Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💎Bab 11 (Ketujuh-tujuh Mereka)

"Banyaklah kau. Bila masa pula dia jadi adik kesayangan aku?" Halilintar menyilangkan tangan di dada.

Taufan tertawa. "Aku bergurau. Ingat tak kisah 2 tahun lalu. Masa ada kes yang Blaze bertumbuk kat sekolah dulu."

"Yang mana?" soal Halilintar. Dia cuba mengingati. Banyak sangat kes salah laku Blaze di sekolah sehingga dia tak pasti yang mana satu.

"Yang kau sangka dia libatkan Thorn sekali dalam pergaduhan tu."Taufan memberi klu kepada Halilintar untuk mengingati kisah itu semula.

"Hmm... ingat dah. Kenapa?"

"Kau marah dia tanpa usul periksa. Kasihan dia tahu tak?"

"Apa kau tak nampak dia yang bergaduh di sekolah, dan cuba libatkan Si Thorn tu?!" Halilintar makin bertegas.

"Tak... abang tak tahu kisah sebenarnya." Gempa menyampuk.

Imbas kembali dua tahun lalu...

Dbukk!!!

Thorn dicampak ke atas kotak-kotak di koridor belakang sekolah.

"Hoi, lembab! Mana abang kau yang tak guna tu?! Dah lari? Takut?" seorang pelajar lelaki berbaju selekeh mengherdik Thorn. Ditemani 4 orang pelajar lain dibelakangnya.

"Aku tak lembablah! Kenapa kau nak cari abang aku?" soal Thorn. Baju sekolah yang kemas dipakainya kotor akibat beberapa sisa-sisa sampah pada kotak yang dihempapnya.

Lelaki itu menarik rambut Thorn. "Bodoh! Aku nak langsaikan hutang dia dengan aku lah!!!" dia menengking Thorn.

"Errgghhh..." Thorn cuba menarik tangan lelaki itu dari rambutnya. "Abang aku yang mana?"

Lelaki itu bengang. Dia menolak Thorn dengan kasar ke belakang. Lelaki itu mula mencarut kasar. "Abang kau yang mana lagi!!! Dasar lembab!!!"

Dia menendang kaki dan badan Thorn.

Thorn mengerang.

"Hoi!!!" satu suara menarik perhatian mereka. Mereka semua menoleh ke arah pemilik suara itu.

Solar muncul di hujung kanan koridor. Tangannya disilangkan di atas dada.

"Ha... lagi satu ikan dah muncul." Lelaki yang berlagak samseng itu menepuk tanganyya. Pelajar lain yang merupakan konco-konconya ketawa.

"Mana abang kau?!" Soalnya kepada Solar

Solar menunjukkan telefon bimbit yang dipegangnya memeparkan video pembulian samseng terhadap Thorn.

"Tak guna!" Lelaki samseng itu bengang.

"Ada banyak lagi video kau yang sebegini." Blaze keluar dari belakang bangunan dan berdiri di Solar.

"Dan kitorang akan hantar video ni kepada guru disiplin dan polis," tambah Solar.

Lelaki semseng dan konco-konconya mengetap bibir.

"Ma... macamlah cikgu akan percaya. Kau pun banyak masalah disiplin kat sekolah." Lelaki semseng itu munyembunyikan rasa takutnya dengan senyuman palsu. Cuba menakut-nakutkan Blaze.

"Heh." Blaze tersengih. Dia langsung tak gentar. "Solar, pergi sekarang. Sekarang baru pukul 2. Rasanya, cikgu disiplin tak balik lagi."

Solar mengangguk. Dia terus meninggalkan tempat itu.

"Halang dia!" Lelaki samseng itu cuba mengejar Solar bersama konco-konconya.

Blaze melangkah sambil mengepal-ngepal penumpuknya. Bibirnya tersenyum.

"Dude, tak boleh ni." Salah seorang konconya menghentikan langkah. Dia kenal akan kehandalan Blaze dalam berlawan.

"Ergh! Lalu sana!" Lelaki samseng itu menyuruh konco-konconya melalui jalan yang bertentangan dengan Blaze.

Konco-konco lelaki samseng itu berpatah balik dari berlari ke arah Blaze untuk melalui jalan lain.

Tiba-tiba seseorang muncul menghalang laluan mereka.

"Haaa?!!" Langkah mereka terhenti.

"Ice?!!" Lelaki samseng itu terkejut.

Ice meneleng dan tersenyum. Tangannya diseluk ke dalam poket seluarnya.

Blaze berjalan ke arah mereka yang terkepung. "Heh, dengan budak skema tu pun korang takut?" Soalnya sinis.

Ice menjeling Blaze.

Blaze tersengih.

"Dude, macam mana ni?" Soal seorang konco samseng itu.

Lelaki samseng itu bengang. "Hoi! Kau ni lembik sangat ke? Ajak geng sekali!" Dia cuba menghina Blaze.

"Aku ajak seorang je. Itu pun korang dah kecut. Nak kata aku lembik?" Blaze ketawa.

Seorang konco berbisik pada samseng itu. "Dude, Ice tu ketua pengawas sekolah. Masak kita kalau dia lapor kat cikgu disiplin dengan surat yang ada tandatangan dia. Dah lah dia juara taekwondo ITF dude! Juara!"

"Ya, ya aku tahu. Itu yang aku tengah fikir apa kita nak buat ni!" mereka dah mula gelabah.

Thorn yang tadi terduduk mula berdiri. "Eish... korang lambat sangatlah!" dia bercekak pinggang.

"Kau diamlah! Aku nak bawa diorang pada cikgu disiplin lah ni!" Blaze bengang. Thorn dah rosakkan suasana kool dia.

"Apa yang lama sangat? Bawalah!" Thorn mula merengek. Tak suka duduk di situ lama-lama.

Blaze menuju ke arah Thorn. "Kau boleh diam tak? Nak selesaikan diorang ni dah cukup susah tau!"

"Kata sebelum ni senang! Apahal jadi susah pulak?!"

Ice menepuk dahi. Dia nampak tanda-tanda perbalahan akan tercetus.

Lelaki samseng itu mengambil kesempatan untuk melarikan diri. Dia menolak Blaze dan Thorn hingga tersungkur dan melarikan diri bersama-sama konco-konconya.

"Hoi!!!" Ice mengejar mereka.

"Erghhh, tak guna!" Blaze bangun dan turut mengejar mereka.

Thorn bangun. Dia mengagak ke mana para pelajar yang melanggar peraturan itu akan tiba. Dia terus menuju dan berlari ke arah bertentangan.

Di belakang makmal komputer sekolah. Para pelajar yang melangggar peraturan itu dikepung oleh adik-beradik itu.

Walaupun bilangan mereka lebih tiga orang ramai dari adik-beradik itu, gentar masih terasa.

"Mana nak lari budak?" Soal Blaze sambil bercekak pinggang. Ice tertunduk kepenatan di tepinya.

"Baik korang serah diri." Thorn mengacukan jari telunjuknya ke arah mereka.

"Hands up!" Blaze turut menacukan cari telunjuknya ke arah mereka ala-ala polis yang menahan penjenayah.

"Bang! Mati!" Thorn bermain dengan mereka. "Hahaha!"

"Ah, sudah! Aku nak balik cepat ni. Nak tidur." Ice menyiku Blaze.

"Lawanlah kalau berani!" Samseng itu memasang kekuda.

"Amboi, berlagak." Blaze tersengih.

Samseng itu meluru ke arah Blaze. Penumbuknya datang melayang ke muka Blaze. Namun, Ice sempat menahannya.

"Ha?!" samseng itu terkejut. Ice tersenyum simpul.

"Hiyargh!" Blaze menyerangnya dengan menepuk kuat di bahagian bawah dadanya.

"Erghh!!!" samseng itu terjatuh dan tersungkur mengerang kesakitan.

Konco-konconya menggigit jari. "Dude!"

"Apa lagi? Serang deme!" salah seorang koncon samseng itu mengarahkan rakan-rakannya menyerang.

Yang lain terus meluru ke arah Blaze dan Ice. Blaze dan Ice bersedia.

"Ha?!" konco yang memberikan arahan tadi ditahan oleh Thorn.

"Kau nak ke mana?" Thorn memberikan senyuman sinis. Lelaki itu menelan air liur.

15 minit kemudian...

Ice menepuk-nepuk tangannya untuk menghilangkan kotoran rumput dan tanah akibat bergelut tadi.

"Dah? Jom!" Blaze mengangkat samseng dan konconya itu untuk membawa mereka ke bilik disiplin.

"Larat ke nak angkat semua?" soal Ice sambil memandang lagi tiga orang terbaring di hadapan mereka.

Thumph!! Seorang lagi konco samseng itu terjatuh di hadapan mereka. Ice dan blaze terkejut.

Thorn menepuk-nepuk bajunya. "Ganas betul dia ni. Nampak lembik."

"Kau lagi ganas." Kata Blaze perlahan selepas melihat lelaki itu tak sedarkan diri ditambah pula dengan muka dan matanya yang bengkak.

"Hmmm?" Thorn tersenyum.

"Weh!" Solar datang membawa kereta sorong.

"Ha, datang pun!"

x-x-x-x-x-x

ThUmPH!!!

Meja kayu dihempas kuat oleh Halilintar. Blaze, Ice, Thorn dan Solar yang duduk di atas sofa terlompat kecil akkibat terkejut. Taufan dan Gempa yang berdiri di ruang tamu itu turut terkejut.

Halilintar mengenggam tangannya geram. "Blaze! Apa lagi alasan kau untuk pukul orang kali ni?"

Thorn mula bersuara, "Abang... Blaze pukul diorang-"

"Kau Blaze ke?!!" soal Halilintar tanpa memandang mereka. Thorn tertunduk.

Blaze bersuara. "Aku pukul diorang sebab diorang yang mula dulu-"

"Dan apa sebab kau untuk libatkan Thorn dan Solar sekali?" Halilintar memotong kata-kata Blaze.

"Abang Hali... Aku yang-" Ice mahu bersuara. Namun, dipotong Taufan.

"Hali, cakaplah elok-elok. Duduk. Dengar penjelasan diorang."

Gempa menambah, "Lagipun, diorang berempat sama-sama terlibat. Abang tak boleh salahkan Blaze seorang sahaja. Tak-"

"Korang semua naik." Halilintar memberi arahan tegas.

"Weh, Hali-" Taufan cuba bersuara.

"Naik!!!" tegas Halilintar.

Secara terpaksa mereka yang lain naik meninggalkan Halilintar dan Blaze berduaan di ruang tamu.

Setelah tiga jam, Blaze naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam biliknya dalam keadaan keletihan.

"Blaze." Satu suara menegurnya.

Blaze mengangkat kepalanya. "Eh?!" terkejut dia melihat adik-beradiknya yang lain ada di dalam biliknya dan Ice.

"Kau ok?" soal Gempa yang datang memapah Blaze.

"Aku... ok." Jawabnya.

"Ish, Hali tak patut buat macam ni." Kata Taufan sambil menggeleng.

"Tak apa. Aku faham. Abang Hali benci pembuli. Dia tak mahu aku jadi macam mereka. Macam kaki pukul." Kata Blaze sambil tersenyum tawar.

Thorn mendekati Blaze. "Abang Blaze, maafkan aku. Aku salah sebab minta tolong abang untuk bawa diorang ke bilik disiplin. Patutnya... aku minta tolong Abang Ice dan Solar saja."

"Perkara ni dah berlaku pun." Ais mengeluh melihat keadaan Blaze.

x-x-x-x-x-x

Halilintar terdiam mendengar kisah penuh dari Taufan. Dia kemudian menunduk dan memegang dahinya. "Aku abang yang teruk. Fobia aku terhadap pembuli masih ada. Dan aku libatkan mereka yang tak bersalah."

Taufan menepuk bahu abangnya. "Aku bukannya tak mahu bagitahu kau. Kau tak bagi aku peluang nak menerangkan. Lagipun, Blaze pun dah tak kisah. Dia faham keadaan kau. Cuma... aku harap kau faham dia juga."

Halilintar menggeleng lemah. "Aku memang abang paling tak guna. Aku masih tak faham kenapa aku anak sulung. Sedangkan aku tak layak."

Gempa menggosok bahu Halilintar. "Abang, ada hikmah dan sebab Tuhan beri kita tanggungjawab. Dia tahu kita mampu pikulnya."

"Masih sempat kau nak berubah dan perbaiki keadaan. Chill bro." Taufan menumbuk bahu Hali. Gempa mengangguk tanda bersetuju dengan Taufan.

Halilintar mengeluh perlahan dan kemudian menangguk.

Gempa melempar pandangannya ke hadapan tempat mereka duduk. Kelihatan langit ungu semakin cerah. Tanda matahari semakin naik. Mukanya berkerut tiba-tiba. "Eh-?!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro