CHAPTER 1
Rumah dua tingkat itu menjadi tumpuan orang ramai. Jiran jiran yang berdekatan, juga orang luar yang kebetulan lalu lalang berkumpul di hadapan luar pagar rumah tersebut. Suasana kecoh. Mereka berebut rebut cuba untuk melihat apa yang terjadi pada rumah yang digemparkan dengan kehadiran polis dan ambulans pagi itu. Masing masing kalut mengeluarkan telefon untuk menangkap gambar dan merakam video untuk disebarkan di media sosial. Begitulah tugas wartawan tak berbayar.
Anggota polis memasang pita berwarna kuning merentangi sekeliling rumah memandangkan keadaan menjadi bertambah sesak dan tak terkawal.
Jung Kook, Taehyung, Namjoon, Jimin, Yoongi dan Hoseok berhimpit himpit dalam kesesakkan manusia. Mereka tiba di rumah itu selepas mendapat tahu berita kematian Jin yang tular di internet. Budak budak kolej kecoh buat andaian Jin mati bunuh diri.
"Bagi laluan! Bagi laluan!" Anggota polis menghadang beberapa orang wartawan yang memenuhi pintu masuk bagi memberi laluan kepada tiga orang paramedik mengusun keluar mayat Jin untuk dimasukkan ke dalam ambulans. Mayat Jin akan dihantar ke hospital untuk prosedur bedah siasat.
Mayat Jin dibungkus sepenuhnya dalam beg plastik hitam. Menurut pakar forensik, Jin mati kerana mengelar kedua dua pergelangan tangannya di dalam tab bilik mandi. Dia kehilangan banyak darah dan ditemuai selepas sejam oleh Jin-Hye iaitu noona Jin. Malang sekali, mereka tidak dapat menyelamatkan Jin.
"Jin! Jin! Andwae, jangan tinggalkan noona! Jin-ahh!"Jin-Hye mengejar ambulans yang meluru laju meninggalkan rumahnya. Jung Kook terus pergi mendapatkan Jin Hye yang jatuh terduduk di atas jalan. Lutut dan tapak kaki Jin Hye luka kerana bergeser dengan tar jalan. Dia memapah tubuh Jin Hye supaya bangun. Jung Kook sebak melihat wanita itu tak henti henti menangis.
"Noona sabar ye!" Jung Kook cuba memujuk Jin Hye. Dia memimpin Jin Hye masuk ke dalam rumah. Orang ramai beransur ansur beredar selepas pihak polis dan ambulans pergi.
"Jin dah takde Jung Kook! Jin dah takdeee!" Jung Kook pinjamkan bahunya untuk Jin Hye. Dia melurut belakang tubuh Jin Hye. Tanpa sedar air mata Jung Kook sendiri mengalir keluar.
* * * *
"Namjoon boleh tak kau bawak aku pergi hospital,"Jung Kook pandang Namjoon dengan muka penuh berharap. Namjoon diam dan cuma buat bodoh pandang stereng kereta. "Yang kau ni beriya sangat kenapa? Kau pergi sorang jelah jalan kaki. Aku tak nak ikut. Kitorang takde kena mengena dengan dia pun kan,"balas Namjoon. Jung Kook malas nak gaduh dengan Namjoon, terus dia keluar dari kereta Namjoon dan tahan sebuah teksi untuk membawanya ke hospital.
"Hoi, takan kau nak biarkan Jung Kook pergi sorang diri. Kau follow dia cepat,"marah Hoseok.
"Habiskan minyak kereta aku je la sial! Buang masa,"Namjoon berdegil.
"Ok, aku bayar minyak kereta kau yang berapa sen sangat tu. Kau hantar aku dengan Hoseok pergi hospital,"Yoongi meletakkan sejumlah duit di dashboard. Laju Namjoon hidupkan enjin kereta. Dia memandu mengekori teksi yang dinaiki Jung Kook.
Jimin dan Taehyung tak ikut sekali, terus balik ke kolej. Taehyung malas nak ambik tahu apa apa pun pasal Jin. Lantak la Jin nak mati sekalipun. Lagi dia bahagia.
"Kau mesti happy kan Jin tu dah mati,"kata Jimin ketika sedang fokus memandu.
"He deserved it,"Taehyung menyalakan rokok. Sebatang rokok turut diberikan kepada Jimin.
"Aku still suspicious lagi ni. Aku syak kau yang dibunuh dia, buat buat macam dia bunuh diri. Tak gitu Tae?"Jimin gelak kecil.
"Hahaha so kau tuduh aku la. Aku memang nak dia cepat cepat mati but bukan aku yang gi bunuh dia. Semalam aku stay dengan korang sepanjang hari kan. Kau rasa, tuduhan kau tu betul ke?"balas Taehyung.
"Fine. I trust you Tae. Shall we celebrate this beautiful day? Kau nak makan apa? minum apa? Aku belanja,"
"Well aku dah cukup puas hati tengok dia mati. Hmm jom pergi tempat yang kau bawak aku makan hari tu,"
"Sure bro!"Jimin menepuk bahu Taehyung.
* * * *
Jung Kook, Hoseok, Yoongi dan Namjoon menunggu di luar bilik bedah. Jin Hye turut bersama mereka. Makan masa jugak forensik memberitahu keputusan bedah siasat ke atas mayat Jin.
"Aku tak sangka yang Jin hyung sanggup bunuh diri," ujar Jung Kook kesal. Yoongi merangkul erat bahu Jung Kook.
"Memang patut pun dia mati,"balas Namjoon yang berpeluk tubuh bersandar pada dinding sambil membelek skrin telefon.
"So kau happy la dia mati?" Jung Kook yang dalam keadaan emosi tak stabil terus bangun dari kerusi. Dia menarik kolar baju Namjoon. "Disebabkan kita semua, hidup dia musnah. Kau tak rasa nak insaf ke kau dah banyak buat dosa pada Jin-hyung,"
Namjoon gelak. "Hahhaha asal baru dia dah takde kau nak cakap pasal insaf? Kau pon sama la Jung Kook. Tak payah tunjuk baik la wei. Dah terlambat pun,"
"Sebab dah terlambat ni la aku sedar yang aku kena tebus balik kesalahan aku,"
"Kau fikir mayat Jin tu akan hidup balik dan maafkan kau? Buang masa jelah Jung Kook,"
Tangan Jung Kook dah terangkat nak tumbuk muka Namjoon. Mujur sempat Yoongi halang. Orang di sekeliling memandang ke arah mereka yang tengah buat bising.
"Malu lah sikit wei. Orang tengah tengok kita tu,"Yoongi tarik Namjoon dan Jung Kook duduk di kerusi semula. Beberapa jam kemudian, seorang doktor keluar dari bilik bedah. Jin-Hye yang merupakan satu satunya waris si mati (Jin) yang ada di situ dipanggil oleh doktor tersebut. Tak nampak pula omma dan appa Jin. Jin-Hye menekup mulut ketika mendengar penjelasan doktor itu. Dia dibenarkan masuk untuk melihat mayat Jin selepas doktor itu beredar pergi.
* * * *
Kain putih yang menutupi seluruh tubuh Jin itu diselak perlahan oleh Jin Hye hingga ke paras dada. Jin Hye menekup mulut, segera air matanya mengalir keluar. Dia menangis setelah gagal menahan diri. Bila dia tatap wajah pucat adiknya itu, jantungnya rasa nak terhenti dan dia mahu menjerit sepuas puasnya.
"Kenapa Jin sanggup tinggalkan noona? Wae?" Jin Hye mencengkam hujung katil besi. Dia betul betul berharap Jin akan bangun. Jujur dia cakap, dia betul betul tak kuat nak percaya Jin dah takde.
Jung Kook datang memaut bahu Jin Hye dari belakang. Luluh hatinya melihat situasi itu. Jin Hye hilang adiknya. Dan dia pula hilang kawannya yang dia anggap macam hyung kandungnya sendiri. Walaupun, suatu ketika dahulu pernah terjadi salah faham antara dia dan Jin menyebabkan persahabatan mereka terputus. Diputuskan oleh Jung Kook sendiri.
"Jin hyung mesti sedih kalau tengok noona menangis macam ni. Biarlah Jin hyung pergi dengan tenang." kata Jung Kook cuba memujuk Jin Hye supaya mengawal emosi. Jin Hye mengesat sisa sisa air mata pada pipinya. Dia cuba sedaya upaya untuk mengukirkan senyuman. Biar Jin gembira melihat dia tersenyum.
"Selamat tinggal Jin. Jin rehatlah dengan tenang kat sana. Noona janji yang noona akan selalu doakan Jin. Jin satu satunya adik yang noona ada. Noona sayang sangat sangat pada Jin. Mianhae kalau selama ni noona tak jaga Jin baik baik, noona sakitkan hati Jin. Mianhae! Miann...." Jin Hye tunduk dan mendaratkan bibirnya pada dahi Jin. Umbu umbu rambut Jin dibelai lembut. Selimut putih tadi ditarik semula menutupi wajah Jin.
Jin Hye terus melangkah keluar dari bilik mayat meninggalkan Jung Kook yang masih terpacak berdiri di situ.
"Hyung, mianhae. Jung Kook dah banyak buat salah pada Hyung. Jung Kook betul betul menyesal sebab dah tuduh hyung macam macam. Maafkan Jung Kook! Maafkan Jung Kook hyung!" rayu Jung Kook menghamburkan tangisan walaupun dia tahu mungkin permintaan maafnya itu dah terlambat sekarang.
Pak!
Terasa bahu Jung Kook ditepuk dari belakang. Dia menolehkan kepalanya. Namjoon, Yoongi dan Hoseok tersenyum tawar. Terus Jung Kook menuju ke arah mereka bertiga dan memeluk mereka erat.
"Aku tak nak hilang Jin hyung,"ujar Jung Kook berat sambil mengenggam erat tangan Jin yang terasa sejuk beku. Namjoon yang berdiri agak jauh mengesat mata beberapa kali. Egonya runtuh serta merta ketika itu. Dia ingin memeluk Jin dan memohon maaf.
"Walaupun pahit, kau terpaksa jugak terima hakikat yang Jin dah takde. Sabar ya Jung Kook." kata Hoseok.
Yoongi meletakkan sejambak bunga ros putih bersebelahan mayat Jin sebagai tanda penghormatan.
"Namjoon....come here,"Jung Kook buka tangannya untuk Namjoon. Kemudiannya, mereka bersama sama memeluk Jin erat. Namjoon yang paling kuat menangis ketika itu.
"Jin...kau rehatla dengan tenang," ucap mereka sebelum berlalu pergi.
Vote and comment.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro