CHAPTER 11
Yoongi memandang lama white board itu. Sesekali,marker pen di tangannya itu dilakarkan pada white board. Dia cuba mencari jawapan bagi soalan matematik yang Mrs.Song bagi. Soalannya nampak ringkas saja,tapi nak keluarkan jawapannya itu pecah kepala dibuatnya. Memerlukan jalan kira yang berjela jela. Hampir 10 minit Yoongi berada di situ.
"Ok,nampaknya Yoongi tak dapat jawab soalan ni. Ada saper volunteer nak jawab soalan ni?" soal Mrs.Song.
Semua students hanya diam tak terkutik.
"Saya!" Jin mengangkat tangannya dan bingkas bangun dari kerusi. Terus dia mara ke hadapan dan mengambil marker pen dari Mrs.Song. Hanya beberapa minit saja,Jin berjaya menyiapkan soalan tersebut.
Mrs.Song meneliti satu persatu jawapan yang ditulis oleh Jin itu. Terbit segaris senyuman lebar di bibir wanita itu.
"Bagus Jin! Semua jawapan yang kamu tulis tepat," puji Mrs.Song mengangkat thumbus. Jin tersenyum,menggaru garu kepalanya yang tidak gatal.
"Saya bangga dengan pencapaian kamu sekarang Yoongi. Kamu seorang yang bijak. Jadi tak heran,nama kamu menduduki tempat pertama dalam ujian lepas. Syabas!" tambah Mrs.Song lagi. Yoongi yang mendengar kata kata Mrs.Song terus mencerlung tajam pada Jin. Marker pen di tangannya digengam erat sampai menjadi sedikit kemek. Dia rasa betul betul tercabar. Kedudukannya yang selalu saja berada di tempat pertama setiap kali exam dah dirampas oleh Jin.
"Ok,kamu semua salin jawapan yang Jin tulis ni," arah Mrs.Song.
"Yoongi,Jin....kamu boleh balik ke tempat kamu,"
Yoongi dengan selamba melanggar bahu Jin kasar.
* * * *
Sejak Jung Kook takde,Jin keseorangan. Selalunya Jung Kook yang akan teman Jin makan ketika waktu rehat. Tapi semua tu,dah takde.
Selesai membayar makanan di kaunter,Jin cuba mencari tempat duduk. Malangnya,kebanyakan kerusi kerusi dan meja sudah penuh. Jin terpandang ke arah meja BTS. Terdapat sebuah kerusi kosong di situ.
Jin terpaksa buat muka tak malu menghampiri meja BTS. Dia sedia maklum yang sejak Jung Kook kemalangan,dia dipalaukan oleh BTS.
"Boleh tak aku duduk kat sini," kata Jin. Ahli ahli BTS yang sedang rancak berbual tadi terus jadi sunyi dengan kehadiran Jin.
"Boleh! Duduklah!" balas Taehyung,tersenyum sinis.
"Terima kasih Tae," Jin meletakkan bekas makanannya ke atas meja. Baru saja dia ingin melabuhkan punggungnya ke atas kerusi,Taehyung pantas menarik kerusi tersebut. Jin jatuh terduduk menghempas lantai. Ahli ahli BTS yang lain tidak henti henti menggelakkannya.
Namjoon mengambil bekas makanan Jin dan mencampaknya tepat mengenai muka Jin. Baju Jin menjadi kotor.
"Kau perlu sedar,kau tak layak untuk bersama kitorang. Kau tu pembunuh," kutuk Taehyung. Jin tidak melawan,sebaliknya dia terus bangun dan meninggalkan cafe.
"Korang semua,aku sakit perutlah. Aku nak pergi tandas kejap," kata Hoseok,meninggalkan meja menuju ke tandas.
* * * *
"Apa salah aku sampai diorang semua layan aku teruk macam tu sekali," Jin menangis teresak esak. Hatinya cukup sakit dengan apa yang Taehyung lakukan padanya tadi. Dia dilayan seperti sampah busuk.
Hoseok berdiri di luar tandas,mendengar tangisan Jin yang cukup jelas dari dalam. Dia beranikan diri melangkah masuk ke dalam tandas.
"Hyung!" panggil Hoseok. Jin mengalihkan pandangan ke arah Hoseok. Cepat cepat dia menyapu air matanya.
"Seok,ada apa datang cari hyung ni?"
"Hyung ok ke tak ni?"soal Hoseok,mendekati Jin.
" Hyung ok je,"Jin cuba untuk senyum. Walaupun dalam hatinya terasa sangat sakit.
"Hyung tukarlah baju hyung tu. Baju hyung dah kotor," Hoseok menghulurkan sehelai baju pada Jin.
"Terima kasih," Jin menyambut dengan senyuman. Dia bersyukur,dalam keadaan susah macam ni,mujur ada Hoseok yang datang berikan pertolongan padanya.
"Hyung janganlah ambil hati dengan diorang semua. Diorang memang macam tu,perangai budak budak,"Hoseok cuba menyedapkan hati Jin. Dia rasa,apa yang Taehyung lakukan pada Jin tadi sangat kejam. Padahal,Jin tak buat salah apa pun.
Jin menanggalkan bajunya yang kotor itu dan memakai baju yang Hoseok berikan padanya. Nasib baik muat.
" Hyung tahu diorang semua tak suka hyung. Tapi satu je hyung mintak,tolonglah jangan layan hyung macan hyung ni sampah. Hyung pun ada maruah jugak,"Jin meluahkan semua yang terbuku di hatinya. Hoseok menepuk lembut bahu Jin.
"Nanti Hoseok marah diorang balik,"provok Hoseok.
" Hoseok,keadaan Jung Kook macam mana sekarang?"soal Jin,mengubah topik perbualan. Dah lebih sebulan Jung Kook koma. Dia langsung tak dapat apa apa berita mengenai Jung Kook. Lagipun,dia nak melawat Jung Kook pun tak boleh.
"Jung Kook masih belum sedar. Keadaannya still sama. Takde yang berubah. Doktor cakap,makan masa jugak untuk Jung Kook sembuh sepenuhnya. Keluarga Jung Kook sekarang sedang susah payah cari duit untuk bayar kos rawatan Jung Kook,sampai omma Jung Kook yang sakit tu pun terpaksa bekerja,"terang Hoseok. Setiap hujung minggu,dia dan ahli BTS yang lain akan berkunjung ke hospital untuk melawat Jung Kook. Sehari suntuk mereka di sana,menjaga Jung Kook.
"Takpelah hyung,Hoseok pergi dulu ye," Hoseok keluar dari tandas,meninggalkan Jin di situ. Jin mengelamun panjang. Terbayang wajah Jung Kook di fikirannya,terus buat dia sangat bersalah.
* * * *
Pengambilan Pekerja Baru
Gaji:
Waktu bekerja: dari 8.00-10.00 malam
Berminat,sila hubungi Encik Park di talian,0134567890
Jin meneliti iklan pengambilan pekerja kosong sebagai waiter di Cafe Omelas. Tidak berfikir panjang,Jin masuk ke dalam cafe tersebut.
"Boleh saya bantu Encik," soal penjaga kaunter.
"Saya nak jumpa dengan Encik Park," kata Jin.
"Tunggu sekejap ye. Saya akan panggilkan Encik Park," gadis tersebut keluar dari kaunter dan menuju ke arah sebuah bilik yang berada bersebelahan dengan kaunter. Tidak lama kemudian,dia kembali semula ke kaunter bersama Encik Park.
"Eh Jin? Kenapa nak jumpa saya ni," Encik Park berjabat tangan dengan Jin. Nampak macam ada hal mustahak je Jin naj bercakap dengannya.
"Err....saya ada terbaca iklan pengambilan pekerja baru kat luar tu. So,saya ingat nak kerja kat sini," balas Jin,menyatakan hasrat sebenarnya. Encik Park menguntum senyuman lebar.
"Bagus! Kebetulan saya memang betul perlukan pekerja sekarang. Lagipun,sejak Jung Kook kemalangan,kami tak cukup tangan dibuatnya. So,bila awak boleh mula bekerja,"soal Encik Park. Dia kenal Jin pun melalui Jung Kook. Adalah jugak Jung Kook cerita tentang Jin pada Encik Park. So,tak ragu ragu Encik Park memilih Jin untuk bekerja di cafenya.
" Betul ke ni? Terima kasih encik Park,"Jin bersorak gembira. Dia diterima bekerja tanpa perlu diinterview.
"Sekarang pun saya ok. Tapi saya tak dapat bekerja untuk full time. Tapi saya janji,saya akan bekerja untuk shift malam,"
"It's okay. Saya faham. So,awak masuk ke dalam bilik saya sekarang untuk ambil uniform," Encik Park menuju ke dalam biliknya. Jin membontoti lelaki tersebut. Bila melihat ke arah kaunter,tempat Jung Kook bekerja,terus dia teringkatkan akan Jung Kook.
"Hyung akan berusaha tolong kamu Jung Kook. Hyung akan tebus semua salah hyung pada kamu," bisik Jin.
* * * *
"Waiter!" empat orang wanita yang duduk semeja berdekatan tingkap mengangkat tangan. Jin lekas menuju ke arah meja tersebut bersama empat buah buku menu di tangannya.
"Cik cik semua nak pesan apa?" Jin mengagihkan buku buku menu pada mereka. Gadis-gadis tersebut membelek buku menu seketika. Jin sudah bersedia dengan sticky notes di tangannya untuk mencatat pesanan mereka.
"Bagi saya orange juice dengan red velvet cake,"kata gadis yang duduk membelakangi Jin.
Jin bergerak ke hadapan gadis berambut pendek berwarna perang itu.
"Ulang sekali lagi boleh tak cik," mata Jin bertemu dengan mata gadis tersebut.
"Saya nak...." suara Minra tersekat di hujung kerongkong. Mulutnya terus terkunci rapat.
"Hey,jap I macam pernah nampaklah you sebelum ni. Let me guess,you Kim Seok Jin kan,boyfriend Minra," celah Saeran. Minra mengalihkan pandangannya pada Jin. Wajahnya diturunkan sedikit.
"Ha ah! Awak Sae Ran kan?" soal Jin,tersenyum tawar. Saeran mengangguk. Gadis tersebut mencuit pinggang Minra di sebelahnya.
"Beb,ni bf you lah. Asal buat buat tak kenal," sindir Saeran. Minra hanya tergelak kecil,sekadar untuk meredakan keadaan.
Selesai mengambil pesanan daripada mereka berempat,Jin menuju ke kaunter dan sticky notes tersebut diserahkan kepada Chika si penjaga kaunter. Makanan makanan yang dipesan oleh mereka berempat diletakkan di atas stray.
"Chika,boleh tak kau je yang bawa makanan ni pada diorang," sebenarnya Jin cuba mengelak untuk bertemu Minra lagi.
"Asal aku pulak. Kau jangan nak ngada ngada. Pergi buat kerja kau sekarang," balas Chika,mencebik.
"Yelah! Yelah!" stray yang telah disiap dihidangkan makanan itu diangkat perlahan oleh Jin menuju ke meja tadi. Dan dia terpaksa berjumpa Minra lagi.
"Selamat menjamu selera!" kata Jin,cepat cepat meletakkan makanan di atas meja tersebut.
Selesai melakukan kerjanya,Jin berlalu pergi meninggalkan meja itu.
"Aku nak pergi toilet kejap," Minra bangun dari kerusi. Dia mengekori langkah Jin dari belakang. Lalu,tangan Jin ditarik menuju ke satu sudut. Jin sedikit terpana dengan tindakan Minra.
"Minra! You buat apa ni?"
"I nak cakap sesuatu dengan you,"Minra memegang bahu Jin erat.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro