Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💎Bab 9 (Pedang Halilintar)

Subuh menjelang...

Gempa tersedar dari tidurnya dalam keadaan mamai, namun masih terasa keletihan. Posisi tidurnya yang menghadap ke kanan diubah ke kiri.

"Hmm?" dia merasakan ada sesuatu di hadapannya. Dia membuka matanya. Ada wajah seorang lelaki yang sedang tidur di hadapannya.

"Wargh!" Gempa terbeliak. Dia terus terduduk.

Lelaki itu turut terjaga. "Hmm?"

Gempa tergamam. Dia kenal lelaki itu. "A... abang Taufan!!!" segera dia memeluk lelaki itu.

Taufan agak terkejut. "Eh, hei... apahal ni?!"

Gempa tidak melepaskan pelukannya.

Taufan tersenyum. Dia menepuk-nepuk belakang adiknya. "Hei, mana kau pergi? Penat abang cari."

Gempa meleraikan pelukannya. "Tanya orang pula. Dia yang hilang entah kemana." Gempa tertawa.

"I'm still here." Taufan turut ketawa. Kemudian dia memandang ke sekeliling. "Diorang ni siapa? Dan apa korang buat kat sini?" soalnya setelah terlihat Fang, Gopal dan Ochobot yang tidur berdekatan mereka.

"Ouh, diorang ni kawan baru. Diorang yang banyak tolong aku untuk cari korang semua." Kata Gempa sambil memandang mereka.

"Hmm? Jadi adik-adik yang lain pun hilang juga?"

"Hmm... macam tulah. Abang Taufan dengan abang Hali pun." Gempa mengangguk.

"Hali... aku dah jumpa dia."

"Ha? Di mana?"

"Dia tak jauh dari sini." Taufan memandang ke suatu arah.

"Kenapa tak ajak abang Hali ke sini?"

Taufan mendiamkan diri beberapa ketika. "Nantilah... abang cerita."

Gempa memandang Taufan kehairanan. Melihat mimik muka wajah abangnya, dia sudah agak pasti ada yang tak kena.

"Gempa?" satu suara menyapa.

Gempa dan Taufan berpaling.

"Eh, Ying! Yaya!"

Yaya dan Ying mendekati mereka. Mereka memadang Taufan dengan kehairanan.

"Ouh... ni abang aku." Gempa memperkenalkan mereka dengan Taufan.

"Ouh, hai." Ying dan Yaya memberikan senyuman.

Taufan membalas dengan senyuman juga.

"Kenapa kau menjerit tadi?" soal Yaya.

"Eh, korang dengar ya?" soal Gempa kembali.

"Dengar sangat. Kuat kot." Kata Ying.

"Ouh... hehehe." Gempa menggaru pipinya.

"Hmm... tapi, yang ajaibnya. Budak-budak tu tak terjaga pun dengar jeritan korang."kata Yaya. Dia memaksudkan Fang, Gopal dan Ochobot yang masih tidur dengan lena.

Taufan tertawa.

"Penat sangat kot." Gempa tersenyum. Ikutkan dia juga mahu ketawa.

"Kitorang pergi kejut diorang dulu ya." Ying menarik lengan Yaya.

"Ok."

Taufan memandang Ying dan Yaya yang berlalu pergi untuk mengejutkan kawan-kawan mereka.

Gempa menyiku Taufan. "Tundukkan pandangan."

"Yalah, yalah." Taufan tersengih. "Eh?" dia terlihat beberapa helai kertas yang digunakan Gempa untuk menyelesaikan petunjuk aksara. "Apa tu?"

Gempa memandang ke arah kertas yang dimaksudkan Taufan. "Oh ya. Yang ini! Nasib baik abang ada. Aku nak tanya sesuatu." Dia mengambil kertas-kertas itu.

"Tanya apa? Soalan matematik?"

"Bukan. Ini lebih kronik dari matematik."

"Cara kau jawab macam matematik kau dapat D je." Taufan ketawa.

"Mana pernah aku dapat D. Tolonglah, ini lagi susah." Gempa menunjukkan susunan-susunan huruf tersebut.

Taufan memerhati dengan teliti sambil mengurut dagunya ala-ala profesor yang sedang menyelidik dokumen kajian.

Gempa menunggu penuh kesabaran.

Taufan menjongketkan bahunya."Entah... sel-sel dan saraf dalam otak aku masih tak dapat berhubung untuk benda ni." Dia memulangkan semula helai-helaian kertas tersebut kepada Gempa.

Gempa mengeluh perlahan. Dia masih tak berputus asa. Setiap nombor dihayatinya. Otaknya ligat memikirkan klu-klu yang boleh dijumpainya. Dahinya disandarkan di atas lututnya.

Taufan hanya memerhati tingkah laku adiknya.

"Gempa." Ying memanggilnya. Taufan dan Gempa memaandang Ying. "Kita perlu gerak sekarang."

Gempa mengangguk lemah.

x-x-x-x-x-x

Gempa masih merenung ke arah nombor-nombor yang mengelirukan itu sambil berjalan bersama-sama yang lain.

"Dey, sudah-sudahlah tu. Aku tengok sekali benda tu pun dah nak naik muak.' Seloroh Gopal yang mula menyampah melihat keadaan Gempa sebegitu dari tadi.

Gempa tidak mendengar.

"Hoi." Gopal memanggilnya.

Ochobot menyiku Gopal. "Sudahlah. Bukan dia yang amat perlukan petunjuk tu. Kitapun perlukannya."

Yaya dan Ying memandang kesekeliling kawasan yang baru mereka masuki itu. Keadaanya agak aneh. Lantai yang kering kontang dan merekah di sepanjang jalan. Langit berwarna merah dihiasi awan kelabu yang suram.

"Kita... di mana?" soal Yaya.

"Entah." Jawab Ochobot ringkas.

"Tengok!" Fang menunding ke sebuah gunung yang tinggi dan berwarna hitam. Di atasnya terdapat beberapa kepulan awan dan cahaya kilat yang menyambar puncak gunung tersebut.

"YES!" Gempa menjerit sekuat hati. Semua menoleh ke arahnya kehairanan.

"Aku dah tahu caranya!" jeritnya kegembiraan. Tangannya laju menulis di atas helaian kertas itu.

"Macam mana?" soal Taufan.

"Listen bro, it just like what we had done before." Gempa terlalu gembira hingga tidak langsung memandang Taufan yang sedang bertanya dan tercakap benda yang hanya melintas di fikirannya.

"Kita pernah buat?" soal Taufan kembali.

"Telefon lama. Itu klu terbesar."

Taufan masih lagi ligat berfikir. Namun, Gempa tak menghiraukannya. Dia sedang sibuk memecahkan petunjuk tersembunyi itu.

"Apapun... kita perlu teruskan perjalanan." Kata Fang.

Ochobot mengiyakan, "Kita tak ada banyak masa."

"Nanti." Yaya menghalang mereka."Kau dengar sesuatu?"

"Sesuatu?" soal Gopal kembali.

Mereka semua memandang ke sekeliling kecuali Gempa.

"Tak ada apa-apa pun." Ying memandang Yaya meminta kepastian.

Taufan berjalan ke maju beberapa tapak di hadapan mereka. Dia mendongak. "Atas."

"Atas?!!" Ying kehairanan. Mereka semua memandang ke atas. Termasuk Gempa yang mula rasa tidak sedap hati.

Beberapa batang benda berwarna merah menyala menuju ke arah mereka dengan laju.

"ELAK!!!" Fang menjerit.

"Tak sempat!" Gopal menutup matanya.

"Kokun Angin!"

Beberapa saat kemudian, mereka membuka mata masing-masing.

"Abang Taufan?!!" Gempa terjerit.

Mereka memandang Taufan yang melindungi mereka dengan mengurungi mereka di dalam bebola angin yang besar.

"Kau... ada kuasa?!" soal Fang yang masih terkejut. Yang lain turut memandang tak percaya.

Gempa mendekati Taufan. "Abang , macam-"

"Jangan tanya lagi. Aku tak tahu macam mana nak jelaskan. Tapi, lagi banyak perkara yang lebih mengejutkan." Kata Taufan dan terus maju kehadapan. "Oh ya, yang tadi tu panahan petir bukan semulajadi. Hati-hati!"

Yang lain mula mengikuti Taufan.

"Bukan semulajadi?" Gempa masih tertanya-tanya namun dia terus mengikuti yang lain.

Gopal memandang ke hadapan. "Kita perlu lari dari petir tu atau lari ke gunung depan tu?!" dia ketakutan melihat beberapa lagi panahan petir menuju ke arah mereka dan sebuah gunung hitam yang dekelilingi awan yang tidak menerima kedatangan mereka diselangi bunyi-bunyi guruh yang menakutkan.

"Ikut saja lah!" kata Ying yang berlari di sebelahnya.

Beberapa panahan petir menghampiri mereka.

"Huh?! Ada lagi!!!" Gempa memberi amaran.

"Tangan Bayang!" Fang mengeluar tangan bayangnya dan menepis petir tersebut.

"Apakah?!" Gempa agak terkejut. Walaupun dia tahu Fang, Yaya, Ying, Ochobot dan Gopal mempunyai kuasa, dia masih belum tahu apa kuasa mereka.

Mereka makin hampir ke gunung itu.

Sebuah panahan petir yang besar tersasar betul-betul di hadapan mereka. Mujurlah mereka sempat berhenti sebelum panahan petir itu mengenai mereka.

Bunyi guruh yang kuat mengejutkan mereka.

Mereka memandang kesekeliling.

Tiba-tiba, satu suara menegur mereka.

"Kau masih di sini?"

Mereka semua memandang ke arah pemilik suara tersebut.

Seorang lelaki yang berdiri di tepi puncak gunung itu melompat turun di hadapan mereka.

Mereka semua melangkah setapak ke belakang.

Lelaki itu memandang mereka seorang demi seorang. Matanya yang merah menyala itu memandang tepat ke arah Taufan.

"Kau lagi? Bawa kawan?" soalnya dengan nada sinis namun mukanya masih lagi serius.

Gempa seakan tak percaya dengan apa yang dilihatnya. "Abang Hali?!" dia melangkah ke depan untuk bertemu Halilintar. Namun, ditahan oleh Taufan.

Gempa memandang Taufan kehairanan. "Aaa...?"

Taufan menggeleng. "Dia bukan abang kita."

"Apa?!"

"Korang tengok tu." Yaya memaksudkan sesuatu yang dipegang oleh Halilintar.

"Itu..." Ochobot menutup mulutnya, terkejut.

Mereka melihat sebilah pedang kristal yang bersinar digenggam oleh Halilintar.

"Pedang Element?!" soal Fang tetapi dengan nada pasti.

"Hoi, jawab soalan aku!" Halilintar mengacu pedang ke dada Taufan.

"Abang!" Gempa cuba menarik Taufan, namun dihalang oleh Taufan sendiri.

Taufan menepis perlahan pedang Hali ke tepi. "Hey, apa salahnya aku di sini? Mana tahu takut-takut kau rindu aku." Taufan tersengih.

Halilintar merenung tajam. "Merepek." Dia meletakkan pedangnya di tepi leher Taufan.

Taufan tersenyum. Lantas, dia mencengkam tangan Hali yang memegang pedang, terus memusingkan badannya menghampiri Halilintar dan menolak bahu Halilintar dengan kuat sehingga Hali terlajak beberapa langkah ke belakang.

Taufan memandang Halilintar yang tertunduk memegang bahunya yang ditolak tadi. Sakit sedikit.

"Come on, bro!" Taufan seperti melakukan provokasi.

"Apa rancangan abang sebenarnya?" soal Gempa di tepinya.

Taufan mengangkat bahu. "Tak tahu. Bertindak je dulu."

Gempa menepuk dahinya perlahan. "Seriuslah."

"Aku rasa ini masa yang sesuai untuk ikut ideologi Blaze." Tufan tersengih.

Halilintar menangkat kepalanya dan memandang Taufan dengan iris matanya yang berwarna merah menyala. Auranya mula menggerunkan mereka.

Taufan memandang Gempa. "Korang buat apa yang patut. Biar aku main dengan dia dulu."

"Ma-main?!!" Gempa seakan tak percaya dengan Taufan yang masih membuat lawak dalam keadaan sebegini.

Pedang yang dipegang Halilintar mula mengalirkan arus elektrik berwarna merah.

Taufan berdiri di depan Halilintar. "Hmm... kalau main api itu merbahayakan, main dengan arus elektrik pula apa?"

Halilintar mengacu pedangnya ke leher Taufan, "Mati."

Taufan hanya tersenyum sinis.

x-x-x-x-x-x

Gempa bergegas menguraikan jawapan petunjuk askara yang dijumpainya semalam.

Ochobot melihat gerak-geri Gempa dan cuba membantunya.

"Kau pasti di sini ada apa-apa yan g boleh bantu kita?" soal Ochobot.

"Entahlah... janji kita dah usaha." Gempa masih lagi belum habis.

Fang memerhati pertarungan Taufan dan Halilintar dari jauh. "Kau rasa siapa yang akan menang?" soalnya pada Yaya yang berada di sebelahnya.

"Entahlah... disebabkan kuasa Taufan kurang stabil. Tak mustahil dia boleh kalah. Tapi... dia-"

"SIAP!!!" Gempa melayangkan tinggi kertas di tangannya ke udara.

"Apahal kau angkat ke atas?! Siapa yang nak tengok?" kata Gopal seraya merampas kertas itu.

Gopal membuka matanya sebesar-besar untuk membaca apa yang ditulis Gempa.

"Huh?! Ini..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro