Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 34

6.00 pagi. Keesokan hari selepas Jin-Hye dibunuh.

Dua buah kereta polis dan sebuah ambulans memenuhi halaman rumah dua tingkat itu. Jiran jiran yang berdekatan gempar dengan berita terjadinya pembunuhan kedua di rumah tersebut. Awal bulan lalu, mereka dikejutkan dengan kematian adik tuan rumah  berkenaan yang membunuh diri.

Dalam bulan yang sama, pada hari ini, tuan rumah tersebut sendiri yang ditemuai mati dibunuh dalam keadaan mengerikan.
Pelik? Penduduk sekitar menuduh rumah itu telah disumpah semangat jahat sehinggakan semua penghuninya satu persatu hilang nyawa. Mereka mula takut sumpahan dari rumah tersebut akan menjangkiti ke rumah rumah yang lain. Meragut mencari nyawa. Ahh mereka lebih percaya kepada perkara tahyul.

Di satu sudut, seorang lelaki bertopi fedora yang baru tiba di tempat kejadian 20 minit yang lalu sedang menyoal siasat seorang wanita. Wanita lewat usia 30-an tersebut merupakan orang pertama yang menemuai mayat tuan rumah.

Mangsa adalah Kim Jin-Hye, 27 tahun yang tinggal seorang diri selepas kematian adiknya beberapa minggu yang lalu.

Menurut kenyataan yang diambil dari wanita tersebut, dia yang baru balik bekerja shift malam dari sebuah kilang yang beroperasi 24 jam. Ketika van yang ditumpanginya berhenti betul betul di hadapan rumah mangsa. Dia mendapati pintu rumah berkenaan kelihatan terkuak luas seawal pukul 5.00 pagi. Mungkin rumah jirannya itu dirompok atau sengaja dibiarkan pintu itu terbuka.

Kerana rasa ingin tahu, dia mengintai ke dalam ruang tamu. Ketika itu, dia terkejut melihat lantai berlumuran darah. Darah mengalir dari tubuh mangsa sampai mencecah ke pintu masuk. Mayat mangsa pula dalam keadaan duduk tersandar di dinding.

"Detektif Lee, kami dah check semua bilik. Takde satu pun benda berharga milik tuan rumah yang hilang. Duit, barang kemas, telefon...langsung tak terusik,"lelaki bertopi fedora itu dipanggil sebagai Detektif Lee oleh seorang lelaki yang berusia lebih muda daripadanya.

Detektif Lee melurut bawah dagu kemudian menulis sesuatu pada buku nota kecil di tangannya. "So, ni bukan kes rompakan,"Dia meninjau di kawasan sekitar mayat. Staf forensik sedang memasukkan bahagian kepala botol yang pecah ke dalam plastik.

"Senjata pembunuhan?"tanya detektif Lee seraya meneliti objek yang berlumuran darah tu.

"Belakang kepala mangsa luka. Mungkin dihentak dengan botol ni sampai pecah. Kemudiaan....."pakar forensik itu menunjuk ke arah bahagian perut mangsa yang terburai usus."Kalau tengok dari luka kat perut mangsa ni, mangsa ditikam berkali kali dengan botol yang pecah ni. Kesan luka nampak tak kemas. Ada beberapa serpihan kaca terbenam dalam perut mangsa,"Staf forensik mengepit keluar serpihan yang berkilau dari perut Jin-Hye menggunakan forsep.

"Habis tu pisau yang korang jumpa kat sofa tu?"

"Mangsa mungkin guna pisau tu untuk pertahankan diri semasa mangsa diserang pembunuh,"

Detektif Lee mengangguk faham. Dia dah nampak beberapa gambaran dari cebisan cebisan maklumat yang didapat. "Ambil sampel darah atau cap jari yang ditinggalkan pembunuh,"

"Baik Detektif Lee,"Staf forensik tersebut memindah mayat Jin,-Hye ke atas stracher selepas mengambil beberapa bahan bukti yang diperlukan.

Orang orang yang berhimpun di luar rumah berebut rebut menangkap gambar dan rakam video ketika mayat Jin-Hye dibawa masuk ke dalam perut ambulans.

Seorang lagi anak buah detektif Lee berlari dari tingkat atas menuju kepada lelaki itu.

"Saya dah check kemera cctv,"katanya.

"Nampak dengan jelas muka pembunuh?"

Anak buah Detektif Lee menunjukkan rakaman cctv yang sudah dipindahkan ke tabletnya. Detektif Lee tersenyum lebar. Dua jarinya dipetik. "Easy. Kita dah dapat dua orang suspek. Hantar nombor kenderaan yang mereka berdua naik ni ke bahagian pusat. Kita boleh tangkap pembunuh pembunuh tu secepat yang mungkin sebelum mereka larikan diri,"kerja mudah bagi Detektif Lee. Suspek mungkin pertama kali melakukan pembunuhan. Agak noob sebab suspek meninggalkan bahan bahan bukti yang memudahkan pihak polis mengesan suspek dengan mudah.

*     *     *     *

"Kereta suspek ada kat rumah. Tapi rumah ni kosong takde penghuni. Suspek mungkin dah larikan diri menggunakan kenderaan lain,"

"Hmm kalau macam tu arahkan beberapa team berkawal di sekitar stesen bas, kereta api, lrt dan airport. Suspek mungkin gunakan kenderaan awam untuk larikan diri. Palli, sebelum suspek pergi lebih jauh,"

"Baik detektif Lee,"

*    *    *    *

10.00 pagi. Jung Kook dan Taehyung bangun lewat kerana terlajak tidur. Usai membersihkan diri dan bersarapan, mereka terus check out dari hotel.

Mereka tambang sebuah teksi yang membawa mereka ke stesen kereta api Seoul. Mereka berancang mahu menatap di Gwangju buat sementara waktu. Taehyung ada rumah pusaka milik haelmoninya di sana.

Pak Cik driver teksi memasang radio. Walaupun lagu yang tengah dimainkan adalah lagu rancak era 90-an, sedikit pun ia tidak menarik minat atau menceriakan suasana hati Taehyung dan Jung Kook. Bibir Pak Cik tersebut terkumat kamit mengikut lirik dan rentak lagu biar pun suaranya jauh sumbang sekali.

"Adik berdua ni pindah rumah ke? Banyak bawak beg tu,"Pak Cik itu cuba berbual mesra.

"Ha'ah pak cik. Family kitorang kat kampung suruh pindah. Omma tengah sakit tenat. Kitorang berdua ni asal dari kampung, merantau kat bandar Seoul ni untuk sambung belajar, sambil bekerja cari duit belanja,"Taehyung mula berbohong. Pak Cik tersebut mengangguk percaya bulat bulat.

"Kira korang berdua ni adik beradik la,"soal Pak Cik itu lagi. Dia menukar siaran radio ketika lagu lagu pop moden dimainkan. Lagu klasik pula menjadi halwa telinga. Terus buat rasa terbuai.

"Ye. Saya abang. Yang kat belakang tu adik saya,"

"Kenapa muka tak nampak sama pun,"

Taehyung mati akal sekejap "Errrr
......"

Masuk slot berita pagi, Pak Cik tersebut terus fokus pada radio. Perbualan mereka terus terhenti.

"Pihak polis telah menemuai seorang mayat perempuan di sebuah kediaman yang terletak di perumahan Hyeoson sekitar jam 6 pagi tadi. Mangsa iaitu Kim Jin-Hye 27 tahun dipercayai mati dibunuh dengan 12 kesan tikaman di perut menggunakan botol kaca. Berdasarkan bukti bukti yang ditinggalkan oleh pembunuh di tempat kejadian, pihak polis sedang memburu dua orang suspek  yang terkait dengan pembunuhan Kim Jin-Hye iaitu Kim Taehyung, 20 tahun dan Jeon Jung Kook 19 tahun.
Kedua dua suspek masih gagal dikesan.

Kedua dua suspek yang terlibat disahkan melalui rakaman cctv rumah mangsa dan kesan cap jari yang ditinggalkan di tempat kejadian. Motif pembunuhan masih lagi dalam siasatan. Sekiranya anda mempunyai sebarang informasi, sila hibungi pihak polis di talian....."

Pak cik tersebut teliti mendengar berita yang disampaikan. Dia menggeleng kepala sekejap. "Apa nak jadi la budak zaman sekarang ni, muda muda dah jadi pembunuh,"keluhnya.

Jung Kook dan Taehyung terus diam tak terkutik. Pihak polis dah start memburu mereka. Jantung masing masing rasa rasa nak meletup. Teksi berhenti di lampu isyarat merah.

Pak Cik tersebut membelek skrin telefon sekejap sementara menunggu lampu bertukar hijau. Wajahnya tiba tiba berkerut menatap dua gambar di skrin telefon. Dia sekilas menjeling ke arah mata Taehyung. Tangannya sedikit terketar ketar. Taehyung intai telefon Pak Cik tersebut. Dia terus off kan telefonnya.

"Pak Cik dah lampu hijau tu. Gerak laju sikit boleh tak. Kitorang....nak cepat ni,"Taehyung jamah bahu Pak Cik itu supaya menggerakkan kereta. Pak cik tersebut nampak pucat dan menelan air liur beberapa kali sebelum menekan pedal minyak. Beberapa meter kereta meninggalkan lampu isyarat, Pak Cik tersebut tiba tiba parking tepi jalan.

Taehyung pusing ke belakang dan bagi isyarat mata pada Jung Kook.

"Pak Cik rasa kereta pak cik dah ni rosak la...."kata Pak Cik tersebut yang sedia memegang telefonnya. Dia kalut tekan keyboard di skrin mendail nombor telefon. Katanya nak call pomen.

"Pak Cik dah tahu kan...."Taehyung turunkan face mask dan hoodie yang menutupi separuh wajahnya.

"Korang....korang berdua pembunuh yang polis tengah cariiii tu kan,"Terlompong mulut pak cik tersebut kerana terkejut. Dia cuba bangun ingin keluar dari kereta tapi Taehyung sempat lock kesemua pintu. Taehyung tarik pak cik tersebut duduk semula. Dia rampas telefon pak cik itu dah baling pada Jung Kook.

"Macam mana ni weh?"Jung Kook gelabah. Taehyung keluarkan pistol yang disorok dalam poket hoodie. Lagi buatkan mata Jung Kook membulat. "Tae jangan buat kerja gila. Kita dalam bahaya sekarang ni!"

"Aku terpaksa...."Taehyung merapatkan muncung pistol ke dada pak cik tersebut. "Kalau pak cik bagi kerjasama, kitorang takan cederakan pak cik,"

Pak cik tersebut mengangguk laju kerana terlalu takut. "Tolong jangan bunuh pak cik. Pak cik sanggup bagi semua duit yang pak cik ada.....tolong jangan bunuh pak cik nakkk..."dia merayu sambil menggosokkan kedua dua belah tangannya.

"Kitorang tak nak duit Pak Cik. Yang penting pak cik hantar kitorang kat stesen kereta api sekarang . Nyawa pak cik akan selamat. Pak cik ikut arahan kitorang ye. Gerakkan kereta!,"gertak Taehyung. Pak cik tersebut terus akur memandu semula keretanya dengan laju sampai di stesen kereta api Seoul dalam masa 20 minit.

Taehyung dan Jung Kook turun dari perut kereta. Jung Kook ke bonet untuk ambil beg. Taehyung masih menahan Pak Cik di sebelah kereta.

"Berapa kena bayar tambang ni pak cik..."Taehyung soal dengan sinis.

"Takkkk....payahhhh!"

"Tenkiu ye pak cik dah bantu kitorang,"Jung Kook dan Taehyung tinggalkan pak cik itu di keretanya. Baru beberapa langkah mereka menapak, Pak Cik tadi menjerit pada orang ramai di sekitarnya. "Pembunuh! Diorang berdua tu pembunuh yang polis tengah cari! PEMBUNUH! PALLI TANGKAP DIORANG,"dia menunjuk ke arah Taehyung. Taehyung pusing memandang pak cik itu dengan mengetap gigi. Orang ramai mula mengalihkan perhatian pada mereka berdua.

"Kurang ajar punya orang tua,"maki Taehyung yang terus melepaskan tembakan tepat kena pada perut Pak Cik tersebut. Dia rebah bermandikan darah. Orang ramai menjerit ketakutan. Taehyung cepat cepat mengheret Jung Kook lari masuk ke dalam stesen kereta api. Dia mengacukan pistol pada pengawal keselamatan dan orang yang cuba menghampiri mereka. Jung Kook menahan seorang kanak kanak sebagai tebusan.

"JANGAN DEKAT! KALAU TIDAK AKU TEMBAK KEPALA BUDAK NI!"jerit Taehyung. Orang ramai berundur dan membuka laluan. Taehyung dan Jung Kook berjalan ke arah tempat penumpang menunggu kereta api. Kalau ikut sign board kat kaunter tiket, 5 minit lagi kereta api yang seterusnya akan sampai. Taehyung kena pastikan mereka selamat meninggalkan tempat ni.

Empat orang anggota polis yang baru tiba mengepung Taehyung dan Jung Kook. Polis mengarahkan orang ramai  keluar dari kawasan tersebut untuk elakkan sebarang kecedaraan berlaku. Jung Kook dan Taehyung menghampiri landasan. Masa ada lagi dalam 3 minit.

"KIM TAEHYUNG! JEON JUNG KOOK! LETAKKAN SENJATA DAN MOHON SERAH DIRI SEKARANG,"arah anggota polis yang paling hadapan. Jarak mereka dengan polis polis tersebut lebih kurang 7 meter. Taehyung mengarahkan mereka berhenti mendekat. Kanak kanak perempuan yang ditahan dalam pelukan Jung Kook menangis tak henti henti.

"SERAH DIRI SEKARANG!"

Taehyung fokus menghalakan pistol pada polis polis itu. Deruan enjin kereta api kedengaran dari jauh. Terasa landasan sedikit bergegar. Kemudian kelihatan pancaran cahaya lampu hadapan kereta api sebelum kereta api automatik itu berhenti tepat di hadapan Taehyung dan Jung Kook.

"Masuk ke dalam sekarang Jung Kook!"jerit Taehyung ketika pintu kereta api automatik terbuka luas. Jung Kook di belakang Taehyung enggan berganjak selangkah pun dari Taehyung. Dia melepaskan budak perempuan yang ditahannya. Budak itu berlari ke arah anggota polis.

"Habis tu kau macam mana Tae! Aku takan tinggalkan kau!"bantah Jung Kook yang mara ke sebelah Taehyung. Sebelah tangan Taehyung menghalau Jung Kook pergi.

"AKU CAKAP MASUK SEKARANG JUNG KOOK! AKU AKAN HALANG DIORANG. YANG PENTING KAU SELAMAT! PERGI MASUK SEKARANG!"

"Tae...aku takan tinggalkan kau. Kita dah janji nak pergi sama kan,"Jung Kook genggam hujung baju Taehyung.

"PALLIWA!"Taehyung terus menolak tubuh Jung Kook masuk ke dalam kereta api. Ketika itu juga polis melepaskan tembakan ke arah mereka. Taehyung sempat memeluk tubuh Jung Kook. Dia melindungi Jung Kook daripada terkena butir butir peluru. Jung Kook nampak tiga lubang peluru tembus di dada dan perut Taehyung bersama titisan darah. Jung Kook memaut kemas bahu Taehyung. Wajah Taehyung berkerut sakit menatap ke dalam anak Jung Kook. Air mata Taehyung jatuh di pipi.

"Pergi sekarang Jung Kook. Pergi!Teruskan hidup kau...."dia merentap tangan Jung Kook.

"TAE.....ANIYA! TAE!"Taehyung terus menarik pintu kereta api dan kurung Jung Kook di dalam. Belakang tubuhnya menahan pintu itu dari luar. Dia melepaskan beberapa das tembakan secara rambang ke arah anggota anggota polis tersebut. Dua daripada mereka tumbang dengan kepala berkecai. Tubuh Taehyung pula menelan lebih banyak peluru serangan balas.

"ANIYA! ANIYA....KIM TAEHYUNG!"Jung Kook menjerit dari dalam kereta api sambil menumbuk cermin tingkap untuk keluar mendapatkan Taehyung yang terbaring.

"TAE!!! ANDWAE! TAEHYUNGG! JANGAN TINGGALKAN AKU TAE! JEBAL!"kereta api bergerak pergi dengan laju. Taehyung sempat pandang Jung Kook dan tersenyum. Jung Kook terus menjerit, menangis tak henti henti sambil menumbuk cermin tingkap sehingga berdarah tangannya.

Vote and comment. Tinggal dua chapter lagi. Ff ni dah nk habesss dah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro