Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💎BAB 16 (Kegusaran Hati)

"Sebelum mereka kembali ke dunia mereka kematian bintang turut berlaku sekali lagi. Yang peliknya... kematian bintang yang paling boleh dilihat dari sini hanya berlaku sekali dalam 30 tahun."

Yaya memandang ketiga adik-beradik itu. "Dan beberapa hari lepas... kematian bintang sekali lagi terjadi."

Gempa menunduk. "Jadi... itu sebabnya macam mana kami datang ke sini?"

Halilintar memandang adiknya. "Buku tu pula macam mana?"

Gempa menelengkan kepalanya dan cba mengingati buku yang dimaksudkan abangnya itu. "Buku? Buku man- oh! Bu-buku tu!"

Taufan memandang mereka berdua. "Buku mana ni?"

"Buku arwah mak dan abah tu... Yang kita baca sebelum tiba-tiba sampai ke sini."

Taufan menyilangkan lengannya di atas dada. Dia masih sedang berfikir. Almaklumlah, otaknya agak lemah bab ingat mengingat ni. Yang dia laju kalau cari idea untuk kenakan Halilintar saja.

Setelah hampir setengah minit berfikir akhirnya Taufan dapat mengimbas memorinya. "Ha! Aku dah ingat! Yalah... bukan kita termasuk dalam buku tu ke?"

Gempa dan Halilintar memicit dahi. Taufan memandang mereka sambil menjongket kening.

"Tapi maksudnya, kita tak masuk ke dalam bukulah ni. Mungkin kemunculan portal yang tiba-tiba tu buat kita keliru," ujar Gempa.

Halilintar merebahkan dirinya di atas tanah. Satu keluhan dilepaskan.

"Kenapa?" Soal Taufan.

Halilintar memicit-micit dahinya. "Aku ingat... kita cuma masuk dalam buku, hadapi semua benda pelik ni... dan aku bangun dari mimpi. Penatlah macam ni."

Taufan mencubit kuat betis Halilintar.

"Auch! Kau kenapa?"

"Bro, kau dah bangun dari mimpi?"

"Apa kau ni?" Halilintar menggosok-gosok bahagian betisnya yang dicubit Taufan. Sakit!

Ochobot bangun dari tempat duduknya. "Aku rasa dah lewat malam ni. Baik tidur dulu. Harapnya esok kita boleh cepatkan perjalanan kita. Tak elok kalau ditangguh terlalu lama."

Kepergian Ochobot disusuli oleh Yaya,Ying dan Gopal selepas mengucapkan selamat malam.

Tiga beradik itu hanya memandang kepergian mereka.

"Abang!" Gempa memandang Halilintar. Wajahnya seperti kecewa.

"Apa?"

Taufan mencubit betis Halilintar sekali lagi. Disebabkan terkejut dan sakit, Halilintar sempat menumbuk pipi Taufan.

Taufan mengaduh sakit. "Kau ni Hali, tak sensitif dengan perasaan orang lain langsung!"

"Perasaan kau? Tolonglah."

"Bukan aku."

"Habis tu?"

"Mereka."

Halilintar menoleh ke arah Ochobot dan kawan-kawannya.

"Kan aku dah cakap, kita tak boleh harapkan mereka," ujar Fang pada Ochobot yang sedang berjalan ke arahnya.

Ochobot hanya memandang Fang sekilas sebelum berlalu pergi melepasinya.

Fang memandang Ochobot aneh, "Hei, jawablah."

"Fang." Yaya memanggilnya.

Fang menoleh. "Apa- ufft! Akh!"

Fang tertunduk menahan sakit selepas Yaya dan Ying menumbuk perutnya dan berlalu pergi.

"Erghhh... apa masalah diorang ni?"

Gopal menepuk bahu Fang. "Appa aku kata ada dua jenis orang yang kita tak boleh main-main. Pertama, orang yang lapar. Kedua, orang perempuan."

"Apa maksud kau?" Soal Fang sambil menahan senak di perutnya.

"Kau tak nampak ke Ochobot tengah sedih. Kau pulak macam nak sakitkan hati dia lagi kenapa? Memanglah Yaya dan Ying tumbuk kau."

Fang menunduk memandang lantai. Dia salah cakapkah tadi?

Sementara itu, Gempa merasa bersalah terhadap Ochobot. Tangannya diramas.

"Aku tak fahamlah," ujar Halilintar sambil mengusap betisnya yang masih sakit tadi.

Gempa duduk di hadapan abang-abangnya. "Abang Hali, cara abang cakap tadi tu... mengecewakan Ochobot."

"Ha? Aku cakap apa?"

Taufan yang di sebelahnya menepuk dahi. "Kau ni..."

Gempa menarik nafas sebelum memulakan bicara. "Abang ada salah cakap tadi."

Halilintar menjongket kening. "Salah cakap? Aku cakap apa?" Dia cuba mengingati apa yang dicakapnya tadi.

"Kau kata kau ingat kau masuk dalam buku, hadapi semua benda pelik ni... dan bangun dari mimpi." Taufan cuba mengingatkan Halilintar.

"Oh, ya! Kenapa?"

"Itulah masalahnya. Cara abang cakap macam tak mahu tolong mereka," kata Gempa kesal.

Dahi Halilintar berkerut.

"Aku faham perasaan abang. Cuma... mereka dah hadapi pelbagai kesukaran sementara menunggu kita- maksud aku penyelamat untuk selamatkan tempat tinggal mereka. Kata-kata abang tadi mungkin macam... mengecewakan mereka." Gempa menerangkan.

Halilintar menongkat dagu. Memikirkan kebenaran kata-kata Gempa.

Setelah berfikir, Halilintar menyentuhkan dahinya pada kedua kepala lututnya. "Aish... mulut aku celupar sangat."

"Ayok, kau kena minta maaf esok." Taufan cuba menakut-nakutkan Halilintar.

"Yalah..." Nafas Halilintar dihela.

Gempa menepuk-nepuk bahu abangnya lembut. "Walaupun kita bukan penyelamat yang dicari, kita perlu bantu mereka sedaya mungkin. Aku pernah nampak petempatan mereka. Jadi, sedikit sebanyak aku faham apa yang mereka lalui."

"Kau yakin kita bukan penyelamat yang dicari Gemp?" Soal Taufan.

Gempa menggaru pipinya. "Aku tak rasa kita penyelamatnya. Kita cuma manusia biasa..."

Taufan dan Halilintar berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing memandang ke arah Pedang Elemental yang dimiliki mereka.

Gempa baru tersedar. "Oh, ya. Mungkin... koranhlah penyelamat yang dicari. Mungkin?"

Taufan memandang tangan Gempa. "Kau pun samalah. Buat apa kau ada kuasa?"

Gempa menatap kedua tapak tangannya. "Entahlah... susah nak terima kenyataan ni. Semuanya macam tak logik."

"Dia dunia ni... tak ada semua perkara yang logik Gemp. Tak ada yang mustahil. Macam mak pernah pesan... perkara yang mustahil itu tidak menjadi sama ada kita yang tak mahu usaha ke arah itu, ataupun bukan kehendak tuhan." Halilintar memandang ke langit. Wajah emaknya bermain di fikiran.

"Dan hal ini... mungkin perkara yang mustahil. Sebab alam ini luas, kita tak tahu rahsia ciptaan tuhan. Cuma... mungkin beberapa kesan sampingan seperti graviti atau... apa-apa yang lain memberi kesan pada kita sampai kita ada kuasa. Aku tak tahu sangatlah bab-bab sains ni. Tapi... selagi kita boleh bantu mereka... kita usahakan." Taufan memberi nasihat.

Gempa ketawa kecil.

"Hei, kenapa?" Soal Taufan.

"Abang tak perlulah susah-susah fikirkan pasal sains tu. Tapi... terima kasih atas nasihat korang." Gempa tersenyum.

Halilintar dan Taufan tersenyum.

Halilintar merebahkan diri di atas tanah. "Hei, budak. Tidurlah. Esok kita perlu teruskan pengembaraan di dunia asing ni. Paling penting, kita kena cari adik-adik kita yang lain."

Taufan mencebik. "Aku bukan budaklah!"

"Agaknya... mereka yang lain tu baik-baik sajakah? Mereka laparkah? Sihatkah?" Soal Gempa risau sambil perlahan-lahan membaringkan dirinya berdekatan Halilintar.

"Ish, Gempa. Berhentilah risaukan hal makan tu. Macam mak-mak sajalah kau ni." Taufan bercekak pinggang.

"Hehe... maaf."

"Apapun... bukan kau saja risaukan mereka. Kami juga," luah Halilintar.

x-x-x-x-x-x

Gelap.

Kelabu.

Putih.

Perlahan-lahan Ice membuka matanya daripada 'tidur' yang agak panjang.

"Ergh... aku dimana?" Matanya melilau ke sekeliling.

Kepalanya berpinar. Badannya terasa lemah. Dia perlahan-lahan menggagahkan dirinya untuk bangkit.

"Ah, se-sejuknya. Ak-aku di mana ni?"

Ice melihat kawasan sekelilingnya yang diliputi ais tebal. Angin sejuk bertiup agak deras.

"Akh!" Ice terduduk. Kesejukan mencengkam badannya.

Shring!

Satu sinaran cahaya menarik perhatiannya. Dia memandang ke arah punca arah cahaya itu. Ada sesuatu.

Ice menganggahkan dirinya untuk mendapat sesuatu itu. Mungkin sesuatu itu dapat membantunya.

Dia merangkak perlahan-lahan ke arah sesuatu itu.

Setelah beberapa saat dia mengenal pasti sesuatu itu. Dia mencapai sesuatu itu.

Kelihatan seperti sebuah pedang yang tertanam di dalam salji. Apa yang uniknya, tangannya merasa suam tatkala menyentuh pemegang pedang itu.

Entah benda itu berguna ataupun tidak ketika ini, demi kehangatan dan kelangsungan hidup, dia menarik pedang itu keluar.

Pssshhh!

Satu bunyi seperti benda meletus mengejutkannya. Tanah mula bergegar sedikit.

Ice menoleh ke belakangnya apabila dia menyedari sesuatu mula menghampirinya.

Alangkah terkejutnya dia melihat air terpancut keluar daripada bawah timbunan salji. Air itu mula menyimbah ke arahnya.

"AAHHH!"

Gelap.

###########

Thanks for the vote n comments :)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro