CHAPTER 19
Jin melangkah keluar dari dewan. Sesekali dia berpaling ke arah Mrs.Song,meminta simpati. Tajam mata Mrs.Song memandangnya. Selangkah demi selangkah Jin meninggalkan dewan. Air matanya yang keluar terus dikesat. Namun ada lagi air yang menitis dari kelopak matanya.
Musnah. Hancur. Dua perkataan yang berlegar di fikirannya. Seakan akan tahu akan nasibnya,akan tindakan yang bakal diambil oleh Mrs.Song terhadapnya. Sudah tentu Mrs. Song akan gagalkan Ji untuk peperiksaan kali ini. Nasib malang tak henti henti menimpa dirinya.
"Apa salah aku," Jin bersadar pada dinding. Perlahan lahan tubuhnya melurut turun ke bawah. Kedua dua belah pahanya dipeluk erat. Wajahnya disebamkan pada kepala lutut.
"Kenapa aku yang kena? Apa salah aku? Kenapa semua orang tak habis-habis nak aniaya aku?" hatinya merintah. Kecewa. Kesal. Dia menjadi mangsa kepada spesies manusia yang tak berperikemanusian. Binatang.
* * * *
"Appa betul betul kecewa dengan kamu,"
Pakk!
Tuan Kim menepuk meja kerjanya kasar. Jin menundukkan sekadar pandangan ke bawah. Tak berani untuk dia bertentangan mata dengan appanya itu. Jin-Hye berada di sebelah Jin,mengusap bahu adiknya itu. Di sebelah Tuan Kim,Puan Kim sedang berdiri sambil menyilang tangan. Puan Kim diam saja bila Tuan Kim mula berleter panjang. Dia bukan di situ untuk menyebelahi Jin.
"Kami habiskan banyak duit untuk tanggung yuran pengajian kamu dan ini yang kamu bagi pada kami. Sia sia je!" cemuh Puan Kim,memandang tajam pada Jin.
"Tapi omma,appa....Jin tak buat semua tu,"
"Enough. Penjelasan dari Mrs.Song dah cukup buktikan yang kamu tu meniru dalam peperiksaan. Lecturer kamu tu cakap,selama ni kamu dapat markah yang tinggi dalam setiap exam pun adalah hasil kamu meniru," bidas Tuan Kim.
"Aniya....." Jin cuba membela dirinya. Tapi omma dan appanya lebih mempercayakan orang luar berbanding mereka anak sendiri.
"Omma dan appa betul betul kecewa dengan kamu. Kamu dah malukan kitorang,"
"Mulai hari ni appa takan bagi lagi duit perbelanjaan pada kamu. Pandai pandailah kamu cari duit sendiri untuk tanggung pengajian kamu. Sesen pun appa takan bagi. Faham?"
Jin angguk. Appa dan ommanya memang orang yang tegas. Jin tak berani membantah. Apa yang diorang cakap,Jin kena akur.
"Omma,appa....Jin-Hye tak rasa Jin buat semua tu,"
"Cukup Jin-Hye. Kamu tak payah nak sebelahkan adik tal guna kamu ni. And one more thing,appa tak nak kamu tolong adik kamu ni. Pandai pandailah dia berdikari sendiri," laju Tuan Kim memintas kata kata Jin Hye.
"Tapi appa,Jin tak salah. Ada orang yang cuba aniaya dia. Percayalah,"
"Arrhh,sudah. Appa tak nak dengar lagi apa apa alasan kamu. Kamu berdua ni pun sama je,langsung takde guna untuk keluarga," Jin Hye terus bisu. Sikap Tuan Kim yang selalu pandang rendah pada anak sendiri tulah yang buat Jin Hye jadi tak rapat dengan appanya itu. Appanya tu pun bukannya reti ambil tahu hal anak anak,hal bisness lagi penting baginya sampai yang dua orang ni terabai. Macamlah syarikat dia tu boleh bawa sekali masuk kubur.
"Oklah. Kalau takde apa apa,Jin minta diri dulu," Jin bangun dan keluar dari bilik tersebut. Jin-Hye membontotinya. Bahu Jin ditahan dari belakang.
"Kamu adik onni,apa apa pun onni akan tetap tolong adik onni ni," tubuh Jin dipeluk erat. Belakang kepala Jin diusap lembut. Jin Hye lebih kenal Jin-19 tahun dan mereka membesar bersama. Dia yakin,Jin takan buat benda macam tu.
"Gamawo onni," balas Jin. Bagi Jin,Jin-Hye adalah malaikatnya. Onninya akan ada untuknya setiap masa dia dalam kesempitan.
"Pasal yuran pengajian kamu tu,jangan risau ye,kamu boleh teruskan belajar. Unnie boleh bayar yuran tu,"
"Tak....tak perlu. Jin tak nak susahkan unnie. Lagipun,Jin kan dah kerja sekarang,cukuplah kot dengan duit gaji yang Jin dapat untuk bayar yuran,"
"Duit tu kamu simpan untuk keperluan kamu. Habis tu apa fungsi unnie kalau unnie tak dapat nak tolong adik unnie sendiri. Kamu satu satunya adik unnie. Sebagai kakak,dan kamu sebagai adik onni,dah jadi tanggungjawab unnie tu ada bersama kamu,untuk jadi pendorong kamu. Ingat tu,"panjang lebar Jin Hye berleter. Jin jadi sebak. Kala semua orang menjauhinya,memalaukannya,Jin Hye pula terasa dekat dengannya.
"Gamawo onni....gamawo!"lalu pipi Jin Hye dikucup erat.
Sebulan kemudian,
Minra lekas berlari ke tandas. Tekaknya tiba tiba terasa loya. Dia berpegang erat pada pinggir sinki,
"Buerrrkk!"isi isi makanan di dalam perutnya dimuntuhkan ke dalam sinki.
Demam? Tak,dia tak demam. Keracunan makanan mungkin. Mungkin tidak sebab beberapa hari yang lepas selera makannya tiba tiba hilang dan muntah muntah tu sering berlaku,terutamanya bila tubuh dia rasa tak selesa.
Minra cuci mulutnya,lalu angkat wajah pandang ke arah cermin. Refleksi wajahnya pada cermin diperhatikan lama. Wajahnya nampak kusam je dan bila kulit pipinya diusap,terasa kering terutamanya bibirnya yang nampak menggelupas.
"Tak! Tak mungkin!"wajah Minra terus berubah cuak,lekas diraba perutnya kasar. Terasa besar sedikit dari biasa,walaupun dia rasa beratnya taklah naik mendadak.
"Jimin,Jimin....aku kena call dia sekarang,"bergegas Minra keluar dari tandas. Dia perlu pastikan Jimin tahu perkara ni dan dia perlu pastikan simptom simptom yang dia alami sekarang ni adalah bukan disebabkan.....
"Hello Jimin,I nak jumpa you sekarang. You ambil I kat rumah,"
* * * *
Jimin hanya tunggu di luar tandas. Minra pula masuk ke dalam ladies sambil bawa satu beg plastik berisi pregnancy test yang dia beli dari Watson.
Sesekali Jimin mundar mandir,memegang erat kepalanya.
"Macam mana kalau dia mengandung. Anak dalam tu anak aku ke. Ahh,tak mungkin,"getus Jimin.
Minra tanggalkan seluar sehingga paras lutut. Air kuning panas yang keluar dari kemaluannya ditadah dalam satu bekas kecil. Lalu dia mencelupkan pregnancy test ke dalam bekas tersebut. Dalam masa itu,dia pakaikan semula seluar jeansnya.
Pregnancy test diperhatikan. Pada skala bacaan alat tersebut,muncul dua line merah.
"Aku mengandung,"Jelas. Nyata. Minra tergumam.
"Minra!"Jimin yang menunggu di luar mengetuk pintu tandas.
Beberapa saat kemudian,Minra keluar.
"Macam mana?"soal Jimin. Minra tidak membalas,hanya serahkan pregnancy test itu pada Jimin. Tahulah Jimin jawapannya nanti bila tengok dua jalur merah pada alat tersebut.
"You mengandung!"Jimin terkesima. Bahu Minra dipegang kemas.
"You yang sentuh I,dan I yakin ni anak you Jimin,"kata Minra sambil tarik tangan Jimin dan lekapkan pada perutnya.
"Anak kita!"
"No! This is not mine!"
"You dah lupa ke apa yang jadi malam tu,malam yang you sentuh I,malam yang I bagi semuanya pada you,"
"No,"balas Jimin.
"Apa apa pun I nak you bertanggungjawab ke atas budak dalam perut I ni,"pintas Minra,mula rasa tergugat bila Jimin nampak macam nak lari je. Ni lah jantan,tahu buat je....lepas dah berisi tahu tinggal je. Yang perempuan ni lah kena tanggung.
"Hahahaha,"Jimin tiba tiba gelak. Kemudian dia cengkam rahang Minra kasar.
"Kau ingat aku tak tahu kau tu gro,dalam kau bersama aku,banyak lagi jantan yang dah sentuh kau,yang dah tidur,jolok kau. So,ni BUKAN ANAK AKU. KAU FAHAM?"
Shit.
"Ni anak you,benih you sendiri. i nak you bertanggungjawab! You dah buat I sampai mengandung macam ni,senang senang pulak you nak lepas tangan macam tu je,"tengking Minra menumbuk dada Jimin berkali kali.
"Sorry Minra,dalam perut ni bukan anak aku. So,kau boleh cari jantan lain yang pernah tidur dengan kau. Suruh diorang bertanggungjawab not me,"balas Jimin,merentap tangan Minra. Tubuh Minra ditolak menjauh darinya.
"Jimin! Jimin!"jerit Minra cuba mengejar Jimin yang sudah memasuki perut kereta. Enjin kereta dihidupkan dan Jimin meninggalkan Minra di situ.
"Dasar jantan tak guna,"Minra menjerit,menghentak kuat lantai dengan kakinya.
* * * *
Gelap. Satu perkataan yang pendek,tapi maksudnya boleh didefinisikan dengan banyak perkara. Dan ya,Minra rasa hidupnya mula jadi gelap. Gelita.
"Sanggup kau buat aku macam ni Jimin,"air matanya diseka,tangan memeluk erat tubuh yang kesejukan dibasahi air hujan. Dengan langkah yang perlahan,Minra cuba menuju ke arah bus stop,satu satunya tempat berteduh di kawasan tersebut. Jimin tinggalkan dia seorang diri tadi,kebetulan beg tangannya pula berada di dalam kereta Jimin. Duit,telefon semuanya takde bersamanya. Tak tahulah macam mana dia nak balik nanti. Nak tumpang teksi,sesen pun takde dalam poket.
Minra labuhkan punggungnya di atas palang tempat menunggu bus.
Dia gosokkan kedua dua belah tapak tangannya,cuba hasilkan haba panas untuk hilang sejuk tubuhnya. Sejuk sangat sehingga tubuhnya menggeletar,rahangnya terangkat naik ke atas ke bawah dengan laju.
Pandangan Minra mula perlahan lahan menjadi kabur. Ketika itu juga,samar samar satu bayangan muncul di hadapannya. Mata Minra perlahan lahan mula turun. Samar yang membawa kepala gelap.
"Tolong...."katanya sebelum tubuhnya rebah.
"Minra! Minra! Bangun Minra!"dan lelaki itu terus mengonggcang tubuh Minra. Melihat tiada sebarang respon yang diberikan oleh Minra,terus dia mengangkat tubuh itu.
"Tolong! Tolong!"
Sorry late update. Bru lepas habis exam. Btw vote and comment. Sorry jgk klau ff ni makin suram,makin tk best.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro