CHAPTER 29
Keluar saja dari dewan kuliah, Jin dibaling dengan telur dan tepung oleh Taehyung, Jimin, Hoseok dan Namjoon. Jung Kook dan Yoongi hanya bersandar pada dinding berdekatan melihat mereka berempat sakan berpesta tepung dan telur.
Pelajar pelajar yang masih berada di dalam dewan kuliah dan sekitar tidak berani datang dekat untuk membantu Jin. Namjoon lebih awal memberi amaran kepada mereka supaya jangan masuk campur.
Tubuh Jin ditolak. Rambut Jin ditarik kuat oleh Taehyung memaksa Jin mengangkat kepala memandangnya. Taehyung meludah tepat ke wajah Jin dan memanggil Jin sebagai makhluk jijik. Beberapa biji telur lagi hinggap di muka Jin. Tepung yang melekat dengan telur melitupi seluruh pakaian dan bahagian tubuh Jin.
"Asal tak nak lawan ke wei,"Kaki Jimin menguis kepala Jin yang sudah tergeletak di lantai. Jin dipaksa menelan dua kilo tepung tadi. Dada Jin turun naik dengan perlahan. Nafas yang keluar berkabus dengan habuk habuk tepung. Sukar untuk dia bernafas kerana tepung memenuhi lubang hidung dan salur kerongkongmya.
"Hahaha lemah! Lemah!"ejek mereka sambil mengambil gambar dan merakam video. Taehyung yang paling gila, berdiri di atas perut Jin selama beberapa saat gambarnya diambil oleh Jimin. Taehyung buat gaya angkat jari tengah. "Fuck this shittt!"jerit Taehyung ketika videonya sedang dirakam Jimin.
"Weh tengok ni guyss, muka dia macam badut weh. Ni la kalau korang nak tahu muka orang banyak buat dosa," Jimin mengezoom ke wajah Jin. Biji mata Jin terbeliak, mulut ternganga dan terjulur keluar lidah menahan senak beban berat Taehyung memijak perut Jin. Dia sampai terkencing kerana terlalu sakit. Kalau pagi tadi dia bersarapan, mungkin najisnya akan turut sama tercirit keluar.
"Sial, dia dah terkencing sial. Jijik la bodoh kau ni,"tubuh Jin disepak.
"Korang nak apa lagi...."Jin bersuara lemah. Dia tiada kekuatan untuk melawan mereka semua. Bahkan beberapa kali dia cuba bangun semula, dia terjelepok balik selepas itu dan diketawakan oleh mereka sepuas puasnya.
"Kau tanya kitorang nak apa? Ok, meh aku bagi jawapan mudah. Kau dengar baik baik eh sial,"Bibir Taehyung berada di sisi telinga Jin. "Benda yang paling aku nak adalah kau mati secepat mungkin. Dan kalau boleh, biar aku sendiri yang jadi malaikat maut yang cabut nyawa kau. Kau tak layak hidup lepas kau dah bunuh Minra,"bisik Taehyung dengan hilai tawa.
"Dah wei, angkat bangsat ni sekarang. Kita selam pulak dia dalam pool. Kitorang tolong mandikan kau tau. Busuk sial bau air kencing kau,"Namjoon dan Jimin mengangkat tubuh Jin menuju ke pool.
"Hana...."mereka menghayung tubuh Jin di pinggir kolam renang. Jin meronta sekuat hati. "Dul...."Taehyung meneruskan kiraan. "Sib!"cukup kiraan tiga, tubuh Jin dilambung masuk ke dalam kolam renang. Jin terkapai kapai cuba berenang ke pinggir kolam. Kepalanya tenggelam timbul. Semakin banyak air memasuki hidung, telinga dan mulut memenuhi ruang peparu. Air yang melimpah menghalang Jin menyedut udara. Dia gagal menstabilkan tubuh dengan apungan permukaan air kerana dia bukannya pandai berenang. Tubuh yang terasa menberat dimasuki air serta ditarik graviti, semakin tenggelam ke dasar kolam, meninggalkan permukaan.
"Dah mati ke wei,"soal Namjoon gagal mengesan kepala Jin di permukaan air.
"Biar dia mati lemas kat dalam tu,"Taehyung beraksi selamba.
"Kalau dia mati lemas macam mana. Pihak uni akan tahan kita nanti. Tu CCTV, kau nak masuk penjara ke,"tidak menunggu lama, Hoseok terjun ke dalam kolam. Dia berenang lebih dalam dan menarik tubuh Jin yang terbaring di lantai dasar kolam. Dia membawa naik Jin ke pinggir. Telinganya melekap ke hidung Jin. Mukanya terus berubah pucat kerana dia gagal mengesan hembusan nafas Jin.
"Dia tak bernafas ni wei. Tolonglah buat something. Asal korang senyap je ni? Wehh sialll!"Hoseok meminta mereka buat sesuatu.
Mereka tidak memberikan sebarang reaksi bahkan beransur pergi selepas mereka pecahkan cctv. Jimin kata dia akan bayar beberapa orang dalam untuk padam rakaman cctv. Lagipun ayah Jimin salah seorang yang berpangkat tinggi dalam universiti ni. Jadi mereka tak perlu risau kalau Jin mati kat situ sekalipon. Tiada bukti yang akan mensabitkan mereka nanti.
"Hoseok, tinggalkan je dia kat situ. Rileks ok, takde orang pon akan tahu,"mereka menarik Hoseok pergi.
Selepas memastikan mereka sudah jauh meninggalkan pool, Jung Kook berpatah balik ke kolam tadi. Jin masih terbaring tak sedarkan diri. Jung Kook menekan dada Jin beberapa kali."Bangun hyung! Bangunlahhh!" kemudian dia membuat bantuan pernafasan ke mulut setelah semua air dalam mulut Jin hisap keluar melalui mulutnya. Jin membuka mata akhirnya. Jung Kook terduduk lega.
* * * *
Now.
Mata Jimin meliar ke semua arah. Dia menggigil ketakutan. Tangannya terketar ketar menarik laci di meja. Isi laci digeledah mencari sesuatu dan selepas itu jarinya menarik keluar sepucuk pistol.
Beberapa langkah dia mara ke hadapan. Pistol sedia diangkat lurus 90°. "Stop it Minra! Kau nak apa lagi dari aku. Kau dah mati! Kau dah mati! Kau tak wujud! Kau cuma ada dalam kepala aku,"Jimin menjerit sambil sebelah tangan meramas rambutnya erat. Kepalanya dihantukkan beberapa kali ke meja, cuba melenyapkan ilusinya semata mata. Namun bayangan Minra masih statik berdiri di hadapannya. Baju Minra penuh darah, satu tubuhnya penuh dengan kesan luka dan lebam lebam, seperti keadaan bagaimana kali terakhir dia melihat Minra.
"Jimin, lakukan sekarang!"suara Minra memaksa dengan keras. Bergema ke dalam otak Jimin, terasa mencucuk tempurung kepalanya bagaikan jarum jarum halus.
"No!"bantah Jimin.
"Do it Park Jimin!"Minra memaksa dengan hilai tawa. Jimin semakin hilang kewarasan. Dahinya sudah berdarah menghentam muka meja.
"Tolonglah Minra jangan kacau aku,"empangan mata Jimin akhirnya pecah. Kepala lutut terus longlai menjatuhkan tubuhnya ke lantai.
Dia melutut di hadapan Minra—atau dari pandangan mata orang normal, Jimin cuma bercakap dengan dinding. Jimin menangis minta simpati. "Aku betul betul menyesal Minra! Maafkan aku! Mianhae!" Dia merayu rayu bersujud mengenggam kaki Minra.
Bibir pucat biru Minra melakar senyuman serong.
"Masa kau buang aku, macam ni la aku merayu mintak simpati kat kau. Tapi ada kau berhenti, malah kau seksa aku cukup cukup dan cuba bunuh aku,"Jeritan Minra membeliakkan mata Jimin. Mengembalikan semula ingatan Jimin pada saat saat itu. "Cukup Minra! Cukup!" Jimin menekupkan telinganya seraya mata dipejamkan rapat. Tapi dia masih boleh melihat Minra bersama satu persatu memori mereka yang ligat berputar.
"Argggghh!"Jimin meraung kerana sudah tak tahan lagi mentalnya didera dengan ilusi. Terlalu sakit untuk dia mengingati dosa dosanya. Dia bangun dan menggapai pistol di atas meja. Tangannya menujukan pistol tepat ke kepala Minra. Bibir Minra bahkan masih utuh dengan senyuman lebar. "Dah ingat balik dosa dosa kau Jimin,"
"Diamlah! Diam!"Jimin terus menarik picu, menekan pelatuk. Butir peluru dimuntahkan keluar dari muncung pistol, zzupppp....bagaikan kilat peluru melintasi kepala Minra. Peluru itu menembusi Minra dalam sekelip mata terpacak terus ke dinding di belakangnya. Peliknya kepala Minra masih elok tidak berlubangkan peluru tadi seperti tembakan tersebut tak bawak apa apa pun kesan padanya. Minra seperti hologram yang tidak berjirim dan dapat menembusi semua objek pada tubuhnya.
"Kenapa? Tembak la lagi! Tembak! HAHAHAHA!"Minra ketawa panjang mengejek Jimin yang terpinga pinga bodoh. Jimin jatuh terduduk sekali lagi. "Mustahil!"Beberapa tembakan rambang lagi dilepaskan. Namun keadaan Minra tetap sama.
Bunyi letupan tembakan mengejutkan kedua ibu bapa Jimin. Omma Jimin bergegas dari dapur, masuk ke dalam bilik Jimin.
"Jimin! Kenapa ni sayang! Buka pintu! Bagi omma masuk,"Puan Park menolak daun pintu tapi Jimin lekas mengunci pintu. Terdengar jeritan Jimin dari dalam bilik seperti sedang memaki seseorang.
"Yeobo, anak kita tu! Risaulah saya!"ujar Puan Park pada Tuan Park yang baru tiba di situ. Selepas Jimin disahkan oleh doktor dia mengalami tekanan jiwa seminggu yang lalu, mereka terus membawa Jimin tinggal bersama mereka. Puan Park enggan bersetuju dengan saranan doktor yang lebih baik Jimin ditahan seketika di hospital sakit jiwa. Katanya dia boleh merawat Jimin dengan baik di rumah.
Jimin didiagnosis skizofernia dan bipolar. Gelaja mula mulanya Jimin sekadar mendengar bisikan bisikan halus, suara suara dan semakin lama keadaan Jimin bertambah teruk sehingga diberitahu pada ommanya dia melihat Minra yang hidup semula menuntut dendam.
"Call doctor sekarang. Saya pergi ambil kunci pendua!"Tuan Park ke biliknya yang tidak jauh dari bilik Jimin untuk mendapatkan kunci pendua. Puan Park kalut menghubungi pihak hospital. Dia betul betul risau Jimin akan bertindak di luar kawalan seperti beberapa hari yang lepas Jimin mencederakan diri sendiri dengan mengelar tangan, cekik leher, telan sabun.
Beberapa saat, Tuan Park kembali kepada Puan Park bersama kunci pendua. Pintu itu terus dibuka. Di satu penjuru, mereka melihat Jimin sedang mengacukan pistol ke satu arah.
"Kau dah mati! Kau dah mati Minra! Jangan ganggu aku! Jebal!" Jimin menjerit dalam ketakutan. Dari pandangan Jimin, dia melihat Minra menapak ke arah Puan Park. Dari pandangan Puan Park dan Tuan Park pulak, Jimin sedang bercakap sorang diri.
"Jangan apa apa kan omma aku!"Jimin bercakap dengan Minra yang berada di belakang ommanya.
"Jimin, put down the gun. Pleasee, listen to me dear! Minra dah mati! Minra dah takde. Tolonglah sedar,"Puan Park memujuk Jimin supaya melepaskan pistol itu. Perlahan lahan dia menurunkan tangan Jimin dengan tubuhnya menggigil. Merasakan Jimin sedikit tenang, Puan Park menarik tubuh Jimin dalam pelukannya.
Jimin menangis seperti anak kecil. "Omma, Jimin takut!"dia membenamkan kepalanya rapat ke dada ommamya.
Puan Park mengusap kepala Jimin dengan lembut. Dahi Jimin yang berdarah ditekup dengan tangannya menahan darah terus keluar. "Omma ada, appa ada. Jangan takut ok. Minra dah takde sayang. Dia takan apa apa kan Jimin,"sempat mata Puan Park menjeling ke arah meja yang berlumuran darah. Gelas minuman dan beberapa biji pil yang dia bekalkan pada Jimin pagi tadi langsung tidak terusik. Patutlah, Jimin mengamuk.
Minra muncul di sebelah ommanya, seinci hampir dengan Jimin. Bibir Minra merapat ke telinga Jimin dan membisikkan sesuatu. "Pilih sekarang. Kau bunuh diri atau aku akan bunuh omma kau,"
Jimin pandang ommanya dengan sayu. Dia tak nak hilang ommnya. Jimin menggelengkan kepalanya dengan laju. Biar Minra ambil saja nyawanya sebagai ganti, jangan ommanya.
"Jimin tak nak hilang omma!"Jimin merampas semula pistol dari tangan ommanya. Dia menolak tubuh Puan Park menjauh darinya. Dia merapatkan muncung pistol ke kepala sambil berundur beberapa langkah.
"Jangan buat macam ni Jimin! Pleasee! Omma sayang kamu!"rayu Puan Park.
Jimin tersenyum nipis. Seketika dia mengamati wajah sayu ommanya yang sudah putus harapan, wajah kosong appanya yang mati akal. "Mianhae omma, appa! Jimin gagal jadi anak yang baik," kelopak matanya menurun rapat. Jari telunjuk semakin hampir menolak trigger selepas picu ditarik.
"Bagus Jimin. Kau tak layak hidup!"dia biarkan suara itu mengisi dalam ruang telinganya. Biar. Minra sedang meraikan ajalnya. Jimin nekad mengakhiri nyawanya sendiri.
Ketika itu juga Tuan Park dengan laju merentap tangan Jimin. Tembakan yang dilepaskan Jimin tersasar ke lantai. Dia menahan Jimin dengan lengannya ke dinding. Pistol yang terlepas dari tangan Jimin terus diambil oleh Puan Park dan dicampak keluar dari bilik. Kedengaran bunyi siren ambulans dari rumah luar. Beberapa orang jururawat masuk ke dalam bilik itu bersama stracher. Jimin disuntik dengan ubat tidur dan terjelepok pengsan beberapa saat kemudian. Dia diusung di atas strecher keluar dari bilik, masuk ke dalam perut ambulans. Ambulans meluru pergi selepas itu.
"Sabar ye yeobo. Anak kita boleh sembuh. Awak pergi siap siap sekarang. Kita pergi hospital, dah takde cara lain lagi kita kena ikut cakap doktor supaya tahan Jimin buat sementara waktu kat hospital sakit jiwa. Sebelum tu, awak call dulu kawan kawan Jimin, inform diorang tentang keadaan Jimin,"
Puan Park mengangguk. Tuan Park mengusap bahu isterinya supaya terus bersabar.
* * * *
Selepas menerima panggilan dari omma Jimin, Jung Kook dan Taehyung bergegas ke hospital yang diberitahu lokasinya oleh omma Jimin. Kata Puan Park, keadaan Jimin sangat teruk sampai cuba nak bunuh diri beberapa kali dan sekarang Jimin sedang ditahan di wad. Lebih seminggu mereka terputus hubungan dengan Jimin. Keadaan sekarang jadi kacau bilau. Dua hari lagi mereka akan menghadiri pembicaraan kes Hoseok di mahkamah. Jadi satu lagi masalah sekarang, mereka juga turut gagal menghubungi Namjoon.
Akuan media sosial Namjoon jugak tidak aktif. Kali terakhir mereka bersama Namjoon adalah sewaktu melawat Hoseok di penjara tiga hari lepas. Selepas itu semua panggilan dan mesej tidak diberi respon oleh Namjoon sehinggalah sekarang.
Masalah bertindih datang tak henti henti. Taehyung dan Jung Kook buntu. Rasa nak meletup kepala memikirkan nasib mereka. Tempoh yang diberikan untuk menghabiskan kesemua kaset itu sudah terlewat beberapa hari. Mereka tiada masa untuk menumpukan perhatian pada kaset kaset bodoh tersebut. Fokus mereka lebih tertumpu dengan keadaan sekarang, pada kawan kawan mereka yang ditimpa malang. Lantaklah apa nak jadi lepas ni.
Jung Kook meletakkan telefon dengan wajah hampa selepas entah kali ke berapa dia menghubungi Namjoon. Dia juga turut bertanya khabar tentang Yoongi yang sudah selamat tiba di negara Jepun. Risau suara Yoongi saat disampaikan berita tentang Jimin dan tentang Namjoon yang menghilang tiba tiba.
Selepas ditamatkan panggilan bersama Yoongi, Jung Kook merenung ke luar, kembali larut di dalam ruang minda Fikirannya menerawang jauh pada beberapa buah kenderaan yang lalu di sebelah, pada bangunan bangunan yang mencakar langit biru, pada orang orang yang lalu lalang di laluan penjalan kaki dan dia kembali semula ke alam nyata ketika Taehyung menekan brek di lampu isyarat merah.
"Aku harap keadaan kembali seperti sedia kala. Buat masa sekarang, kita stop fikirkan pasal kaset kaset bodoh tu. Benda tu semua mengarut. Apa lagi Jin-hyung nak tuntut dengan kita, dia dah mati dah kan,"ujar Taehyung. Dia mengeluarkan kotak rokok dari dashboard. Buat masa sekarang, rokok yang kerap menjadi terapi untuk menenangkan fikirannya yang berserabut. Sekotak rokok itu senang senang je dia boleh habiskan dalam masa sehari. Kerap jugak dia menerima bebelan Jung Kook supaya menghentikan tabiat yang tidak sihat itu. Tapi tubuhnya sudah sebati dengan nikotin sekarang.
Jung Kook menghela nafas panjang. "Entahla hyung. Kita sendiri yang timbulkan masalah ni. Tak nak kita kena tanggung. Kira ni keadilan yang Jin-hyung nak,"
"Keadilan apa kalau dia buat hidup kita semua kucar kacir,"Taehyung menyalakan puntung rokok yang dikempit di bibir.
"Tu tak cukup dengan apa yang kita semua dah buat kat dia sampai dia bunuh diri,"
Taehyung terus terdiam. Jung Kook memeluk tubuh. Lampu isyarat merah bertukar ke nyalaan hijau. Kereta terus meluru pergi. 30 minit perjalanan, kereta tiba di hadapan Hospital Sakit Jiwa Seoul. Taehyung dan Jung Kook turun dari perut kereta setelah berjaya mendapatkan kotak parking. Hujung minggu memang ramai pengunjung yang datang. Jadi kawasan parking agak sesak.
Mereka berjalan masuk ke dalam bangunan hospital. Jung Kook bertanya di kaunter pesakit bernama Park Jimin. Penjaga kaunter memberitahu nombor bilik Jimin dan laluan yang perlu Jung Kook ikut.
"Jom!"Taehyung mengekori Jung Kook. Tiba di bilik tersebut, kelihatan Tuan Park berdiri di luar bilik. Jung Kook dan Taehyung menyalami tangan Tuan Park.
"Jimin ok?"soal Taehyung mengintai dalam bilik itu melalui cermin pintu.
"Dia dah sedar tadi. Nasib baiklah tak cedera apa apa. Uncle sempat halang dia masa dia nak tembak kepala dia sendiri,"Tuan Park bercerita tentang kejadian sebelum Jimin dibawa ke sini. Puan Park keluar dari bilik. Jung Kook datang memeluk wanita itu.
"Eh berdua je ke? Mana yang lain?"soal Puan Park.
"Ohh diorang busy Aunty. Kitorang je yang free sekarang. Mybe petang nanti diorang datanglah melawat Jimin,"tipu Jung Kook.
"Boleh tak kitorang jumpa Jimin?"Taehyung meminta kebenaran. Puan Park mengangguk.
"Jimin happy sangat tu bila tahu kawan kawan dia datang jenguk dia. Uncle dengan aunty nak balik rumah kejap, nak ambil barang barang Jimin. Jimin kena tahan kat sini sampai dia betul betul sihat,"
"Ohh,"
"Korang berbual la dengan Jimin. Kesian anak aunty tu,"mata Puan Park nampak berkaca. Pasangan itu berlalu pergi selepas Jung Kook dan Taehyung masuk ke dalam bilik.
* * * *
Jimin terbaring di atas katil. Kedua dua tangan dan kakinya dibalut kain tebal yang diikat pada katil.
"Chim,"mereka menyapa Jimin. Jimin tersenyum tawar dengan bibir pucat menggelupas. Seminggu tidak melihat Jimin, sedikit terkejut dengan perubahan mendadak Jimin. Muka Jimin cekung, rambutnya berserabai, biji mata tenggelam dan ada lingkaran hitam pada bawah matanya.
"Apa gunanya kitorang ni jadi kawan kau kalau kau tak nak share masalah kau. Kita dah janji kan susah senang kita sama sama,"belum apa apa lagi Taehyung dah sekolahkan Jimin.
"Tae! Behave. Jimin tak sihat tu kan. Tak payah la pressure dia,"
"Tae, Jung Kook.....aku takut. Aku dengar suara Minra. Dia hidup balik. Dia muncul depan aku. Dia nak bunuh aku, keluarga aku. Dia masih berdendam kat aku. Dia nak aku matiiii,"tiba tiba Jimin menangis.
"Minra dah takde Jimin. Tu cuma halusinasi kau je. Orang dah mati mana boleh hidup balik,"Jung Kook cuba menenangkan Jimin.
"Tak . Aku boleh nampak dia. Aku tak tipu. Dia takan pergi selagi aku tak mati. Sekarang ni pon dia ada kat dalam ni. Tu.....tu...tu dia tengah berdiri sebelah Taehyung,"Jimin memejam rapat matanya sambil bibir memuncung ke sebelah Taehyung. Jung Kook mengusap kepala Jimin.
"Minra takde kat sini la. Cuba kau bertenang. Tarik nafas dalam dalam....."
Jimin tarik dan hembus nafasnya perlahan lahan. Dia cuma memandang sebelah Jung Kook. Dia tak berani alihkan mata ke arah Taehyung kerana ada Minra di situ.
"Jung Kook, Tae.....tolong aku!"ujar Jimin. Jung Kook pandang Taehyung kemudian beralih pada Jimin semula.
"Tolong apa?"
"Aku tak nak hidup lagi. Tolong bunu...."
"Kau gila ke apa?"Taehyung memotong kata kata Jimin.
Tangan Jung Kook menekup mulut. Jimin menggeleng gelengkan kepalanya. "Tolonglah aku....kali ni je. Aku tak sanggup nak hidup macam ni. Siang malam aku nampak Minra, aku dengar suara dia dalam kepala aku ni. Dia nak aku mati. Dia nak aku matiiiiiii!"Jimin mengulangi benda yang sama.
"Aniya. Kitorang takan buat!"
"Nyawa aku ni je yang dapat tebus dosa dosa aku kat Minra. Aku dah banyak buat salah kat dia. Kalau aku mati, aku boleh jumpa Minra balik, aku nak mintak maaf kat dia sampai dia maafkan aku. Kalau kau betul betul kawan aku, kau akan tolong aku. Kau takan biar aku menderita macam ni kan,"Jimin merayu rayu
dengan linangan air mata. Jung Kook menjauh dari Jimin.
"Tak boleh Jimin. Aku tak boleh tolong...."
"Jung Kook, Tae....kali ni je. Kalau bukan hari ni, esok atau lusa biar aku sendiri yang akan tamatkan nyawa aku dengan cara yang lebih seksa. Tolong aku Jung Kook, Tae......."
"Baik kalau tu yang kau nak,"Taehyung mendekati katil Jimin. Jimin tersenyum lega. Taehyung menarik bantal di bawah kepala Jimin. Jung Kook hanya memandang dari jauh.
"Maafkan aku Tae, maafkan aku Jung Kook. Persahabatan kita adalah benda yang paling berharga yang aku miliki dalam hidup aku. Gomawo,"Jimin menganggukkan kepalanya tanda sudah bersedia. Tangan Taehyung terketar ketar mengangkat bantal. Bantal dibenamkan ke muka Jimin, ditekan dengan sepenuh tenaga. Katil bergegar. Tubuh Jimin meronta saat ajal datang mencabut nyawanya. Jung Kook menekup muka ke dinding, tak sanggup melihat. Taehyung memejamkan mata dalam tangisan. Beberapa minit, jasad Jimin sudah kaku, keras kejung. Tiada nafas yang kedengaran. Muka Jimin pucat sepenuhnya. Taehyung melurut mata Jimin yang membeliak luas.
"Kita dah tunaikan permintaan Jimin,"Taehyung mengajak Jung Kook keluar.
Hi guys....author kembali setelah sekian lama.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro