Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 25

Kalau Jin cakap dia tak rindu Minra, memang tipula. Dah seminggu berlalu, yup hari hari yang terasa sangat kosong,sunyi dan tak bermakna bagi Jin. Bagaikan jasadnya saja yang berfungsi—bergerak ke sana ke mari,sedangkan roh dan jiwanya hilang, mati. Sekadar hanya satu jasad lemah yang kosong tanpa roh.

Jin merebahkan tubuhnya ke atas katil. Kedua dua tangan dilapikkan di bawah kepala sebagai alas bantal. Sesekali dia menghela nafas berat yang menekan dada. Fikirannya bercelaru,banyak perkara yang sedang dia fikirkan lagi lagi tentang Minra—Minra kat mana? Minra dah makan ke? Minra selamat ke tak? Hatinya sentiasa menyoalkan soalan itu,sedangkan dia langsung tiada jawapannya. Dan dia inginkan jawapan jawapan itu.

Orang cakap, bila orang yang kita sayang tinggalkan kita...buat apa nak fikir lagi. Move on jelah. Yup,move on,lupakan dan mulakan hidup baru. Cakap memang senang,mudah. Tapi tak semua orang boleh buat, boleh kuatkan semula semangat, hidupkan rasa dan hati yang dah mati dibunuh oleh si dia. Tak mudah. Payah. Perit. Sakit. Seksa. Itu yang Jin rasakan sekarang,yang membuatkannya terus lemah, tenggelam dan makin tenggelam dengan hidup tanpa hala tuju.

Jin mengalihkan tangannya dari bawah kepala. Tapak tangannya diletakkan di atas dada, merasa degup jantungnya. Sekadar denyutan yang lemah. Sambil itu,matanya dipejam rapat. Nafas dihembus perlahan. Dia cuba untuk tenang dan kosongkan fikirannya.

"Jin,tolong! Tolong aku!"

"Aku perlukan kau!"

Namun wajah Minra muncul di depan matanya dengan pipi cekung menampakkan lengkuk tulang, penuh lebam sana sini dan pucat lesi tak bermaya.

"Jin!"

Jin membuka semula matanya dan sekilas bingkas bangun. Wajahnya diraup berkali kali. Dia menekan dahinya, cuba menyedarkan dirinya.

"Tolonglah pergi dari hidup aku,"bisiknya, melawan ilusi itu.

"Jin....please. Kali ni je. Aku betul betul perlukan kau,"Minra senyum sebelum menghilang ghaib. Jin menjerit sekuatnya. Bantal di atas katil dilempar ke lantai. Dia buntu. Perlu ke dia cari Minra balik. Hatinya kuat mengatakan sesuatu berlaku pada Minra dan dia jelas dapat merasakannya bagaikan dia dan Minra disambungkan oleh seutas wayar yang mana bila Minra memerlukan Jin,Jin boleh tahu dan sebaliknya.

Dia buka laci meja tulis. Dia ambil sekeping gambar Minra yang masih dia simpan dan sorokkan dari noonanya. Dia menatap gambar itu lama. Makin kuat perasaan itu datang menerjah fikiran. Jin masukkan gambar itu ke dalam poket seluar. Sweater disahut pada tubuh dan dia melangkah keluar dari bilik itu. Nekad, dia haru cari Minra. Kalau tak hatinya takan tenang.

*    *    *    *

"Kat mana kau bawak Minra?"Jin menahan tangan Jimin sebaik Jimin ingin menarik pintu kereta. Dia tunggu Jimin di garaj sampai Jimin muncul. Jin ada cari Minra berdekatan dengan rumah noonanya dan tanya pada kawan kawan Minra kat kolej dan sekitar kolej. Takde satu pon daripada diorang yang tahu Minra kat mana. Jimin pasti tahu sebab Jimin orang yang terakhir bersama Minra.

"Pehal ni bro?"Jimin menolak tubuh Jin sedikit menjauhinya.

"Mana Minra?"Jin cengkam kolar baju Jimin. Jimin tersengih mengejek.

"Dah mati,"balas Jimin ringkas. Nak je Jin melayangkan penumbuknya ke pipi Jimin. Dia menolak tubuh Jimin menghempap ke sisi kereta.

"Kat mana Minra sekarang? Apa yang jadi malam tu masa kau bawak dia pergi,"Jin mengetap gigi menahan geram dan marah. Jimin pula boleh menayang wajah selambanya sambil tergelak kecil. Sial.

"Aku tak fahamla dengan kau ni Jin. Minra tu sampah,buat apa kau nak kutip benda busuk dan kotor tu. Takan kau nak kahwin lepastu hidup semati dengan pelacur. Dia tu takde harga pon,"Jimin ketawa berdekah. Jin memandang Jimin tajam sebagai amaran.

"Kau yang dah rosakkan dia lepastu kau buang dia macam tu je. Sekurang kurangnya aku cuba nak tolong dia,bukan jadi binatang macam kau,"buku limanya menyentuh pada pipi kanan Jimin. Kepala Jimin terpusing ke kiri. Jimin terduduk rebah dengan tepi bibir pecah.

"Hahaha. Minra tak cintakan kau Jin. Dia tak nak kau pon. Kau buat apa pon kat dia,dia takan pandang kau,"ejek Jimin dengan hilai tawanya. Jin angkat kakinya,nyaris menendang perut Jimin tetapi sempat Jung Kook datang menghalangnya.

"Kau patut mati Jimin! Kau patut mati!"jerit Jin. Jung Kook menarik Jin menjauh dari Jimin dan membawanya ke sebuah tempat. Yoongi dan Namjoon memapah Jimin bangun.

*     *     *     *

Jung Kook bagi Jin sebotol air mineral pada Jin. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Jin tapi agak jauh sedikit. Dia masih canggung untuk bersemuka dengan Jin lepas apa yang dah jadi. Dan belum tiba masanya lagi dia nak maafkan lelaki itu.

"Gamawo!"balas Jin ringkas sambil mengukir senyuman tawar.

"Kau cari Minra ke?"suara Jung Kook bila Jin hanya diam memandamg botol air di tangannya itu saja. 'Kau'....mungkin Jung Kook dah hilang rasa hormatnya pada Jin. Takpe, bukan salah Jung Kook pon. Jin faham.

"Jung Kook tahu Minra ada kat mana sekarang?"

"Aku ada curi curi dengar perbualan Jimin dengan Namjoon. Diorang dah bawak Minra ke Busan,"balas Jung Kook.

"So, Jung Kook tahu apa yang diorang dah buat pada Minra?"

Jung Kook mengangguk.

"Kejam. Tu je yang aku boleh cakap," Jung Kook tak sanggup dan tak boleh nak gambarkan macam mana diorang bertiga buat kerja terkutuk tu.

"Yup. Diorang memang kejam. Tapi kenapa Jung Kook diamkan diri saja. Kenapa tak tolong Minra? Kenapa tak bagitahu pada Taehyung?" bertalu talu Jin menyoal.

"Aku terpaksa tutup mulut. Kalau Taehyung tahu, dia akan gaduh besar nanti dengan Jimin, Yoongi dan Namjoon. Aku tak nak BTS berpecah belah," jelas Jung Kook terpaksa menjadi hipokrit. Dah berapa kali dia fikir, Taehyung dan  kawannya yang lain sangat penting baginya. Tak sanggup dia nak tengok diorang bergaduh antara satu sama lain. Mungkin apa yang dia buat ni agak bodoh dan kejam.

"Tu noona Taehyung. Taehyung patut tahu apa jadi pada Minra. Sampai bila kau nak selamatkan diorang bertiga dan sembunyikan semua kejahatan yang diorang buat,"suara Jin naik oktaf.

Jung Kook diam. Terkedu. Dia dihimpit rasa bersalah.

"Aku buat semua ni untuk selamatkan BTS,selamatkan persahabatan kami,"

"Takde apa yang selamat. Korang semua malah khianat Taehyung sendiri. Cuba kau bayangkan,kalau diorang bertiga pergi rogol adik kau. Kau akan diam je ke sebab tu kawan kawan kau. Kau lebih kesiankan diorang berbanding orang lain yang terseksa sebab diorang,"lengan Jung Kook dipegang kemas. Jung Kook hilang kata katanya. Ada yang benar pada kata kata Jin tadi. Dia akui,kalau adiknya sendiri disentuh oleh lelaki lain,memang mintak kakilah.

Jin bingkas bangun. Jung Kook lekas menahan tangannya.

"Please jangan bagitahu pasal Minra ni pada Taehyung. Aku merayu,"

Tangan Jung Kook ditepis kasar. Jin berdecit. Marahnya belum reda. Mungkin sekarang dia akam diam je sebab kalau dia bagitahu Taehyung, Taehyung mungkin takan percaya padanya. Boleh nampak bukan main benci lagi pada Jin. Mungkin dia takan menyebelahinya.

"Takpe Jung Kook,kau boleh terus back up kawan kawan kau tu. Tapi ingat,mungkin hari ni Jimin,Yoongi dan Namjoon akan selamat. Aku takan berdiam diri,aku akan tuntut keadilan atas apa yang diorang buat pada Minra,"kata Jin sebelum berlalu pergi meninggalkan Jung Kook.

*    *    *    *

Jin mencari Minra di merata rata tempat. Busan sangat luas. Nak cari kat semua tempat memang makan masa mungkin berminggu minggu. Jin berjalan di sebuah pasar yang dia rasa dia boleh jumpa Minra kat sini. Kat pasar memang banyak geladangan yang mintak sedekah selain mudah mendapatkan sisa sisa makanan dari para penjual. Jin berhenti di sebuah gerai menjual buah buahan.

"Annyoenghaseyo ahjumma,"dia menyapa makcik yang menjaga gerai tersebut.

"Nak beli buah apa dik. Buah buah ahjumma jual ni segar segar,baru je petik dari pokok ni,"balas ahjumma itu.

"Saya tengah cari seseorang. Ahjumma ada pernah nampak atau jumpa perempuan ni tak,"Jin menunjukkan sekeping gambar pada ahjumma itu. Dahi ajumma itu nampak berdekut sambil gambar itu diteliti lama.

"Lahh budak perempuan ni ke? Dia ada datang gerai ahjumma tiga hari lepas. Dia curi buah buahan ahjumma. Ahjumma pon halau jelah dia,"balas ahjumma itu. Jin melakar senyuman lebar.

"Ahjumma tahu tak dia pergi mana?"

"Tak pastila dik. Tapi tadi ada je ahjumma ternampak dia kat sekitar ni mintak makanan. Aigoo,makin hari makin banyak gelandangan kat sini. Diorang tu dah la kotor,busuk,"Ahjumma itu mengeluh.

"Cuba kamu cari dia kat tong tong sampah sebelah sana tu. Budak budak gelandangan ni memang suka kutip kutip sisa makanan kat sana,"sambung ahjumma itu lagi.

"Terima kasih ahjumma,"sebelum pergi,Jin sempat beli beberapa biji buah epal sebagai tanda terima kasih pada makcik itu sebab dah bagi informasi yang sedikit membantunya mencari Minra.

*    *    *    *

"Kau curi barang aku lagi?"

Pangg!

Lelaki itu menampar pipi Minra kasar. Dia merampas balik dua paket jajang yang Minra curi curi ambil.

Dia cengkam belakang leher Minra. Minra meronta kesakitan minta dilepaskan.

"Dah berapa kali aku cakap,jangan curi barang aku. Tapi kau degil. Kau saja nak mati kan. Kalau nak makanan carila duit,"pipi Minra ditampar lagi dengan lebih kuat. Kemudian lelaki tersebut menendang lutut Minra. Minra rebah serta merta. Namun,lelaki itu menarik rambut Minra supaya bangun.

"Saya lapar. Saya perlukan makanan,"Minra merayu rayu sambil memeluk kaki lelaki itu. Lelaki itu menolak tubuh Minra dengan kakinya.

"Nak makanan,kau kena bayar dengan duit. Masalahnya sekarang kau takde duit. Lepas tu kau buat hal pulak kat sini. Kau curi barang barang orang,"Lelaki tersebut menghenjut perut Minra dengan lututnya sehingga Minra termuntah darah. Orang orang kat sekitar berdiri dan tengok saja tanpa buat apa apa pun tindakan untuk tolong Minra. Lelaki tersebut mengheret Minra ke tempat letak tong tong sampah.

"Nak makan kan,tu kat sana banyak lagi makanan. Makanlah,"Dia buka penutup tong sampah dan tolak muka Minra pada longgakan sampah sampah busuk itu. Angkat dan tonyoh lagi berkali kali sampai Minra terkulai layu. Minra terbaring lemah. Wajahnya penuh dengan kotoran sampah. Lalat lalat mula menghurung tubuhnya. Lelaki tersebut meninggalkan saja Minra di situ tanpa sekelumit pun rasa belas kasihan.

*    *    *    *

Jin menuju ke tong sampah. Kelihatan satu tubuh sedang terbaring lemah di sana. Jin berlari anak mendapatkan orang itu. Kesian dibiarkan terbaring di atas longgakan sampah dan tikus.

Bila dia mendekati tubuh itu,matanya terus membulat. Yang dilihatnya sekarang adalah Minra. Yup,dia tak silap. Ni betul betul Minra.

"Minra!"Jin terus memapah tubuh Minra bangun.

"Jin!"balas Minra seakan akan tidak percaya dengan kehadiran Jin. Dia memeluk Jin erat.

"Minra,apa dah jadi pada awak ni,"Jin bersihkan wajah Minra yang penuh kotoran itu. Pipi dipegang kemas. Minra menangis teresak esak. Tuhan mendengar doanya. Tuhan datangkan balik insan yang dia betul betul perlukan sekarang.

"Mianhae! Minhae! Aku dah banyak buat....."

"Aniya,aku yang salah. Aku yang biarkan kau macam ni,"Jin memotong kata kata Minra. Dia lap darah kat mulut Minra. Tangan dan lutut Minra penuh kesan luka. Minra hanya menutupi tubuhnya dengan plastik dan surat khabar. Berasa kesian,Jin tanggalkan sweaternya dan pakaikan pada Minra.

"Kita balik Minra,"

Minra menggelengkan kepalanya.

"Kenapa kau masih buat baik dengan aku walaupun aku dah banyak kali sakitkan hati kau,kecewakan kau. Kau terlalu baik Jin. Aku dah sia siakan kau. Aku betul betul menyesal,"Minra menangis. Jin lap air mata Minra yang mengalir keluar. Dia bagi Minra sebiji epal yang dia beli tadi.

"Tak payahla cakap pasal hal tu lagi. Kau laparkan,makanlah,"

Lutut Minra luka teruk. Mungkin Minra tak dapat berjalan buat masa sekarang. Jin terus menangkat tubuh Minra. Dia berjalan sambil mengendong Minra di pangkuannya.

"Gamawo Jin!"Minra memaut leher Jin erat. Merasakan dirinya betul betul selamat dengan adanya Jin sebagai malaikat pelindungnya. Ya,dia perlukan Jin. Jin sebagai pelindungnya, pedamping dan lelaki yang tak pernah berhenti mencintainya.

*    *    *    *

Muka Jin Hye masam mencuka. Tangan digenggam erat. Nafasnya turun naik. Geram.

"Kenapa kau kutip sampah busuk ni lagi balik rumah kita!"Jin Hye menengking adiknya itu. Jin tahu kalau dia bawak Minra balik rumah tentu noonanya itu akan mengamuk. Dan ini yang berlaku sekarang.

"Noona,tolonglah. Kali ni je,"rayu Jin.

"Keluar kau sekarang pelacur. Berani kau muncul kat sini lagi! Jin....tolonglah, dah berapa kali noona cakap, betina kotor ni hanya bawak sial pada kau. Lepas apa yang dia dah buat pada kamu,kamu boleh lagi bawak dia balik sini. Noona dah tak tahu nak cakap apa. Adik noona ni dah gila agaknya!" Jin Hye mengheret Minra ke muka pintu. Jin cuba menghalang.

"Keluar aku cakap!"Jin Hye tolak Minra sampai rebah ke lantai.

"Aku takan terima setan macam kau ni betina,"

Minra menangis sambil memaut erat kaki Jin Hye.

"Noona,sudah la tu,"

"Noona takan berhenti selagi popuan jahanam ni tak mati,"Jin Hye meluru ke dapur,ambil pisau dan balik semula ruang tamu. Dia mengacukan pisau di tangannya itu pada Minra,cuba menikam gadis itu. Minra berlari menyelamatkan diri, berlindung di belakang Jin.

"Kau kena mati perempuan,baru adik aku takan cari kau,"jerit Jin Hye dah macam orang tak waras. Jin menahan tubuh Jin Hye. Dia menggenggam kemas tangan Jin Hye. Jin Hye meronta ronta dengan pisau di tangannya itu beberapa kali nyaris terkena pada Jin. Jin menolak Jin Hye sampai Jin Hye terpelanting menghempas ke dinding. Kepala Jin Hye terhantuk pada dinding dan luka. Pisau tadi dah tercampak jauh. Jin terpaksa buat macam tu.

"Noona.....Jin tak sengaja,"kata Jin rasa bersalah.

"Kau lebih pilih betina tu berbanding kakak kandung kau sendiri. Aku kecewa dengan kau. Kau nak sangat kan Minra tu. Pergilah kat dia. Mulai sekarang......kau bukan adik aku lagi. Aku HARAMKAN KAU JEJAKKAN KAKI KAT RUMAH NI LAGI. KELUAR SEKARANG ADIK TAK GUNA!"jerit Jin Hye penuh kesal.

"Noona,"Jin cuba mendekati Jin Hye.

"Jangan sentuh aku! Aku cakap keluar sekarang. Aku tak tengok lagi muka korang berdua. Keluar!"

Jin menahan sebak. Air matanya tumpah jatuh ke pipi. Minra menggenggam erat tangan Jin. Jin merangkul lengan Minra.

"Noona,mianhae!" Jin perlahan lahan melangkah keluar bersama Minra.

"Aku benci kau. Aku benci kau!"Jin Hye melagakan kepalanya ke dinding sambil menjerit,menangis semahu mahunya.

Vote and comment. Sorry dah lama tak update😅😅

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro