Reason 4: Kim Minra
Tinggal empat orang saja di ruang tamu itu. Jung Kook,Taehyung,Namjoon dan Hoseok. Yoongi pulak pergi temankan Jimin balik,memandangkan Taehyung perlukan masa untuk reda,untuk cerna semua yang berlaku,yang langsung dia tak jangka kawan baiknya sendiri memperdajalkannya.
Rasa marah itu,membuak buak,menjulang tinggi namun akalnya masih berfikiran waras dan sebab itu dia cuba kawal tindakannya agar tidak melakukan apa apa yang di luar jangkaan.
Dan juga tinggal empat pita suara lagi yang belum dimainkan;pita pita yang tertulis nama Minra sebagai nombor 4,Hoseok nombor 5,Namjoon nombor 6 dan Taehyung nombor 7. Jam di dinding menunjukkan pukul 5 petang. Keempat empat pita ini perlu dihabiskan dengan segera. Mungkin banyak kebenaran yang belum terbongkar,yang belum diketahui oleh mereka semua.
Taehyung ambil pita nombor 4;pita milik Minra. Bersama pita itu dilekatkan sekeping gambar dan sehelai surat lama yang bertulisan tangan.
"Noona!"Taehyung menitiskan air mata apabila memandang gambar tersebut;gambar Taehyung bersama Minra sewaktu mereka kecil. Seingat Taehyung,masa tu dia berumur 6 tahun dan Minra pulak 4 tahun. Kedua duanya nampak comel duduk berpegangan tangan di atas bangku.
"Gambar hyung ke ni? Budak perempuan kat sebelah hyung tu saper,"soal Jung Kook yang turut melihat gambar tersebut.
"Minra. Noona hyung!"Taehyung kucup gambar tersebur. Hatinya sebak,rasa bersalah yang tak dapat dia gambarkan,bagaimana sewaktu Minra hidup dulu,dia buang Minra dari hidupnya. Padahal tu adalah darah dagingnya sendiri. Taehyung alihkan gambar dan surat tersebut terlebih dahulu. Pita suara tersebut dimasukkan ke dalam pemain pita suara.
Ada alunan muzik,muzik piano yang mendayu dayu.
"Kim Minra. Dia,dia sangat istimewa bagi aku. Sebab apa? Sebab dialah perempuan pertama yang aku jatuh cinta. Walaupun dia nampak kasar sikit,tapi terselit feministik dalam dirinya yang buat aku tertarik padanya. Tapi sayang,sekarang dia dah takde bersama aku,dia dah pergi tinggalkan aku buat selama lamanya dan aku tahu dia takan kembali lagi pada aku. Tapi masih terasa kehadirannya di sisi aku,mungkin sebab aku tak dapat nak lupakan dia. Memang aku takan lupakan dia pun sebab aku dah banyak habiskan memori aku dengan Minra walaupun memori indah tu hanya sedikit saja.
Aku tak nak cerita benda buruk pasal Minra sebab aku nak korang tahu yang Minra pun seorang yang perempuan yang baik,penyayang. Dia bidadari aku. Aku tak jangka,saat dia tinggalkan aku dan dia pergi pada Jimin semula,Tuhan tetap pulangkan balik Minra berada di sisi aku untuk kali terakhir. Ya,kali terakhir yang sangat membahagiakan aku dengan Minra walaupun noona aku dah benci dia,noona aku haramkan aku dekat dengan dia. Tapi sebab sayang,aku tetap pilih Minra berbanding noona aku sendiri.
Minra pulang ke pangkuan aku dengan keadaannya yang aku kira dia dah nazak dengan luka satu badannya dibelasah teruk oleh Jimin,Yoongi dan Namjoon. Aku jumpa dia pun masa dia merayau rayau kat tepi jalan dengan tubuh tanpa seurat benang dan orang ramai halau Minra bila Minra cuba mintak makanan dari mereka. Diorang baling Minra dengan sampah. Tanpa rasa malu,tanpa segan silu aku bawak Minra balik ke rumah aku. Bila nampak je Minra,Jin Hye terus halau dia keluar sampai aku gaduh dengan noona aku sendiri sebab nak pertahankan Minra. Last last sekali,aku ambil keputusan untuk keluar dari rumah tu dan bawa Minra bersama. Dengan duit duit gaji yang aku kumpul,aku hanya mampu sewa sebuah rumah kecil untuk kami berdua tinggal.
Di situlah kami habiskan masa bersama. Saat terakhir aku bersama Minra. Kehidupan kami semuanya berjalan lancar. Namun,tak semuanya indah. Percayalah,setiap pertemuan akan ada perpisahan dan setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tak semua insan yang kita sayang,yang kita cinta akan kekal bersama kita selamanya sebab mereka pun akan menempuhi kematian. Minra yang mulanya sihat,aku tak jangka dia akan jatuh sakit. Satu hari tu,Minra demam teruk,batuk batuk sampai keluar darah. Aku ingatkan dia cuma demam biasa. Demamnya melarat sehingga berminggu minggu dan aku decided bawa dia ke klinik walaupun dia tak nak. Dia takut ke suntik dengan doktor sebenarnya.
Dunia aku jadi mendung semula bila doktor sahkan Minra positif HIV. Minra kena AIDS tahap ketiga. Separuh tubuhnya dah dijangkiti virus HIV.Masa tu aku tak tahu nak buat apa dan Minra pula hanya reda dengan ujian yang dia terima ni. Kami berdua tetap teruskan hidup walaupun kesusahan demi kesusajan mula melanda bila aku terpaksa ambil cuti panjang untuk jaga Minra dan aku perlukan wang yang banyak wang untuk bayar kos rawatan Minra sehingga aku terpaksa berhutang sana sini. Sampai satu tahap Minra lumpuh,dia tak boleh buat apa dan hanya terbaring lemah di atas katil. Wajahnya pucat dan dia dah jarang berbual dengan aku selalu. Aku nak sentuh dia pun dia tak bagi. Dia hanya boleh tengok aku dan aku betul betul berharap kelopak matanya itu takan tertutup. Aku tak nak Minra mati,aku tak sanggup kehilangan dia.
Mungkin Tuhan lebih sayangkan Minra,mungkin Tuhan nak hentikan semua penderitaan yang Minra alami. Dan Tuhan ambil Minra dari aku. Minra hembuskan nafas terakhir di dalam pelukan aku. Jasadnya yang dah tak bernyawa aku peluk erat,aku menangis,menjerit dan itu sia sia sebab Minra dah takan kembali pada aku.
Taehyung,kalau kau boleh dengar suara aku ni.......sebelum Minra mati dia minta aku bagi surat yang dia tulis khas untuk kau. Dia jugak mintak kau maafkan semua kesilapan dia,dosa dosa dia yang dia dah lakukan pada kau. Minra noona kau,tentu kau sayang dia,so aku harap kau dapat maafkan dia supaya dia boleh tenang kat sana kan. Kau kena cuba terima dia walaupun dia buruk di mata kau,".
Tiada lagi suara yang keluar dari pita tersebut. Air mata Taehyung mengalir keluar. Satu lagi kebenaran yang pahit untuk Taehyung terima. Selama ni dia fikir Jin yang dah bunuh Minra,tapi pada hakikatnya Minra pergi disebabkan penyakit yang dihadapinya.
Satu kesilapan besar yang Taehyung dah lakukan.
"Aku dah silap Jung Kook. Disebabkan ego aku sendiri,aku hilang adik noona aku,aku buang dia dari hidup aku. Aku dah gagal tunaikan amanah omma aku,"Taehyung merintih dengan tangisan tanpa henti. Jung Kook memeluk Taehyung erat dan cuba menenangkannya.
"Baca ni sekarang. Mungkin Minra ada nak sampaikan sesuatu pada hyung,"Jung Kook hulurkan surat tersebut pada Taehyung. Taehyung buka surat tersebut. Air matanya dikesat,dan surat itu dibaca dengan penuh teliti walaupun ada beberapa perkataan tu ditulis dengan tak beberapa jelas dan ditutupi dengan tompokan darah yang dah kering.
Kepada Taehyung,
Tae,ni Minra. Minra rindu sangat pada Tae. Sebelum Minra pergi,Minra nak jumpa Tae untuk kali terakhir tapi Minra takut Tae takan terima Minra lagi dengan keadaan Minra yang sakit macam ni. Cuma satu je Minra mintak,Tae tolong jangan benci Minra. Minra sayang Tae sangat sangat. Minra tak nak adik Minra sendiri benci Minra. Tae,terima kasih banyak banyak sebab selama ni Tae jaga Minra dengan baik sangat. Tae jangan risau sebab Minra dah jumpa lelaki yang mulia,lelaki yang sebaik Tae,lelaki yang dah jaga Minra baik baik seperti Tae jaga Minra. Dan Minra bahagia sangat dengan Jin.
Tae jaga diri elok elok ye sebab mungkin lepas ni Minra akan berpisah dengan Tae. Tae jangan risau,Minra takan tuntut apa apa dendam pun pada Tae. Suatu hari nanti Minra harap Minra dapat jumpa Tae lagi. Rindu sangat Minra kat adik Minra yang comel,yang hensem ni. Ermm,Tae....cuma satu je yang Minra nak Tae tahu,Minra sayang Tae. Noona mana tak sayang adik sendiri kan.
Selamat malam Tae.
Beberapa minit kemudian,surat tersebut basah dengan tompokan air,air yang tak henti henti menitis dari tubir mata Taehyung.
"Tae maafkan Minra. Tae harap Minra tenang kat sana,"bisik Taehyung lalu melipat semula surat tersebut.
Vote and comment.
Author update esok pulak ye. Sorry kalau part ni tak beberapa nak sedih.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro