Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Reason 2: Min Yoongi

"Apa semua ni Tae? Aku betul betul kesal dengan kau. Sanggup kau perangkap Jin semata mata kau nak aku benci pada dia,"tengking Jung Kook. Kesabarannya hilang atas apa yang Taehyung lakukan pada Jin. Dan penyebab utama persahabatannya dengan Jin putus adalah Kim Taehyung sendiri.

" Jung Kook,boleh tak kau buka mata kau tu luas luas. Semua kebaikan Jin je yang kau nampak. Kau langsung tak sedar yang malaikat yang kau sanjung sangat tu sebenarnya setan. Aku hilang unnie aku disebabkan dia. Dia dah rampas semua kebahagian yang aku ada. Dia rampas Minra,bahkan dia cuba rampas kawan kawan aku. Aku buat semua ni untuk persahabatan kita,"balas Taehyung masih tetap mempertahankan pendiriannya.

"Kau tu yang setanlah," Jung Kook meninggikan suaranya. Terus hilang rasa hormatnya pada Taehyung.

"Wei,dah dah la tu. Tak payah gaduh gaduh. Benda dah jadi kan pun. Kita dah tak boleh betulkan balik semua yang berlaku. Lagipun,Jin dah takde! Bukan salah Taehyung sorang je,kita semua yang salah. Kita semua yang menjadi penyebab Jin mati," Yoongi cuba meredakan keadaan. Jimin memeluk Jung Kook erat. Namjoon pula sedang menenangkan Taehyung. Tak naklah Jung Kook dan Taehyung bertumbuk bagai nanti.

"Sekarang giliran aku pulak," Yoongi mengambil kaset yang bernombor dua yang siap dituliskan dengan namanya. Min Yoongi.

Yoongi menelan air liur. Tekaknya terasa berpasir. Tangannya terketar ketar ingin memasukkan kaset tersebut ke dalam pemain suara.

Yoongi kuatkan semangatnya. Dia tahu,dia sendiri pun ada buat salah pada Jin dan sekarang tiba masanya untuk dia mengaku semua salahnya. Betul kata orang,setiap perbuatan jahat yang kita lakukan,akan ada karma yang memburu kita. Dan selagi kita tidak mengaku semua kesalahan kita,selamanya kita akan dihantui rasa bersalah. Itu yang Yoongi rasa selama ni.

Kaset tersebut terus dimasukkan.

"Min Yoongi,seorang lelaki yang menjadi kebangaan aku. Yoongi,aku pernah cuba untuk jadi seperti kau. Kau ada paras rupa yang kacak,genius,pandai bersukan. Bagi aku,kau seorang yang cukup sempurna. Semua orang kagum dengan kau termasuklah aku sendiri. Jadi tak heranlah kalau,nama kau sering menjadi sebutan.

Tapi hakikatnya,kau adalah seorang yang hipokrit. Di sebalik kebaikan yang kau tunjukkan pada aku,aku tahu kau lakukan tu semua sebab kau nak capai apa yang kau inginkan iaitu jatuhkan aku. Kau tahu tak Yoongi,aku pernah intip kau...aku cuba tiru apa yang kau lakukan. Aku bangga dengan kau sebab setiap masa kau study. Aku pun nak jadi bijak macam kau. Aku usaha setiap masa,sampai satu tahap aku sendiri pun tak sangka yang aku mampu mengatasi kau.

Aku tahu kau tergugat dengan aku. Aku tahu kau takut sekiranya aku akan jadi lebih hebat dari kau. Yoongi,aku sedar siapa aku,aku takan mampu jadi sehebat kau. Tapi kenapa kau mesti dengki dengan aku sedangkan aku tak pernah pun halang apa yang kau nak buat. Aku sanggup lepaskan jawatan president kelab matematik semata mata untuk kau. Bagi aku,aku tak suka rampas apa yang menjadi milik orang lain. Tapi kau yang cuba rampas apa yang jadi milik aku. Tolonglah Yoongi,bukan kau sorang saja yang hidup kat dunia. Hidup kita ibarat roda Yoongi. Kejap kita di atas,kejap kita di bawah. Tapi kau tak boleh terima hakikat tu. Bila aku cuba bangkit,senyap senyap kau cuba jatuhkan aku. Aku tahu Yoongi. Aku tahu apa kau buat pada aku. Aku tak buta Yoongi,tapi aku hanya diamkan diri je sebab aku tak nak gaduh dengan kau. Kau curi assigment,nota nota aku semuanya kau bakar. Kejamkan kau? Kau juga yang mengadu pada Mrs.Song yang aku meniru dalam peperiksaan. Akibatnya,aku digagalkan oleh Mrs.Song dan aku terpaksa repeat semester kedua. Tapi seburuk mana pun perangai kau,kau still kawan aku,idola aku.

Aku harap kau akan berubah Yoongi. Aku harap kau dapat ubah perangai kau. Jangan risau Yoongi,aku dah takde sekarang....so aku takan jadi persaing kau lagi. Aku takan jadi penghalang kau. Yoongi,kalau betul betul nak jadi hebat,kau kena usaha bersungguh sungguh untuk capai apa kemahuan kau Yoongi. Aku pernah berazam nak graduate sama sama dengan kau,tapi nampaknya aku yang pergi dulu dari kau.

Semua orang buat silap Yoongi. Segala kesalahan kau,aku maafkan kau. Aku tak layak nak hukum kau. Good luck untuk final exam kau!

Air mata Yoongi jatuh turun membasahi pipinya. Segala kesilapan yang telah dilakukan pada Jin tergambar di depan matanya,seakan memori itu diputarkan kembali,buat Yoongi akan silapnya.

"Aku bodoh! Aku memang tak guna! Aku bodoh!" Yoongi memaki dirinya sendiri. Dia menumbuk kepalanya berkali kali sehingga berdarah.

"Yoongi,apa kau buat ni?" Namjoon terus memegang tangan Yoongi. Yoongi tidak henti henti mencederakan dirinya. Darah keluar dengan banyak dari luka di kepalanya.

"Berhenti Yoongi! Berhenti!" Jung Kook terus memeluk Yoongi erat. Cuba meredakan keadaan lelaki itu. Kepala Yoongi ditekup dengan kain bajunya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro