CHAPTER 32
Keluar dari kereta, Jung Kook memapah Taehyung masuk ke ruang tamu. Dia menjatuhkan Taehyung ke atas sofa. Dengan keadaan kaki kiri Jung Kook cedera ditikam pisau, terkinja kinja dia berjalan dengan sebelah kaki ke dapur untuk mendapatkan sebesen air, tisu, ubat luka dan kain.
Dia duduk membersihkan luka di pelepis pahanya. Banyak darah yang keluar dari tikaman luka yang agak dalam menampakkan daging. Mungkin perlu dijahit seeloknya. Dia tidak terfikir mahu ke klinik sekarang untuk dapatkan rawatan.
Mukanya pedih berkerut menyapu air di tempat luka. Basahan air dikeringkan dengan tuala. Kemudian disapu sedikit ubat lalu dibalut kemas dengan kain.
Jung Kook jugak tolong bersihkan tangan Taehyung yang berlumuran darah dan sisa sisa kaca. Bagi Taehyung selesa. Bau hanyir darah mencucuk hidung membuatkan tekak terasa loya.
Dia tanggalkan pakaian Taehyung yang terpalit darah Jin-Hye dan gantikan dengan tshirt dan seluar baru.
Tuala dibasahkan untuk diletakkan di atas dahi Taehyung sementara menunggu lelaki itu sedar.
Seketika, Jung Kook terbaring kepenatan di lantai. Sebelah tangan melapik bawah kepala. Jantungnya masih menendang dada dengan laju. Rasa sengal dan pedih di kaki mencucuk terasa hingga ke tempurung kepala. Dia cuma berehat sekejap, menenangkan diri yang masih trauma dengan apa yang berlaku.
Taehyung dah bunuh Jin-Hye untuk selamatkan nyawa Jung Kook. Jiran jiran akan jumpa mayat Jin-Hye yang mati dengan perut terburai ditikam tak lama lagi. Polis akan segera menyiasat dan mencari bukti yang ditinggalkan pembunuh. Jung Kook yakin dia dan Taehyung tinggalkan cap jari di sekitar mayat Jin-Hye. Berdasarkan bukti bukti itu, pihak polis membuat ujian dna dan akan menjejak suspek. Cepat atau lambat, mereka bakal diburu polis nanti. Ini buatkan Jung Kook tak tenang.
Terus dia bangkit dari pembaringan. Langkahnya perlahan diatur. Setiap kali dia cuba bergerak, luka kakinya terasa makin terkoyak luas, lagi menyakitkan. Dia tetap menggagahkan diri memanjat satu persatu anak tangga. Darah dari luka menitik dari celahan balutan kain.
Masuk ke dalam bilik, Jung Kook ambil dua beg pakaian—satu beg diisikan dengan pakaiannya dan satu beg lagi untuk pakaian Taehyung. Dia dan Taehyung perlu tinggalkan rumah mereka paling lewat pun sebelum matahari pagi menjengah hari esok. Dia pandang jam dinding. Pukul 1 pagi. Mereka cuma ada sedikit masa sekarang untuk melarikan diri.
Selepas itu, dia turun semula ke ruang tamu sambil memikul satu beg di atas bahu, satu lagi diheret. Dia nampak Taehyung dah sedarkan diri, statik di atas sofa. Taehyung menggamit kedua dua belah tangannya dengan muka keliru sebelum memandang Jung Kook dengan mata berkaca. Bibir Taehyung menggigil dan seluruh tubuhnya bergetar seperti dibalut kesejukan atau ketakutan.
"Tae...kau ok?"gumam Jung Kook menapak ke arah Taehyung lebih dekat.
"Aku dah bunuh Jin-Hye kann?" Taehyung menekup muka dan kedengaran tangisannya yang teresak esak.
"Tae...better kita..."
"AKU PEMBUNUH! AKU DAH BUNUH PEREMPUAN TU,"dia menjerit dan mengepal tangan memukul kepalanya sendiri. Jung Kook terus menangkap tubuh Taehyung dalam pelukannya. Tangan Taehyung digenggam kejap. Dia menolak kepala Taehyung ke dadanya. Tshirt yang dipakai Jung Kook teras basah menyerap air mata hangat Taehyung. Taehyung berhenti agresif, beransur ansur tenang menerima belaian lembut Jung Kook.
Jung Kook jadi sebak. Kenapa Taehyung? Kenapa tidak dia yang mati dan selepas itu segalanya akan ternoktah. "Kau tak salah Tae. Kau cuba selamatkan aku. Aku terhutang nyawa dengan kau,"ujar Jung Kook,"seraya mengesat air mata di pipi Taehyung. Setidaknya dia kena kuat ketika diri Taehyung sedang lemah. Mereka saling membahagi kekuatan dan melindungi satu sama lain. Kerana itu utuhnya persahabatan mereka.
"Polis akan tangkap aku kan sebab aku dah bunuh Jin-Hye. Aku tak nak masuk penjara,"
"Aniya Tae! Aniya! Aku takan biarkan benda tu terjadi,"
"Habis tu kita nak buat apa sekarang,"Taehyung menjeling ke arah beg beg pakaian di hujung tangga. "Beg beg tu...."
"Kita lari dari sini. Lari sejauh mungkin sampai polis tak jumpa kita, tak dapat tangkap kita. Kita mulakan hidup baru Tae. Kau dah janji kan dengan aku hari tu,"potong Jung Kook.
"Kau yakin kita akan selamat?"
Jung Kook angguk dengan penuh yakin. "Nae! Ni je harapan yang kita ada Tae. Aku tak boleh hilang kau. Aku tak boleh hidup kalau kawan kawan aku takde dengan aku,"
* * * *
Taehyung menyarungkan hoodie. Dia memakai mask hitam untuk menutupi separuh wajahnya. Sebagai langkah berjaga jaga sekiranya wajah mereka akan muncul di kaca tv, atau terpampang menjadi tajuk utama akhbar "DUA PEMBUNUH DIKEHENDAKI", atau juga pada poster poster yang ditampal di dinding bangunan. Orang ramai akan mengenali mereka. Hidup mereka pasti akan berubah kacau, menjadi pelarian yang perlu bersembunyi sepanjang masa dari mata mata polis.
Dia menarik laci meja dan mengambil sepucuk pistol yang ditinggalkan Jimin. Pistol itu diselitkan ke dalam poket hoodie. Jung Kook yang menunggu di ruang tamu memanggilnya turun. Grab sudah tiba di perkarangan rumah.
"Rumah ni banyak memori kan Tae?"kata Jung Kook yang kelihatan berat hati mahu meninggalkan rumah itu. Dia rindukan suasana meriah bersama kawan kawannya. Ruang tamu ini akan penuh kalau ada mereka. Namjoon yang suka melompat lompat di atas sofa. Jimin yang menjerit menang lawan game dengan Taehyung. Yang kalah akan disuruh oleh Jimin belanja pizza. Hoseok pulak jenis yang suka mengusik matikan lampu, lepastu mereka akan menjerit ketakutan bila si Hoseok muncul dari dapur berselubung kain putih. Dan Yoongi paling tidak menganggu (paling normal mungkin) 24 jam study terperap dalam bilkk. Memori itu membuatkan air mata Jung Kook menitik lebat.
"Dah dah...."Taehyung menepuk bahu Jung Kook. Pemandu Grab membunyikan hon setelah beberapa minit menunggu. Jung Kook dan Taehyung melangkah keluar meninggalkan rumah penuh kenangan itu yang akan jadi sunyi untuk jangka masa yang panjang. Tu pun kalau kakinya berpeluang menjejak rumah itu lagi.
Mereka masuk ke dalam perut Grab. Taehyung duduk di kerusi sebelah driver, Jung Kook di belakang. Jung Kook masih lagi memandang keluar tingkap, menggamit rumah itu sebelum ianya hilang dari pandangan.
"Ke mana?"soal driver Grab.
"Mana mana hotel yang jauh dari bandar ni,"balas Taehyung. Cadangan Jung Kook supaya mereka menginap di hotel untuk malam yang singkat ni—sekurang kurangnya untuk mengumpul tenaga sementara menunggu esok pagi. Waktu sebegini tak banyak kenderaan yang boleh membawa mereka pergi lebih jauh. Lagipun, mereka belum tentukan tujuan mereka selepas ini.
"Oh okay,"enjin kereta menderam dalam kesunyian. Ia meluru membelah angin malam.
* * * *
"Tae....ada something aku nak bagi tahu kau,"entah keberanian apa yang membuatkan Jin menahan tangan Taehyung sewaktu mereka berdua berselisih di pintu masuk cafe.
Muka Taehyung nampak dingin seperti biasa. Matanya memberi pandangan maut pada Jin sekilas direntap tangan itu. Jin tahu memunculkan wajahnya pada Taehyung seperti menyerahkan diri pada maut.
Nafas Taehyung berbunyi deras. Dia mengetap gigi menahan geram"Kau nak apa lagi? Nak mati?"dia mencebik.
Jin berdoa dalam hati supaya Taehyung tidak bertindak kasar dengannya. "Ni pasal kawan kawan kau yang berkait dengan Minra. Diorang...."belum habis kata kata Jin, Taehyung terus menekup rapat mulut itu. Dia malas mahu mendengar apa apa penjelasan yang dah basi.
"Why now? Noona aku dah lama mati wei. Sekarang kau nak bagitahu aku apa? Nak cakap yang kau tak bersalah....puiii kau ingat kau masih hutang nyawa kau dengan aku. Cepat atau lambat aku akan tuntut,"jemari Taehyung melepaskan kolar baju Jin. Jin masih memaut kemas bahu Taehyung yang ingin melangkah pergi ke arah kawan kawannya di meja hujung.
Jin jeling ke arah mereka. "Before terlambat kau kena tahu perangai setan kawan kawan kau tu. Ya, memang aku hutang nyawa aku dengan kau sebab aku gagal jaga Minra baik baik. Aku yang biarkan Minra dirosakkan oleh kawan kawan kau sendiri. Diorang semua tu manusia tapi berhatikan iblis. A least, kau perlu tahu kebenaran ni. Ni je keadilan yang boleh aku tuntut untuk Minra,"
"Ok, aku beat kebenaran bodoh kau tu dengan nyawa kau sendiri. Kita lawan tinju. Amacam? Kau berani?" Taehyung jongket sebelah keningnya. "Kalau kau bukan pengecut, kau takan tolak. Ni kira adil. Kalau kau menang, aku sudi dengar kebenaran yang kau nak bagi tahu aku tu. Kalau kau kalah, kira aku tamatkan nyawa kau la. Deal kan?" Taehyung menanti anggukan Jin.
Jin menggariskan senyuman sinis di bibirnya. "Nope, aku ada satu syarat lagi. Kalau aku menang....aku nak kau pastikan kawan kawan bangsat kau dihukum sebab dah rosakkan Minra. Kau sanggup...putuskan persahabatan kau dengan diorang dan kau heret diorang masuk jail?"dia pula yang menunggu jawapan Taehyung. Nampak muka Taehyung dah ketat semacam. Tercabar mungkin.
Taehyung berdiam agak lama. Berfikir sebelum memberikan kata putus. "Ok, aku sanggup. Aku bagi masa kau seminggu. Next week kita battle kat tempat aku,"
Kedua duanya mengangguk setuju dan berjabat tangan. Jin menelan air liur setelah Taehyung berjalan meninggalkannya. Ekor maanya mengekori tubuh Taehyung sehingga lelaki itu duduk di kerusi meja hujung. Taehyung dan kawan kawannya bergelak sakan.
"Siyes ahh kau cabar dia tinju dengan kau? Bapak ahh?"
"Mampu ke wei dia nak kalahkan kau?"
"Dasar tak sedar diri. Dia tu lemah wei, sekali angin tuip melayang macam kertas,"
Terdengar suara suara sumbang mereka mengumpat Jin. Ahh, malas layan Jin terus ke kaunter untuk memasan makanan tengah hari.
* * * *
Tempoh seminggu terus berjalan. Sedangkan Jin tidak buat apa apa pun latihan. Tinju? Dia tiada satu pun asas tentang seni lasak itu. Hari berganti hari, berbaki 5 hari lagi yang membuntukan fikiran Jin. Ceruk mana dia nak cari orang yang boleh melatihnya bertinju dalam tempoh singkat itu. Dia boleh nampak kekalahan yang memalukan.
Sekarang dia cuma terfikir akan Yohan yang boleh membantunya. Sejak Yohan selamatkannya dari kebakaran rumah tempoh hari, mereka mula rapat berkawan. Tambahan pula, Yohan adalah pelajar satu fakulti dengannya di Universiti. Kerap jugak Yohan mengunjungi rumahnya bertanyakan masalah pembelajaran dan kadang kadang Yohan bawa sedikit buah tangan yang dikirim Ahjumma Han.
Petang itu, Jin berjumpa Yohan yang satu satunya harapan yang dia ada. Dia harap Yohan tak menghampakan.
"Kau pandai tinju?"soal Jin. Muka Yohan berkerut sekejap sebelum dia gelak kecil. Jin boleh agak dari tubuh Yohan yang tegap dan berotot seperti dia kerap bina tubuh di gym atau mahir seni lasak.
"Wae? Mimpi apa kau?"
"Tolong latih aku tinju. Next week aku ada battle dengan someone,"Jin merayu pada Yohan sehabis boleh.
Yohan tak angguk cuma menggaru sejemput janggut bawah dagunya.
"Kau masuk tinju haram ke? Nak menang duit? Hahaha,"
"Ni lagi penting dari duit. Ni menentukan nyawa aku, hidup aku dan maruah aku. Aku tak boleh kalah dengan dia tu,"
"Hahahaha....aku taklah pro mana bertinju ni, tapi pernahla jugak menang battle dua tiga kali,"
"Dah tu tolonglah aku. Kali ni je. Lepas ni aku tolong siapkan assignment kauu....pliss,"Jin gosok gosok tangannya, betul betul mengharapkan Yohan.
"Ok la aku tolong kau,"
"Jinja?"
"Yelah. Tapi seminggu tu macam tak...."
Jin terus peluk Yohan erat. Dia bersorak gembira. "Ahh takpe, aku tahu yang basic pun dah ok,"
Malam tu jugak mereka mulakan latihan di rumah Yohan. Dari malam sampai ke pagi Jin berlatih. Untuk beberapa hari sampai tak tidur.
Sorry lmbt update. Sorry klu chapter ni hambar!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro