CHAPTER 30
Mereka bertiga memandang antara satu sama lain. Masing masing nampak blur, dan sedikit terpinga. Tiba tiba tangan Namjoon jatuh menghentak meja kayu dengan kuat. Bunyinya memekikkan telinga terus mengalihkan dua pasang mata itu tetap fokus pada Namjoon saja.
Seperti biasa, bila ada perkara yang mendesak perlu diselesaikan dengan segera, Namjoon, Jimin dan Yoongi akan berkumpul bersama. Selalunya di rumah Namjoon sendiri. Awal awal pagi lagi mereka disuruh oleh Namjoon datang ke sini selepas dikejutkan dengan mesej Hoseok di group whatsapp "Jin bangsat hidup balik. Lancauuu!"
"Sial! Apasal mamat tu boleh hidup balik,"Namjoon berdecit geram. Berderau darah naik berkumpul di otak, buat kepalanya kembali serabut. Baru ingat nak hidup tenang lepas celaka tu mati, tapi tup tup tup dengan ajaib Jin hidup balik. Ahh shit!
Jimin mengangkat bahu. "Idk, kita dah pakat kan tinggalkan dia kat pool. And Hoseok sendiri sure dia dah tak breathing masa tu,"
"But now, someone dah selamatkan dia masa kita tinggalkan dia. Shit shit shit laaa,"carut Namjoon.
"At least kita selamat lagi sebab dia belum gi bagitahu Taehyung. But one day, the truth will be revealed.....selagi Jin tu tak mati,"Yoongi mencelah, itu yang membuatkan mereka risau sebenarnya dan beriya mereka nak hapuskan Jin secepat mungkin.
"Kau ingat lagi tak saper yang last sekali tinggalkan pool tu,"Namjoon cuba memutarkan balik memori, mencari di mana kesilapan yang membuatkan rancangan mereka gagal.
Jimin ambil masa sedikit mengingati. Dia mengaru bawah dagu yang licin tanpa janggut. "Setahu aku, kita keluar dari pool tu sama sama kan,"
"Yes,"Yoongi angguk.
"But kau perasan tak masa kita teman Jimin pergi padam rakaman cctv, someone suddenly takde dengan kita,"
Yoongi petik jarinya. "Yeahh, it's Jung Kook. He did not with us at that time. Dia cakap dia nak gi jumpa kawan kat cafe. I remember that,"
"Right!"sokong Jimin.
"Jung Kook yang selamatkan Jin?"soal Namjoon.
"Yes!"Yoongi dan Jimin jawab serentak. "Saper lagi yang tahu Jin lemas kat pool tu melainkan kita. Budak budak lain tak berani masuk campur. Kau tahu kan Jung Kook pernah baik dengan Jin tu. Kau rasa dia sanggup tengok ke Jin mati,"
"Jung Kook dah batrey kita. Fuck la mamat tu,"Wajah Namjoon dah membengis. Matanya tajam, seakan melihat Jung Kook yang mahu dicarik carik sekarang.
"Call Jung Kook sekarang suruh dia datang jumpa aku,"marah Namjoon selalunya akan menyebabkan seseorang tu terima padah. Paling kurang pon makan dua tiga penumbuk.
"Kau nak pukul Jung Kook pulak ke? Tak payah. Kang jadi masalah besar. Kau tahu kan Taehyung lebih sayangkan saper antara kita semua,"sarkastik keluar dari mulut Yoongi.
"So, apa cadangan kau?"
"Kita cari cara lain. Liat sangat batak tu nak mati,"
Jimin yang diam sekejap tadi bersuara. "I know what to do now. Aku just bagi plan. Kau yang gi buat boleh tak Namjoon,"
"Boleh. Apa plan kau?"
"Malam nanti, kau gi bakar rumah Jin. Biar dia mati rentung. Ni nampak tak jahat sangat. Amacam!"Jimin angkat sebelah keningnya.
Namjoon angkat ibu jari. "Easy!Terbaik la idea kau Jimin,"bahu Jimin dirangkul erat.
* * * *
Malam—seperti yang dirancang Jimin. Tapi kali ni Namjoon kena buat kerja sendiri sebab Jimin dan Yoongi tak nak masuk campur. Tak jadi masalah pon sebenarnya—setakat bakar rumah orang...macam bakar sampah je.
Namjoon memarkingkan keretanya selang beberapa rumah dari rumah Jin. Nak buat kerja jahat sekalipun kena bijak merancang, sekurang kurangnya tidaklah pergerakkannya nanti kucar kacir. Dia perhatikan jam di telefon. 12.00 tengah malam. The right time. Waktu sebegini penghuni penghuni di kawasan perumahan itu sudah beransur ansur tidur. Beberapa buah rumah di sekitarnya kelihatan bergelap cuma diterangi barisan lampu lampu jalan di hadapan kediaman masing masing. Dua tiga buah rumah yang berada sedikit jauh dari rumah Jin kelihatan masih cerah.
Ahh tak perlu risau, bukannya mereka dapat tahu atau hirau apa yang berlaku sekali pun di sekitar mereka.
Namjoon menyarungkan topeng muka dan barang barang yang perlu dia guna nanti ke dalam karung guni. Keluar dari perut kereta, suasana malam yang dingin terasa sunyi. Tiada kenderaan yang lalu di jalan hadapan, cepat cepat Namjoon melintas jalan. Kemudian berlari dengan berhati hati tanpa menghasilkan sebarang pon bunyi. Dia melepasi beberapa buah rumah yang lain dan berjaya menyusup ke halaman rumah Jin yang tak berpagar.
Dia pecahkan sebuah pintu di belakang rumah tersebut. Masuk melalui pintu itu, dia mendapati ada ruang dapur sebaliknya. Lampu picit dihidupkan sekitar saat dia melangkah. Dia meluru ke sinki, mendapatkan sebiji pinggan. Lampu dimatikan serentak pinggan dijatuhkan ke lantai. Bunyi pinggan pecah memecah sunyi di dalam rumah itu. Namjoon menyorok di ruang kosong di sebelah peti sejuk. Peti sejuk hampir dengan sinki.
* * * *
"Saper tu?"Jin yang berbaring di atas sofa di ruang tamu (baru terlelap) dikejutkan dengan bunyi kaca pecah dari dapur. Terus dia pergi ke dapur.
* * * *
Ketika Namjoom mendengar derapan tapak kaki laju memijak lantai, dia sudah bersedia menggenggam kayu besball. Umpan mudah masuk, bisiknya.
Tiba di dapur, Jin menghidupkan lampu. Kelihatan serpihan kaca pinggan bertaburan di lantai hadapan sinki. Matanya beralih pada pintu dapur yang terkuak luas. Dia rasa tak sedap hati. Dia yakin bukan kecuaiannya pintu itu dibiarkan tidak berkunci. Dia menghampiri pintu dengan berhati hati. Ada beberapa kesan tanah dari tapak kasut menghala dari pintu. Dia menjengukkan kepala keluar.
Bukkkkk!
Jin rasakan hentaman objek keras yang kuat di belakang lehernya. Otak bergegar, mata pantas jadi rabun. Tubuhnya terus tersungkur di depan pintu. Pada pandangannya yang samar samar, deria penglihatan menangkap satu bentuk tubuh yang menghampirinya. Dia dengar orang itu ketawa, menyanyi sambil mengheret tubuhnya. "Berat sial kau ni?"
Kerana sakit yang teramat menjalar di seluruh kepala, Jin tak sedarkan diri selepas beberapa saat.
Dari dapur hingga ke seluruh bahagian rumah itu Namjoon simbahkan minyak tanah. Usai kerjanya, dia keluar dari pintu tadi. Dia mengundur beberapa tapak. Sepuntung mancis dihidupkan. Saat api dari kepala mancis bertemu dengan minyak tanah, api yang lebih besar marak mengekori tumpahan minyak itu dan dalam beberapa saat saja rumah kecil itu menyala.
"Kalau kau mati, rahsia aku pun akan turut sama terkubur dengan kau,"Namjoon lari ketika mendengar suara jiran jiran sebelah menjerit panik.
"Kebakaran! Kebakaran! Kebakaran!"
* * * *
Seorang pemuda memasuki rumah yang sedang marak terbakar itu. Jiran jiran berkumpul di hadapan rumah, sekadar menunggu bomba datang menyelamat.
Pemuda itu meredah ruang tamu, mencari tuan rumah yang berkemungkinan terperangkap di dalam. Asap asap terlalu tebal. Laluan ke tingkat atas sudah ditutupi api sepenuhnya. Dia sekadar berlegar di ruang sekitarnya sehinggalah matanya terpandang sebujur tubuh terbaring di lantai dapur. Tubuh tersebut di kelilingi api. Dia menanggalkan jaket yang dipakai dan menutup bahagian kepala serta menekup hidungnya. Dia berlari meredah api, terus mendapatkan Jin. Tubuh Jin diangkat sepenuh tenaga. Siling di atas kepalanya runtuh satu persatu, yang tadi nyaris nyaris menghentam tubuh mereka. Nasib dia sempat mengelak dan keluar dengan selamat.
Dia membaringkan Jin di atas rumput. Bomba tiba selepas itu. Ahjumma Han yang melihat Jin selamat mengucapkan banyak banyak terima kasih kepada pemuda tadi. Pemuda tersebut adalah jiran yang berdekatan. Namanya Im Yohan.
Jin tersedar selepas agak lama pengsan. Terus Ahjumma Han memeluknya.
"Apa dah jadi ni ahjumma?"Jin masih bingun. Dia memandang pelik pada Yohan yang sedang memampah kepalanya di atas riba.
"Rumah kamu terbakar?"
"Hah? Macam mana boleh terbakar?,"Jin terus bangkit. Pihak bomba sedang berusaha memadamkan api yang sedang marak. Rumahnya tenggelam dalam api sepenuhnya. Dia rebah melutut semula.
"Barang barang Minra Ahjumma. Jin kena selamatkan barang barang dia. Tu je kenangan dia yang Jin ada,"
Yohan menahan tubuh Jin dari mendekati rumah tersebut.
"Aigoo, lupakan jelah barang barang Minra tu. Nyawa kamu lagi penting sekarang. Ni kamu selamat nasib baik Yohan yang sempat selamatkan kamu,"balas Ahjumma Han. Jin menundukkan kepalanya pada Yohan tanda berterima kasih.
* * * *
"Jin tinggal je lah dengan ahjumma. Kan lebih mudah,"cadangan Ahjumma Han tu membahayakan sebenarnya. Jin tahu punca kebakaran rumahnya semalam angkara siapa. Dia ingat semua benda sebelum dia pengsan kerana kepalanya dipukul dan selepas itu rumahnya dibakar.
"Tak boleh la ahjjuma. Jin dah banyak menyusahkan ahjumma. Sampai rumah yang ahjumma sewakan pada Jin tu terbakar disebabkan Jin sendiri,"Jin terpaksa menolak, lebih baik daripada dia mengheret nyawa Ahjumma Han dalam bahaya. Selepas bermalam di rumah Ahjumma Han selama dua hari, Jin buat keputusan meniggalkan rumah tersebut.
Dia tiada tujuan atau tempat tinggal lain selain noonanya. Kalau Jin-Hye masih memarahinya, terpaksalah dia merempat di mana mana—di tepi jalan, kaki lima atau di celah celah bangunan sebagai gelandangan.
Dia meninggalkan rumah Ahjumma Han ke rumah Jin-Hye. Rasa berdebar untuk berdepan dengan Jin-Hye semula.
* * * *
Ada dua pinggan yang berisi omlet di atas meja makan. Roti yang diapit telur bersalut kaya itu dicubit sedikit, dimasukkan ke dalam mulut. Rahangnya perlahan lahan mengunyah sebelum menelan sisa sisa hancur ke dalam perut.
Sesekali matanya melirik ke tempat duduk di sebelahnya. Kerusi yang menjadi kebiasaan tempat duduk adiknya itu dah banyak bulan kosong. Setiap pagi Jin-Hye akan masakan sarapan untuk dua orang—sudah tentu satu itu untuk Jin, berharap suatu hari nanti Jin akan balik dan mereka boleh bersarapan bersama seperti selalu.
Jin-Hye mengesat kelopak mata yang mula basah. Dia sendiri yang salah kerana terlalu ikutkan marah, adik sendiri dihalaunya, dibuang macam sampah. Ahh, sampai bila dia nak tunggu Jin balik semula ke rumah ni. Jin dah ada Minra sekarang, mungkin jugak Jin sudah lupa pada noonanya ini.
Omlet hanya separuh dihabiskan. Jin-Hye membawa pinggan pinggan ke tong sampah untuk dibuang sarapan yang tidak habis. Tangan sudah mengangkat penutup tong sampah, bunyi doorbell pintu membatalkan niatnya. Dia meletakkan semula pinggan tadi di atas meja, cepat cepat basuh tangan dan meluru ke ruang tamu.
"Kejap ye!"kebiasaannya penghantar surat khabar yang berkunjung pada waktu sebegini. Daun pintu ditarik.
Jin-Hye kematu tiba tiba.
"noona!" Jin-Hye terus menutup pintu tapi sempat ditahan oleh Jin.
"Kau buat apa balik sini lagi,"Jin-Hye memalingkan wajahnya.
"Noona masih marahkan Jin lagi?"soal Jin.
"Kau dah buat keputusan nak hidup dengan betina tu kan. Buat apa cari aku lagi. Aku bukan noo...."
"Minra dah mati. Dua bulan lepas,"potong Jin.
"Ohh patutlah kau balik sini, cari aku balik,"Jin-Hye masih dengan egonya.
"Jin nak pergi mana lagi kalau bukan noona satu satunya yang Jin ada sekarang. Omma dan appa...noona tahu kan diorang dah lama sisihkan kita. Takpelah, kalau noona masih marahkan Jin....Jin takan datang sini lagi,"Jin lepaskan tangannya dari pintu. Kakinya mengatur langkah pergi.
"Jin.....mianhae!"terdengar suara Jin-Hye memanggil semula.
"Noona yang salah. Noona tak patut halau kamu. Noona rindu adik noona sangat sangat. Pliss jangan tinggalkan noona lagi, stay dengan noona kat sini macam dulu,"tangan Jin digenggam. Kita dua...biar pun omma dan appa takde, cukup jadi satu family,"Jin-Hye berlari memeluk Jin erat. Kadang kadang tak salah turunkan ego dan ajar hati untuk memaafkan dengan ikhlas, kerana itu yang lebih membahagiakan.
"Aigoo, kenapa kurus sangat adik noona ni. Meh masuk. Dah breakfast ke belum, noona ada buatkan omlet,"
"Jinja?"
* * * *
Jin belek buku buku di rak yang sedikit pun tak berhabuk—tanda bilik ni sentiasa dikemas oleh Jin-Hye ketika dia tiada. Susunan barang barang lain dalam bilik masih sama. Di dinding ada beberapa keping gambar Minra yang tidak sedikit pun terusik atau dibuang.
Dia ambil satu buku nota yang selalu dia catatkan tentang perkara perkara penting dalam kehidupan hariannya—macam tarikh assignment, nombor telefon kawan kawan (dia ada kawan ke?) dua nombor telefon saja yang ada (Jung Kook dan Minra) serta sedikit lukisan lukisan gambar kucing. Dia sukakan kucing, dulu pernah teringin nak bela tapi Jin-Hye alergik pada bulu kucing. Dia menyelak satu halaman kosong. Jarinya menggapai pen.
Jin diam sekejap, membiarkan diri larut dalam ruang memori. Memori yang dipenuhi ruang ruang pahit, sedih, sakit, perit dan menyeksakan yang takan dia lupakan. Satu persatu dia dapat ingat dengan jelas. Sambil itu ligat dia menulis sesuatu di kertas, melakar bentuk bentuk bulat pada perkataan yang dia rasakan sangat penting.
* * * *
Selepas mendiang adiknya pergi, dia tiada kekuatan untuk masuk ke dalam bilik itu. Barang barang di dalam bilik tersebut akan mengingatkannya pada
Jin, seterusnya dia akan menangis. Namun hari ini, hatinya tergerak untuk masuk ke dalam. Mungkin kerana terlalu rindu. Dia bayangkan Jin berada di atas kerusi, di meja yang menghadap tingkap sedang melukis satu gambar.
"Hah! Buat apa tu?"Jin-Hye menyergah bahu adiknya. Jin cepat cepat terbalikkan gambar yang dilukis, tak nak bagi Jin-Hye tengok.
"Lukis apa? Bagilah Noona tengok?"
"Mana boleh!"
"Boleh!"
"Tak boleh!"
"Boleh!"sudahnya lukisan itu berada di tangan Jin-Hye jugak selepas dipaksa beratus kali. Gambar Minra yang dilukis oleh adiknya itu. Jin-Hye cuma tersenyum tawar. "Jin rindu dia ke?"soalnya.
Muka Jin dah monyok takut Jin-Hye melenting. Dia cuma angguk perlahan.
"Cantik!"puji Jin-Hye.
"Noona tak marah ke?"
"Nak marah apanya. Noona takde hak nak halang apa yang adik noona suka,"Dia merangkul leher Jin. "Noona tahu susah kamu nak lepaskan dia. Petang nanti boleh tak bawak Noona pergi kubur dia,"
"Betul ke ni Noona,"
Jin-Hye angguk. Jin tersenyum gembira kemudian adiknya itu terus ghaib. Dia tahan air matanya, tapi gagal. Dia terduduk di atas katil. Ketika itu matanya menangkap satu kotak di sebelah kiri meja. Juga ada satu buku nota di bawah kotak itu.
Kotak dan buku nota itu diambil. Dia buka kotak itu dulu. Ada beberapa barang pribadi milik Jin dan sebilah pisau? Jin-Hye keluarkan pisau itu.
"Kenapa Jin simpan pisau ni?"dia tertanya tanya. Buku nota itu segara dibelek, mungkin jawapannya ada di situ. Di satu muka surat tertulis beberapa nama yang dibulat berkali kali dengan dakwat merah. Ada tarikh, tempat dan sedikit catatan di beberapa muka surat seterusnya. Jin-Hye membaca tulisan tulisan itu. Makin laju air matanya mengalir. Rahangnya bergetar kuat. Pisau tadi digenggam kemas.
"Kenapa Jin tak pernah bagitahu Noona. Kenapa Jin kena tanggung sorang diri. Noona gagal....sepatutnya Noona sedar semua perkara ni dan selamatkan kamu. Maafkan noona! Mianhae!"
😂😉😉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro