"
" Setuju ! ", Erich hanya mengganguk gembira melihat telatah dua orang penyejuk hatinya di meja makannya itu. Dia memang menikmati masa cutiya itu sehingga penuh.
"Bercakap pasal insan istimewa ibu, siapa insan istimewa tu sebenarnya?"
Elysia ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan ibu tentang "istimewa" itu.
" Cuba Sayang tengok sebelah kanan kamu,Elysia. " Silvania menghalakan tangan kanannya ke hadapannya itu.
Elysia memutarkan kepalanya secara perlahan dan memandang wajah lelaki itu. Elysia ternganga luas dek seperti melihat hantu.
" Yow ! ", Erich melambaikan tangan kanannya kepada anak gadis tunggalnya itu.
" AYAH DAH BALIK !!! YEYHHHHH !!!, Elysia nak ayah peluk Elysia sekarang !!!. "
Belum sempat Erich memulakan percakapannya itu,Elysia sudah memeluk pinggang Erich dengan penuh keselesaan
-😆-
" Masakan awak sedap juga ya, dekat sana susah sikit nak dapat masakan sedap macam ni." Erich menikmati Nasi Ayam timur itu.
"Ibu punya masakan memang paling best dalam dunia, ayah yang yang tak pernah mintak ibu bungkuskan, rugi tau ayah tak rasa air tangan Ibu Elysia." Elysia berbangga dengan riang sekali.
"poinkkk"
Erich memicit hidung Elysia secara santai.
" Comel anak perempuan ayah sekarang ni,pandai kamu sekarang ya."
Elysia menunjukkan riak masam kecewa sedikit setelah diusik oleh Erich.
"Elysia sayang !, Erich, awak berdua ni dah saya tengok macam anak ayam dan bapa ayam, Hihi >v<"
Silvania ketawa bersukacita melihat gelagat dua insan itu.
Silvania cuba menanyakan sesuatu kepada Erich.
" Awak bagaimana keadaan dekat sana tu?"
Erich meminum segelas air dahulu sebelum memulakan perbualannya itu.
" 3 tahun dah berlalu setelah tamatnya kebangkitan Necros. Selepas apocalypse itu berakhir semua anggota lokal dan global menumpukan untuk berkerjasama dalam membangunkan sektor masing-masing . Setelah 3 tahun Putera Alfaey Von Licht menaiki takhta menjadi Raja baharu buat Emperium Drakness. Drakness kini tidak seperti 25 tahun yang lalu.Kerajaan mereka sekarang lebih kepada monarki dan bukannya bentuk untuk meluaskan tanah jajahan baru .
Selepas 6 Negara Kuasa besar Venusea Communea bersekutu untuk menewaskan Tentera Underealm Necros yang bangkit kesan kesinambungan dari peristiwa Necros Arisen, kini macam semua negara besar tu duduk di bawah satu panji yang menyatukan mereka semua.
"Alfaey menjadi raja baru buat Emperium Drakness, syukurlah."
Silvania berasa gembira setelah mendengar khabar itu."
Saya tak percaya Leftenan Alfaey yang saya kenal 9 tahun yang lalu, kini bergelar seorang pemerintah sebuah Emperium yang terbesar dan masih lagi paling kuat di Venusea Communea. Dia dah berkembang matang sejak dari pertama kali saya berkenalan dengan dia sehingga la ke detik sekarang ni.Dah rasa macam seorang kakak yang bangga dengan pencapaian adik dia pulak.
" Awak patut bangga dengan perkara tu,Silvania. Saya sokong benda tu....
Tiba-tiba Erich terdiam seketika.
"Walaupun dah 3 tahun sejak kali terakhir saya melihat "dia" buat kali terakhirnya,
Tapi saya faham perasaan seorang kakak apabila dia menghargai adiknya itu. " Erich terdiam seketika mengenang sesuatu, selepas beberapa detik , keluar beberapa titisan air mata dari kedua-dua mata Erich.
"Nah ni tisu untuk awak, saya lapkan. Saya serba salah sekarang ni kerana mengingatkan awak mengenai " peristiwa itu. "Silvania segera mengelap muka suaminya dengan cermat kerana terpapar perasaan hiba di muka Erich
"Tak mengapa Silv, saya baik je. jangan risau." Erich senyum dengan sedikit ton suara sedih
"Jika saya imbas balik 4 tahun yang lalu waktu tu waktu paling puncak betul tak Silv ?" Erich cuba untuk mengimbas kembali.
" Erich cukuplah tu, saya tak sanggup tengok awak nangis macam ni dah, sudah cukup. kita tukar topik ke suatu yang lain."
Elysia masih mengelap muka Erich dengan cermat bagi menghilangkan titisan air mata dari Erich tu
"Terima Kasih Silv, awaklah yang sentiasa menyuluh hati saya sepanjang saya menempuh jalan yang gelap semasa saya masih bernyawa lagi. Awak dan Elysia , keluarga saya yang baru yang saya dapati setelah saya kehilangan keluarga asal saya. Saya akan berjuang untuk mempertahankan Ruby dan Belian saya daripada hilang kembali. Perang Dekad ke-2 adalah perang yang dahsyat sekali dan saya bersyukur sekali kerana terserempak dengan awak 8 tahun lalu di dalam Hutan Belgia."
" Ayah cerita pasal apa ni? Macam menarik! Elysia nak dengar cerita ayah !!",
Elysia dengan perasaan teruja dan ingin tahu bertanya spontan
Silvania menunjukkan simbol jangan kepada Erich namun Erich mampu tersenyum sahaja.
"Elysia ayah yang comel, ayah akan ceritakan suatu kisah tentang...,"
Erich tersengih sambil menjuling gelagat Silvania yang makin merah riak mukanya itu.
"Cerita tentang apa ayah?, Elysia nak tahu jugak sekarang ! ".
Elysia semakin curious dengan saspen Erich tu
Ini cerita macam mana Ayah bertemu dengan Ibu Elysia dulu, benda ini berlaku 9 tahun yang lalu, 4 tahun sebelum kamu dilahirkan di dunia ini.
"Cerita la ayah!!! , Elysia nak dengar !!"
Silvania hanya mampu menutup kedua-dua mukanya yang kian kemerahan dengan rambut panjang bewarna chilinya itu menutupi raut wajahnya dek malu mengimbas kembali cerita lama itu.
"Peristiwa ni berlaku 1 bulan dan setengah selepas Operasi:Uprising."
"Waktu tu Algharmaine dapat melakukan serangan counter attack selepas Emperium Drakness gagal menakhluk Negara Algharmaine."
"Waktu tu ayah baru berumur 16 tahun jika tak silap. Kisah dia macam ni..."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
........
.......
FLASBACK BERMULA
Di suatu kawasan Hutan Hujan Belgia Wood, bersempadan antara Negara Elycenaine dan Algharmaine,Eunostrassia, Musim Sejuk tahun 2028
"Ejen Kriegsmann di mana kamu !!!, over !!, Ejen !!"
"Jawab, over, Ejen Kriegsmann !!!"
Erich hanya mampu berdiri kaku kerana kepalanya dikunci ketat oleh sasaran seorang penembak hendap tentera drakness. Jarak dia dan Erich hanyalah dalam 50 meter sahaja dan ianya mustahil untuk lari daripada situasi itu
"Letakkan senjata kamu, Kapitalis Kesatuan LIAR-M. jika kamu enggan meletakkan senjata kamu, peluru ni akan tembusi kepala kamu sebelum kamu sedar yang badan kamu akan jatuh ke atas permukaan tanah. Letakkan senjata dan kita boleh selesaikan dengan cara yang mudah."
Ujar seorang penembak hendap bermata warna hijau yang berambut pendek bewarna merah yang memakai baret bertema hitam merah berlogo helang merah berserta tunik operasi taktikal Tentera Drakness.
Erich melihat dengan pandangan mata tajam dan bengis ke arah penembak hendap itu.
" Jadi kau ke peluru perak, hah !!!! ." Kau tahu tak Drakness engkau la empayar paling bangsat dekat dunia ni !!! ". korang hanyalah fasis-fasis sampah tak guna !!!!!!!!"
"Kamu fikir macam tu ke, tapi kalau begitu maknanya kamu jugalah yang hypocrite, Ejen Kriegsman."
.
" Kamu sedar bukan yang peperangan kamu ni adalah perang salib yang jijik !!!
Kamu hanya budak yang tidak mengerti apa itu peperangan . Kamu patut sedar yang LIAR-M lah kulprit perang sebenarnya !!! Drakness akan musnahkan Algharmaine dan musnahkan Federation yang dilaknanti oleh tuhan, buat selama-lamanya. Saya minta kamu untuk serahkan diri kamu secara aman. Saya tidak berkenan untuk menarik picu bagi menyentap nyawa budak hingusan seperti kamu. "
" Kau diamlah penjajah imperialis tak guna. Aku takkan tewas kepada kroni macam kau ! "
Erich mengambil bomb flashbang di sisi kanannya lalu melontar ke depan dan lekas mundur.
"Cis, Saya cuai, tak guna." Penembak hendap itu tergelupur sekejap.
{Booooooooommmmmmmm !!}
bunyi flasbang itu kedengaran memekakkan telinga dan mata dan tidak diketahui siapa yang terkesan dengar radius letupan.
FLASHBACK TAMAT
.
.
.
.
.
.
.
.
.
....
....
....
Silvania masih menutup mukanya yang masih merah itu. Dia memang tidak berkenang untuk mengenang situasi itu kembali.
"Ayah dulu Ejen LIAR-M ke!,Ibu pulak Tentera Drakness! , Ibu hampir tembak ayah :o"
":O." Elysia ternganga bulat
"Ala cerita lagi la ayah, Elysia nak tahu lagi cerita selanjutnya lagi ayah..!" Elysia membunyikan sedikit tantrum dari dirinya itu.
"Ayah nak cerita tapi muka ibu kamu dah merah sangat dah tu, ayah rasa ayah patut berhenti sekarang ni."
Erich hanya mampu untuk senyum kucing sahaja kepada anaknya itu."
"Apa kata Elysia pergi tanya ibu , dia akan cerita la cerita selebihnya nanti ", Erich mengusik isterinya
Silvania bikin membangkitkan kepalanya . Dia menarik nafas panjang sebelum bermula bercakap.
" Ibu rasa Elysia kena tidur dah sekarang ni. jam hampir menunjukkan pukul 10 malam dah. Nanti kalau Elysia tidur lewat , tak sempatla Elysia nak baca buku kegemaran Elysia nanti."
"Elysia kena tidur untuk dapatkan tenaga yang cukup. Jadi nanti makin banyaklah buku yang Elysia dapat baca, kan." Silvania cuba memujuk anak gadisnya untuk pergi ke bilik tidurnya.
Elysia berfikir sejenak untuk membuat deduksi. Dia cuba membuat kesimpulan kecil berkenaan
Apakah situasi yang paling ideal baginya. Adakah dia patut Tidur atau mendengar cerita dari bapanya semula
kedua-dua riak wajah ibu bapanya itu macam mengharapakan supaya anak gadis mereka itu tidur kerana hormon kedua-dua pasangan suami isteri itu semakin sukar untuk dikawal. Mereka perlu pastikan yang anak gadis mereka itu tidur dengan lena dahulu sebelum mereka boleh melakukan
" perkara itu ".
" Tik tok tik tok tik tok, tik tok tik tok tik tok tok,"
Jarum jam berdetik dan mereka berdua menunggu keputusan Elysia.
" Baiklah Elysia dah buat kesimpulan, [menguap]. Elysia rasa Elysia nak tidur, sebab macam ibu cakap, kita perlukan tenaga supaya kita dapat membaca lebih banyak buku. Jadi bila Elysia tidur awal, nanti lebih banyak buku yang Elysia dapat baca, lagi-lagi buku undang-undang yang tebal tu. Baiklah Elysia nak ke bilik sekarang, mari pergi,jom !!! "
" Jom !!! " Erich dan silvania juga menyambut seruan anak mereka itu.
"Operation:Sleeping A Daughter, complete. mission success"
"Misi:Menidurkan Seorang Puteri , berjaya ".
yipee !!!., mereka berdua bermonolog dalaman dengan membayangkan versi chibi mereka menari berpusingan keriangan sambil bertepuk amai-amai belalang kupu-kupu dalam peta fikiran mereka sekarang kerana berjaya mengajak anak tunggal mereka untuk tidur.
-😂-
Sebelum Elysia bermula , dia meminta ayahnya untuk mengangkatnya dengan menyandangnya dari belakang. Erich dengan sudi menundukkan badannya lalu membongkokkan badannya bagi membolehkan Elysia menaiki belakang bapanya .
"Destinasi seterusnya ialah ke Bilik Tidur Elysia jommmm !!! ". Ketiga-tiga individu berangkat dari ruang tamu pergi ke tingkat atas di mana bilik Elysia berada.
Erich dengan berhati-hati menaiki anak tangga rumahnya itu bagi mengelakkan risiko tergelincir kerana dia menyandang anak gadisnya sekarang. Bagi dia keluarga dia adalah nyawanya. Jika dia kehilangan keluarga, maka dia kehilangan nyawanya juga.
"hati-hati awak, saya tengok dari belakang." Silvania mengekori dari belakang untuk menjaga perimeter keselamatan bagi bersedia jika Erich tiba-tiba tergelincir.
"terima kasih Silv, sekarang ni kita kena pergi ke bilik Elysia ASAP." kata Erich kembali.
Setelah beberapa anak tangga sudah berjaya dilangkah oleh pasangan itu. Mereka sampai ke bilik Elysia,bilik Elysia di tingkat dua rumah Semi-D itu. Erich kemudian menurunkan perlahan anak gadisnya itu.
"Ayah, mari masuk bilik Elysia jom!" Elysia berjalan memasuki bilik tidurnya itu.
Erich berjalan memasuki bilik tidur Elysia. Di dalam bilik itu terdapat 1 katil single yang cermat dirapi. Dia juga melihat beberapa rak buku dalam bilik itu. Terdapat juga meja dan kerusi yang boleh dijadikan sebagai sudut membaca ataupun tempat untuk self study itu.
Wallpaper bilik itu seakan-akan sebuah perpustakaan bewarna vintage. Jika sekilas tengok, perpustakaan dan bilik tidur silap-silap tertukar nanti.
"3 tahun lalu bilik ni kosong je, sekarang dah macam library personal." Erich melihat satu demi satu setiap sudut dalam bilik itu.
Erich kemudian menyambung
" Kalau zaman saya budak-budak dulu, nak sentuh buku tu berhabuk dulu jawabnya. Jika Sofya ada dekat sini, diorang dua mesti akan buat book club dekat sini. "
"Oh Sofya ke, dia yang sekali dengan skuad awak dulu ke dalam IIS LIAR-M dulu ke. " Silvania cuba mengingat kembali memorinya itu.Seingat saya dia tu Squad Kordinator IIS kan,
Dalam skuad tu ada dalam 5 orang ejen dan seorang kapten.
Awak,Cirlian,Sofya,Ben,Anne dan kapten kepala baldi, seingat saya la kan.
"Iyer" dan satu lagi nama dia Kapten Zachian Knight.
" Alamak malu betul." saya betul-betul mintak maaf. Silvania menepuk kedua-dua pipinya itu.
"Saya pun dulu panggil dia Kepala Baldi jugak dulu, jadi memang tabiat saya pun haha. Dia tu jenis sembunyikan rambut jadi kami berlima selalu mencari akal bagaimana kami nak exposed rambut dia tu tapi asyik gagal je. Last-last saya panggil dia kepala baldi, simple sikit." Erich ketawa seketika.
"Tapi, tanpa bimbingan beliau, skuad kami pasti akan berpecah belah. kami dah anggap dia macam abang kandung sendiri. Jadi kami akan selalu tanya khabar dia.
"habis tu Kapten Zachian sekarag ni ada kat mana, tanya silvania"
" Sekarang ni dia merantau seluruh Venusea Communea, dari Timur kesultanan Inderasia, di benua karyasia hingga ke barat di Unicia Straites, di benua Remusyence. Katanya dia nak pergi tour dengan hanya backpacker. "
"Adventurous juga ya,mentor awak tu. Saya impress.", puji Silvania.
"Saya harap dia punya pengembaraan berjalan lancar."
"Saya pun."
" Ayah mari sini Ayah, Elysia nak tunjuk sesuatu." Erich kemudian melihat apa aneka yang hendak ditunjukkan anaknya itu.
Elysia mengeluarkan satu cip petak kecil. Dia kemudian menekan suis hijau itu. Suis hijau itu menayangkan hologram buku yang telah dibacanya.
Elysia mengambil satu buku dari hologram itu yang bertajuk "kisah Raja Vise"
Selepas dia memilih buku itu hologram itu menjadi satu jisim buku yang boleh dipegang.
Dia kemudian menutup kembali suis petak itu dan menyimpannya di dalam laci meja belajar miliknya
"Model hologram tu kamu buat sendiri ke?" Tanya Erich kepada Elysia
"Annerine yang bagi kepada ibu, lepastu ibu bagi dekat Elysia. Annerine pesan dekat ibu yang gajet ni ialah perpustakaan mobil. Gajet ini ciptaan ibu dia." kata Elysia
"Saya juga baru ingat, Anne ada bagi gajet tu dekat anak dia tu, gajet ni fleksibel jugak rupanya." kata Silvania.
Erich membisik dalam hatinya.
"Kau memang tak pernah berubah Anne dari dulu hingga sekarang. Kau dapat respect +++ dari aku, Mechagineer tak guna, hahaha"
Erich gembira kerana mengimbas kembali antik yang dibuat Anne, salah seorang kawan baik dia selepas Ben Mistdrizle.
Kisah Raja Vyse ya. Ok apa kata ayah bacakan cerita ni untuk kamu.
Baikk !!! , jawab Elysia dengan teruja
-ZZZ-
" Dan begitulah Kisah Bagaimana Raja Vyse Agung berjaya mengalahkan Iblis Verdoven LIecht, tamat ." Erich kemudian menutup buku itu.
" [menguap] ayah cerita kisah tu macam ibarat ayah berjuang sekali dengan dia la [menguap] "
" Ada benar juga apa yang kamu cakap tu Ely. Ayah tengok banyak buku kamu baca dalam bilik ini.Apa cita-cita kamu bila kamu nak membesar nanti.
" Elysia nak jadi peguam !!!, sebab peguam ni mempertahankan keadilan !!!
" Terutamanya peguan pendakwa raya. "
"Autopsy has been updated !!! ", " No thats wrong !!! ", "Objection!!" "Hold it !!" "take that !!!"
" Kamu belajar istilah ni mesti dari visual novel yang ibu belikan untuk kamu kan ?. Visual Novel Ace Attorney kan ", Silvania bertanya dengan santai tetapi ceria
Elysia hanya mampu untuk tersenyum lebar sahaja.
" Oh patut pun majority buku yang kamu baca ni buku undang-undang, sekarang ayah tahu dah siapa dalang sebenarnya. "
" Tapi baguslah tu Elysia, membaca tu tabiat yang baik sebenarnya dan ayah ada nasihat untuk kamu."
ehem
"belajar la ilmu sehingga ke liang lahad, ilmu tu cahaya minda seseorang. Ilmu takkan pernah hilang selagi kita masih bernyawa. Tuntut la ilmu selagi kita masih mampu. Jadikan ilmu sebagai satu game dan pengembaraan untuk kita."
" Boleh saya tambah sikit awak, " Silvania terus menyambung.
" Elysia sayang, Silvania duduk menyimpun sambil memegang kedua-dua belah tangan Elysia.
" Ilmu ni bukan setakat kita baca sebuah buku sahaja, wahai puteri tercinta. Ilmu ni juga kita dapat dari insan yang lebih berpengalaman dari kita. Maka kamu kenalah berguru di samping mencari ilmu kerana guru yang baik akan menunjukkan jambatan ke arah ilmu yang baik."
Silvania memandang wajah anak gadisnya itu dengan pandangan kasih sayang.
" Faham Elysia. " tanya Silvania
"Elysia faham dan jelas ibu." Elysia mengganguk dengan jelas faham pertanyaan ibunya itu. Maka selepas itu, kedua-dua pasangan ibu dan anak itu memeluk antara satu sama lain sebelum meninggalkan bilik itu.
"Okay Elysia, selamat malam Ibu ucapkan." Silvania mencium dahi anak gadisnya sebelum berdiri. "
"Ayah pun macam ibu kamu juga. jaga diri baik-baik." Erich kemudian mengusap kepala anak gadisnya.
"Jangan takut hantu ya,ahahaahah!" Erich bergurau senda dengan Elysia.
" Mana ada Elysia takut dengan hantu !!, Elysia ni anak ayah dan Ibu !!, Elysia berani! "
"Ayah tutup lampu bilik ini ya, Selamat malam Elysia,"
"Ayah dengan Ibu jaga diri baik-baik selamat malam !!! "
selepas mengucapkan selamat malam kepada puteri mereka itu,Erich dan Silvania menutup pintu bilik itu secara perlahan bagi membolehkan Elysia tidur dengan nyeyak.
Selepas itu mereka menuruni tangan sambil menuntun tangan masing-masing. Silvania memegang erat tangan kanan Erich sambil menghala ke ruang tamu bagi membincangkan sesuatu yang privasi yang tak boleh didengari oleh anak gadis mereka.
maka mereka pun memulakan
"perkara" yang ingin dibincang oleh mereka itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro