CHAPTER 26
"Mianhae!"ujar Minra sebak. Sekarang Jin pulak kena halau,kena buang oleh Jin Hye. Lepas tu apa lagi. Minra sedar,dia hanya bawa beribu bala pada Jin sejak dari pertama kali mereka bertemu sampai la sekarang. Dan bala,yang malang itu adalah Minra sendiri.
"Aniya! Awak kan ada. Saya buat semua ni untuk awak Minra. Saya nak bahagia dengan awak,orang yang paling saya cinta,"balas Jin dengan bibirnya mengukir senyuman. Apa apa pun,dia kena kuat, dia kena hadapi segalanya dengan tabah sebab sekarang dah ada Minra di sisinya. Mungkin bahagianya hanya ada pada Minra. Ya,dia yakin.
"Jom masuk. Kaja! Buat masa sekarang kita stay kat rumah ni dulu. Errr, saya tak cukup duit nak sewa rumah yang besar besar. Ni je saya mampu,"kata Jin memandang rumah kecil itu—tempat yang bakal menjadi permulaan bagi dia dan Minra. Dia dan Minra—akan memulakan kehidupan baru yang penuh bahagia. Hanya mereka berdua,bahagia selamanya.
Minra menggenggam tangan Jin dan tersenyum. Mulai hari ni,dia akan belajar dan berusaha menerima Jin seadanya seperti Jin menerimanya yang serba kekurangan,penuh noda noda hitam.
"Ni pun dah cukup untuk kita,"balas Minra. Jin merangkul bahu Minra erat.
"Jin-ahh,"
"Wae?"
Minra senyum. Kepalanya dilentokkan pada atas bahu Jin.
"Kita mulakan balik,mulakan semula dan lupakan apa yang dah jadi,"
"Nae! Minra, saya janji saya akan bahagiakan awak,"Jin mengucup dahi Minra lembut. Air jernih mengalir keluar dari matanya. Minra—satu satunya insan yang dia miliki sekarang. Minra pon sama.
"Gamawo! Saya jugak janji takan tinggalkan awak lagi,"balas Minra,memegang pipi Jin dan melagakan dahinya pada dahi Jin.
"Rumah tu ajusshi dah check. Elektrik,air semua dah ok,"sapa Ajusshi Han. Bila tengok pasangan itu sedang bermesra,terus ajusshi Han berundur beberapa langkah dari mereka. Tak nak kacau daun.
"Aigoo. Ok,anggap je ajusshi tak nampak apa apa tadi,"kata Ajusshi Han mengusik mereka. Jin dan Minra gelak. Ajusshi Han ni pemilik rumah yang disewa oleh Jin tu.
"kamsahamida ajusshi,"kata Jin menundukkan kepalanya pada ajusshi Han.
Ajuushi Han menyerahkan kunci rumah pada Jin.
"Takpela, ajusshi pergi dulu. Kan bising pulak ahjumma tu kat rumah soramg sorang. Rumah ajusshi sebelah sana je. Kalau ada perlukan apa apa pertolongan call je ajusshi. Ada masa tu, jemputlah datang rumah ajusshi,"kata Ajusshi dan berlalu pergi.
Minra dan Jin berpegangan tangan bersama sama melangkah masuk ke dalam rumah itu. Syurga mereka.
* * * *
"Ermmm, saya goreng telur je ni. Esok saya belikan makanan yang sedap sedap untuk awak,"ujar Jin. Menu untuk makan malam mereka hanya dua biji telur goreng yang diletak kicap dan nasi putih.
"Takpe. Ni je pon dah cukup,"balas Minra sambil cedukkan nasi di atas pinggan Jin.
"Telur dengan kicap pon sedap ni,"Minra senyum lebar. Dia berusaha nak gembirakan Jin. Jauh dalam lubuk hatinya, dia takan lagi hampakan lelaki itu. Yang dia fikir,dia nak bahagia. Selagi dia diberi peluang dan masa untuk merasa bahagia itu.
"Esok saya nak kemas rumah. Lantai ni macam berhabuk je,"kata Minra sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.
"Errmm, esok saya kena keje la. Pagi tu saya ada class, habis class pulak saya sambung keje sampai malam,"
"Takpe, saya boleh buat sorang sorang," Minra senyum, tak nak buat Jin risau padanya.
"Kalau tak larat,saya boleh mintak tolong dengan ajusshi Han,"
Minra lekas menggeleng. Sekadar kemas rumah, ni semua kerja perempuan ok. Kecuali memasak tu,haishh setakat masak ramen dan rebus telur tu Minra tahu la buat.
"Takpe. Saya tak nak susahkan ajusshi,"
"Haishh, degil la awak ni," Jin cuit hidung Minra. Alahai, sweetnya.
* * * *
Ruang tamu dan dapur dah siap Minra bersihkan. Sekarang dia nak kemaskan bilik Jin pulak. Minra masuk ke dalam bilik Jin,membawa sebuah bakul bersamanya untuk dia kumpulkan pakaian pakaian Jin yang dah dipakai.
Bantal bantal bertaburan kat atas katil. Selimut sampai tercampak kat atas lantai. Macam ni la keadaan bilik budak lelaki.
Minra susun semula bantal bantal itu, lipat selimut dan rapikan cadar katil yang berkedut. Sedang dia buat kerja tu, dia terjumpa sekeping gambar yang terselit bawah bantal. Minra ambil gambar tersebut. Gambar Jin bersama keluarganya.
"Mesti kau rindukan diorang kan. Disebabkan aku, keluarga kau buang kau,"monolog Minra, masih rasa bersalah pada Jin. Ya,mungkin kalau dia tak pernah hadir dalam hidup Jin,Jin akan bahagia dengan keluarganya. Terasa dirinya sangat membebankan Jin.
Air mata Minra jatuh menuruni pipinya. Tapi untungnya Jin masih punya omma dan appa. Kalau dibandingkan dengan Minra, dia dah hilang kedua duanya. Bahkan adiknya sendiri,Kim Taehyung dah buang dia buat selama lamanya. Minra selitkan balik gambar itu dibawah bantal. Usai mengemaskan bilik itu, dia keluar ke dapur. Sebelum Jin keluar tadi, dia ada tinggalkan sedikit duit untuk Minra belikan barang barang dapur.
Kringgg!
Bunyi doorball membuatkan Minra mengatur langkah ke ruang tamu. Pintu utama lekas dibuka. Seorang wanita tua berdiri di luar muka pintu sambil tersenyum sebaik melihat Minra.
"Ahjumma, ada apa ni?"soal Minra berjabat tangan dengan Ahjumma Han.
"Saja datang melawat korang berdua. Macam mana stay kat sini, selesa tak,"
Minra angguk.
"Selesa je. Terima kasih tau ahjumma sebab bagi sewa rumah ni,"
Ahjumma Han hanya diam. Minra mempelawa wanita tua itu masuk tetapi Ahjumma Han hanya terpacak saja di situ sambil memandang segenap sekitarnya.
"Ahjumma!"Minra tepuk bahu ahjumma Han membuatkan wanita itu tersedar dari lamunannya.
"Ahh nae!"
"Jomla masuk! Minra boleh buatkan air,"
"Takpe takpe. Ahjumma dah makan pon tadi. Ni pon ahjumma ada bawakan sandwich untuk Minra dan Jin," Ahjumma Han hulurkan bekas makanan di tangannya itu pada Minra.
"Gamawo ahjumma!"
"Rumah ni nampak kemas,cantik. Minra bersihkan ke,"soal Ahjumma Han melabuhkan punggungnya ke atas sofa.
"Nae!"
"Minra jaga rumah ni elok elok tau. Kalau tak Jin yang mintak ahjumma sewakan rumah ni, dah lama Ajusshi Han robohkan,"pandangan Ahjumma Han nampak sayu.
"Robohkan? Wae?"
"Rumah ni terlalu banyak menyimpan kenangan tentang anak perempuan ahjumma. Dulu,anak ahjumma tinggal kat sini dengan suami dia. Lepas beberapa tahun dia menikah, anak ahjumma jatuh sakit sebab menghidap kanser paru paru. Suami dia pulak terus tinggalkan dia sorang sorang kat sini. Ahjumma la yang jaga dia sampai dia meninggal,"luah Ahjumma Han. Minra tepuk lembut bahu Ahjumma Han.
"Bila ahjumma datang sini,mesti ahjumma akan teringatkan dia. Ahjumma tak boleh lupakan dia,"Ahjumma Han sebak,tangisannya cuba ditahan.
"Sabar ye ahjumma,"Minra peluk ahjumma Han erat, cuba menenangkannya.
"Takpelah. Benda dah lepas kan. Dah 7 tahun dia pergi, tapi sampai sekarang ahjumma tak boleh nak lepaskan dia dari fikiran ahjumma ni,"Ahjumma Han melakar senyuman nipis. Nampak kedutan pada kulit wajahnya kendur.
"Dia mesti cantik kan?"
"Nae. Cantik macam kamu,"Ahjumma Han mengusap kepala Minra lembut,terus mengingkatkannya pada mendiang anaknya.
"Minra ni biasa biasa je. Ahjumma, ermm Minra nak mintak tolong sikit boleh tak,"
"Tolong apa?"
"Tolong ajar Minra masak,"
Ahjumma Han gelak kecil dan mengangguk.
"Boleh je!"dia angkat tangannya dan membuat thums up.
* * * *
Makanan dah siap dihidangkan di atas meja. Dengan bantuan dan tunjuk ajar dari Ahjumma Han, Minra berjaya masak siakap tiga rasa dan kimchi untuk makan malam. At least bukan makan telur dengan kicap lagi.
Minra melirik pada jam di dinding. Dah pukul 9.00 malam. Dia mengeluh dan merebahkan kepalanya ke atas meja. Perutnya yang berkeriut dipegang. Gelas yang berisi air kosong dicapai,diteguk untuk mengisi perut sementara dia menunggu Jin balik. Dia ingat nak makan bersama sama dengan Jin.
Tunggu punya tunggu sampai Minra tertidur di situ.
Pukul 11.00 malam,Jin baru balik. Dia memanggil Minra, tetapi tidak pula Minra menyahut. Mungkin dah tido. Jin berjalan ke dapur.
"Lahh,kenapa tido kat sini pulak,"Jin menepuk belakang tubuh Minra. Minra mengangkat kepalanya sambil mengenyeh mata yang masih kuyu.
"Awak dah balik?"
"Awak tunggu saya ke? Kan saya dah cakap tak payah tunggu,"
"Ermm,awak dah makan ke belum,"soal Minra ingin mengambil pinggan untuk Jin,tapi bila Jin angguk,terus tak jadi.
"Wahh, siakap tiga rasa. Awak masak ke?"
"Yelah. Saya masakkan untuk awak. Dah awak dah makan,takpela saya sorang jelah yang makan,"Minra mencebik. Mula menaik muncung bibirnya.
"Lahh, awak tunggu saya ke sampai tak makan lagi ni,"
Minra diam je. Ambil pinggan dan cedukkan nasi. Langsung tak memandang Jin pon. Tahu reaksi Minra yang macam tengah merajuk tu, Jin terus tarik kerusi dan duduk di sebelah Minra.
"Ok,jom kita makan sama sama,"
"Tak payahla. Makanan ni dah sejuk pon," Minra selamba ambil mangkuk kimchi, masih buat buat tak layan je bila Jin mintak pinggan.
Jin terus rampas mangkuk tu dari tangan Minra.
"Saya nak makan ni. Tak payah la kacau,"marah Minra masam mencuka.
"Kita makan sama sama ye. Awak yang masak ni, rugi kalau saya tak rasa,"kata kata Jin itu berjaya membuatkan Minra tersenyum kembali.
* * * *
2 minggu kemudian,
Minra menggagahkan dirinya untuk bangun dengan pandangan yang kabur dan kepala yang berdenyut. Tangannya menggapai gelas di sisi katil. Air di dalam gelas itu dah habis. Baru niatnya nak makan ubat penadol. Beberapa hari ni dia mengalami demam yang berpanjangan sampai sekarang tak reda reda. Jin ada suruh dia pergi klinik, jumpa dan check dengan doktor. Tapi berdegil Minra tolak sebab dia takut kena suntik dengan jarum. Salah satu fobio yang tak boleh Minra elakkan.
Dia turun dari katil dan berusaha mengatur langkahnya. Tubuhnya terhuyang hayung tanpa keseimbangan. Tangannya meraba raba di sekitar mencari tempat untuk dia berpaut. Sebaik dia sampai di muka pintu bilik, Minra tersungkur rebah di atas lantai dan pengsan di situ. Darah keluar dengan banyak dari rongga hidungnya.
* * * *
"Jin-ahh, kamu balik sekarang boleh tak. Minra pengsan. Dia kat hospital sekarang ni,"suara ajusshi Han kedengaran cemas.
"Ok ajusshi. Saya otw pergi sana sekarang jugak,"Jin mematikan talian. Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia terus menanggalkan apron pada tubuhnya. Patutlah dia rasa lain je—rasa tak sedap hati. Rupanya sesuatu terjadi pada Minra.
"Nak pergi mana ni?"soal Jung Kook melihat Jin yang kelam kabut mengemaskan barang barangnya ke dalam beg.
"Aku kena balik sekarang. Emergency ni. Please kau tolong inform kat boss ehh,"balas Jin.
"Hal kau kan, kau pergila bagitahu dia sendiri,"balas Jung Kook dingin dan mengalihkan pandangan dari Jin. Jin mendengus geram. Pasal boss tu, arhh lantakla boss nak marah ke sebab keluar tanpa bagitahu dulu. Yang penting sekarang Minra yang kat hospital tu. Siap kemaskan barang,tukar baju....Jin terus bergegas keluar dari cafe. Dia tahan sebuah teksi untuk membawanya ke hospital.
* * * *
Jin berlari anak mendapatkan ajusshi Han dan ahjumma Han yang menunggu di luar bilik rawatan.
"Minra macam mana?"soal Jin cemas.
"Doktor tengah check dia kat dalam tu,"balas Ajusshi Han menepuk bahu Jin lembut.
"Ahjumma pergi rumah kamu petang tadi nak hantarkan makanan untuk Minra. Masuk je dalam rumah, ahjumma tengok Minra dah terlantar tak sedarkan diri atas lantai. Hidung dia....penuh darah,"sampuk ahjumma Han merangkul bahu Jin supaya kuat.
Beberapa minit menunggu, doktor dan beberapa orang nurse yang merawat Minra keluar dari bilik itu. Ahjumma Han, Ajusshi Han dan Jin terus meluru ke arah Doktor itu.
"Macam mana dengan kawan saya doktor?"soal Jin risau.
"Keluarga terdekat pesakit takde ke?"balas Doktor itu. Dalam apa apa pun case, pihak hospital lebih mengutamakan ahli keluarga pesakit.
"Dia anak yatim. Kami bertiga yang jaga dia,"tambah Ahjumma Han.
"Takpelah. Kamu ikut saya sekarang. Ada sesuatu yang saya nak bagitahu,"
Jin membontoti doktor itu ke satu bilik. Ahjumma Han dan Ajusshi Han dibenarkan untuk melihat Minra.
* * * *
"Kim Minra positiv HIV,"ujar Doktor itu memegang beberapa helai kertas di tangannya.
Mata Jin terbeliak terkejut. Mulutnya ditekup. Dia hilang kata kata. Doktor itu menepuk bahu Jin supaya kuat.
"Dah stage berapa doktor?" Jin tak kuat. Sesuatu yang sangat mengejutkan yang perlu dia terima. Minra......aniya! Tak mungkin. Hatinya menjerit kuat.
"Stage ketiga. Separuh tubuh dia dah dijangkiti," Doktor itu meneruskan kata katanya lagi.
"Dia boleh sembuh ke Doktor,"
"Saya tak boleh jamin. Tapi kalau Minra ikut semua rawatan,makan ubat.....harapan untuk sembuh tu ada. Virus ni akan cepat merebak,menyerang sebahagian besar sistem tubuh,"terangnya lagi.
"Doktor,tolong selamatkan kawan saya. Saya mohon,tolong selamatkan dia,"Jin merayu sambil menggenggam tangan doktor itu. Doktor itu mengangguk perlahan. Dia pon tiada apa apa jamin. Semuanya bergantung pada Tuhan dan dia hanya boleh usahakan apa dia yang mampu.
"Buat masa sekarang, saya benarkan Minra balik. Saya akan bagi ubat untuk Minra makan, dan setiap minggu Minra kena datang sini untuk jalani rawatan,"ujar Doktor itu. Jin mengangguk setuju.
* * * *
Jin sebak melihat Minra terbaring di atas katil itu. Air matanya yang keluar lekas dikesat dengan lengan baju. Mampu ke Minra kuat untuk jalani semua ni. Jin mendekati Minra. Minra mengukir senyuman nipis sebaik melihat Jin. Tangan Jin digapai,lalu digenggam kemas.
"Wae? Awak nangis ke?"Minra gelak kecil. Ishh dia ni boleh pulak buat selamba macam takde apa apa pon jadi. Ni yang Jin geram ni.
"Aniya. Doktor cakap awak dah boleh balik rumah hari ni. Tapi minggu depan,awak kena datang sini balik untuk buat rawatan,"balas Jin membuatkan wajah Minra berubah sugul. Dia lepaskan tangan Jin dan perlahan lahan bangun.
"Boleh ke saya sembuh balik?"soal Minra. Doktor pon dah bagitahu tentang penyakitnya ini. Yang sedang dia bayangkan sekarang hanya MATI.
"Doktor kata boleh. Janji awak kena sentiasa buat rawatan,makan ubat. Awak kena kuat tau,"Jin cuba bagi semangat pada Minra untuk menyakinkannya.
"Ni, doktor dah bagi ubat untuk awak makan. Lepas ni awak dah tak sakit dah,"Jin angkat plastik ubat ubat di tangannya itu sambil senyum lebar. Kepala Minra diusap. Pinggir mata terasa basah. Tahan Jin. Kau tak boleh nangis depan Minra!,bisik hatinya.
"Takpelah, awak siap siapla dulu. Saya dengan ahjumma dan ajusshi tunggu awak kat luar,"Jin berpaling membelakangi Minra. Gagal menahan dirinya,air matanya tumpah dengan laju. Dia terus melajukan langkahnya keluar dari bilik itu. Ahjumma Han yang kebetulan melihat Jin menangis di luar bilik itu, terus memeluk Jin erat dan cuba menenangkannya.
"Sabar ye. Ahjumma yakin Minra boleh sembuh,"
"Saya tak nak hilang Minra ahjumma. Saya sayang dia,"Jin merintih sayu dalam pelukan ahjumma Han.
Vote and comment.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro