CHAPTER 7
FLASHBACK
"Jumpa kat taman. Saya tunggu awak! Sorry sebab saya baru reply mesej awak," satu pesanan yang dihantar oleh Minra itu sudah cukup membuatkan Jin terlompat-lompat gembira.
Jin terus menyarungkan sweater pada tubuhnya. Cap disahuk pada kepalanya. Jin melihat sekilas jam di dinding. 10.00 malam.
"Takpe ke aku keluar malam malam buta macam ni. Alah,omma dengan appa tengah tidur,diorang takan tahu kalau aku keluar pun," monolog Jin,sarkastik. Yang penting dia dapat jumpa Minra. Rindu sangat tu nampaknya.
Jin kuak pintu biliknya perlahan-lahan,takut omma dan appanya dengar memandangkan biliknya berdekatan dengan bilik omma dan appanya. Jin berjengket-jengket berjalan keluar dari biliknya dan turun ke tingkat bawah.
Dia menggunakan pintu dapur untuk keluar,kalau guna pintu utama susah sikit. Takut kantoi jiran-jiran nampak,lepastu mulalah diorang report pada ommanya yang dia keluar malam.
Jin mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Nombor telefon milik Minra didail.
Tut tut tut
"Hello,Jin awak kat mana?" panggilannya dijawab.
"Saya kat luar rumah ni. Boleh tak awak datang ambil saya. Saya takde transport lah nak pergi taman. Takan saya nak jalan kaki. Jaulah!" kata Jin disambut tawa kecil oleh Minra di hujung talian.
"Yelah. Awak tunggu kejap ye!" Minra menamatkan panggilan. Lebih kurang lima minit menunggu,Minra sampai di hadapan rumah Jin dengan motornya.
"Sorrylah saya lambat," kata Jin menggaru-garu kepalanya.
"Takpe. Lega saya dapat tengok awak depan mata saya ni. Act,saya rindu sangat kat awak. Sebab tu saya ajak awak keluar," ujar Minra lalu mencuit hidung Jin manja. Pipi Jin terus blusshing.
"Kenapa tak datang class tadi. Berkali-kali saya call awak tapi awak tak angkat. Mrs.Song membebel pasal awak tadi," kata Jin.
"Oooo,saya terbangun lewat. Biarkan jelah perempuan tua tu,"
bila mention pasal pelajaran,Minra langsung tak nak ambil tahu. Jin cuma risau Minra akan digagalkan oleh Puan Song dalam peperiksaan semester akan datang.
"So,kita nak pergi mana ni?" soal Jin. Minra tersenyum.
"Saya ada satu tempat best. Gerenti awak suka punya. Jomlah!" balas Minra,lalu menghidupkan motornya.
"Apa kata saya yang bonceng awak pulak. Tak bestlah perempuan bonceng lelaki naik motor," Jin cuba tunjuk gentleman pada Minra. Malulah dia kalau di mata Minra dia dianggap sebagai pondan.
"Seriuosly! Biar betul awak ni Jin?" Minra tergelak kecil. Macam tak percaya je lelaki lembut macam Jin boleh naik motor.
"Yup! Saya belajar dengan appa saya macam mana nak naik motor and now i will prove it to you,"
Minra turun dari motor dan beralih ke tempat duduk belakang. Jin yang duduk di hadapannya mula menghidupkan motor. Minra memeluk pinggang Jin erat. Berpeluh satu badan Jin dibuatnya.
Sepanjang perjalanan,jantung Jin tak henti-henti berdegup kencang,bagaikan mahu menerpa keluar dari tubuh.
"Patut ke aku berterus terang tentang perasaan aku," bisik Jin,tak sanggup lagi terus menyimpan perasaannya terhadap Minra. Patut ke dia luahkan segala galanya tentang perasaan cintanya pada wanita itu. Kalau Minra tolak macam mana? Arrgghh,susahlah macam ni.
* * * *
Jin memberhentikan motor di hadapan sebuah bangunan kecil yang agak tersorok. Di sekitar bangunan tersebut memang penuh dengan orang terutamanya pasangan kekasih.
"Tempat apa ni Minra?" soal Jin melilau melihat sekitarnya.
"Kalau saya stress saya selalu datang sini. Tempat ni boleh berikan saya ketenangan," ujar Minra lalu menarik tangan Jin masuk ke dalam bangunan tersebut.
Di dalam bangunan tersebut,bergema dengan muzik yang kuat dan rancak. Di sekeliling,sesak dengan budak budak muda sebaya mereka sedang rancak menari bersama pasangan masing masing. Bau alkohol menusuk masuk ke dalam rongga hidung,menyesakkan pernafasan Jin yang baru pertama kali melangkahkan kaki ke tempat kotor itu.
"Minra,ummm....kita baliklah," Jin nampak tak selesa dengan suasana tempat tersebut yang tersangatlah bingit dengan bunyi pekikkan dan lagu.
"Sabarlah. Kita baru je kan sampai,belum enjoy pun lagi. Ke awak tak suka tempat ni,"
"Aniaya!" jadi berat mulut Jin mahu bercakap benar. Kalau dia cakap tak suka,nanti Minra terkilan pulak. Lagipun,bukan main lagi tadi Minra ajak dia keluar. Dia jugak yang beriya-iya nak ikut Minra. Stay kejap pun jadilah.
"Hi Minra. Oh my god,laki mana yang you bawa datang sini. Customer baru you ke? Asal tak bawa balik rumah je," Saeran tiba-tiba datang menyampuk. Minra terus menekup mulut Saeran.
"Mengarut apalah kau ni. Maafkan saya Jin,kawan saya ni tengah mabuk,otak mereng sikit. Btw,kenalkan....ni Saeran," nasib baik Jin tak dengar apa yang keluar dari mulut Saeran tadi. Hampir saja rahsianya terbongkar.
"Ohh,hi Jin. Btw,you ni kacaklah. Patut pun Minra suka kat you," kata Saeran dalam keadaan mabuk. Minra terus menolak Saeran berjauhan dengan Jin. Saeran kalau dah mabuk,memang tak ingat dunia.
"Sorrylah pasal kawan saya tu. Dia tu bengon sikit,"kata Minra.
"Ehh it's okay. Dia tak ganggu saya pun," sebenarnya dalam hati Jin tengah bunga-bunga bila Saeran cakap yang Minra suka padanya. Alahai,cinta Jin tak bertepuk sebelah tangan nampaknya.
"Jom minum nak?" Minra mengajak Jin ke kaunter memesan minuman. Kebanyakkan minuman yang disedaikan adalah wain dan beer.
"Bro,bagi aku dua gelas wain," pesan Minra.
"Err,takpe. Saya nak air mineral je. Air mineral ada jual tak?"soal Jin. Bartander itu ketawa kecil dengan pesanan Jin.
"Haduihh,budak naif mana kau bawak datang sini ni. Kesianlah aku tengok dia wei! Dia ni budak baik wei,takan kau nak jadikan dia mangsa kau. Kesianlah wei!"sindir lelaki tersebut. Minra memberi jelingan tajam pada lelaki itu,memberi amaran padanya. Lelaki tersebut terus menutup mulutnya,dan menyediakan minuman yang dipesan oleh Minra dan Jin.
Minra meneguk beberapa gelas wain dan Jin pulak hanya meminum beberapa teguk air mineral sejuk. Bagi Jin,tempat tersebut betul betul merimaskan,persekitarannya membuatkan fikiran Jin berserabut.
"Jin,awak pandai menari tak?" soal Minra,meraih tangan Jin dalam genggamannya. Tangan Jin terasa sangat sejuk,peluh kelihatam membasahi dahinya.
"Saya tak beberapa pandai sangat menari. Sorrylah," Jin menolak pelawaan dari Minra.
"Alah,please....kali ni je," Minra menarik tangan Jin ke lantai tari. Jin terpaksa akur dengan permintaan Minra.
Jin dan Minra berdiri dalam kesesakan orang ramai. Lagu Despacito berkumandang,disambut dengan nyanyian orang ramai.
Jin memegang pinggang Minra dengan tangan terketar-ketar. Minra menyandarkan kepalanya pada dada Jin sambil tangannya merangkul kemas leher Jin. Tubuhnya sengaja dirapatkan dengan tubuh Jin sehingga Jin boleh rasa lagaan buah dada Minra pada dadanya. Betul betul meransang keghairahan nafsu lelakinya. Mereka mula menari mengikut rentak lagu. Jin sedikit terbuai dengan tarian Minra yang lemah gelemai.
"Jin!" tangan Minra merayap naik ke atas kepala Jin. Dia mengusap lembut rambut Jin. Perlahan-lahan kepala Jin ditolak mendekati wajahnya. Rahang Jin diangkat. Bibir Minra mula bergerak ke arah bibir Jin.
"Minra,awak mabuk ni....." kata-kata terus terhenti apabila bibirnya bersatu dengan bibir Minra. Minra mendalamkan lagi ciumannya,bibir bawah Jin digigit manja.
"Stop it Minra!" Jin terus menolak Minra menjauhinya. Ciuman mereka terlerai. Minra sedikit tergamam dengan tindakan Jin. Tanpa memandang Minra,Jin meluru keluar meninggalkan Minra di situ.
"Kau jangan haraplah budak sebaik Jin tu akan tunduk pada kau. Dia tu suci,naif tak sekotor kita dan jantan jantan yang pernah kau layan. Aku rasa baik kau hentikan je plan kau ni. Kau tak rasa bersalah ke sebab dah main-mainkan perasaan dia," Saeran datang menyapa Minra. Minra mendengus kasar.
"Ini baru permulaan. Just wait and see. Tak lama lagi Jin akan jadi milik aku. Aku takan lepaskan dia macam tu je sebab dia banyak kegunaan untuk kepentingan aku. Aku cuma anggap dia macam boneka aku," Minra tersenyum sinis.
"Suka hati kaulah. Baik kau pergi buat kerja sekarang. Malam ni kau ada tiga ekor ayam jantan kau kena layan. Diorang dah siap siap tunggu kau kat dalam bilik tu," kata Saeran. Minra mengeluh! Inilah sebenarnya kerja Minra. Dia sendiri yang memilih jalan kotor ini untuk capai kemewahan dalam hidupnya.
Vote and comment!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro