Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 33

Jin berdiri di hadapan sebuah bangunan lama di tengah kota Seoul. Ada beberapa buah kereta terparking di sekitar bangunan. Tidak menunggu lama, dia masuk ke dalam bangunan tersebut. Seorang lelaki tua yang sedang mengemop lantai di ruang legar hadapan menyambut kedatangan Jin dengan senyuman.

"Cari sape ye?"lelaki tua itu meletakkan sekejap mop yang dipegang.

"Kim Taehyung...."Jin menggamit ruang sekelilingnya. Dia cuba melawan perasaan takutnya. Jari mengenggam hujung tshirt. Peluh sejuk memenuhi gigi rambut. Belum start perlawanan lagi Jin dah rasa macam nak cabut lari terus. Yohan tidak dapat bersamanya kerana ada urusan lain.

"Ohh Tae ada tengah tunggu kamu kat rooftop. Kamu ada battle dengan dia ke malam ni?"

"Ah nae!"Jin angguk kepala perlahan. Lelaki itu pandang Jin atas bawah dengan wajah menjengkelkan. Mungkin pertama kali dia melihat lawan Taehyung pada malam itu tidak setanding.

"Yakin ke boleh menang lawan Taehyung tu?"Lelaki tersebut seny mengejek. "Tae tu tak pernah kalah lawan dengan sesiapa pun. Ada yang sampai masuk hospital, sampai terkencing terberak dalam court,"Dia tidak habis habis membanggakan Taehyung.

"Pak Cik, boleh tunjuk tak jalan nak pergi rooftop tu,"pintas Jin.

Lelaki tersebut menunjukkan laluan bertangga ke rooftop. Jin ucapkan terima kasih padanya dan terus mendaki tangga bangunan tiga tingkat itu. Tingkat kedua merupakan tempat karokae. Ramai anak anak muda sebayanya menghabiskan masa terjerit jerit mengikut lagu. Tingkat ketiga adalah tempat bermain snoker. Kebanyakan yang berada di situ berususan untuk pertukaran barang terlarang seperti dadah.

Jin menolak pintu di hujung tangga tingkat paling atas. Dia menapak ke lantai rooftop yang berbumbungkan langit malam. Boleh nampak bulan yang mengambang terang di langit. Taburan bintang seperti kelip kelip berterbangan indah.

Suara gelak tawa menyinggah ke telinga Jin. Ruang rooftop itu agak luas. Ada satu gelanggang tinju berada di tengah rooftop. Dia perhatikan ahli ahli BTS sedang melepak di tepi gelanggang. Di satu penjuru, kelihatan Taehyung sedang berlatih menumbuk punch bag. Jin cuma berdiri lebih jauh dari mereka.

"Dah sampai pon. Ingat tak datang dah,"Jimin dan Namjoon menyambut kedatangan Jin. Mereka berdua mengheret Jin masuk ke dalam gelanggang tinju.

"Kira battle besar la malam ni. Daebakkkk!"Hoseok yang meneguk botol soju menjerit diikuti mereka yang lain. Jin seperti tunggul kayu di tengah gelanggang. Dia merapat ke arah Jung Kook yang duduk seorang diri di tepi gelanggang.

"Kau tak patut datang,"kata Jung Kook yang membelakangi Jin.

"Habis tu sampai bila aku nak lari,"

"Kau takan boleh kalahkan si Taehyung tu. Baik kau pergi balik rumah kau sekarang. Sia sia je kau mati kat sini malam ni,"

"At least aku mati bukan sebagai pengecut,"

"Suka hati kau la. Aku takan urus mayat kau nanti. Paling tidak pun diorang campak mayat kau dalam sungai Han,"

Namjoon dan Jimin datang menerpa belakang Jung Kook. Namjoon membisikkan sesuatu ke telinga Jung Kook.

"Tonight kau tak payah jadi malaikat nak selamatkan nyawa dia lagi. Biar dia mati kat tangan Taehyung. Faham?"Namjoon mencengkam rambut Jung Kool sebagai amaran. Mereka ambil tempat masing masing mengelilingi kotak gelanggang. Taehyung tanggalkan bajunya. Tubuh Taehyung berketul ketuo otot berbanding Jin yang tulang rangka saja. Dia balut kedua dua belah tangannya dengan kain sebelum menyarungkan sarung tinju. Sepasang sarung tinju dilempar kepada Jin. Jin cepat cepat sarungkan ke tangannya.

Taehyung dan Jin kini berdiri di tengah tengah gelanggang. Kedua duanya siap membuka kekuda. Namjoon jadi pengadil berdiri di antara Jin dan Taehyung.

"Ready?"Namjoon angkat tangan. Dia pandang Taehyun di sebelah kanannya kemudian pandang Jin di sebelah kirinya. Tangannya diturunkan. Perlawanan bermula. Penyokong Taehyung bersorak kuat kuat bagi semangat.

Jin mulakan serangan ikut segala pergerakan yang Yohan ajar. Tangannya yang dilayangkan beberapa kali cuma memukul udara kerana Taehyung lincah mengelak setiap serangannya. Tiba giliran Taehyung menyerang, tubuh Jin menerima beberapa tumbukan dan tendangan padu. Jin gagal menangkap setiap pergerakan Taehyung yang pantas.

20 minit perlawan, Jin sudah tersungkur beberapa kali di lantai gelanggang. Bibirnya pecah berkecai memakan tumbukan Taehyung. Dia muntahkan darah yang likat bercampur air luir dan dua batang giginya tercabut. Lidah merasa masin darah. Jin tak mudah kalah, tetap lawan selagi nyawanya belum berpisah dari tubuh sebab ni perlawanan hidup-mati.

"Hahhaahaha siyes ahh kau nak mati malam ni? Sempat taubat ke tak ni? Dosa kau banyak tau nak bawak hadap Tuhan nanti,"sempat Taehyung berjenaka. Jin yang naik gila dengan sindiran Taehyung, terus bagi dua penumbuk kat dagu Taehyung ketika lelaki itu sedang ralit ketawa. Kepala Taehyung terangkat ke atas. Rahang Taehyung jatuh, gusinya bersepai darah. Taehyung kesat darah yang mengalir turun ke dagu dengan sikunya. Dia tersengih lebar. Jin tercungap cungap mencari nafas.

"Kasi lunyai la wei budak celaka tu. Serang lagi Tae!"Yoongi, Hoseok, Namjoon dan Jimin tak henti henti bersorak pada Taehyung. Jung Kook palingkan wajah dari gelanggang, dia tak sanggup nak tengok.

"Mati kau sialll!"Taehyung menerpa ke arah Jin sampai tubuh Jin melayang ke sisi gelangang, melantun ke lantai di hadang tali tali getah. Taehyung tanggalkan sarung tangan. Dia mencangkung di atas perut Jin. Dada Jin ditumbuk bertubi tubi sampai lembik seperti sangkar rusuk sudah retak.

"Arrrggghhhhhhh! Arggggghhhh!"
raungan kesakitan Jin lebih kuat berbanding muzik dari bilik korokae tingkat dua. Kali ni, Jin betul betul hilang separuh nyawanya dimamah kesakitan yang tak pernah dia rasa. Beginikah rasanya di saat mahu mati? Dia tiada kekuatan bangkit semula. Tangan dan kakinya seperti sudah putus dari kawalan otak untuk digerakkan. Cuma jantungnya yang masih berdegup perlahan menanti ajal menghentikan rentakya.

Taehyung memang gila. Dia julang tinggi tubuh Jin dan campakkan ke luar gelanggang. Taehyung turut melompat keluar. Dia tolak Jin ke tembok rooftop. Dia angkat dan baringkan tubuh Jin di atas tembok berketebalan dua jengka itu. Dia biarkan Jin di situ sekejap sambil tangannya menyeluk poket seluar. Sebilah pisau dikeluarkan.

"Tae....cukup Tae!"Jung Kook menjerit datang menarik pinggang Taehyung.

"Kau bukan pembunuh Tae! Kau bukan pembunuh. Berhenti Tae! Dah cukup kita seksa Jin-hyung. Kalau kau bunuh dia sekalipun, hidup kau takan tenang sebab kau dah bunuh orang yang tak bersalah Tae,"dia merangkul kaki Taehyung merayu minta simpati Taehyung supaya berhenti. Namjoon dan Jimin terus mengheret Jung Kook jauh dari Taehyung.

"Kau tak payah masuk campur la sial. Ni urusan aku dengan dia. Aku seksa tahu tak selagi aku tengok dia tak mati. Noona aku merana disebabkan dia, tapi sampah ni boleh senang senang hidup takde pun rasa bersalah,"Taehyung menengking Jung Kook. Air mata Jung Kook mengalir.

Jin pejam celik pandang Jung Kook. Dia tersenyum pendek. Dia tahu Jung Kook masih sayang padanya.

"Dah Tae, tak yah dengar Jung Kook ni. Dia ni khianat kawan sendiri. Entah dia komplot dengan Jin belakang kita,"Jimin tahan tubuh Jung Kook yang meronta.

"Kau bukan pembunuh kan Tae. Hati kau baik. Aku dah lama kenal kau. Kau takan sanggup bunuh orang,"Jung Kook ulangi kata katanya.

"Bisinglah kau ni sial,"Namjoon menekup mulut Jung Kook supaya Taehyung tak terganggu.

"Teruskan Tae! Jangan berhenti!"hasut Yoongi.

"Aku bagi kau pilihan. Kau nak mati aku tikam pisau ni kat jantung kau atau aku tolak kau dari sini jatuh bawah sana,"ujar Taehyung. Jin tak fikir panjang. Mati kena tikam atau jatuh bangunan sama saja.

"Tolak je aku..."Jin bagitahu pilihannya. Walaupun ini kedengaran gila, dia teringin rasa terbang bebas di udara seperti burung. Pernah masa kanak kanak dulu, dia berimpian punya sayap yang boleh bawa dia terbang di udara. Dia mahu tunaikan
impiannya. Dia siap pejamkan matanya serapat mungkin.

"Okay...mudah kan. Senang aku bagi alasan nanti kau mati sebab bunuh diri terjun bangunan. Bukan aku yang bunuh,"Taehyung tolak Jin melepasi tembok. Jin rasakan tubuhnya diapung udara. Angin malam bertiup selesa, menyelinap celah celah jari kakinya. Namun dia tak rasa tubuhnya bergerak turun ditarik graviti. Sebaliknya dia buka mata melihat tangan Taehyung mengenggam sebelah tangannya di pinggar tembok. Taehyung angkat tubuh Jin semula naik ke tembok. Semua di situ terkesima dengan tindakan Taehyung. Jung Kook melepaskan nafas lega.

Jin duduk bersandarkan dinding tembok. Sekali lagi ajalnya terhenti. Rasa terkilan. Taehyung balingkan pisau di tangannya pada Jin sebelum berjalan keluar meninggalkan rooftop.

"Fuck kau Taeeee! Kau pengecutttt!"Namjoon maki Taehyung puas puas. Jimin mengamuk tendang dinding. Mereka turut meninggalkan rooftop dan mengejar Taehyung.

* * * *

Yohan jumpa Jin yang dah terbaring atas jalan depan bangunan. Tu pun berpuluh kali dia call Jin kerana risaukan Jin. Nasib baik Jin jawab panggilan yang ke 39 Yohan dan suruh Yohan datang ambik dia kat sini. Jin tak larat nak bangun bahkan berjalan. Banyak tulang tulangnya dah patah, sendi sendi terkoyak. Muka Jin tak nampak rupa manusia dengan kesan lebam dan berlumuran darah macam zombi. Tak payah cakap, Yohan dah tahu Jin kalah teruk. Dia papah Jin ke teksi.

"Teruk kau kena tibai ni. Kita pergi hospital,"

"Hahahaha,"Jin gelak macam mat gian mabuk ketum. "At least kau bukan tengok aku dalam keadaan aku dah jadi mayat,"

"Jangan degil. Kita pergi hospital sekarang,"

Jin mengelengkan kepalanya sebelum tersemban ke paha Yohan. "Tak nak ah! Aku tak suka kena tahan kat dalam wad. Hospital buang masa. Banyak lagi hal aku kenal settle,"

"Takan kau nak balik rumah dalam keadaan macam ni. Mahu pengsan noona kau tengok kau,"

"Letak je aku kat tepi tepi jalan. Dalam hutan ke?"Entah Jin kena tumbuk kat kepala sampai bergegar otak jadi mereng.

Yohan buat keputusan bawak balik Jin ke rumahnya. Dia dah call bagitahu Jin-Hye yang Jin tumpang rumahnya seminggu kena siapkan assignment. Mujur Jin-Hye tak banyak tanya dan terus setuju. Selepas rawat luka luka Jin, dia biarkan Jin tidur nyenyak di atas katilnya. Terbit rasa kesian dalam hati Yohan. Walaupun Jin tak pernah berkongsi atau mengadu tentang masalahnya, Yohan tahu Jin menderita. Cuma dia berharap Jin tidak bertindak membunuh diri.

* * * *

Balik dari rumah Yohan selepas seminggu menumpang di sana,
hidup Jin kembali sunyi. Jin-Hye ada menyoal kenapa mukanya lebam. Jin bohong dengan bagi alasan dia jatuh motor semasa bonceng bersama Yohan. Lenguh lenguh dan sakit pada tubuh masih terasa. Dia jugak kerap mengalami masalah sukar bernafas kerana dadanya sering saja sakit, sampai dia termuntah darah beberapa kali.

Jin tarik kerusi dan duduk menghadap meja. Dia keluarkan casset recorder yang dia pinjam dari Yohan. Buku notanya dibelek dan pada halaman yang dicatatkan beberapa nama sebelum ini, dia tambahkan satu lagi nama yang ditulis lebih besar di tengah muka surat-KIM TAEHYUNG. Semuanya dah lengkap.

Dia masih simpan pisau yang Taehyung bagi, diletakkan tepi buku nota.

Jarinya mengetuk hujung mata pen ke kertas. Dia masih tertanya tanya kenapa Taehyung tidak bunuh dia saja malam tu? Kenapa Taehyung biarkan dia terus hidup?

Apa Taehyung mahu bagi dia peluang untuk dia ungkapkan semua kebenaran yang dia simpan?

"Kau dah sedia nak dengar cerita aku Tae?"Jin sediakan tujuh kaset kosong. Setiap kaset kaset itu dilabel nama ikut urutan nombor. Dari satu sampai tujuh. Bermula dari Jung Kook berakhir dengan Taehyung. Dia hidupkan casset recorder setelah menarik nafas dalam dalam. Dia batuk beberapa kali untuk menghilangkan serak pada suaranya.

"Annyeonghaseyo....Kim Seok Jin imnida. Noona dan kawan kawan aku lebih mesra panggil aku Jin. Hahhahaha, suka hati korang la nak panggil aku apa tapi asalkan jangan hina nama aku lagi. Sebelum tu, make sure korang ambik tempat duduk yang selesa dan dengar baik baik cerita aku because I'm about to tell you the story of my life. More specifically, why my life ended. And if you're listening to this tape you're one of the reasons why,"

Vote and comment. Bye!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro