💎Bab 8 (Petunjuk aksara)
Huh! Huh! Huh!
Gempa termengah-mengah. Dia berhenti berlari dan menoleh ke belakang. Kelihatan serangga gergasi itu kelihatan buas walaupun serangga itu berlari kurang laju darinya, serangga itu masih merbahaya.
"Aku tak boleh lari dari dia. Tak boleh begitu jauh." Gempa memandang kepala serangga itu. Baru dia sedar labah-labah gergasi itu bertanduk.
"Mungkin... aku boleh naik ke atas kepala dia." Hanya itu dia sempat berfikir. Mungkin dia boleh mengawal serangga itu dengan mengawal kepalanya.
Dia mengatur kedudukan. Nafasnya ditarik dan dihembus. Keduan tangannya digenggam erat.
Tap! Kakinya melangkah dan mula berlari. Dia semakin hampir dengan serangga itu.
"Ah!!?"malangnya kakinya tersadung sendiri. Gempa tersembam ke tanah. Tangannya cuba menahan badannya terjatuh dengan kuat.
Grrruuuummmdddd!!!! Tanah bergegar seketika.
"Ahhhhh!!!" Ying, Yaya dan Gopal menjerit.
Gegaran berhenti. Gempa mengangkat kepalanya. "Huh?!!"
Beberapa ceracak tanah muncul di hadapannya dan menghalang serangga gergasi itu daripada mara dan menghampiri Gempa.
"Apakah?!" Fang terkejut.
Gempa memandang kedua tangannya dengan wajah yang tak percaya.
Gwarrhhh!!! Serangga gergasi itu merempuh kesemua ceracak tanah hingga pecah dan mula menghampiri Gempa.
Gempa kelam-kabut. Memandang kesekeliling dengan laju.
Tiada masa.
Gempa menghempas kedua tangannya ke tanah. Ceracak tanah yang tinggi naik.
Malangnya, serangga gergasi itu sempat berhenti sebelum merempuh ceracak tanah itu.
Gempa menumbuk dinding di sebelah kirinya.
Ceracak tanah muncul di sebekah kanan serangga gergasi itu, seraya menolaknya ke tepi.
Gempa menumbuk kasar dua kali di dinding sebelah kanannya.
Ceracak tanah muncul dengan lebih banyak. Serangga gergasi itu tidak sempat melarikan diri. Badannya ditusuk ceracak tanah yang tajam sehingga serangga gergasi itu mati. Percikan cecair melekit berwarna ungu dari badannya mengenai Gempa sedikit.
Bukan Gempa sahaja yang terkejut, malah Ying, Yaya, Gopal, Fang dan Ochobot juga tenganga.
"Makhluk ni ialah penjaga terowong ni."
x-x-x-x-x-x
"Kuasa kau masih diluar kawalan." Kata Ochobot sambil berjalan bersama-sama yang lain.
Gempa hanya diam. Sedikit mengeluh. "Hmm... macam mana nak mengawalnya?"
"Kau tak boleh kawal kuasa tu sepenuhnya. Sebab pengawal bagi semua kuasa elemen adalah Pedang 7 Elemen." Ying menjawab.
"Huh? Pedang?"
"Pedang 7 Elemen adalah pedang yang terhasil dari batu kuarza dan beberapa bahan yang lain. Pedang-pedang itu berfungsi sebagai pengawal elemen di dunia ni."jelas Yaya.
"Huh? Pedang-pedang? Maknanya pedang tu lebih dari satu. Kan?"
"Ya!" Ochobot teruja. "Kalau salah satu dari pedang itu dicabut dari tempatnya, elemen-elemen dan keadaan dunia akan tidak terkawal dan musnah."
"Elemen apa?" soal Gempa ingin tahu.
Ochobot dan Fang memandang sesama sendiri. Yaya, Ying dan Gopal turut memandang mereka.
"Err... yang itu... kami masih tak tahu." Ochobot tersengih.
Gempa mengeluh perlahan.
"Tapi, Pak Cik Saed ada kata yang elemen pedang itu sedikit berbeza dari dunia ni." kata Ying.
"Dunia..." Gempa jeda seketika. Otaknya ligat berfikir. "Oh ya!" dia baru teringat yang dia ada di dunia yang lain.
"Jalan keluar!" Gopal menjerit teruja sambil menunding ke suatu arah.
Yang lain turut memandang arah tunjukkan Gopal.
"Akhirnya..." Ochobot tersenyum gembira apabila melihat cahaya yang keluar dari lubang di atas terowong itu.
X-X-X-X-X-X
Yaya terbang keluar dari terowong itu dan mendarat di sebelah Ying yang sudah keluar dari tadi. Mereka berdua memandang ke langit. Rumput berwarna perang luas terbentang meliputi tanah.
"Ai... dah lama sangat kita duduk di dalam terowong tadi, sampai dah nak senja ni." Kata Ying.
Yaya tarsenyum. Baru saja mereka nak melihat matahari, sudah mahu malam pula.
Yaya menoleh ke belakang. "Eh, korang buat apa tu?" soalanya setelah melihat Fang dan Ochobot mendekati luar dinding Dewala Surea yang tak pernah dilihat mereka sebelum ini.
Ying turut berpaling. "Wah! Kita dah kat luar lah!" dia berlari ke arah Ochobot dan Fang. "Apa kita nak buat lepas ni?" soalnya.
"Mencari petunjuk seterusnya." Jawab Ochobot ringkas.
Gempa datang dari belakang mereka. "Petunjuk yang macam mana?"
Ochobot mengusap dagunya. "Hmm... kata Pak Cik Saed hari tu... petunjuk... erh..."
"Petunjuk aksara." Fang mencelah.
"Oh, haah! Nama dia pelik sangat sampai aku tak ingat." Ochobot ketawa sambil memegang belakang tengkuknya.
"Aksara... " Gempa mengangguk.
"Jadi, mana nak jumpa petunjuk tu?" Sergah Gopal dari belakang.
Mereka semua memandang sesama sendiri.
Ochobot mendongak. "Mungkin ada pada Dewala Surea."
Yang lain turut memandang ke arah Dewala Surea yang amat besar dan tinggi itu.
"Tapi, macam mana? Keluasan Dewala Surea terlampau besar. Macam mana kita nak cari?" soal Yaya.
Ochobot menggaru kepalanya. "Itulah... kita perlu berpecah. Mungkin juga petunjuk tu tersorok pada dinding Dewala Surea yang besar ni."
"Aduh, lecehlah macam ni." Gopal mengeluh.
Sementara mereka semua sibuk berbincang, Gempa pergi meninjau ke sekitar Dewala Surea.
Dia kemudian terlihat sesuatu.
Ochobot duduk berteleku di tepi jauh dari kekecohan Fang, Gopal, Yaya dan Ying yang sedang membincangkan sesuatu.
Daripada sertai mereka, dia merasakan lebih baik dia terus mencari petunjuk yang dikatakan itu.
"Haih... mana agaknya?" matanya meliar ke sekeliling. Sehinggalah dia terpandang Gempa yang sedang menggosok dinding Dewala Surea itu.
"Gempa!" Ochobot pergi meninjau ke tempat Gempa. "Apa kau buat ni?"
Gempa mengendahkan Ochobot. Dia masih meggosok kuat dinding itu hingga ternampak beberapa tebukan kecil pada dinding itu.
"Huh?" Ochobot terkejut. Dia lantas membantu Gempa menggosok pada bahagian dinding yang lain.
"Ini..." Gempa melangkah beberapa tapak ke belakang. Memerhati keseluruhan corak tebukan tersebut. "Ini petunjuk aksara."
8(1) 8(2) 5(1) 8(2) 4(2) 0(1) 8(1) 3(2) 7(3) 2(1) 7(4) 0(1) 3(1) 2(1) 7(3) 4(1) 7(1) 2(1) 3(1) 2(1) 0(1) 8(1) 8(2) 5(1) ) 8(2) 4(2) 0(1) 7(1) 8(2) 6(2) 2(3) 2(1) 0(1) 3(1) 4(3) 8(1) 3(2) 6(1) 8(2) 5(2) 2(1) 6(2) 0(1) 3(1) 4(3) 0(1) 8(1) 8(2) 5(1) 8(2) 4(2) 0(1) 5(2) 2(1) 9(1) 2(1) 7(4) 2(1) 6(2) 0(1) 9(3) 2(1) 6(2) 4(1) 0(1) 3(1) 4(3) 5(2) 2(1) 9(1) 2(1) 5(3) 0(1) 6(3) 5(3) 3(2) 4(2) 0(1) 8(1) 8(2) 5(1) 8(2) 4(2) 0(1) 7(1) 3(2) 6(2) 5(1) 2(1) 4(1) 2(1) 0(3) 4(2) 2(1) 6(2) 9(3) 2(1) 0(1) 8(1) 8(2) 5(1) 8(2) 4(2) 0(1) 7(1) 3(2) 6(1) 2(2) 2(1) 9(1) 2(1) 0(1) 8(1) 3(2) 7(3) 7(1) 4(3) 5(3) 4(3) 4(2) 0(1) 9(3) 2(1) 6(2) 4(1) 0(1) 6(1) 3(2) 6(1) 7(1) 8(2) 6(2) 9(3) 2(1) 4(3) 0(1) 8(1) 8(2) 5(1) 8(2) 4(2) 0(1) 3(1) 2(1) 5(3) 2(1) 6(1) 2(1) 6(2) 0(1) 8(2) 8(1) 2(1) 6(1) 2(1) 0(1) 6(1) 2(1) 6(1) 7(1) 8(2) 0(1) 6(1) 3(2) 6(2) 9(3) 3(2) 5(3) 3(2) 7(4) 2(1) 4(3) 5(2) 2(1) 6(2) 0(1) 8(1) 8(2) 5(1) 8(2) 4(2) 0(1) 5(2) 8(2) 6(2) 2(3) 4(3) 0(1) 4(3) 6(1) 7(1) 4(3) 2(1) 6(2)
"A... apa ni?" Ochobot tidak dapat membaca petunjuk tersebut.
"Aksara..." otak Gempa liat berfikir. Dia pun tidak mampu menafsir petunjuk tersebut. Namun dia seperti pernah lihat corak peunjuk tersebut.
"Korang!" Ochobot memanggil yang lain untuk melihat petunjuk tersebut.
Fang, Gopal,Yaya dan Ying bergegas ke situ.
"Kenapa-" Fang terdiam setekah terlihat petunjuk tersebut.
"A... apa benda ni?" soal Gopal.
"Nombor." Jawab Ying ringkas. "Salah satu bentuk tulisan untuk berhubung di bumi."
Gempa memandang Ying hairan. "Korang takkan tak pernah nampak nombor?"
Yang lain hanya menggeleng.
Gempa menekup muka dengan kedua tapak tangganya. "Aih... diorang makhluk lain." Nampaj sangat dia seorang yang perlu selesaikan petunjuk ni.
x-x-x-x-x-x
Malam kian larut....
Gempa masih duduk berjaga di tepi unggun api yang bercahaya biru. Beberapa helai kertas usang yang ada di tangannya mempunyai tulisan petunjuk di dinding Dewala Surea.
Pensel yang mempunyai mata karbon bercahaya digunakan untuk menulis kira-kira dan jalan penyelesaian petunjuk tersebut.
"Argh!" Gempa menghempaskan pensel dan kertas di hadapannya.
Dihemapas badannya di atas tanah yang dilitupi rumput. "Ini bukannya kod binari."
Angin malam meniup lembut dirinya. "Tapi aku memang kenal corak nombor ni."
"Macam... ada dalam novel yang pernah aku baca." Dia cuba mengimbas kembali.
"Gempa?" Ying menjulur kepalanya sambil berdiri.
"Eh, Ying?" Gempa terus duduk bersila menghadapnya.
"Tidurlah. Dah nak lewat malam ni."
Gempa memandang ke arah Gopal, Ochobot dan Fang yang sudah tertidur dengan gaya tersendiri.
"Amboi, terbongkang habis." Bisik hati Gempa. Dia terus teringat akan adik-beradiknya. Wajah seorang demi seorang melintasi fikirannya. Kerinduan yang teramat terhadap mereka.
"Nanti esok kitorang akan cuba tolong kau." Ying senyum. Cuba menenangkan hati aku.
"Ya. Ada baiknya kita buat esok pagi."Gempa membalas senyuman meskipun kelat sedikit.
Ying terus berlalu pergi.
Gempa kembali menghempaskan badannya di atas tanah. Dia mengeluh perlahan. Namun dalam hatinya, dia masih tak berputus asa.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro