CHAPTER 2
Di dalam gereja itu diselubungi suasana sayu. Bunyi tangisan dari Jin Hye memecah sunyi pagi. Tidak ramai ahli keluarga atau rakan rakan terdekat yang hadir ketika upacara pengembumian Jin pagi itu. Seperti kematian Jin langsung tidak membawa kesedihan kepada insan insan yang mengenali mendiang Kim Seok Jin atau mereka sudah tidak mahu ada apa apa hubungan dengan si mati. Lubang kubur masing masing kan?
Tapi bagi Jin-Hye dan BTS terutama yang paling terkesan sekali Jung Kook, mereka sukar menerima pemergian Jin. Kematian merupakan penamat sesebuah kehidupan. Dan Jin...sudah menemuai penamat itu di usia mudanya.
Kadang kadang bila kita terlalu penat, terlalu sakit....jalan yang mudah adalah melepaskan segala yang membebankan diri kita. Ya, Jin memilih untuk melepaskan kesakitannya setelah jasad tak daya menanggung lagi.
Buat kali terakhir, Jung Kook, Hoseok, Yoongi, Jimin, dan Namjoon menitipkan doa masing masing di hadapan bingkai gambar Jin yang dililit kalungan mawar putih. Masih ada belas kasihan pada diri mereka untuk memberikan penghormatan terakhir pada Jin tapi tidak bagi Taehyung. Taehyung memilih untuk tunggu saja di luar gereja. Katanya, dia tak nak hadap muka pembunuh Minra.
Jimin, Yoongi, Hoseok dan Namjoon ambil tempat duduk di kerusi paling hadapan. Jung Kook masih menatap wajah Jin di bingkai gambar. Pada gambar itu, Jin tersenyum manis. Air mata Jung Kook mengalir lagi saat tangannya melekap pada keranda yang menyimpan mayat Jin. Jin-Hye di sebelah Jung Kook duduk mencium lantai. Jung Kook usap belakang tubuh Jin-Hye supaya tetap kuat.
Kreekk!
Pintu gereja yang tertutup rapat ditolak dari luar. Jalur jalur cahaya menerobos masuk mengiringi dua tubuh yang melangkah masuk ke dalam gereja.
Langkahan kaki mereka terhenti di tengah lantai gereja. Wajah pasangan suami isteri itu nampak biasa dan tenang sekali. Mata mereka kelihatan segar tanpa setitik pun air mata.
"Omma! Appa!" Jin Hye bangun dan berlari anak menuju ke arah kedua orang tuanya itu. Apabila Jin Hye cuba memeluk ommanya, Puan Kim lekas menolak tubuh Jin Hye menjauhinya.
"Kenapa lambat? Omma, appa...Jin dah takde. Jin dah pergi tinggalkan kita!"Jin Hye merintih ketika mengenggam erat tangan ommanya. Puan Kim menepis kasar tangan anak sulungnya itu.
"Omma dengan appa datang kejap je ni. Banyak lagi keje nak kena settle kat office,"Puan Kim mengeluh bosan. "Hmmm lega omma rasa budak sial tu mati pun!" kata kata dari Puan Kim membuatkan Jin Hye melutut kecewa.
"Apa yang omma cakap ni? Jin tu anak kandung omma dan appa sendiri,"
"Dia dah banyak menyusahkan keluarga. So, dia mati lagi baik la kan,"Puan Kim tidak segan berkata sebegitu di khalayak tetamu. Biar semua orang tahu perangai buruk anak kedua mereka.
"Menyesal kitorang besarkan anak tak guna macam Jin tu. Kau pun Jin-Hye, jangan sesekali nak ikut perangai dia,"celah Tuan Kim. Tak betah mendengar adiknya terus dihina, Jin Hye mengheret omma dan appanya keluar dari gereja. Dia hilang hormat pada mereka berdua.
"Kalau omma dan appa datang sini nak hina Jin, baik korang pergi balik sekarang. Jin dah mati pun, susah sangat ke appa dan omma nak maafkan dia. Semua orang buat silap dan semua orang yang bersalah berhak dimaafkan. Jin Hye betul betul kecewa dengan omma dan appa. Tolonglah berhenti burukkan anak sendiri. Apa lagi yang omma dan appa tak puas hati," Jin Hye meluahkan segala kekesalannya terhadap sikap omma dan appanya.
Puan Kim menjeling tajam. "Eh Jin-Hye, kau dengar sini....mana mana orang yang mati bunuh diri, orang lain takan hormat dia malah orang akan kutuk dia sampai bila bila. Hah, adik kau la tu. Hari ni saham company family kita jatuh menjunam sebab berita adik bodoh kau tu bunuh diri masuk surat khabar. Sampai company kena boikot dengan client,"
"Adik kau tu lebih baik mati kena gilis lori daripada mati dengan cara malukan keluarga sendiri,"
Puan Kim dan Tuan Kim sama naik. Jin Hye terus berlalu pergi meninggalkan mereka. Dia ada hal lagi penting mahu menyegerakan urusan pengembumian Jin sebelum tengah hari. Tetamu yang melihat pergaduhan kecil itu dari jauh hanya mampu diam saja.
* * * *
"Gamowo sebab korang semua dah bantu noona selesaikan upacara pengembumian Jin tadi." Jin Hye mengiringi tetamu tetamu yang hadir ke kereta setelah mereka dijamu dengan sedikit makanan di rumahnya. Lima orang kawan Jin yang hadir pada hari itu dia cuma kenal Jung Kook saja. Jung Kook agak rapat dengan mendiang adiknya.
"Takde apalah. Lagipun Jin tu kawan kitorang," balas Jung Kook agak janggal bila menyebut 'kawan'.
"Kau silap Jung Kook. Jin tu kawan kau je bukan kawan aku." sampuk Taehyung yang berada di dalam kereta. Yoongi tergesa masuk ke dalam kereta. Dia memukul bahu Taehyung dan menekup mulut Taehyung takut mamat ni terlepas cakap bukan bukan depan Jin Hye.
Jin Hye tersenyum tawar. Jelas dia dengar apa yang Taehyung cakap tadi. Dia tahu ramai orang yang kenal Jin tidak menyukai Jin. Salah satu sebab Jin tak punya ramai kawan.
"Oklah noona, kalau takde apa apa, kitorang balik dulu ye. Noona jaga diri baik baik!" kata Jung Kook lalu masuk ke dalam perut kereta. Kereta yang dinaiki mereka meluru pergi dari pandangan Jin-Hye.
Jin Hye termenung lama memandang rumah di hadapannya itu. Terus dia terimbas kembali segala memorinya bersama Jin. Terasa Jin masih ada dekat dengannya. Susah dia nak lupakan Jin. Suara dan kelibat Jin terngian ngian di dalam fikiran.
Dua orang ahjumma yang kebetulan lalu di hadapan rumah memandang pelik ke arah Jin Hye. Mereka berbisik sesama sendiri.
"Weh weh, kau tengok tu noona budak yang bunuh diri tu. Ada orang cakap, lepas adik dia tu mati dia terus jadi gila." ahjumma yang berbaju unggu itu menunjuk ke arah Jin-Hye.
"Betul ke. Takutnya aku. Mesti berhantu kan rumah dia. Aku dengar kan adik dia bunuh diri sebab dah tak tahan kena ejek dengan orang. Anak aku yang satu kolej dengan si Jin tu cakap, Jin ni perogol, jual dadah kat budak budak. Nasib baik la dia mati awal kan, kalau tak lagi banyak dia bawak bala kat orang lain. Malulah aku kalau ada anak macam tu," balas ahjumma yang sorang lagi sambil menjuihkan bibirnya pada Jin Hye.
Malas mahu mendengar lagi kata kata kesat dari ahjumma ahjumma itu, Jin Hye masuk ke dalam rumah. Sengaja dia menghempas pintu utama rumah dengan kuat sampai terkejut ahjumma ahjumma yang berada di luar rumahnya itu.
Layan mulut mulut puaka diorang tu buat sakit hati je. Kalau boleh, memang Jin Hye rasa je jahit cili pada mulut mulut jahat diorang.
* * * *
Lot, 241. Jalan Gwangjong.
Alamat yang tertulis pada pembalut bungkusan itu diperhatikan dengan penuh teliti. Memang betul inilah rumahnya.
Lelaki bertopi lengkap dengan uniform posman itu mengetuk pintu rumah tersebut beberapa kali.
"Ada apa?" beberapa minit kemudian, daun pintu dikuak sedikit. Terjengul keluar kepala Taehyung.
"Saya nak hantar barang dari Encik Kim Seok Jin." kata posman itu sambil menunjukkan sebuah bungkusan di tangannya. Wajah Taehyung berubah pucat. Tangannya terketar ketar menyambut bungkusan yang dihulurkan oleh posman tersebut
"Salah rumah ni!"nafi Taehyung menyerahkan semula bungkusan itu dan ingin menutup pintu tapi posmen itu lekas menahan pinggir pintu.
"Rasanya alamat rumah ni lah yang Encik Kim Seok Jin bagi pada saya." posman itu bacakan alamat yang tertara pada buku notanya. Taehyung mengangguk dengan malas.
"Ada apa ni Tae?" soal Jung Kook dan Yoongi yang tiba tiba muncul di belakang Taehyung.
"Posmen ni cakap Jin suruh hantar bungkusan ni pada kita." balas Taehyung. Seperti Taehyung tadi, mereka berdua jugak nampak terkejut.
"Sila sign kat sini ye. Kalau takde apa apa saya pergi dulu ye." Jung Kook turunkan tanda tangan pada kertas yang dihulurkan oleh posman itu dan lelaki tersebut terus berlalu pergi sebaik saja menyerahkan semula bungkusan itu pada mereka bertiga.
* * * *
Jung Kook goncang kotak bungkusan itu.
"Bukaklah cepat Kook,"gesa Yoongi sambil menyerahkan pisau pada Jung Kook. Jung Kook panggil kawan kawannya yang lain supaya berkumpul di ruang tamu. Kotak bungkusan itu dibuka setelah pembalutnya dikoyak. Terdapat tujuh kaset tersusun di dalamnya. Kaset kaset itu telah siap ditulis dengan nama nama mereka berserta nombor mengikut urutan 1 sampai 7. Turut terselit sehelai kertas di bawah kaset kaset selepas semuanya dikeluarkan.
Jung Kook ambil kertas tersebut dan membuka lipatannya. Sehelai surat yang ditulis oleh Jin. Jung Kook kenal sangat tulisan tangan Jin.
"Apa tu?"Jimin berhimpit ke arah Jung Kook untuk melihat surat tersebut.
"Surat,"
"Bacakan kuat kuat!"arah Namjoon.
"Rules: Sebelum korang dengar kaset kaset ni, aku akan tetapkan beberapa peraturan yang wajib korang ikut dan patuh.
1. Ada tujuh kaset semuanya. Setiap orang perlu ambil kaset ikut nama masing masing.
2. Korang berenam kena dengar setiap kaset kaset ni bersama sama mengikut urutan. Jangan ada seorang pon dari korang yang ingkar tak nak dengar.
3. Aku bagi korang tempoh masa selama seminggu saja untuk korang habiskan kesemua tujuh kaset ni. Kalau korang gagal, kaset kaset ni akan terus tersebar kepada orang lain. Mybe kepada pihak polis, kolej dan parents korang.
4. Lepas habis je dengar kaset kaset ni, korang kena jujur dan mengaku semua kesalahan korang.
Aku harap kaset kaset ni akan ubah hidup korang,"
Kaset yang pertama tertulis nama Jung Kook. So, Jung Kook dululah yang kena dengarkan kasetnya.
"Kau rasa betul ke Jin yang hantar bungkusan ni pada kita. Jin dah mati kot. Ke ada orang sengaja nak prank kita ni," soal Yoongi masih lagi bingun dengan permainan yang tak masuk akal ni. Seram jugak rasanya. Yelah, orang yang dah mati tiba tiba ada kirim barang kat kau.
"Habis tu siapa? Jin Hye? Aku rasa before Jin bunuh diri lagi dia dah awal awal siapkan kaset kaset ni untuk kita semua. Guys, please jangan jadi pengecut. Kita ikut saja game dia ni,"ujar Jung Kook. Yang lain mengangguk dan mengambil kaset masing masing.
"Kau tak terfikir ke, takanlah Jin bunuh diri macam tu je. Macam sia sia je dia fight habis habisan dengan kita dulu. Nasib dia tak mati kat tangan kita,"tambah Namjoon.
"Kita semua la penyebab dia mati,"balas Hoseok.
"Tae, mana kaset yang kau punya?" soal Jimin. Taehyung nampak rilek je baring atas sofa sambil tengok TV. Sesekali disuapkan pop corn ke dalam mulut.
"Aku dah buang. Bukan benda tu penting pun. Kalau pasal Jin awal awal lagi aku TAK NAK AMBIK TAHU."Taehyung awal awal lagi tak nak terlibat. Susah manusia jenis kepala batu macam Taehyung ni.
Jung Kook belek keset miliknya itu.
"Hoseok, kau gi ambik radio kat dalam bilik aku jap." arah Jung Kook pada Hoseok. Hoseok bangun dari sofa dan mendaki anak tangga ke bilik Jung Kook di tingkat atas.
Beberapa minit kemudian, Hoseok kembali semula ke ruang tamu dengan membawa sebuah radio buruk.
"Boleh guna lagi ke ni?" Hoseok lap habuk habuk dan sarang labah labah yang melekat pada body radio itu.
"Boleh!" Jung Kook pasangkan plug radio pada soket. Benda alah itu dihidupkan. Ia mengeluarkan bunyi selepas ditepuk beberapa kali.
"Cepatlah mainkan kaset tu. Kot kot dia ada wasiatkan kita harta ke," gesa Jimin menyiku lengan Jung Kook.
"Hotak kau. Entah entah dia bacakan jampi sihir, and lepas ni kita semua mati sekor sekor lepas dengar kaset ni,"kata Namjoon.
Jung Kook buka tempat untuk letak kaset pada radio itu. Kaset miliknya itu dimasukkan.
Bila kaset mula dimainkan, suara serak milik Jin mula kedengaran. Mereka mengelilingi radio itu dengan lebih dekat. Taehyung pula masih lagi di sofa. Langsung tak berminat.
"Annyeonghaseyo....Kim Seok Jin imnida. Noona dan kawan kawan aku lebih mesra panggil aku Jin. Hahhahaha, suka hati korang la nak panggil aku apa tapi asalkan jangan hina nama aku lagi. Sebelum tu, make sure korang ambik tempat duduk yang selesa dan dengar baik baik cerita aku because I'm about to tell you the story of my life. More specifically, why my life ended. And if you're listening to this tape you're one of the reasons why,"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro