Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 31

Ps: Sila baca sambil dengar lagu I Need You bts.

Hari ini adalah hari yang paling kacau dalam hidup Taehyung dan Jung Kook. Dalam sehari atau dalam tempoh 24 jam mereka menyambut dua kematian kawan kawan mereka. Nak menangis pon rasa air mata dah kering dalam tubuh. Cuma yang paling menyedih pemergian Namjoon bukan di samping kawan kawannya. Mereka sendiri pon tak tahu Namjoon ada kat mana sekarang. Nak cari? Mustahil nak pusing satu korea selatan ni. Jalan mudahnnya cuma perlu tunggu laporan berita di tv tu pon kalau masuk berita.

Otak dan tubuh dah terasa sangat letih. Perut yang kempis sepanjang hari, cuma diisi dengan air luir. Tapi tak terasa pun nak makan. Diri sendiri macam dah sekerat takde nyawa.

Jin-Hye:
Kook, blh tak dtg rmh noona skrg. Ada benda noona nk tanya kau pasal Jin.
09.50pm.

Ok. Jap lagi Jung Kook
sampai sana

"Tae, jap lagi kita singgah rumah Jin-Hye kejap?"kata Jung Kook selepas mesej daripada Jin-Hye itu dibalas.

Dahi Taehyung berkerut. Wajahnya keliru. "Buat apa?"soalnya.

"Dia cakap ada something nak tanya aku...,"Jung Kook jeda sekejap. "pasal Jin hyung,"sambungnya dengan suara yangĺ mendatar.

Terdengar keluhan berat Taehyung.

"Haishh ...serabut aku cam ni. Lepas satu satu yang jadi,"Taehyung meraup rambutnya ke belakang. Dahi dipicit kerana kepalanya tak henti henti berdenyut dari tadi. Memang hari ni sehari suntuk mereka tak balik rumah, banyak masa berada di dalam kereta tanpa hala tuju. Dari hospital, ke rumah Namjoon sekarang ke rumah Jin-Hye pulak. Dia harap itu destinasi yang terakhir buat hari ini.

"Entahla, aku pon rasa macam down dah nak hidup. Mula mula Hoseok, Yoongi, Jimin lepastu Namjoon. Lepas tu saper lagi. Aku? Kau? Tak tahulah apa nak jadi, sorang sorang pergi. Sekarang tinggal kita berdua je ni," Tadi dia yang beriya suruh Taehyung kuatkan semangat. Lepas kejadian Namjoon tadi, dia jadi putus asa. Seperti maut tak berhenti mahu meragut nyawa mereka.

Taehyung menepuk paha Jung Kook. "Sabar eh. Malam ni, semua benda ni akan settle. Takde lagi dah yang ganggu life kita,"kata kata semangat Taehyung tak mampu mengubat hati Jung Kook sekarang.  Kadang kadang Jung Kook iri dengan Taehyung yang stay boleh tenang berdepan dengan masalah. Seperti biasa Taehyung menghabiskan beberapa batang rokok untuk menenangkan dirinya. Jung Kook ambil kotak rokok di dashboard, keluarkan sebatang. Belum rokok itu singgah di mulut Jung Kook, Taehyung terus merampasnya.

"Kau nak buat apa?"

"Smoking. Kau kata boleh tenangkan otak,"

"Tak payah! Budak budak takleh hisap rokok. Bahaya untuk kesihatan,"Taehyung sorok kotak rokok dalam poket seluarnya.

"Habis tu kau hisap takpe pulak,"

"Aku hisap rokok sebab nak mati awal. Penat dah nak hidup kat dunia ni,"alasan Taehyung membuatkan Jung Kook menggulingkan biji mata ke atas. Dia turunkan cermin kereta untuk dapatkan udara segar.

Kereta yang dipandu Taehyung memasuki simpang yang menuju ke rumah Jin-Hye. Lepas balik dari rumah Jin-Hye nanti, dia nak rehat puas puas dan mulakan hari esok dengan semangat baru, berharap masih ada kebahagian.

Taehyung parking di hadapan rumah Jin-Hye. Jung Kook tolak pintu kereta dan keluar.

"Sure ke tak nak aku ikut sekali?"

"Tak payahlah. Kau tunggu kat sini. Dia nak jumpa aku je ni,"

"Ok!"

Jung Kook melambai pada Taehyung dan masuk ke dalam rumah tersebut ketika pintu utama dibuka oleh Jin-Hye. Dia menjatuhkan punggung di atas sofa ruang tamu. Jin-Hye pula ke dapur sekejap untuk membancuh air biar pun dihalang oleh Jung Kook. Sambil itu, Jung Kook memerhatikan sekitarnya. Ruang tamu agak bersepah dengan plastik plastik makanan merata di lantai. Botol botol soju berlonggok di atas almari tepi pintu.

Jin-Hye menatang dulang cawan teh ke atas meja. Dia turut mengenyahkan punggung di hadapan Jung Kook. "Silalah,"dia hulurkan secawan teh kepada Jung Kook. Jung Kook mengangguk terima kasih dan mencicip sedikit teh itu. Aroma teh betul betul menyegarkan tubuh.

"Noona nak jumpa Jung Kook ada hal apa yang noona nak tanya?"soal Jung Kook memecah sunyi yang beberapa saat berlalu. Jin-Hye cuma mengelamun memandang cawan teh di tangannya.

"Noona?"Jung Kook memanggil. Jin-Hye yang tersedar menumpahkan sedikit teh pada pahanya. Cepat cepat dia lap skrit yang basah dan meletakkan semula cawan teh.

"Ye?"

"Noona nak tanya pasal apa?"ulang Jung Kook. Jin-Hye meraup wajah sebelum bersuara.  "Noona nak tahu pasal Jin,"dia nampak perubahan air muka Jung Kook berubah pucat. Tangan Jung Kook yang memegang cawan teh terketar ketar.

"Sejauh mana Jung Kook kenal dengan adik noona tu? Noona tahu dulu Jung Kook rapat dengan dia tapi disebabkan korang gaduh, noona tengok korang makin jauh,"soalan Jin-Hye membuatkan jantung Jung Kook semakin berdebar. Mulutnya terus terkunci, lidah jadi pendek untuk berkata kata.

"Apa dah jadi pada Jin sebenarnya? Cuba Jung Kook berterus terang dengan noona. Noona tak rasa Jin saja saja je bunuh diri. And dia tak bagitahu pon noona tentang masalah dia. At last noona kena cari jawapan sendiri, cari kebenaran,"Jin-Hye melepaskan nafas berat.

"Noona tahu kamu ada jawapannya kan?"mata Jin-Hye mula tajam mengamit wajah bersalah Jung Kook. Dia bangun menyilangkan kedua dua tangan di belakang tubuh, melangkah ke arah Jung Kook lebih dekat.

Jung Kook masih terdiam.

"Kenapa diam! Cakaplah!"Jin-Hye menengking geram. "Hahahaha, kau pakat dengan budak budak tu kan,"ketawanya menaikkan bulu roma.

"Apa noona cakap ni. Jung Kook....Jung Kook tak faham,"geleng Jung Kook.

" Park Jimin, Min Yoongi, Jung Hoseok , Kim Namjoon, Kim Taehyung dan termasuk kau sekali Jeon Jung Kook,"Jin-Hye mengangkat buku nota yang disorokkan di belakang tubuhnya. "Nama korang semua ada dalam ni. Ni yang kau cuba sorokkan dari aku?"buku tersebut terus dilempar ke muka Jung Kook.

"Noona....miann..."

"Hah, kau ingat adik aku tu apa suka hati korang buli dia, seksa dia, hina dia sampai dia bunuh diri. Memang adik aku mati sebab salah korang. Korang yang bunuh diaaaaa!"Jin-Hye merentap kolar baju Jung Kook. Dia keluarkan pisau yang disorokkan dalam poket baju. Pantas lengannya menolak leher Jung Kook. Jin-Hye dan Jung Kook bergelut dari sofa jatuh ke lantai. Dia melibas pisau ke leher Jung Kook tapi pantas Jung Kook menggenggam pisau tersebut.

"Mati! Mati! Korang patut mati!"tenaga Jin-Hye semakin kuat menolak pisau yang ditahan oleh Jung Kook. Mata pisau sudah menembusi sedikit kulit leher Jung Kook. Darah mengalir dari leher dan tangannya. 

Jung Kook menolak tubuh Jin-Hye ke belakang, menghentak wanita itu ke dinding beberapa kali. Jin-Hye yang terjelepok kesakitan melepaskan tangannya. Jung Kook segera bangun untuk melarikan diri. Pintu keluar cuma beberapa meter darinya. Jin-Hye sempat menahan kaki Jung Kook. Dia menusuk pisau ke betis Jung Kook. Jung Kook meraung kesakitan, tersungkur semula di lantai. Pisau dicabut. Jin-Hye mencangkung di atas tubuh Jung Kook  sambil mengangkat tinggi pisau menuju ke dada Jung Kook.

*     *    *    *

Taehyung keluar dari perut kereta setelah mendengar jeritan Jung Kook dari dalam rumah tersebut. Masuk ke dalam rumah, dia melihat Jin-Hye dan Jung Kook bergelut. Ada pisau di tangan Jin-Hye. Ada darah menitik di leher dan tangan Jung Kook. Taehyung gapai botol soju di sebelah pintu. Dia memukul belakang kepala Jin-Hye dengan botol kaca itu sehingga pecah. (botol yang pecah, bukan kepala Jin-Hye). Jin-Hye yang kesakitan melepaskan pisau.

Jung Kook dibantu oleh Taehyung untuk bangun. Kaki Jung Kook keluar banyak darah. Dia arahkan Jung Kook supaya segera keluar masuk ke kereta.

Taehyung pula yang berhadapan dengan Jin-Hye. Jin-Hye ketawa macam orang tak waras.

"Wae? Lepas kau dah bunuh adik aku, kau nak bunuh aku pulak. Weh budak, aku akan pastikan korang pon mampos sekor sekor," Jin-Hye masih melawan. Taehyung mendorong tubuh Jin-Hye ke dinding. Dia tikam perut Jin-Hye  dengan botol soju yang pecah tadi.

Tikam!

Taehyung terus menikam tanpa henti.

Tikam!

Dia pekakkan telinga pada suara Jin-Hye yang menjerit kesakitan.

Tikam!

Bertubi tubi sehingga perut Jin-Hye terburai, darah terpancut melimpahi lantai. Tubuh Jin-Hye bergelimpangan dalam lopak darah sendiri. Taehyung terduduk dengan wajah kosong. Dia pandang tangannya yang berlumuran darah, pandang tubuh Jin-Hye yang keras kejung.

Dengan tubuh yang lemah dan kepala hampir pitam, Taehyung heret tubuhnya terhuyung hayang ke kereta. Dia masuk ke dalam perut kereta tanpa bersuara. Mulut Jung Kook ternganga luas melihat Taehyung penuh darah.

"Apa dah jadi ni Tae! Tae!"Jung Kook gegarkan tubuh Taehyung.

"Jin-Hye.....Jin-Hye ddah mati,"Taehyung terus pengsan. Jung Kook memapah Taehyung ke tempat duduk belakang dan dia memandu kereta pulang ke rumah.

Huhuhu vote and comment. Bye!


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro