Reason 5: Jung Hoseok
"Aku nak korang jujur apa yang korang dah buat pada Jin. Korang tak boleh nak sorokkan lagi sebab satu persatu kebenaran mula terbongkar. Pleaselah, semua orang buat salah. Yang penting kita kena berani akui kesalahan kita,"kata Jung Kook sambil memegang tiga lagi kaset di tangannya. Kaset yang bakal dimainkan nanti kaset bernombor lima milik Hoseok. Jung Kook serahkan kaset itu pada Hoseok. Tangan Hoseok terketar ketar mengambil kaset tersebut. Dia menelan air liur beberapa kali. Yang lain mula mengalihkan perhatiannya ke arahnya.
"Apa kau dah buat Hoseok?"soal Taehyung. Hoseok meramas rambutnya. Dia tahu isi kaset di tangannya itu. Tapi sampai bila dia nak lari dari sembunyikan sebuah kebenaran.
"Aku dah bunuh seseorang,"Hoseok nekad membuka mulutnya sebab dia sendiri tidak sanggup lagi dihantui dosa silamnya. Ya, dia sentiasa dihimpit rasa bersalah setiap masa. Pendosa akan sentiasa ingat pada dosanya. Mungkin ini waktu yang sesuai untuknya. Dia perlu berani.
"Aku dah bunuh seseorang yang paling Jin-hyung sayang dalam hidup dia. Aku kejam. Aku binatang,"sambung Hoseok menumbuk dadanya berkali kali. Tanpa teragak-agak dia memasukkan kaset miliknya itu ke dalam radio. Terus air matanya jatuh turun di pipi. Hoseok memeluk tubuhnya yang menggeletar kuat. Bunyi yang keluar dari kaset itu terus membuatkan tubuhnya sejuk, pucat dan kejung.
"Jung Hoseok. Apa khabar? Appa dan omma kau sihat ke tak sekarang? Aku tahu kau sayang sangat kedua orang tua kau kan sebab tu kau sedaya upaya cuba tak nak buat diorang berdua kecewa. Saper yang tak sayang omma dan appa yang dah lahirkan kita ke dunia ni, besarkan kita sampai kita mampu berdiri dengan sendiri. Hoseok, kau dah bunuh seseorang yang paling berharga dalam hidup aku—insan yang aku dah anggap macam appa aku sendiri. Jujur aku cakap, kau kejam Hoseok. Jasad kau berupa manusia, tapi hati kau hati binatang yang tak tahu erti belas kasihan, erti kehilangan. Mungkin kau takan rasa sebab bukan kau yang alami semua ini. Cuba kau bayangkan kalau ada orang cuba cederakan omma dan appa kau depan mata kau sendiri.
Apa perasaan kau masa tu?
Tak payah cakap, tentu kau akan marah. Macam tu lah yang aku rasa bila depan mata aku sendiri kau langgar Ajusshi Han sampai dia maut. Marah aku membuak buak pada kau. Kalau boleh aku nak bunuh kau, aku nak seksa kau sampai kau mati. Tapi aku masih waras, aku masih fikir tentang perasaan omma dan appa kau bila diorang hilang satu satunya anak tunggal diorang yang paling diorang sayang.
Aku tahu Hoseok mungkin kau dah tak nak dengar lagi benda ni. Suka atau tak, aku akan ceritakan semua dosa hitam kau pada malam itu. Malam tu hujan turun dengan sangat lebat. Ajusshi Han memang risau gila dengan keadaan aku sebab aku tinggal sorang sorang je kat rumah tu lepas Minra takde. Setiap hari ahjumma Han akan masakan makanan untuk aku dan Ajusshi Han yang akan tolong hantarkan. Tiga kali sehari. Pagi, petang, dan malam. Diorang berdua berkali kali cuba pujuk aku supaya aku tinggal dengan mereka berdua tapi aku tak nak sebab banyak benda yang tak boleh aku lupakan tentang Minra kat rumah tu. Terlalu banyak. Ahjumma Han dan Ajusshi Han aku dah anggap macam omma dan appa aku sendiri. Sejujurnya, diorang berdua layan aku macam anak diorang. Mereka bagi layanan pada aku yang aku sendiri tak pernah dapat dari omma dan appa kandung aku sendiri. Aku mengaku yang omma dan appa aku dah tak anggap aku sebagai anak kandung mereka.
Walaupun kat luar hujan turun dengan lebat, Ajusshi Han tetap berdegil nak pergi hantarkan makanan untuk aku sebab dia tak nak aku kelaparan. Buat masa sekarang aku hanya ada mereka berdua saja tempat aku berlindung sebab keluarga aku langsung tak ambil tahu tentang aku. Bila ajusshi Han tiba di rumah aku, kami makan sama sama. Banyak benda yang kami bualkan. Rasa macam malam tu adalah malam terakhir aku jumpa dia, aku tatap wajah dia. Sedikit sebanyak dia dah hilangkan rasa sunyi aku dan hiburkan aku.
Hujan yang sangat lebat menyebabkan atap rumah aku ada yang bocor di beberapa tempat. Ajusshi Han takut aku tak selesa. Walaupun dah lewat malam, bila hujan dah reda dia keluar sebab nak beli penampal untuk tampal siling yang bocor. Kedai hardware agak jauh sedikit dari rumah dan berada di pekan. Risau dengan keadaan Ajusshi tu....aku nekad pergi temankan dia sekali. Hoseok, ajusshi Han tu dah betul betul tua. Dia rabun malam. Tu yang aku tak beberapa harap kalau dia keluar sorang diri.
Usai beli penampal ajusshi Han dan aku keluar dari kedai yang kitorang pergi. Aku yang tolong bawakan barang barang untuknya. Aku suruh dia berehat dulu sebab takut dia penat berjalan kaki agak jauh. Dia kata dia nak cepat cepat balik sebab risau kat ahjumma Han yang sorang diri kat rumah.
Masa nak lintas jalan, ajusshi jalan lebih depan dari aku. Aku tak perasan masa tu sebab seorang perempuan terlanggar aku dan barang barang yang aku bawa habis jatuh. Masa tu jugak ada sebuah kereta berwarna merah dengan nombor plat AD 580 meluru dengan laju ke arah laluan yang sedang ajusshi Han lintas. Padahal masa tu lampu merah. Pemandu kenderaan kena berhenti. Tapi Hoseok, kau pandu kereta kau dengan sangat laju sampai kau tak sedar kau langgar ajusshi Han. Benda tu jadi betul betul depan mata aku. Aku tak tahu kau memang sengaja langgar ajussji Han atau pun kau memandu dalam keadaan mabuk.
Ajusshi Han terbaring atas jalan dengan kepala dia pecah berkecai. Kaki......aku tengok kaki dia putus dua. Separuh tubuh dia hancur digilis. Darah penuh di sekitar sampai buat aku tak terkata apa apa pun. Aku kelu. Aku jadi pitam. Hoseok, aku tahu masa tu kau tentu sangat cemas. Kau berhentikan kereta kau sekejap. Kau turun dari kereta dan menuju ke arah ajusshi Han. Tak ramai orang kat sekitar masa tu. Betapa kejamnya kau. Kau hanya tinggalkan beberapa helai duit di sebelah ajusshi Han. Bodoh! Kau ingat duit kau tu akan hidupkan balik ajusshi Han yang dah mati. Dengan langsung tak bertanggung jawab kau masuk semula ke dalam kereta dan tinggalkan saja kami berdua di situ. Aku cuba kejar kereta kau tapi kau buat tak tahu je dan pandu kereta kau dengan lebih laju lagi.
Aku menjerit minta tolong. Ambulans datang selepas beberapa minit. Namun, ajusshi Han disahkan meninggal serta merta di tempat kejadian.
Disebabkan perbuatan kejam kau, ahjumma Han hilang suami dia. Ahjumma Han hanya sebatang kara. Dia hidup sorang diri. Dengan berat hati dia terima kematian suami dia. Dia malas nak fikir siapa orang yang dah langgar suami dia sebab untuk apa dia dapatkan keadilan. Keadilan yang takan hidupkan balik suami dia. Aku tahu kau anak orang kaya Hoseok. Sekejap je bapak kau boleh tutup mulut mulut pengawai polis dengan duit dia yang banyak tu. And yes, sekejap saja polis tutup kes tu selepas beberapa bulan diorang gagal temukan pesalah. Padahal pesalah tu adalah kau. Jung Hoseok.
Kau mungkin terlepas dari hukuman dunia ni. Duit appa kau dah selamatkan kau, duit appa kau dah berjaya elak kau jadi banduan. Tapi kau ingat Hoseok nama kau takan pernah terpadam sebagai pembunuh. Yup, kau pembunuh. Pembunuh. Kau dah bunuh orang yang paling aku sayang dan selayaknya kau pun patut mati dibunuh. Tapi aku bukanlah sesiapa yang boleh menjatuhkan hukuman pada kau, aku bukan hakim, aku takde kuasa.
Tapi Hoseok kalau kau rasa diri kau betul betul manusia, aku mintak sangat sangat kau pergi jumpa ahjumma Han. Kau kena mintak maaf dekat dia dan mengaku semua kesalahan kau. Selagi kau kau tak mengaku apa yang dah kau buat, selagi tu kau akan rasa terus berdosa. Kau masih ada peluang, kau pergilah lunaskan apa yang patut sebelum terlambat. Mungkin sukar bagi kau, tapi sekurang kurangnya kau cuba walaupun apa yang berlaku takan merubah apa pun. Yang dah mati tetap takan hidup balik kan,"
Hoseok terus bingkas bangun. Dia ambil jaketnya dan pakaikan pada tubuhnya.
"Kau nak pergi mana ni Seok,"Yoongi menahan lengan Hoseok.
"Aku nak pergi mintak maaf dengan Ahjumma Han. Aku berdosa,"Hoseok teresak esak menangis. Yoongi terus menarik Hoseok ke dalam pelukannya. Yang lain pun turut memeluk Hoseok bersama.
"Kau dah fikir masak masak ke ni Hoseok?"soal Taehyung. Hoseok mengangguk dengan penuh yakin.
"Aku tak nak jadi pengecut. Lepas ni aku akan serah diri pada polis. Aku selayaknya dapat hukuman atas kesilapan aku. Guys, aku mungkin takan dapat jumpa korang dah lepas ni lagi," Hoseok pandang wajah wajah kawannya itu dengan penuh sayu. Yang paling dia terkesan adalah Jin yang tiada bersama mereka. Dia sangat berterima kasih pada Jin-hyung kerana dah menyedarkannya.
"Kitorang akan doa yang baik baik je untuk kau,"Namjoon menepuk bahu Hoseok lembut.
"Kalau kau rasa ni yang terbaik, go on. But, apa pun jadi kat kau kitorang semua akan still support kau. Remember? We're BTS forever,"Taehyung menggengam erat tangan Hoseok, cuba bagi kekuatan. Hoseok melepaskan pelukan kawan kawannya dengan hati yang berat. Dia berlalu keluar sambil melambaikan tangannya.
"Game ni akan diteruskan kan? Kita ada lagi dua untuk habiskan baki dua lagi kaset tu,"kata Jung Kook mengingkatkan Namjoon dan Taehyung tentang giliran mereka seterusnya.
"Aku rasa Jin buat semua ni sebab dia nak kita sedar semua perbuatan keji yang kita dah buat,"tambah Yoongi.
"Nae. Selami aku salah anggap pada dia. Aku tuduh dia macam macam. Aku langsung tak bagi dia peluang bagi explaination. Kita semua dah abaikan dia, palau dia sampai Jin-hyung rasa hidup dia dah takde erti lagi,"sambung Taehyung kecewa dengan dirinya sendiri.
"Ermm, korang ada dapat apa apa berita dari Jimin tak? Aku dah banyak kali call dia tapi tak dapat,"Jung Kook ajukan soalan itu walaupun dia tahu akan buat Taehyung tak selesa.
"Samalah. Dia menghilang macam tu je. Aku cuma takut dia buat kerja kerja bodoh lagi,"balas Namjoon dengan wajah berkerut risau. Lepas satu satu jadi. Harap harap Jimin berada dalam keadaan baik.
* * * *
Hoseok berdiri di hadapan rumah itu dengan tubuh menggigil beberapa kali. Air liur ditelan. Tekak terasa agak perit. Dia mengeluh hampa sambil lebih mara menapakkan kakinya pada pintu rumah itu.
"Ahjumma!"daun pintu diketuk sebanyak tiga kali. Beberapa minit menunggu, pintu itu masih belum dikuak. Hoseok ketuk sekali lagi dan hanya tunggu beberapa minit kemudian namun tetap sama.
"Takde kat rumah ke,"Hoseok cuba memulas tombol pintu itu. Daun pintu itu terkuak sedikit. Ia tidak dikunci. Dia berbelah bagi sama ada dia nak masuk je terus ataupun tunggu Ahjumma Han datang. Tapi pelik sebab pintu ni tak dikunci. Mungkin rumah ni telah dipecah masuk ke. Siapa tahu? Hoseok nekad tolak je pintu itu dan melangkah masuk ke dalam rumah.
"Ahjumma! Ahjumma!" jerit Hoseok melilau di ruang tamu mencari ahjumma Han. Kat sini pun macam ahjumma Han takde.
Prakk! Pengg!
Telinga Hoseok menangkap bunyi sesuatu dari arah dapur kalau tak silap. Bunyi lebih kurang macam objek besi terhempas pada lantai. Berasa risau, Hoseok terus bergegas ke dapur. Betul tekaannya. Kelihatan ahjumma Han sedang memanjat tangga sambil beberapa memegang peralatan besi di tangannya.
"Aigoo, ahjumma buat apa ni? Bahaya la, turun sekarang! Bahaya tu!" Dah separuh ahjumma Han panjat tangga tu. Hoseok cepat cepat pegang tangga tu. Dia merangkul belakang tubuh ahjumma Han sambil perlahan lahan mendorong wanita tua itu menuruni tangga.
"Seok bila datang ni?"
"Ermm baru je. Banyak kali Seok panggil ahjumma. Dah la pintu rumah tu tak dikunci. Bahaya tau. Ni ahjumma panjat tangga ni kenapa? Nak jadi stanman ke?"balas Hoseok. Ahjumma Han ni ada masalah perdengaran sikit. So, Hoseok kena cakap kuat kuat baru dia dengar.
"Siling tu macam bocor je. Semalam hujan, air keluar. Ahjumma ingat nak tampalkan,"Ahjumma Han tunjukkan beberapa bekas air yang menadah air dari lubang kecil di siling.
"Kan Seok dah bagitahu awal awal kalau ahjumma perlukan apa apa bantuan call je Seok. Ahjumma tu dah tua, dah tak boleh buat kerja bahaya macam ni. Kalau jadi apa apa pada ahjumma macam mana,"marah Hoseok. Ahjumma Han hanya tersenyum nipis. Garis garis kedut menimbul di wajahnya.
"Dah, biar Seok je yang buat. Tu, Seok ada belikan barang barang dapur,"Hoseok tanggalkan jaketnya dan memanjat tangga itu. Ahjumma Han pula akan hulurkan beberapa peralatan yang Hoseok perlukan dari bawah.
"Seok ni susah susah. Barang dapur yang Seok beli minggu lepas tu pun belum habis lagi,"
"Alah, kedai tu jauh....ahjumma tak larat nak jalan pergi sana. Ahjumma, Seok ni ada untuk tolong ahjumma. Ahjumma tu dah macam nenek Seok sendiri,"Hoseok jadi sebak. Mungkin lepas ni dia takan jumpa lagi Ahjumma Han. Jujur dia cakap, dia mula sayang pada wanita tua itu. Tapi, boleh ke ahjumma terima hakikat yang bakal terungkap nanti. Segala galanya mungkin berubah.
"Kamu ni sama macam mendiang anak lelaki ahjumma. Ahjumma rindu sangat kat dia,"
"Anak lelaki? Ahjumma cakap ahjumma ada anak perempuan je kan? Ni yang mana pulak,"Hoseok tahu siapa yang ahjumma maksudkan.
"Anak angkat ahjumma. Kim Seok Jin. Dulu dia tinggal kat rumah kosong sebelah sana. Suami ahjumma pun sayang kat dia. Tapi dia pergi dulu sebelum ahjumma lepas beberapa bulan suami ahjumma pergi,"Ahjumma Han mengeluh sambil menundukkan pandangan. Matanya bundar, dan nampak berair buat hati Hoseok meruntun hiba. Ahjumma Han kesat celah matanya.
"Seok makan tengah hari kat sini ye. Ahjumma masak kan. Seok nak makan apa?"Ahjumma Han kemaskan barang barang dapur yang Hoseok bawak itu. Sayur, lauk, buah dimasukkan ke dalam peti sejuk. Bahan bahan kering disusun di rak.
"Seok nak makan pizza,"balas Hoseok sambil mengangkat tangga itu dan sandarkannya ke dinding sebaik selesai menampal siling.
"Boleh je ahjumma buatkan. Tapi Seok tunggu kejap ye. Jangan balik lagi tau,"Ahjumma Han menyarungkan apron pada tubuhnya. Sambil tunggu ahjumma Han masak tu, Hoseok ke tingkat atas. Dia senyap senyap masuk ke dalam bilik ahjumma Han. Kat dinding bilik tu penuh dengan gambar ahjumma Han, ajusshi Han, gambar kanak kanak perempuan yang seusia lebih kurang 5 tahun dan gambar Jin juga Minra. Hoseok terpacak berdiri di hadapan gambar ahjusshi Han. Gambar itu disentuh. Air matanya turun jatuh. Lututnya terketar ketar lalu dia terus tersungkur rebah.
"Mianhae! Mianhae!"kata Hoseok. Gambaran malam kejadian itu terimbas jelas di matanya. Di sebelahnya mayat ajusshi Han, terdampar di atas jalan dengan penuh darah. Hoseok terus merangkap menjauhi mayat itu.
"Mianhae! Mianhae!"
* * * *
Bunyi doorbell beberapa kali di pintu utama terus membuatkan ahjumma Han menangguhkan dulu kerjanya dan menuju ke ruang tamu. Daun pintu dikuak. Beberapa orang pegawai polis tercegat berdiri di luar.
"Aigoo, ada apa ni encik?"Ahjumma Han kemaskan tepung yang melekat di tangannya untuk bersalaman dengan pegawai polis itu.
"Saya Inspector Lee,"lelaki itu tunjuk name card di lehernya.
"Kami datang untuk bawa Jung Hoseok ke balai,"sambungnya. Ahjumma Han cuak. Wajahnya nampak betul betul terkejut.
"Aniya! Apa yang jadi sebenarnya ni,"
"Kes langgar lari yang telah mengorbankan suami Puan dua tahun lepas dibuka balik dan disiasat semula. Kami dapati Jung Hoseok yang bersalah, dan dia sendiri membuat panggilan supaya menahannya di sini,"balas Inspector Lee dengan lancar. Ahjumma Han menekup mulut. Dia rebah serta merta.
"Ahjumma! Mianhae!"Hoseok datang memeluk ahjumma Han dari belakang.
"Mianhae! Maafkan Seok ahjumma! Maafkan Seok!"jerit Hoseok. Ahjumma Han hanya diam dan menangis.
Polis polis itu menahan Hoseok dan menggari tangannya. Hoseok dibawa keluar. Mata Ahjumma Han mengekor pada tubuh sehingga Hoseok diarah masuk ke dalam kereta polis.
Hi yall, author update lagi memandangkan ada readers yg tanya bila author nak update. This is for you. Author dah lma tak update sebab author ingatkan korang dah tak baca ff ni.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro