Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 21

"Jimin,wait!"Minra menahan tangan Jimin kasar.

"Kau nak apa lagi hah perempuan. Stop kacau aku lah. Rimas kau tahu tak,"balas Jimin terus merentap pegangan tangan Minra.

"I nak you kahwin dengan I. You kena bertanggungjawab atas anak dalam perut I ni,"Minra nampak terdesak. Ya,memang dia tengah terdesak. Jimin pula langsung tak ambil tahu pasalnya.

"Ehh you,perempuan mana ni?"soal seorang perempuan yang berada di sebelah Jimin,memegang erat tangan Jimin. Mangsa baru la tu.

"Tak payah layan. Ni perempuan gila,"Jimin tunjal kepala Minra. Minra dilayan macam sampah,macam orang takde maruah. Perempuan di sebelah Jimin tu pulak sakan gelakkan Minra. Senorok la kau perempuan. Nanti ni kau pun akan lalui benda yang sama bila kau kena sentuh dengan jantan tak guna ni,lepas tu senang senang je dia tinggalkan kau.

"Janganlah buat I macam ni. I dah tak tahu nak buat apa. Tolong I Jimin. Sumpah,ni anak you,"Minra merayu rayu sambil tunduk merangkul erat kaki Jimin.

"Pergi mampos la anak saper pun,"Jimin bertindak menendang tubuh Minra. Minra terjelupok ke atas lantai.

"Ambil duit ni,pergi klinik dan gugurkan kandungan kau tu. Selesai masalah,"Beberapa keping duit Jimin lemparkan pada muka Minra.

"Lepas ni kau jangan cari aku lagi,"
Jimin tinggalkan Minra di situ. Minra menangis teresak esak,memegang bahunya yang sakit ditendang oleh Jimin tadi. Dia kutip duit duit yang bertaburan di atas lantai itu. Hina. Ya, terasa betul betul dia dihina oleh Jimin sendiri.

"Mian...mianhae. Omma terpaksa bunuh kamu. Appa kamu sendiri tak nak terima kamu. Lebih baik kamu mati daripada dilahirkan ke dunia ni. Mianhae!"Minra pegang perutnya. Dia tahu keputusan untuk gugurkan kandungannya ni adalah kejam,memandangkan ni je satu satunya cara untuk selesaikan semua masalahnya. Kalau dia lahirkan anak ni pun,belum tentu dan dia tak dapat jamin dia dapat jaga budak ni dengan baik seorang diri.

*     *     *    *

"Cik,ada apa? Boleh saya bantu?"soal seorang nurse yang menjaga kaunter.

"Sssaya....saya nak gugurkan kandungan!"balas Minra.

"Kejap ye Cik. Cik kena isi borang ni dulu. Lepas tu tunggu kat sana kejap. Nanti tiba giliran Cik,saya panggil nama Cik ya. Jumlah kos rawatan termasuklah ubat,2 ribu ye!"Minra serahkan jumlah duit yang nurse tu mintak. Kemudian,selesai mengisi borong,dia beralih menuju ke kerusi untuk menunggu namanya dipanggil. Boleh kata ramai jugak anak anak muda kat klinik yang datang nak gugurkan kandungan. Mereka senasib macam Minra.

Ringg! Telefon Minra berbunyi. Tertera nama Jin. Dia terus tekan buntang merah pada skrin. Kemudian tekefonnya dimatikan.

*    *    *    *

"Dapat tak hubungi dia?"

Jin nampak kusut dengan telefon di tangannya. Sesekali ditelekapkan skrin telefon pada telinga.

Jin menggeleng. Minra gagal dihubungi.

"Dia cakap pada onni yang keluar nak pergi jumpa kawan. Haishh,mana pulak budak ni menghilang. Dah malam ni. Risau pulak onni,"kata Jin Hye.

"Takpelah,Jin keluar cari Minra kejap. Kalau Minra dah balik ke,onni call Jin ye,"kata Jin lalu terus ambil kunci motor dan keluar.

*    *    *    *

Entah apa yang aku buat ni betul ke tak. Minra,dia terlalu istimewa dan berharga untuk aku. Walau apa pun yang jadi pada Minra,aku tetap akan terima dia dalam hidup aku. Aku tak tahu.....adakah aku buat semua ni kerana belas kasihan ataupun cinta aku terhadapnya. Yang aku tahu,Minra wanita yang paling aku,sayang....aku sanggup buat apa saja untuknya biarpun ada kalanya ia memakan dari aku sendiri.

*    *    *    *

Kringg! Bunyi doorbell pintu rumah terus mengejutkan Jin Hye yang terlelap di atas sofa. Jin Hye bangun sambil mengenyeh matanya. Jam di dinding dipandang sekilas. Pukul 2.00 pagi.

Jin Hye terus bergegas ke pintu utama rumah dan menguaknya. Jin berdiri di luar sambil memapah Minra yang kelihatan nampak lemah,muka pucat lesi.

"Kenapa ni Minra? Jin,apa dah jadi pada Minra ni? Bawak dia masuk dalam sekarang,"Jin Hye turut sama membantu memapah Minra ke dalam rumah. Mereka merebahkan Minra ke atas sofa.

"Apa dah jadi ni Jin?"Jin Hye minta penjelasan. Kat baju Minra nampak ada tompokan tompakan darah.

Jin telan air liur. Hanya diam. Patut ke dia bagitahu perkara sebenar pada Jin Hye.

"Kenapa diam je ni? Cakaplah!"suara Jin Hye naik seoktaf.

"Masa Jin cari Minra kat luar tadi,dia call Jin. Dia suruh Jin ambil dia kat sebuah klinik,"

"Klinik? Dia buat apa kat sana?"

"Minra......"Jin jadi serba salah. Entah apa reaksi Jin Hye nanti. Dah la perkara ni dia sembunyikan pada pengetahuan Jin Hye.

"Minra gugurkan kandungan!"terlepas juga ayat itu dari mulut Jin. Terus berubah air muka Jin Hye. Terus laju kepala beralih ke arah Minra yang terbaring lemah di situ.

"So,Minra mengandunglah. Jangan cakap yang ni anak kamu,"

"Aniya. Onni jangan salah faham. Ni anak boyfriend Minra,Park Jimin budak kaya dan popular kat kolej tu,"terang Jin.

"Haisyy,kenapa tak cakap awal awal pada onni. Bahaya tahu tak gugurkan kandungan ni,"

"Minra takde pilihan lain. Jimin pulak tak nak tanggungjawab atas anak tu,"

Jin Hye duduk di sebelah Minra. Umbu umbu kepala Minra diusap lembut. Pada usia Minra yang terlalu muda,terlalu mentah,tambahan pula tanpa perhatian ibu bapa,memang perkara macam ni akan berlaku. Salah tersebut,tak boleh letakkan sepenuhnya pada Minra sebab yang dah rosakkan Minra pun kena bertanggungjawab.

"Habis tu Taehyung tahu tak pasal Noona dia ni,"

Jin menggeleng.

"Minra cakap,Taehyung dah buang dia,"

Jin Hye terkedu.

Gais,vote and comment ye. Ni bru sikit penderitaan yg Minra kna lalui. Mybe lepas ni bnyk lgi seksaan Minra kna tempuh yg mungkin korang takan jangka. Aye takan berhenti seksa Minra😈😈😈. Insyaallah kalau ada masa ff ni akn diupdate setiap hri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro