Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 6

FLASHBACK

"Girls,kita ada ahli baru," kehadiran Minra di rumah sewa dua tingkat itu disambut meriah oleh rakan-rakannya. Termasuk Minra,rumah tersebut dihuni 4 orang gadis. Mereka semua merupakan kawan-kawan rapat Minra di universiti.

"Rumah ni ada cukup cukup empat bilik. So,bilik tingkat atas yang hujung sekali tu bilik kau. Tinggal sini bukan free tau,kau kena share jugak duit untuk bayar sewa," ujar Saeran. Minra mengangguk faham.

"Nae,aku sharelah duit sewa tu nanti. But now,aku takde duit lagi. Nanti aku kerja,duit duit tu aku bagi kat korang," balas Minra. Minra tengah belajar sekarang,so masa untuk kerja sangat padat. Lainlah Yuuna,Saeran dan Minju. Diorang semua anak-anak dari keluarga berada.

"So,apa kata kita celebrate ahli baru kita ni," sorok Saeran diikuti oleh rakan-rakannya yang lain.

"So,sape nak suggest tempat apa yang best?" soal Yuuna.

"How about,cafe Omelas!" cadang Minju. Diorang memberi reaksi hambar.

"No way! Tempat buruk tu lapuk beb. Bukan ada yang best pun,semuanya boring. Another place guys,"

"Apa kata,kita berparti kat kelab malam," cadangan dari Minra mendapat anggukan dan persetujuan Minju,Yuuna dan Saeran.

*    *    *    *

"Mana Minra ni?" sesekali Jin memandang jam tangan di pergelangan tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 8.25 pagi,kelas akan bermula dalam beberapa minit lagi. Namun,kelibat Minra masih tidak kelihatan di dalam kelas. 26 students yang lain semuanya sudah berada di dalam kelas kecuali Minra.

"Morning Madam!" mereka semua bangun sebaik saja Mrs.Song melangkah masuk ke dalam kelas.

"Ok,saya nak korang semua hantar assigment yang saya suruh siapkan minggu lepas sekarang. Saper tak siap,sila berdiri kat luar kelas!,"arah Mrs.Song. Semua pelajar masing-masing menghantar assigment mereka pada Mrs.Song. Takde sesiapa pun yang tak siap. Kalau tak siap,maksudnya Mrs.Song akan gagalkan subjek mereka dalam peperiksaan semester nanti. Beberapa orang dah kena termasuklah Minra.

"Kenapa meja sebelah kamu tu kosong?" soal Mrs.Song menghalakan telunjuknya ke arah meja Minra di sebelah Jin.

"Tu meja Minra. Dia tak hadir!" jawab salah seorang student.

"Budak guna tu memang sengaja nak cabar saya. Class tak datang,assigment tak siap. Apa nak jadilah,"bebel Mrs.Song, dan sememangnya,Minra lah student yang paling bermasalah dan paling dibenci oleh Mrs.Song.

"Mrs.Song,errr.....sebenarnya Minra demam. Dia tak beberapa sihat,sebab tu dia tak datang," sampuk Jin cuba menutup kesalahan yang Minra buat.

"Yelah tu! Demam demam demam je kerja dia,"Mrs.Song mengeluh,buat penat saja dia bertekak dengan Minra,bagai mencurahkan air ke daun keladi gamaknya.

*    *     *    *

Telefonnya ditelekapkan di telinga. Beberapa saat,dia menunggu panggilannya dijawab oleh Minra. Tapi tak.

"Mana awak ni Minra?" monolog Jin mula risau. Beberapa mesej telah dia hantar pada Minra tapi Minra tak balas. Jawab panggilannya jauh sekali. Minra! Minra!

*    *    *    *

"Tae,asal nampak monyok je ni?" soal Jung Kook bila mendapati Taehyung hanya diam saja dari tadi,tak banyak cakap. Mukanya nampak sugul seperti dihimpit masalah besar.

"Minra dah keluar dari rumah," balas Taehyung tidak segan menceritkan masalah peribadinya pada Jung Kook. Bagi Taehyung,kawan-kawan dia lah tempat untuk dia meluahkan perasaan dan berkongsi suka duka.

"What! Maksudnya Minra dah tak tinggal dengan hyunglah sekarang," dahsyat bunyinya. Sampai macam tu sekali Taehyung dan Minra gaduh. Air dicincang terputus jua.

"Aku pening fikirkan dia. Walau apa pun,dia tetap unnie aku. Minra tu bukannya reti jaga diri. Hari ni aku tak nampak dia kat universiti. Tak tahulah apa nak jadi dengan dia tu," ujar Taehyung nampak betul betul risau akan Minra. Kat luar sana tu,macam-macam jenis orang jahat ada dan Minra mungkin akan terdedah kepada mereka.

"Hyung cubalah try pujuk dia,"

"Hyung dah cuba tapi dia degil!"keluh Taehyung,mati akal.

"Ehh,Jin-hyunglah!" Jung Kook menegur Jin yang lalu berdekatannya. Dia melambaikan tangannya pada Jin.

"Jung Kook!" Jin terus meluru ke arah Jung Kook.

"Hyung nak pergi mana ni?"

"Nak pergi cafe Omelas. Dahagalah,ingat nak cari ais latte!"Jin mengibas-ngibas tangannya. Tekaknya terasa kering akibat cuaca terlalu panas.

"Kebetulan Jung Kook pun nak pergi cafe Omelas jugak. Jom pergi sama-sama," pelawa Jung Kook. Jin tidak menolak. Taehyung yang berada di sebelah Jung Kook langsung tidak memandang Jin dan hanya diam saja.

"Jung Kook,hyung ada hal lah. Hyung balik dulu ye!" kata Taehyung berlalu pergi meninggalkan Jin dan Jung Kook di situ. Dia tak nak sebenarnya bersemuka dengan Jin selepas peristiwa dua hari lepas.

"Kenapa dengan Taehyung tu?"

"Ohh,dia ada masalah sikit dengan onnie dia," ujar Jung Kook. Mata Jin membulat,apa pulak masalah yang Minra timbulkan.

"Apa dah berlaku?"

"Taehyung cakap,Minra dah keluar rumah sekarang. Diorang tinggal beransingan,"

Patutlah berkali-kali Jin call,Minra langsung tak angkat. Ada masalah rupanya.

*    *    *    *

Cafe Omelas,

Jin dan Jung Kook masuk ke dalam cafe tersebut. Cafe Omelas berada beberapa meter saja dari universiti. Cafe tersebut memang menjadi tempat kunjungan para pelajar kerana menyedia kemudahan wifi percuma.

"Hyung nak pesan air apa?" soal Jung Kook sambil menghulurkan buku menu pada Jin. Jin belek buku menu tersebut,banyak pilihan minuman yang ada,tapi tekaknya masih tetap ingin dibasahi ais latte.

"Ais latte,"

"Kejap ehh Jung Kook tolong buatkan," Jung Kook selamba saja masuk ke kawasan kaunter. Macam pelik je Jung Kook ni. Owner kedai tak marah ke Jung Kook main masuk kaunter macam tu. Beberapa minit kemudian,Jung Kook keluar semula dengan memakai baju uniform pekerja cafe Omelas.

"Ni ais latte hyung. Ni special tau Jung Kook buat untuk hyung," gelas plastik berisi ais latte dihulurkan pada Jin.

"Jap,Jung Kook kerja kat sini ke?" soal Jin. Jung Kook lekas menangguk.

"Dah dua tahun Jung Kook kerja kat sini. Keluarga Jung Kook orang miskin,omma Jung Kook pulak sakit.....so Jung Kook kenalah cari duit untuk beli ubat omma dan tolong appa sara adik-adik Jung Kook," ujar Jung Kook. Betapa mulianya apa yang Jung Kook buat. Jin pula sejak dari kecil hidup dengan kemewahan,kesusahan yang Jung Kook alami tak pernah dia rasa.

"Hyung salute ahh dengan Jung Kook. Beruntung omma dan appa Jung Kook ada anak yang sangat bertanggungjawab seperti Jung Kook,"puji Jin,sangat kagum dengan sikap Jung Kook.

"Hyung ni,jangan puji Jung Kook macam ni. Segan Jung Kook dibuatnya,"

Jin tergelak kecil.

"Ais latte ni berapa?"

"Eh tak payah bayar. Jung Kook belanja," Jung Kook senyum menampakkan dua batang gigi arnab miliknya.

"Thanks. Ummm,sedapnya ais latte yang Jung Kook buat ni,"rasa latte yang berkrim dan sejuk itu betul betul menyejukkan tekak Jin yang kehausan.

*    *    *    *

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro