EPILOG
Side note: sila baca sambil dgr lagu spring day bts or spring day army version.
7 tahun kemudian,
"Ahh Fuhh!"Hoseok menyedut udara pagi yang sungguh segar selepas tujuh tahun meninggalkan dunia luarnya. Dia mendongakkan kepala ke arah langit biru yang tenang. Gumpalan awan awan putih yang kelihatan gebu seperti gula gula kapas perlahan lahan berarak memberi laluan matahari memancarkan cahaya terik.
"Kamsahamida,"Hoseok tunduk penuh hormat ketika menerima beg pakaiannya dari pegawai polis yang mengiringinya keluar. Pegawai polis itu tersenyum. "Bestkan dapat bebas. Kalau boleh, tak payah datang sini lagi,"dia mengangkat tangan sebelum menghilang di balik pintu pada tembok konkrit yang tinggi itu.
Hari pertama Hoseok bebas setelah 7 tahun dikurung dalam penjara sebagai banduan. Perasaan gembira itu tak dapat dia gambarkan dengan kata kata. Kalau boleh semua benda yang memuat dalam otak dia nak lakukan dalam masa sehari suntuk menyambut hari kebebasannya ini.
Tapi perasaan sedih itu sedikit terselit dalam kegembiraannya. Dia masih terfikir akan nasib kawan kawannya yang masih terkurung di dalam sana. Ada yang dikurung buat selama lamanya, ada yang sedang menunggu saat dijatuhkan hukuman mati. Adakah mereka akan berkesempatan menikmati kebebasan seperti yang dikecapinya ini?
Apa apa pun dia bakal merindui mereka semua. Sejahat jahat mereka pun tetap ada hati dan yang membezakan cuma kesilapan lampau yang dilakukan. Kehidupan di dalam sana banyak mengubah diri Hoseok.
Sebuah kereta menderu ke arah Hoseok lebih kurang 20 meter dari hadapan. Kereta merah itu berhenti tepat di sebelah Hoseok. Pemandunya menurunkan cermin tingkap. Wajah yang terlihat di sebalik cermin kereta itu membuatkan Hoseok tersenyum lebar.
"Yoongggi!"Hoseok jerit kerana terharu. Yoongi tolak pintu kereta. Sederap dia datang memeluk Hoseok. Dia betul betul rindukan kawannya itu selepas 7 tahun lamanya berpisah.
"Bogo shipda! Aku rindu gila kat kauuu bodoh!"
Memang pucatlah muka Hoseok kena tahan pelukan ketat Yoongi untuk beberapa saat.
"Puii, pukimak betul kau ni. Baru sekarang nak cakap rindu aku. Time 7 tahun aku duk dalam penjara tak pernah pun datang melawat. Tup tup tup hari ni muncul dengan ajaibnya depan mata aku,"Hoseok jeling Yoongi selepas mereka meleraikan pelukan. Yoongi sengih buat muka tak bersalah.
"Aku pergi sambung belajar kat Jepun masa tu. Bukan tak nak melawat kau. Ni pun baru tiga hari aku balik sini. At least aku tak lupa kau," jelas Yoongi yang cuba memujuk. Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta.
"Hahaha baguslah. Btw, kau jadi first sahabat baik aku yang aku jumpa hari ni. Hari paling istimewa ni,"ujar Hoseok cukup menyentuh hati Yoongi. Hoseok maksudkan 'kawan kawan mereka' dalam kata katanya. Yoongi tahu Hoseok pun tak boleh move on sepenuhnya lepas apa yang menimpa diorang. Dia pun sama. Susah dia nak lupakan segala galanya.
Biarpun waktu terus berputar, memori pahit itu tetap kekal seiring hembusan nafas mereka.
"Dah kita dua je tinggal sekarang. Takan roh roh diorang semua nak sambut kau pulak,"usik Yoongi cuba menutup kesedihannya.
Hoseok menyiku lengan Yoongi. "Ishh mulut kau ni, aku genyeh dengan tapak kasut kang"
Yoongi jelirkan lidah menganjing Hoseok.
Hoseok terpandang frame gambar kecil terletak di atas dash board kereta Yoongi. Gambar kawan kawannya. Melihat pada gambar itu, terasa Jung Kook, Namjoon, Jimin, dan Taehyung ada bersama mereka sekarang. Yoongi tahu Hoseok tiba tiba jadi senyap kerana ralit mengamit gambar itu. Dia menepuk perlahan paha Hoseok.
"Kau rindu diorang?"soal Yoongi. Mata Hoseok dah berair. Hoseok angguk, lantas menitik beberapa titik air matanya.
"Kau tahu tak, aku selalu berharap kalau aku keluar suatu hari nanti...first thing aku nak buat adalah kita berenam gather sama sama. Macam dulu dulu,"nafas Hoseok putus putus bercampur dengan tangisannya.
"Me too. Siang malam aku still teringat kat diorang as for me they still alive around me. Susah nak lupakan budak budak batak ni,"Yoongi kesat matanya yang terasa mula suam. Shit Hoseok. Kau buat aku emo! Damn you Hobbie! Dia salahkan Hoseok kerana memulakan drama air mata.
"Paling aku sedih...Jimin, Namjoon dan Taehyung pergi dalam keadaan tragik. Kita takde bersama diorang pada saat saat akhir hidup diorang,"Hoseok meluahkan rasa terkilan. Yoongi tidak berhenti memberi kata semangat. "Kita pun time tu masing masing terhimpit. Aku terima yang ni balasan kita dapat sebab dah aniaya orang. Aku masih rasa bersalah pada Jin-hyung. Dia sebahagian daripada hidup kita, sisi gelap yang kita tak sedar kita ni kejam sebenarnya,"celah Yoongi.
Tak selesa Yoongi membahas tentang Jin-hyung, Hoseok terus alih kepada topik lain. "Jung Kook macam mana? Kau tahu dia kat mana sekarang?"
"No. Lepas Taehyung mati....dia menghilang macam tu je. Sampai polis pun tak dapat jumpa dia. Aku harap harap dia masih hidup. Kalau boleh aku nak jumpa dia sangat sangat,"balas Yoongi seraya menghidupkan semula enjin kereta.
"Semuanya dah berubah kan. Aku tak jangka life kita akan end up macam ni,"
"What ever is it, live must go on,"Yoongi toleh Hoseok di sebelahnya. "Kita cari kebahagian baru sama sama, bina semula memori indah selagi ada masa ni,"sambungnya sambil tersenyum lebar.
* * * *
Kata Yoongi, dia nak bawak Hoseok pergi jumpa Jimin, Namjoon dengan Taehyung. Hoseok mulanya tak dapat tangkap apa yang Yoongi maksudkan sampailah kereta Yoongi berhenti di hadapan sebuah bangunan krematorium.
"Diorang ada kat sini? Dua hari lepas aku dah datang melawat diorang,"Yoongi ambil sejambak lili putih di tempat duduk belakang. Dia keluar dari perut kereta diikuti dengan Hoseok. Hoseok membontoti Yoongi masuk ke dalam bangunan tempat penyimpanan abu mayat itu. Hati Hoseok mula rasa sangat sebak. Tolonglah tahan, jangan menangis kat sini sialll!
"Mana satu tempat diorang?"ekor mata Hoseok mengikut arah jari telunjuk Yoongi. Di sekeliling penuh dengan ruang ruang seperti kabinet kecil tempat simpan abu mayat.
"Kat sana!"kata Yoongi. Dari arah itu juga, seorang lelaki berhoodie, berambut panjang berjalan bertentangan arah dengan mereka. Hoseok berlanggar mahu lelaki tersebut dan sempat mengerling sisi wajahnya. Hoseok terhenti sekejap, membiarkan Yoongi melangkah mendahuluinya.
"Seok!"Yoongi pusing belakang ke arah Hoseok. Kelihatan Hoseok sedang mengejar seorang lelaki yang berhoodie menuju ke pintu keluar. Hoseok sempat menahan belakang bahu lelaki tersebut.
"Jung Kook,"kata Hoseok dengan penuh yakin. Lelaki itu pusingkan tubuhnya menghadap Hoseok. Dia turunkan hoodie. Air mata Hoseok mengalir keluar. Tak tunggu lama, Hoseok memeluk lelaki itu. Yoongi tersenyum dari jauh sebelum ikut sama memeluk Hoseok dan Jung Kook.
* * * *
Langit senja berwarna jingga. Mereka bertiga duduk di atas jeti yang menghadap matahari yang perlahan lahan terbenam di ufuk langit. Mereka terpegun menikmati keindahan alam itu.
"Lepas ni kau nak buat apa Jung Kook?"kata Yoongi kepada Jung Kook yang duduk di antara dia dan Hoseok. Rambut Jung Kook panjang cecah bahu, nasib masa terserempak dengan Jung Kook pagi tadi Hoseok sempat perasan. Kawan dah tentu kenal kawan sendiri walau sebanyak mana pun wajahnya berubah. Tengok belakang tubuh pun dah dapat cam.
Selepas 'jumpa' dengan Taehyung, Jimin, dan Namjoon, banyak tempat yang mereka pergi. Hoseok pergi melawat ahjumma Han. Mereka jugak ada pergi ke kubur Jin-Hyung dan Jin-Hye. Dan atas permintaan Jung Kook, diorang habiskan sisa sisa waktu sebelum menjelang malam itu di sebuah jeti di pantai.
"Entahlah Yoongi! Aku penat sebenarnya nak terus survive dengan hidup macam pelarian ni,"balas Jung Kook. Kepalanya dilentokkan ke bahu Yoongi.
"Kau stay dengan kitorang la,"celah Hoseok.
"Aku tak bebas sepenuhnya lagi Seok,"
"Come on. Dah 7 tahun kot. Polis dah tutup pun kes tu dan semua orang dah lupa pasal pembunuhan tu,"Yoongi cuba menyakinkan.
"Jap Kook, aku still confuse....asal korang berdua gi bunuh Jin-Hye? Apa yang jadi sebenarnya,"Yoongi tarik telinga Hoseok kerana bertanya soalan yang tak patut.
"Kitorang tak sengaja. Jin-Hye mulanya cuba bunuh aku. Nasib baik Tae sempat selamatkan aku. Aku takut sangat, aku keluar tinggalkan Tae dan Jin-Hye dalam rumah tu. Semua ni salah aku. After that, Tae keluar dengan tubuh pen....."
"Enough..."Yoongi tepuk bahu Jung Kook supaya berhenti. Dia tak perlu dengar keseluruhan cerita. Cukuplah sekarang mereka buka lembaran baru.
"Kebetulan aku jumpa korang berdua ni, I think aku perlu langsaikan hutang kita?"kata Jung Kook.
Dahi Hoseok dan Yoongi berkerut. "Hutang apa?" Mereka berdua melihat Jung Kook keluarkan kesemua tujuh kaset yang Jin bagi dulu pada mereka.
"Kau still simpan benda ni dude?"
"Yes. Aku dengar setiap malam kaset kaset ni. Benda ni sangat bermakna bagi aku. Dan satu kaset lagi yang aku tak pernah dengar sampai sekarang...."Jung Kook angkat kaset yang tertulis nama Taehyung. "Tae tak sempat dengar yang dia punya. Jom kita dengar sama sama. Kita lengkapkan kesemua cerita Jin-Hyung ni,"
Hoseok dan Yoongi mengangguk setuju. Jung Kook masukkan kaset itu ke dalam pemain kaset.
"Ni yang terakhir, Kim Taehyung....."
* * * *
Hoseok, Yoongi dan Jung Kook berpelukan lagi sebelum mereka bertiga berpisah membawa haluan masing masing. Mereka dah buat keputusan untuk mulakan hidup baru.
"Nanti ada masa kita jumpa lagi tau. Korang berdua still kawan baik aku sampai bila bila. Kita BTS kan...."kata kata Yoongi memang buatkan suasana jadi mendayu sebak.
"Kau pun Jung Kook, pindah la balik kat Seoul,"pujuk Hoseok yang masih merangkul bahu Jung Kook. Belakang kepala Jung Kook diusapnya.
"Setiap bulan aku akan balik sini la. Melawat family aku, kawan kawan aku,"balas Jung Kook. Dia mengiringi Hoseok dan Yoongi ke kereta.
"Kau sure tak nak aku hantar kau ni?"soal Yoongi.
"No. Aku nak stay sini kejap lagi. Kau lupa ke kalau kita datang sini memang tengah tengah malam baru balik. Kita mandi sama sama, berkelah...and kita pernah sambut birthday ke-18 Taehyung kat sini tau,"balas Jung Kook.
"Ok lah. Jaga diri kau baik baik. Apa apa jadi call kitorang tau. Ingat, kitorang ni sentiasa ada untuk kau,"Yoongi dan Hoseok masuk ke dalam perut kereta. Jung Kook melambai saat kereta itu menghilang pergi.
Jung Kook duduk di pinggir jeti yang tinggi itu. Keadaan di sekitarnya sudah gelap. Matahari berganti bulan. Dari beg galas, dia keluarkan sebatang lilin. Lilin itu dinyalakan. Cahaya jingga menerangi sedikit ruang.
"Alah korang nak bawak aku pergi mana ni,"Taehyung yang ditutup mata dengan kain terjerit jerit diheret kedua dua belah tangan oleh Namjoon dan Jung Kook.
Jimin pula sedang memegang sebiji kek. Yoongi tengah kalut nyalakan kesemua lilin yang terpacak di atas kek. Api lilin kerap terpadam kerana di tiup bayu laut. Mereka sedang berada di atas jeti sekarang. Havoc gila sambut birthday kat laut.
"Ehem!"Hoseok bagi isyarat siap sedia. Masing masing terus mengelilingi Taehyung yang berada di tengah bulatan bersama Jimin yang memegang kek. Jung Kook buka ikatan kain di mata Taehyung. Serentak itu mereka menyanyikan lagu selamat hari lahir untuk Taehyung.
"Saengil chukahamida Kim Taehyung......"
Reaksi Taehyung nak menangis kerana gembira dengan kejutan dari kawan kawannya. Usai Taehyung meniup lilin, mereka berenam berpelukan bersama. Birthday Taehyung tu memang disambut tepat pukul 12.00 tengah malam 29 December. Gila tak gila diorang ni.
"Ready! Hana dul sib!"Jimin nyalakan api pada sumbu mercun dan terus berlari ke arah kawan kawannya. Mereka berdiri dari jauh melihat tembakan mercun meluncur naik tinggi ke udara. Tembakan mercun meletup sebelum ia merebakkan percikkan jalur cahaya berwarna warni. Dalam ralit mereka mengamit petunjukan mercun di langit itu, Taehyung punya jahat pergi tolak kawan kawannya dari jeti jatuh ke dalam air laut. Masing masing menjerit kerana kesejukan.
"Sial kau Tae! Bangsatt anak Kim! Pukimakkkkkkkk! Mak kau hijau Kim Taehyung!"maka bermulalah pesta air pulak.
Lilin yang dipegang Jung Kook terpadam api nyalaannya kerana dituip bayu laut yang kencang. "Birthday kau next week Tae. Aku sambut awal sebab aku rindu kau sangat sangat. Bogo shipda! Bogo shipda!" Hanya samar cahaya bulan menerangi di sekitar Jung Kook. Dia bangun. Dia melihat refleksi bentuk tubuhnya yang terbentuk di permukaan air. Refleksi itu perlahan lahan bertukar kepada bentuk tubuh Taehyung.
Jung Kook menanggalkan kedua dua belah kasutnya. Perlahan lahan dia menjatuhkan tubuhnya ke dalam air.
* * * *
"Yoongi, aku rasa tak sedap hati la pasal Jung Kook. Kita patah balik tengok dia,"kata Hoseok selepas beberapa kilo meter kereta meninggalkan jeti. Hoseok nampak gelisah sambil pegang dadanya yang berdetak kuat selepas dia tinggalkan Jung Kook tadi.
"Macam macam la kau ni,"Yoongi berpatah balik ikut permintaan Hoseok. Sampai di jeti, Hoseok berlari sambil memanggil nama Jung Kook. Dia gagal menemuai Jung Kook di dalam kegelapan malam. Dia pinjam telefon Yoongi untuk sumber cahaya. Di panggir jeti, dia melihat sepasang kasut putih terletak di situ.
"Tu kasut yang Jung Kook pakai,"tunjuk Hoseok yang jadi cemas.
"Jung Kook! Jung Kook!"Yoongi ikut sama menjerit.
Ok readers kesayangan author sekalian. Dengn ini ff 7 reasons why dah tamat. Sorry tau kalau author buat korang tertunggu part ending. And sorry sangat sangat kalau ff ni buat korang tak selesa, ada menghina bias korang. Ni just ff tau. Sorry jugak kalau ff ni tak best, banyak merapu dan bagi mesej yang negative pada korang.
Last pesanan author; kalau korang ada masalah sekalipun jangan pendam sorang diri sampai at the last korang terfikir nak bunuh diri sebab nak tamatkan semua mslh korang. Suicide ni salah satu dosa besar dlm islam, dlm mana mana agama sekalipun. Cuba cari orang yg boleh bantu korang...INGAT...you are never walk alone.
Thanks kepada yang baca, vote, dan comment ff ni setiap kali update. Jasa korang mmg author hargai.
Bye ye uolls! Muah.
@nekkho-
7 Reasons Why+KSJ
09/08/2021
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro